Chapter 15

Short Story Series 26455

Batu di atas jalan disepak. Bosan. Hidup dia memang penuh dengan kebosanan. Mata memandang keatas. Menghadap langit gelap. Bintang-bintang pun tidak langsung kelihatan.

Langkah terhenti.

Dia rasa seperti diperhatikan beberapa hari ini. Malah sekarang pun masih begitu. Seperti ada orang yang mengekorinya. Tapi siapa?

Kepala cuba mengingat semula perilakunya beberapa bulan kebelakangan ini. Serasa dia, dia tak ada membuat hal apa-apa. Dia cuma menjadi seorang pelajar yang baik saja.

Musykil betul. Bukan setakat diluar malah didalam kuliah juga dia merasa diperhatikan.

Telefon pintarnya bergetar. Mesej Whatsapp masuk bertimbun-timbun. Syafiq mengingatkan ahli kelab untuk datang berlatih di Gym esok hari.

Aish. Malas betullah ada komitmen ni. Baru saja dia mahu menekan keypad, telinganya tajam mendengar bunyi pergerakan seseorang lalu cuba melihat wajahnya dari ekor mata.

"Apa kau nak, Aden?" Ujar Falah. Kalini badan sudah berpusing 180darjah menghadap ke arah lelaki berbadan tegap itu.

Aden cuma senyum nipis. Tak sangka Falah sedar dirinya diperhatikan. Sudah lama dia mencari peluang mahu berbicara santai dengan Falah. Namun ada sahaja halangan memandangkan mereka selalu di kawasan terbuka. Dia tak berniat mahu menarik minat manusia mencurigakan. Didalam universiti ini,dia adalah Aden, pelajar senior merangkap ketua kelab Martial art. Dia ada misi lebih penting daripada hal-hal privasi. Dan Falah adalah salah satu hal privasinya.

"Tak sangka kau perasan. Maknanya selama ni kau memang perasan lah kau.."

"diekori. Yes. Aku tahu. Ada apa kau ikut aku?" Falah jadi tak sabar. Memang dia tak berapa suka pada Aden. Lelaki ini seperti menyembunyikan sesuatu. Sejak pertama kali pandang Aden saja Aden sudah beri aura tak menyenangkan padanya.

Aden senyum ramah. Dia melangkah mendekati Falah yang berdiri beberapa langkah jauh darinya.

"Nothing. Aku ada benda nak minta tolong kau.. Tapi, bukan di sini." Senyuman tak lekang dari bibirnya.

Ya! Dia pasti Falah yang paling sesuai. Dia sudah gagal beberapa kali. Mungkin sudah masanya dia berundur dan beri tugas itu kepada orang yang lebih berkemampuan. Sudah lama dia memerhati lelaki ini. Personaliti Falah sendiri sangat meyakinkan untuk membawa tugasan berat seperti ini. Falah sangat berjaga-jaga. Dia mungkin kekurangan sesuatu untuk beroleh kepercayaan anak muda yang buat dia selalu dicurigai.

"hmm.. Interesting. Apa dia?"

Aden minta tolong dari junior? haha! Ini menarik..

--------------------------------------------------------------------

Mata dibuka. Tak sedar entah sudah berapa lama dia tertidur di sini, dengan hanya berpangkukan lengan. Mata digesek-gesek dan mencapai telefon pintar disisi. Sudah hampir pukul 7:30malam?!

Gila lah! Berapa lama aku tidur ni! Sudahlah perjalanan ke hostel agak jauh dari perpustakaan. Ish! Cari pasal betul.

Beg dan buku-buku dikemas dan diletakkan semula ke rak. Dia buka senarai panggilan. Hampir 10panggilan daripada Adilla. Pasti sebentar lagi kebas telinganya mendengar ceramah panjang berjela dari Adilla.

Kad matrik di-scan ke atas penghadang. Automatik pagar itu terbuka,memberi laluan untuk dia keluar dari situ. Kaki berlari-lari anak menuju ke hostel pelajar perempuan.

"You, You berani buat ke?" Satu suara menyapa telinganya. Sungguh manja.

Hmm. Dekat kawasan gelap begini memang selalu jadi port budak-budak buat kerja tak senonoh. Heish! Kenapalah korang buat perangai masa aku tengah lalu dekat sini. grr.

"Well, no hal." Suara seorang lelaki kedengaran. Langkahnya mati. Dia kenal suara itu. Mungkin itu satu-satunya suara lelaki yang dia kenal. Tak! itu memang satu-satunya suara lelaki yang dia tahu. Dia kenal sangat. Suara itu tak lain tak bukan..

Mata cuba mengintip dibalik dinding yang menjadi halangan antara dia dan mereka berdua.

Falah?!

Lelaki itu sedang berduaan dan bertentangan mata pula di belakang bangunan ini dengan seorang perempuan?!

Cepat-cepat dia alihkan pandangannya. Tak mahu lihat lebih lagi. Dia pasti kalau dia teruskan aktivitinya, dia akan menyesal. Lagi buat dia geram adalah Falah. Sejak bila lelaki itu liar begini..

Tak cukup lagi ke dengan perangai jahanam dia, ditambah lagi perangai tak senonoh macam ni. hah! Penumbuk digenggam kuat seakan dia sedang menceki si Falah.

"Kau buat apa kat sini?" Suara dari belakang buat dia terkejut. Habis keluar semua kuda-kuda. Bersedia mahu menyerang.

Mata tajam Falah bertentang dengannya.

"Apa?" soal aku. ah.. Macam orang bodoh je aku rasa sekarang ni.

"Aku yang patut tanya kan. Kau kenapa skodeng aku?" Lelaki itu sudah bersandar ke dinding dengan tangan disilang memeluk tubuh. Sinis saja senyumannya.

Dari senyuman dia saja aku tahu dia sedang tuduh aku skodeng dia dan dia bangga sebab sedang diskodeng oleh aku. Sorry sikit!

Kuda-kuda aku tutup. Rambut yang serabai sebab melompat terkejut tadi aku betul-betulkan. Rambut yang hanya separas bahu itu agak menyusahkan apabila tidak diikat. Walaupun pendek namun ia masih mampu mengganggu ketenteraman hidup aku.

Falah datang mendekat. Getah ikat nasi lemak di pergelangan tangannya dibuka. Badannya yang tinggi lampai itu betul-betul depan batang hidung aku ni. Tah kenapa aku kaku. Aku tak merasa sedikit ancaman pun dari dirinya.

Jantung berdetak hebat sebaik sahaja tangan sasa itu mengikat rambut aku dengan kemas. Aku tahu dia sudah biasa. Dia punya adik perempuan dan dia adalah si abang. Pasti perkara begini sudah jadi kebiasaannya, mengikatkan rambut si adik. Aku yang gabra dan gemuruh tak tentu pasal. Entah apa yang aku panik sangat dengan perilaku dia ni, tah lah.

"Tie your hair. Lagi cantik."

Huh! Tak payah nak berlakon lagi lah,Falah. Dah bosan dengan kata-kata kau tu. Macam debu berterbangan je.

Aku mengomel dalam hati. Mata aku alihkan ke tempat lain.

"So,kenapa kau skodeng aku?"

Seriously?! Kau ingat aku skodeng kau... Ew.

"No way aku nak skodeng kau. Aku Terrrr-skodeng je."

"So? Skodeng juga kan?" Falah memang tak tahu menyerah kalah betul!

"Ha.. Yelah. Aku Terr..Skodeng kau buat benda tak senonoh kat belakang tu. huh. Murahan.."

Kaki sudah bersedia mahu melangkah pergi. Malas nak berborak dengan lelaki murahan gini. Not my taste...

Rambut ekor kuda yang diikat Falah tadi ditarik kuat. Kesakitan yang sama yang selalu dirasai 6tahun lepas. Setiap kali Falah tarik rambutnya,begini lah sakitnya tarikan yang dirasakan.

"Apa kau cakap? Aku limited edition okay." Geram dia dengar kata-kata Munirah. Ada saja nak menyakitkan hati dia.

"Jadi? Apa kau buat belakang tadi kalau tak benda tak senonoh?" Munirah memberikan senyuman kemenangan. Falah Aisyi sudah masuk perangkap dia sendiri. Heh.

Falah tersentak. Tak sangka Munirah nampak mereka berdua. Dia kira Munirah cuma lalu sahaja. Munirah dengar ke?

"Well, you don't have to know. Just mind your own business."

Wah.. Explaination yang ringkas dan padat dia bagi aku! Aku tak perlu tahu? Oh yeah? For real? huh! Falah yang sekarang memang banyak sangat rahsia!

Lelaki itu melangkah menuju ke hostel perempuan.

"Kau nak balik hostel kan? Jom aku hantar. Gelap dah ni."

"Tak payah! Just mind your own business." Aku rempuh bahu Falah sekuat hati. Baru puas hati aku bila aku dengar dia mengaduh sakit. Rasakan!

Falah gosok bahunya. Biar betul perempuan ni.. Bahu batu ke apa. Rempuh aku macam badak sumbu. heh? Sombong ye kau sekarang. Siap kau!

Dia berlari anak secara senyap. Punggung mampat Munirah dipukul kuat dan dia berlari selaju boleh menjauhi gadis itu.

"Sakitlah!!!! Falah!!" Kaki dilangkah sebesar mungkin. Kasut yang tadi di kaki sudah ditangan. Kepala Falah akan jadi sasaran kasut batubata ni!

" HAHAHA! Kau lari pun macam itik! kuek.. kuek.." ketiak dia buka dan tutup. Kakinya mengajuk cara itik berjalan.

Larian Munirah makin laju.

Eiiiiiiiii...........

--------------------------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience