Chapter 19

Short Story Series 26455

Terloncat-loncat kakinya mengelak dari terpijak air ikan yang bertakung dilantai. Pasar besar ini bising dengan suara jeritan dan panggilan si peniaga. Munirah diam membuntuti Uncle Irham dari belakang. Danish diam didukung ayahnya manakala Iskandar riang jalan berpimpinan dengan Auntie Ieya dihadapan. Kaki mereka berhenti di gerai yang menjual ikan-ikan segar.

"Sayang. Tu.. Tu." Uncle Irham memuncungkan mulutnya ke arah deretan ikan dihadapan mereka.

Ikan patin yang sudah dipotong dan disiang menjadi pilihan menu tengahari Irham hari ini.

"Ikan ni lagi? Taknak lah. Nanti gatal satu badan." Gila ke. Tiap minggu pula tu makan ikan patin. Dia muak dah! Laki dia je tak muak-muak makan yang sama.

Uncle Irham ketawa kecil. Danish didukungannya juga meniru tawa ayahnya.

"Itulah tugas sayang. Tolong garukan." Dia masih mempertahankan ikan patinnya.

Auntie Ieya mencebik. Sempat dia jeling si suami.

"Takde kerja lain orang nak garukan awak pulak.."

Matanya bertentang pula dengan mata Munirah.

"..Muya nak makan apa tengahari ni?" lesung pipit belah kanannya timbul setiap kali wanita itu senyum. Lesung pipit yang sama seperti Falah setiap kali lelaki itu senyum.

Falah senyum. Eh? Apa kena mengena dengan Falah ni. Dia tu bukan hensem mana sampai aku nak terbayang-bayang dia senyum pulak. yek.

Ha? Erm.. Dia pun tak tahu mahu makan apa untuk tengahari nanti. Tekaknya tidak teringin apa-apa menu.

Uncle Irham beri hint dengan matanya. Ikan patin juga. Hahaha!

"Ikan patin pun sedap Auntie."

"Yes! Kan Abang dah cakap. Muya pun nak makan patin. Kan Is, Kan?" meminta persetujuan dari Iskandar yang asyik menyentuh-nyentuh deretan ikan yang tersusun. Automatik kepalanya berpusing memandang si ayah dan menjawab semula dengan kuatnya.

"Kan! Kan! Ayah kan!"

Membuntang mata Auntie Ieya.
Eh.. Eh.. Budak ni menyokong ayah dia pula.

Auntie Ieya mengeluh perlahan. Patin pun patin lah..

Tangan membelek-belek ketulan ikan patin yang sudah dipotong dan dibersihkan itu. Dia mengambil beberapa ketul dan memasukkannya kedalam bakul kecil dia disediakan peniaga. Setelah pasti cukup untuk mereka berlapan makan, dia menyerahkan bakul tersebut kepada peniaga ikan.

"Abang bayar tau. Ieya nak tengok sayur pula."

"hm.. Nasib badan. You buy I pay.. I buy I juga yang pay." Omel Uncle Irham perlahan namun masih boleh didengari orang sekelilingnya.

Mata Auntie Ieya menjegil apabila beberapa orang peniaga dihadapan mereka mentertawakan lawak hambar suaminya.

Amboi.. Saja nak buat orang claim dia ni 'queen-control' pula ye ! Nak kena ni!

"Uish. Takutnya.." Usik Irham. Keningnya dikerutkan seakan dia benar-benar takut dengan jelingan tajam Ieya. Suka betul bila Ieya dah mula jeling dia. Pada dia, jelingan Ieya tu macam jelingan cinta. Aum.

"Abang.. Jangan nak buat orang salah faham kat Ieya ye.." Tangan mencubit lengan Irham kuat.

Tangan Iskandar dipimpin supaya mengekorinya. Malas mahu layan perangai mengusik suami dia ni.

Sambil membelek-belek sayur yang tersusun dihadapan peniaga, sempat dia menanyakan hal belajar Munirah. Munirah yang sekarang lebih pendiam berbanding dulu. Lebih malu-malu. Kalau dulu, Munirah lah yang paling teruja bila diajak ke pasar. Munirah jugalah yang membuat keputusan mahu makan menu apa. Senang. Tak macam anak-anak dan suaminya, kalau ditanya memanjang entah saja jawapan mereka. Bosan. Dia pula yang pening mahu memasak.

"Mama.. Aji nak makan ikan keli.." Ghazi menepuk perlahan kedua bahu mamanya. Barisan gigi putih ditayang. Comel.

"Keli lagi." Keluhan dilepaskan. Memang anak dia semuanya pesyen ini kah? Kalau dah suka satu lauk,lauk itu saja yang dimahunya setiap hari. Hari-hari nak ikan patin, hari-hari nak ikan keli.

".. Hari ni makan lauk lain. titik." Iskandar didukung apabila anak kecil itu berhenti melangkah. Iskandar ini memang pantang lecak dan air kotor. Dia geli. Mahu tak mahu didukung juga anak seorang ini sebelum tantrumnya menyerang.

"Ala mama.." Ghazi buat muka kesian dengan rambut serabai baru bangun tidurnya.

"No. Makan lauk lain. Mana Abang?" Mata melilau mencari kelibat anak sulungnya. Itu pun sorang lagi. Pantang dia lepa, hilang saja.

Ghazi membuat isyarat jari ke mulut beberapa kali yang bermaksud abangnya sedang merokok diluar.

Keluhan panjang kali kedua dilepaskan. Ini semua pengaruh bapak dia! Merokok lagi depan anak-anak. Biar semua sakit sikit hari nanti. Grr.. Ada yang kena ditazkirah malam ni!

Mata menjeling

"Apa?" kedua kening Uncle Irham terangkat. Tidak dapat menangkap maksud tersirat disebalik jelingan maut si isteri.

"Takde apa."

"Pula.. Abang buat salah ke?"

"Entah. Mana Ieya tahu, salah Abang."

Munirah ketawa kecil. Ibubapa Falah memang tak berubah dari dulu. Masih lagi bergurau manja selalu. Dia jadi cemburu dengan kemesraan keluarga ini. Tak seperti dia. Yang selalu saja mendengar pertengkaran dirumah. Falah bertuah mempunyai keluarga penuh kasih sayang.
Mana mungkin dia dapat memiliki keluarga sebegini. Mama dan Papa saja sudah diambang penceraian. Dia tak kisah. Dia sudah biasa, mungkin lebih baik saja mereka berpisah. Apa yang menyakitkan adalah dia kini berada ditengah-tengah keluarga bahagia ini. Keluarga yang selalu diimpikannya. Baru terasa sakit dan pedih hakikat hidup seorang Munirah.

"Kau termenung apa lagi tu?"

Mata terbuka luas dan berpaling kebelakang. Si rambut kuning sedang terpacak seperti tiang elektrik dibelakangnya.

Senyuman sinisnya yang menawan tu tak sampai sesaat saja dah boleh buat hati seorang Munirah menggelegak. Keningnya yang hitam dan terbentuk cantik itu.. Rasa nak cabut je! Bibir pucat dan nipis. Grr.. Nak toreh biar hodoh!!!

"Eh.. Ingat tiang manalah belakang aku tadi."

"Heh. Tiang eh..? Hmm. Kau berangan apa tadi? Berangankan aku kan.." usik Falah. Dia suka melihat pipi Munirah memerah. Comel. erk?

"Mana ada! Kau ingat aku takde kerja lain nak buat, nak berangankan kau pula."

Munirah melangkah laju kehadapan. Malas layan mat saleh palsu belakang ni.

"Kau borak apa dengan Taufik semalam?" Tanya Falah. Bukan dia tak nampak, ramah betul Munirah dengan Taufik bergurau senda depan pagar malam tadi. Aiseh .. Nasib dia masih ada egonya sendiri. Kalau tak, mahu lebam muka si Taufik malam tadi.

Dia jadi tidak senang hati melihat kemesraan mereka berdua. Sakit mata dia tengok mereka, sakit juga hati dia.

Kepala dipusingkan kebelakang untuk sesaat sebelum kembali berpaling kehadapan. Air-air ikan yang bertakungan di elak. Mahu gatal kaki kalau kena.

"Borak apa? Mana ada apa." Jawab Munirah ringkas.

"Aku tak buta. Seronok betul kau gelak ketawa dengan dia." tangan menarik rambut gadis itu.

"Biarlah. Bukan ada apa pun."

"Aku tak suka." Falah mendengus marah.

"I don't care" balas Munirah dengan lagak gediknya. Sengaja mahu menambahkan lagi kemarahan Falah. Dia sudah tidak takut dengan lelaki itu. Falah Aisyi, sekali dia jentik tumbang lah. Ecehh.

Cuba cakap depan-depan gitu dengan Falah, mahu dia mula langkah seribu agaknya. Kalau tak bertumbuk,entahnya Falah kejar dia keliling pasar besar ni nanti. ui, seramnya. Minta jauh..

"Pandai kau menjawab sekarang." Lelaki itu mendengus lebih kuat dari tadi. Keningnya berkerut. Macam mahu meletup saja gamaknya.

Urat di leher lelaki itu mula kelihatan tegang. Mata sudah memandangnya tajam.

Munirah telan air liur.

"Ha? Manada! Sumpah saya tak pandai menjawab pun, tuankuuuu.."

Huh? Baru kau nak reverse ke, Munirah.. Tadi cakap tak fikir panjang. Kalau meletup mamat ni,haru je hidup kau kat tengah orang ramai ni Munirah...

Mulut.. Mulut. Macam takde brekk..

Falah simpan senyum. Geli hati dia tengok perangai penakut Munirah. Tadi macam berani sangat, lepastu cuak..

"Kau jangan nak menggatal dengan Taufik tu. Aku dapat tahu, siap kau aku backhand." Falah melepaskan cengkaman terhadap rambut budak penakut didepannya itu. Dia sudah ketawa jahat dalam hati. Munirah masih Munirah. Bukan sebab Munirah penakut tetapi sebab dia punya kuasa autoriti atas gadis itu.

Hilang terus segala kerisauannya tentang Taufik sebentar tadi. Kalau Munirah salah cakap tadi, sudah pasti dia kejar budak ni pusing satu pasar besar ni.

Erk! Apa aku merepek ni. Macam aku syok pula kat budak penakut ni. Argh !! Aku tak peduli pun la, aku cuma tak suka tengok dia menggatal disaat aku masih bujang sendiri disini. hah!

Kalau dia nak menggatal pun, tunggu aku ada makwe dulu sebelum dia.

"Kau! Jalan cepat. Hilang nanti, tak ada nya aku nak cari yeh.. Pandai lah kau balik sendiri." jerit Falah kepada Munirah yang sudah ketinggalan dibelakang. Ayah, Mama dan adik beradiknya yang lain juga sudah laju kehadapan. Memang Munirah ni slow tahap kura-kura betul! Acah je kuat tapi lembik juga!

Lambat-lambat saja langkah Munirah. Berbanding laju kehadapan,dia suka lagi melihat suasana dipasar. Jarang sekali dia keluar berpagian begini untuk kepasar , hanya dengan keluarga Falah saja dia mampu berbuat begini. Kalau mummy, selalu order saja dari kedai. mudah.

Sesekali dia senyum sendiri melihat kerenah anak kecil yang berlarian dipasar pagi itu. sudahlah suasanana riuh, ditambah pula dengan si ayah yang sibuk mengejar si anak yang berlarian. Si ayah hanya mampu tersenyum apabila terperasankan pandangan Munirah. Dia tahu aksi anaknya sudah menarik perhatian orang sekeliling.

"Yang kau terhegeh-hegeh lagi ni kenapa.. Laju lah!"

Mula dah orang belakang aku ni. Ni yang tak suka kalau dia jalan di belakang. Membebel je. Lambat salah, cepat pun salah. Dasar mamat bebel!

Munirah memandang sekilas kebelakang.Wajah Falah dengan keningnya yang berkerut cukup untuk meruntuhkan semangat Munirah mahu melawan. Bibir diketap kuat.

Jangan lawan Muya.. Jangan lawan. Nanti ditelannya kau.

"Baik tuankuuu.."


***

Tok! Tok!

"Assalamualaikum.." suara ayah Falah dari luar pintu kedengaran. Berpusu-pusu mereka berempat berlari menuju ke pintu hadapan. Semua mahu menyambut kepulangan ayah mereka. Munirah juga mengekor. Mereka berempat sama-sama menjawab salam si ayah.

Salina dan Ghazi mula berebut-rebut mahu memulas tombol pintu kayu besar itu. Mereka saling tolak-menolak.

Sebagai abang yang paling sulung, Falah sedaya upaya menahan pertelingkahan kedua adiknya. Badan diselit diantara dua beradik itu. Kerana dia lebih tinggi daripada Salina dan Ghazi, dengan mudah saja tombol pintu itu dipulasnya.

Uncle Irham sudah berdiri di hadapan pintu kayu sambil sebelah tangannya membuka kasut yang tersarung dikaki. Salina berlari mendekati si ayah namun terjatuh ketepi apabila badannya ditolak kuat Ghazi. Anak ketiga dari Irham dan Ieya itu seterusnya memanjat kabinet yang terletak berhampiran pintu besar dan melompat tinggi mendapatkan si ayah.

Mata Irham sudah membulat.

Kalau dia tidak menyambut Ghazi, mahu kepala anak ini boleh terhentak ke dinding di sebelahnya. Dia melepaskan beg ditangan dan menyambut Ghazi.

"Ayahhhh.." Jerit anak kecil itu dengan pelatnya.

Berderau darah Irham memikirkan kemungkinan dia tidak berjaya menyambut Ghazi ke pelukannya. Mata fokus mengagak arah jatuhan Ghazi. Apa dia mahu jawab dengan bini dia nanti ni ?! Ya Allah !

Ghazi ketawa mengekek. Seronok agaknya. Anak kecil memang tidak tahu apa itu takut!

Pap!

Ghazi disambut dengan kemas kedalam pelukan.

Alahai anak.. Boleh sakit jantung bapak kau ni, anak oi..

Irham mengeluh panjang. Syukur anaknya tidak terapa-apa. Belum sempat dia bertenang, Salina pula sudah memulakan tantrum hanya kerana si ayah mendukung Ghazi.

"Okaylah.. Okaylah. Ayah dukung Ina pula lah ni." Pipi Ghazi dicium dan diturunkan kebawah. Irham mendukung dan mencium pula si Salina. Anak perempuan memang terlebih manja. Apalagi Ina satu-satunya anak dara mereka.

"Abang dah balik?" Sapa Ieya yang baru saja turun dari tingkat atas. Didukungannya ada Zaim yang leka dengan mainan.

Falah menyalam tangan si ayah, begitu juga Munirah. Hanya mengikut apa saja yang dilakukan Falah.

tali leher dan butang baju dilonggarkan. Ini lah nasib bekerja dengan orang. Masa bersama anak-anak pun cuma ketika malam hari. Ada juga dia terfikir untuk melepaskan saja kerjaya sebagai pensyarah ini tapi ditegah oleh si isteri. Kata Ieya, ini minat dan cita-citanya. Rugi kalau masih muda begini dia sudah terlalu memikirkan komitmen berkeluarga sedangkan kewangan dan kemampuan keluarga mereka sudah lebih dari cukup. Apa yang Ieya mahu hanya dia merasa gembira dengan apa yang dilakukan. Dan minatnya adalah mendidik anak bangsa.

Mungkin benar cakap Ieya. Mereka berdua masih muda. Anak pun baru masuk empat orang dengan umur mereka berdua yang boleh dikira masih kuat untuk bekerja. kalau diikutkan penatnya dia, pasti isterinya lebih penat lagi. Mengurus hal rumahtangga ditambah pula dengan perniagaannya yang bermacam. Dia rasa bersyukur pula dikurniakan isteri multitalent macam Ieya.

Kalau dia, mungkin sudah pengsan. Cukuplah sekali dia menjaga 3orang anak sendirian. Seorang menangis, seorang tukang sambung, seorang lagi kasi penangan tantrum.

Irham menahan senyum.

Rasa kelakar pula mengingati semula kenangan yang itu. Dimana ketika itu Ieya perlu pergi menghadiri seminar dari pagi hingga ke petang. Makanya dia lah yang perlu menjaga tiga orang anak kecil mereka. Waktu itu Ghazi masih menyusu badan walaupun ketika itu anak itu sudah tahu berjalan dan bercakap dengan pelat.

Salina pula masih anak manja yang pantang tidak nampak mamanya didepan mata. Terngadah juga dia melayan Ghazi yang memanjat pintu pagar rumah sambil menangis diselangi Salina yang juga ikut menangis. Falah pula sibuk mahu itu dan ini. Jika tidak diturut, dia juga ikut tantrum.

Waktu itu hanya Tuhan saja tahu bahawa ada 4orang penghuni rumah tersebut yang sedang menangis. 3 orang menangis fizikal, manakala si bapak menangis mental saja, mengharapkan si isteri akan pulang segera. Sungguh dia tak larat nak melayan kerenah 3 orang anak kecil ini.

Ah.. Dia bersyukur ada isteri. Dia bersyukur ada Ieya. Dia bersyukur dengan apa yang dia punya saat ini.

Pipi Ieya dicium laju. Rindu betul dengan isteri tercinta ni. Pandang wajah Ieya saja sudah hilang rasa penatnya.

Laju juga tangan bini dia cubit pinggangnya.

"Aduh.." Pinggang ditekan kuat. Penangan ketam bini dia ni memang tak pernah berubah. Sakit ya amat..

Jelingan Ieya pun tidak pernah berubah. Cantik ya amat...

Hahaha ! Gatal dia pun tidak berubah juga. Gatal dengan Ieya ya amat..

"Abang jangan macam-macam. Nah, pegang Zaim ni. Ieya nak ke dapur."

Salina gelak mengejek apabila ayahnya dimarahi mama. Anak dara itu melompat turun dari dukungan ayahnya apabila mama sudah menghulur Zaim yang lebih kecil darinya itu kepada ayah. Dia sudah mula faham tanggungjawabnya sebagai kakak.

"Uwaaaa ....!" Tangisan maha dasyat dari arah ruang tamu kedengaran. Irham berlari ke arah anak-anaknya yang sedang bermain di ruang tamu tersebut. Yang dia pasti, itu bukan tangisan anaknya.

"Falah! Apa bising-bising ni."

Membulat matanya melihat Falah yang sedang duduk diatas badan kecil Munirah.

"Kitorang main WWE lah ayah. Munirah ni yang lemah. Orang lemah memanglah kalah!" Ujar Falah. Kalini dia berlawan dengan Ghazi pula yang sedang menyerang dia dari belakang.

Munirah yang dihempap oleh Falah tadi bangun mengesat air mata.

"Muya okay tak?" Soal Irham. Dia sempat membelek anak kecil itu depan belakang. Buatnya patah riuk anak dara orang ni, haru saja.
Anak-anak dia semuanya lasak bukan main. Tak tahu apa itu erti sakit.

Munirah mengangguk.

Tangan Munirah dipimpin ke dapur. Lebih baik lagi kalau anak gadis ini bermain dengan anak gadisnya daripada main dengan singa bercakaran diruang tamu sana. Selagi tak ada yang menangis atau mengalah, memang tak habislah WWE mereka tu. Tunggu kejap lagi bila dia dah pegang rotan, baru semua jadi macam anak kucing.

"Muya! Sini!" Jerit Falah dari ruang tamu. Laju saja Munirah berlari kepada Falah semula.

Ghazi sudah berdiri di atas meja kopi dengan Pedang mainan juga sehelai kain yang diikat dileher persis superman. Dia ketawa jahat.

"Ha Ha Ha! Tak ada siapa boleh kalahkan Ghaziman!! Ha Ha Ha!" Pedang dihunus ke arah Munirah dan Falah.

Falah ambil pula main yang lain. Sebuah penghadang serangan dilekat ke tangannya. Manakala Munirah pula diberi pistol.

"Kau team dengan aku. Kita kalahkan dia. Kau jangan buat aku kalah!" Ugut Falah. Dia terus berlari kearah Ghazi. Munirah terkial-kial mengekor. Dia tidak pasti diposisi mana dia sepatutnya berada.

Ghazi melompat turun dari meja dan berlawan pedang sambil berlari-lari diruang tamu rumah yang luas.

"Muya, Tembak dia!" Laung Falah sambil memeluk kuat Ghazi dari belakang. Laju tangan Muya menekan punat pistol. Keluar bunyi tembakan yang bermacam lagu dari dalam lubang pistol.

Ghazi menggerakkan badannya kekiri kekanan seakan dia sedang mengelak dari ditembak. Seterusnya dia menggigit kuat tangan si abang dan berlari laju menaiki tangga ketingkat atas.

Tidak mahu melepaskan Ghazi, Falah seterusnya merampas pistol dari tangan Munirah dan menembak tepat kearah Ghazi.

"Beng! Beng!" jerit Falah.

Ghazi yang sedang menaiki tangga, menjatuhkan lututnya dan menjerit kesakitan. Dia membaringkan tubuhnya keatas tangga dan berguling jatuh perlahan-lahan hingga ke bawah.

"Yes! Ghaziman dah mati! Polis menang!"

Falah dan Munirah melompat kegirangan. Falah kembali ke tempat Ghazi sedang berbaring dan mengarahkan bucu pistol kearah adiknya itu.

Irham hanya menggeleng. Dia rasa macam tengah tonton drama gerak khas pula. Gila punya hebat lakonan anak-anak dia ni.

"Ni semua ikut perangai you. Dramatik." Sempat dia memerli isterinya sambil menonton wayang yang dilakonkan anak-anak. Takjub. Ghazi ada bakat jadi orang jahat dalam drama ini, Falah pula ada bakat jadi penegak keadilan. Kadang-kadang mereka akan bertukar watak. Tetapi selalunya memang Ghazi lebih suka memainkan peranan orang jahat berbanding orang baik.

Setiap kali dia menonton wayang anak berdua ini, selalunya akan ada intro seperti Ghazi akan gelak jahat bermakna dialah penjahat didalam cerita ini. Dan Falah akan memberikan arahan kepada orang bawahan menunjukkan dialah yang akan menjadi hero.

Jikalau Ghazi si hero, selalunya Ghazi akan menyerang sendirian tanpa bantuan sesiapa kerana perwatakan Ghazi yang sangat yakin dengan diri sendiri. Anak ketiganya itu agak aggresif berbanding yang lain.

Irham senyum. Macam dapat bayang mana anak-anak dia dapat perangai degil ya amat ni semua.

kedua kening Ieya angkat. Jari mencubit kuat pinggang suaminya.

"Adeh.. Adeh.. Abang guraulah.."


***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience