Chapter 20

Short Story Series 26455

Pintu bilik yang dicat dengan warna biru pekat itu ditolak. Berdepan bilik Falah, bilik Ghazi dengan cat warna hitam. Betullahdua beradik ni punya personaliti berbeza. Nampak ketara lagi apabila warna pintu pun mereka cat sendiri. Kontra sangat dengan tema warna rumah Auntie Ieya ni.

Munirah melangkah masuk kedalam bilik. Hasratnya cuma mahu mengejut Falah bangun pagi. Itupun kerana Auntie suruh. Kalau ikutkan dia, baik dia biar Falah ni mati kebulur dalam bilik dia. Ha Ha!

Sungguh kau kejam, Muya.

Dia sampai dihadapan Falah yang sedang syok terbungkang tak ingat dunia. Kepala digeleng.

Sejenis yang tak tahu nak bangun sendiri betul!

"Falah.." Bisiknya. Memang dia kalau boleh taknak Falah bangun. Asal cukup syarat je dia masuk bilik dan panggil. Nanti turun, dia beritahulah Auntie yang dia dah kejut. Wahha!

Mati kebulur lah kau, labu..

Mata meneliti pula atas meja kecil bilik itu. Bersepah. Penuh dengan kotak rokok, bekas habuk rokok, earphone, lagu lagu rock matsaleh. Huh! My Chemical Romance..

Patutlah rambut pun nak kuning. Terpengaruh betullah budak ni..

Air coke yang tinggal separuh diatas meja kecik itu menarik perhatiannya. Serta merta tekaknya terasa haus. Sudah berapa tahun dia tidak menyentuh air extra sugar begitu. Kecur air liur.

'Sikit je. Bukan gemuk pun..'

Penutup botol dibuka. Hujung botol mula menyentuh bibirnya.

Satu teguk..
Dua teguk..

"Ahh... Sedapnya. Satu teguk lagi lah."

Hujung botol dirapatkan semula ke bibir. Satu teguk..

Mata dibuka sedikit. Melihat paras air didalam botol tersebut.

'Tinggal sikit. habiskan jelah.'

Tegukan terakhir dikumpul didalam mulut.

"Kau buat apa dalam bilik aku?"

Pffttttttt!!!

Tersembur keluar air yang dikumpul didalam mulutnya tadi. Munirah sudah telan air liur.

Falah tidak beri respon. Dia hanya menutup matanya dari dimasuki air liur perisa coke Munirah tadi.

diulangi, Air liur perisa coke Munirah..

Pada masa yang sama, dia rasa Falah tutup mata bukan kerana air coke tersebut, tapi kerana lelaki itu cuba menahan amarah yang hampir meletup didalam dirinya.

Mata lelaki berambut kuning terang itu terbuka luas.

Naik meremang bulu romanya. Di sudah dapat hidu masa depan yang tidak begitu cerah.

"Auntie !!!!"

Munirah mula langkah seribu. Dia tahu pandangan tu.

Pandangan yang bermaksud 'baik kau lari sebelum aku tangkap kau'

Tangga dituruni selaju boleh. Dia menoleh kebelakang sesekali. Falah sedang memecut laju mengejarnya. Dia rasa nak menangis. Uwaaaa!

"Auntie!!!" Jerit Munirah lagi. Terus-terus berdoa supaya dia sempat sampai ke dapur sebelum ditangkap oleh Falah. Falah juara lari pecut oi!!!!

Ya Allah! Kalini saja. Tolonglah hambaMu yang tidak berdaya ini !

Larian diteruskan.

Dia rasa satu langkahnya seperti dua langkah Falah.

Harapan semakin cerah.

Dia sudah nampak Iskandar yang sedang duduk di kerusi makannya.

Dan dia nampak pula Daniel disebelah Iskandar.

Auntie mana Auntie?!

"Auntie!!" Jeritnya lagi sebaik saja kelibat wanita itu kelihatan. Bahu wanita itu terus dipeluknya dan dia menyorok dibelakang tubuh Auntie Ieya.

Terkejut Auntie Ieya dengan perlakuannya.
Falah berdiri betul-betul dihadapan mamanya.

"Mama. Ke tepi. Biar Falah ajar budak tu." Mukanya masam mencuka. Air coke yang tersembut dimuka dan dibajunya tadi masih jelas kelihatan. lebih lagi baju berwarna putih.

"Ajar apa ni. Eh, tak malu ke dah besar macam ni nak pukul anak dara orang."

Falah mendengus tidak puas hati. Kalau dia boleh hentak kaki, dah dia hentak kaki tak puas hati dekat depan mama ni juga. Tapi tak jadi sebab Munirah ada. Hah !

"Mama, dia yang sembur orang dengan air coke." Falah menyerang. Tangannya cuba mencapai tangan Munirah. Namun cepat-cepat Auntie Ieya mengalih badannya sedikit kebelakang supaya Falah tidak dapat menangkap gadis itu.

"Mana ada. Orang tengah minum,Falah yang terkejutkan Muya." Muya membela diri.

"Ha, banyaklah kau. Yang kau sembur aku kenapa. Aku nak sembur kau balik!"

Air fresh orange didalam cawan iskandar diambil dan dikumpul didalam mulut. Bersedia mahu menyembur air tersebut ke muka Munirah.

Munirah sudah mengetap gigi. Gelilah! Falah dah la tak gosok gigi. Taknak!!

"Aduh.. Mama. Sakit." automatik dia tertelan semua air oren yang dikumpul dalam mulut tadi selepas pinggangnya dicubit kuat oleh mamanya.

"Tahu sakit. cuba buat perangai senonoh sikit. Naik atas mandi, gosok gigi cepat. Kalau tak, mama tak lepas cubitan mama ni."

Menggeletis Falah menahan cubitan. Akhirnya dia mengalah. Tadi dia cuba menahan rasa sakit. Sambil menahan cubitan Mama, tangannya masih cuba menangkap Munirah disebalik tubuh mama itu. Namun gagal. Cubitan mamanya lebih sakit. Mahu kalau dia tahan lagi tadi, boleh terkopek kulitnya. uish..

Falah berlari naik keatas sebaik sahaja Mama cuba mengejar dari belakang sambil mengugut mahu mencubitnya lagi. Iskandar dan Danial jadi gelak besar apabila si abang kesayangan mereka dicubit sebegitu.

"Naik cepat, kalau tak Mama kejar." Ugut Ieya sambil mengejar Falah dari belakang. Laju anak lelaki sulungnya itu berlari naik keatas.

Dengan perempuan pun tak boleh mengalah. Apalah.

"Dah. Muya makan cepat. Nanti turun Falah tu, dia buat balik perangai dia. Muya makan lepastu duduk dalam bilik. Tunggu dia reda sendiri marah dia tu. Tak lama mana marahnya tu. Saja dia suka nak cari pasal."

Munirah mengangguk. Dia duduk cepat-cepat dan menikmati sarapannya.

Memang tidaklah dia nak menghadap Falah. Kejap lagi mahu Falah kejar dia satu kampung pula. Seram.. Falah ni mana kenal erti memaafkan.


***

Falah campak Tshirt putih yang sudah kotor itu ke atas tilamnya. Dia tidak puas hati lagi. Paling pun dia kena sembur balik si Muya ni.

Mama ni sibuk je cover budak tu. Ish.

Kalau aku dapat kau, aku benamkan kepala kau tu dalam kolam ikan belakang rumah ni.

Dia membayangkan bagaimana Munirah akan merayu meminta dimaafkan. Haha! Pasti nanti Munirah menangis-nangis minta dilepaskan.

Tak boleh jadi ni. Habis semua mama, ayah aku back-up dia. Tu mama aku lah, bukan mama kau!

Sibuk je ambil mama orang. Huh!

Tuala yang dibuat lap tadi dicampak ke atas katil. Baru sahaja dia mahu melangkah pergi, dia jadi teringat dengan amaran mama.

'Siapa yang bersepah-sepahkan baju kain semua dalam bilik, dia kena lap lantai satu rumah ni!'

Alamak!

Tuala ditarik semula dari atas katil. Dia menyidai tuala tersebut didalam bilik airnya kemas-kemas.

Nanti mama buat spotcheck, habis aku.

Selalu memang Ghazi yang dijatuhkan hukuman mengemop rumah ni siap bonus kena masak sekali. Haha!

Tapi kalini mesti mama target orang lain sebab Ghazi sakit kaki. Adiknya itu akan dikecualikan.

Dia tak akan biar dia jatuh sama taraf macam Ghazi.

Mata merenung keluar tingkap. Aman damai saja kampung ini. Dia rindu duduk membungkang di rumah. Tapi tak boleh. Dia dah besar. Kena keluar belajar seterusnya kena bekerja. Alah. Leceh betul lah jadi orang dewasa ni.

Dari jauh dia lihat ayahnya pulang dengan menaiki motosikal. Lelaki itu pun sudah berumur, rambutnya juga sudah banyak yang bertukar putih. Tapi masih gagah pergi berkerja.

Ayah ni seronok ke pergi kerja. Jadi pensyarah, kena selalu jenguk dan tengok pekerja di resort sungai mereka. Hailah.

Jauh di sudut hati, dia jadi sayu.

Umurnya sudah besar panjang. Sikit hari dia perlu berkahwin pula dan seterusnya dia akan beranak pinak. Gilirannya pula untuk bekerja kuat seperti ayah.

Macam mana kalau dia terpaksa tinggalkan ayah dan mama?

Kalau bini dia dapat spesis bandar?

gawat..

Dia tak nak tinggalkan keluarganya. Dia mahu habiskan hidupnya dengan berada bersama mereka semua. Falah mengeluh perlahan.

'Besar nanti kau kahwin dengan aku jelah. Senang kan?'

Erk?

Dia teringat sesuatu yang sudah lama dia lupa. Aku pernah melamar Muya kah?

Aish. Tak mungkin.. Tak mungkin..

Takkan lah aku cakap gitu. Tak rasional langsung!
Gila ke nak kahwin dengan budak gemok tu? eh tak. Budak keremping tu. Aku tak suka lah perempuan keremping macam tu.

Aku suka perempuan gemuk, chubby, comel.

Dalam fikirannya terbayang Munirah yang dulu Yang apabila dia tersenyum, naik kedua belah pipinya yang tembam. Bila dia menangis, nampak comel. Bila Muya merajuk, dia akan kembungkan wajahnya. Bila Muya marah, keningnya akan berkerut dan mulutnya akan muncung sedikit kedepan.

Falah senyum sendiri.

Ah, apabenda aku ni. Munirah yang tu dah tak ada. Yang ada sekarang cuma Munirah keremping ni. Ceh. Tak lawa langsung!

Dia ingat dia kurus macam kerengga tu lawa sangatlah.

Falah..Falah.. Kau ni betul mental lah. Lawa macam ni kau tak nak, yang gemuk macam gajah tu kau nak pula.

Biar aku lah. Aku punya suka.

Memang lah, tapi perempuan gemuk ni tak lawa. Berat pula tu. Kalau jatuh, tak sempat sambut. Kalau sambut pun, macam tempah azab je.

Kisah pula aku..

Syaitan dalam kepalanya terus berbicara.

Kau kena kisah lah bro.. Kau bayangkan bini kau gemuk, kalau dia lompat dan suruh kau sambut, selamat lagi kalau kau sambut tong sampah dari kau sambut gajah. Terus mati bro.

Tok! Tok!

Dia tersentak. Hilang terus suara sumbang dalam kepalanya. Dia memandang kearah pintu bilik.

Munirah.

Aish. Dia menyampah betul tengok perempuan ni. Tah, Munirah ni asyik buat dia panas hati.

"Amenda kau nak? Nak sembur air dekat muka aku lagi ke?" Sinis.

Pelik..Pelik..

Apa lah yang dia tak puas hati sangat dekat Munirah ni. Kadang dia rasa happy, kadang dia rasa protective, kadang dia rasa menyampah.

Dia geram dengan hakikat Munirah yang sekarang bukan Munirahnya yang dulu.

"Kau ni asyik sangka buruk dekat aku je." Perlahan saja suaranya. Betullah, Falah ni asyik sangka buruk dekat dia.

Falah mencebik.

Aku ke kau yang selalu sangka buruk.

"Ha, apa kau nak? Nak makan penumbuk aku?" Hatinya masih geram sebab kes Munirah sembur dia tadi. Lepastu kebas mama dia.

Bukan dia kisah pun tapi atleast dia kena lah sembur Munirah balik.

Dia menghenyakkan badan ke atas katil. Bantal peluk dibawa ke celah kangkang. Punat alat kawalan jauh ditekan. Buat dono je dekat Munirah.

"Aku nak minta maaf la. Betul aku tak sengaja.." wajah Munirah menyatakan kesungguhannya. Memang dia nak minta maaf pun.

Falah senyum sumbing.

"Boleh. Takde masalah. Yang penting, kau kena makan penumbuk aku sekali. Boleh?"

Ish. Mamat ni..

"Kau ni memang tak tahu memaafkan orang kan?" perlinya. Hilang sudah rasa serba salahnya tadi.

Alah. Setakat kemaafan kau, aku pun tak hingin la. Kau ni memang monster.

"Aku maafkan je orang.. Kecuali kau." jawabnya selamba. Mata fokus pada televisyen.

Macam aku cakap lah,bagi aku sembur dia balik.. Baru aku puas hati.

Munirah ketap bibir rapat rapat. Apa yang Falah ni tak suka sangat dia. Kejap baik kejap jahat.
Dia ingat dalam dunia ni dia seorang je ke?

Hello.. ada berjuta lagi manusia dalam dunia ni lah. Berlagak macam kau paling hebat.

Kalau Falah boleh provok dia, dia pun boleh lah. Memang dia dah malas sangat nak berbaik dengan Falah ni. Cukuplah dari kecik Falah ni asyik membuli dia.

"Falah Aisyi. Mamat berlagak, poyo.. Macam dunia ni dia yang punya." Sinis bunyinya. Lebih sakit lagi ayat itu keluar dari mulut budak yang dia pandang rendah selama ini.

Matanya tajam memandang Munirah. Mahu saja dia tumbuk muka perempuan ni.

"Jadi?" Dia masih bertenang. Dalam mimpi Munirah lah nak provok dia. Dia lebih kenal Munirah.

"Jadi.. Aku nak cakap je. Kau ingat kau penting ke? Berapa ramai kawan-kawan kau yang ikhlas kawan dengan kau? Dari kecil, aku sorang je yang ikhlas dengan kau. Kawan kau yang lain,semua tikam belakang kau. Sebab apa? sebab perangai berlagak kau ni.." Puas hati dia.

Memang pun. Dari kecil, walaupun Falah ni ramai kawan yang mengerumuninya, tapi tiada satu pun yang tidak menyimpan dendam padanya. Semuanya penuh iri.

Sebab itu Falah hanya berkawan rapat dengan dia seorang. Sebab ketika itu dia cuma anak kecil bodoh yang hanya menurut perintah si raja gopal ni!

".. Dari kecik, kawan rapat kau cuma adik adik kau je. Kau pun tahu kan, yang kawan kau semua kawan dengan kau bersebab. Sebab ayah kau kaya. Sebab mama kau kaya."

Mata lelaki itu masih fokus di kaca tv. Tapi dia tahu, fikiran lelaki itu sudah melayang.

".. Mesti kau alooone gila kan bila aku pindah. Sebab dah tak ada dah orang yang ikhlas dengan kau. Orang macam kau ni layak ke dapat keikhlasan.." Sambung Munirah lagi. Dia rasa kuat. Hah!

Falah bangun dari baringnya dan mendekati Munirah. Kalini dia sudah berdiri betul-betul dihadapan gadis itu.

Kalau dia penampar si Munirah ni, pasti melayang 10kilometer.

"Jadi, selama ni kau tak ikhlas lah berkawan dengan aku?" Mata Munirah dan matanya bertentang.

Dup! Dap! Dup! Dap!

Jantungnya berdetak hebat. Mata setajam helang yang sedang menikam wajahnya ini sekaligus menikam hatinya.

Kening Falah terlihat berkerut. Agaknya menahan amarah. Bibirnya yang nipis dan merah pucat itu tertutup rapat. Mata.. Mata Falah yang menawan. Eh tak tak. Mata dia yang penuh cinta.. Eh tak tak.. Matanya yang..

Arghh! Dia tak tahu. Pandangan Falah tidak seperti amarah. Lebih kepada..

Lebih kepada.. Sedih? atau terkesan dengan kata-katanya?

Munirah jadi menyesal pula.

Falah mengeluh kuat. Pandangan yang tadi, berubah. Dia tersenyum sinis kepada Munirah.

Jadi selama ni Munirah ni sama je macam orang lain. Pandang dia macam dia ni musuh. Ceh.

Perempuan tak guna. Aku anggap kau kawan,rupanya kau anggap aku musuh.

Falah alih pandangannya. Dia berjalan terus ke pintu bilik. Dia mahu keluar dari bilik ini.

"then, go ahead. Kau pun bukan ikhlas. Sama je macam orang lain. Aku tak perlu kawan macam kau." suaranya mendatar. Dia tak kisah. Berapa ramai dah member macam ni dia ada. Wat lek wat peace je.

Hilang seorang Munirah tidak terkesan pun padanya.

Baju Tshirt belum dibasuh yang berada didalam bakul tepi pintu bilik air dicapai sebelum berlalu keluar.

'Aku tak perlu kawan macam kau'
Munirah hanya memerhati.

berulang-ulang fikirannya mengulangi kata-kata Falah. Sakit betul hati dia. Terasa kalini Falah betul membuang dia jauh-jauh.

Dia tidak tahu mahu beri reaksi apa. Dia rasa puas hati kerana dendamnya terbalas tapi dia tak rasa gembira. malah dia rasa sakit pula. Kenapa?

'Kenapa kau nak nangis. Kau cantik, comel pula tu'

'Siapa berani kacau Muya, aku pukul dia!'

'Muya, kau kena selalu ikut aku. Nanti diorang tak kacau kau lagi. Jangan risau, aku ada.'

'Aku rasa yang paling cantik dalam kelas ni mestilah kau, Muya!'

'Muya! Kalau kau kalah, tak apa. Nanti aku dapatkan piala tu, aku bagi dekat kau.'

'Muya.. Kenapa kau nangis? Aku kan ada.'

'Aku ada, Muya. Aku ada. Janganlah takut.'

Airmatanya menitis. Setiap bait-bait perkataan yang pernah Falah ucap bagi menyedapkan hatinya dulu, satu-satu terngiang didalam kepala.

Dia yang jahat. Kalau boleh dikira, berapa kali Falah berbuat baik padanya. Tak, cuma Falah yang baik dengannya sepanjang masa.

Falah yang menemaninya dirumah setiap kali dia berseorangan menunggu mama dan papa pulang dari kerja.

Falah yang mempertahankan dia apabila dia dibuli.

Falah yang mengajar dia supaya dia tidak dihukum kerana tidak siap kerja sekolah.

Falah memberi Munirah buku miliknya setiapkali dia terlupa membawa buku sekolah.

Falah selalu berkongsi makanan dengannya.

Falah yang selalu melambai kearah dia ketika di padang.

Hanya Falah yang menyedari kehadiran dia dimana-mana.

Hanya Falah yang tidak meninggalkan dia sendirian.

Tapi dia? Bila dia sudah cantik begini.
Bila dia sudah menarik dan mendapat perhatian ramai, dia sanggup menolak lelaki itu ketepi.

Sedangkan dulu, lelaki yang digilai ramai ini tidak pernah sekalipun mengenepikannya walaupun kebanyakan masa Falah ini sangat menyakitkan hati.

Daun pintu bilik tertutup. Dia tersedar dari lamunan.

Bersalahkah aku?

Falah.. Aku minta maaf. Aku tak sengaja.


***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience