Chapter 1

Short Story Series 26456

"Muya! Muya! " laungan dari arah belakang menghentikan langkah aku. Topi merah dikepala yang senget ditiup angin kuat sebentar tadi aku betulkan.

aku mengangkat kepala sekali bermaksud 'apa kau nak?'

"aku nampak budak 2nd intake hensem.... kau kena tengok!" jawab Adilla sambil tangannya memukul-mukul bahu aku se-eksaited mungkin.

aku rimas.

tapi tetap juga aku ditarik mengikutinya. nasiblah dia ni kawan baik aku. kalau tak, dah aku tae kwan do dia kat sini. jangan main-main dengan munirah anak yazid ni. tali pinggang hitam la.

sepanjang perjalanan ke dewan utama universiti, sepanjang itu jugalah puji-pujian Adilla terhadap anak mat salleh yang dia kata hensem itu.

kami berhenti dan menunggu dibelakang pintu dewan. kelihatan pelajar-pelajar baru semuanya sudah bangun dari kerusi dan ingin mengatur labgkah keluar dari dewan. aku buat muka toya saja. semua 2nd intake muka poyo-poyo. cehhhh.
"ha yang tu! yang tu!" hensem gila.." ujar Adilla separuh berbisik. muka dia jangan cakap,dah macam kera dapat bunga. hampir je dia melompat kegirangan.

Dalam aku tak minat aku jelingkan jugak. kalau hensem,rezeki mata aku. kalau tak hensem, nasib aku lah..

"okaylah mama. Fal nak check in hostel dah. mama balik lah. Fal boleh buat sendiri."

ya.. aku kenal gelaran tu. tak. sebaik saja aku nampak muka dia walaupun dia kaler rambut dia warna apa sekalipun, aku akan tetap ingat wajah dia. sekalipun dia tua, aku akan dapat cam dia. Falah Aisyi, si kaki buli!

aku tarik tangan aku dari genggaman tangan Adilla yang cuba mendekati pelajar tersebut.

aku menggeleng beberapa kali,menolak ajakan Adilla. cepat-cepat aku menoleh dan meninggalkan dewan utama.

aku janji! aku tak akan dekat dengan dia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience