Chapter 6

Short Story Series 26455

harini hari yang paling ditunggu. petang nanti kelab tae kwan do dapat kebenaran menggunakan dewan universiti untuk berlatih. kalau dah dapat guna dewan tu,memang kitorang selalu buat competition antara ahli.

aku duduk bersama laptop aku di foyer sementara menunggu Abang Syafiq datang membuka bilik kelab. sementara itu aku siapkan dahulu assignment yang bertimbun.

apalah nasib kena buat report individual pulak. sampai 20-30 muka surat. kalau kerja berkumpulan senang lah. ini individu. sakit otaknya memikirkan apa lagi yang perlu ditulis.

"wei Muya. kenapa aku call kau tak angkat?" sinis saja suara Falah. lelaki itu mengambil tempat di kerusi kosong berdepan Munirah. .

"aku dalam kelas tadi. silent phone." menjengkelkan!

malas aku nak layan dia ni. lagi dilayan lagi menjadi.

setengah jam berlalu. Falah masih tak berganjak dari situ. selamba pulak dia main mobile legend.

"kau tak tahu nak balik ke?syuh! syuh!" aku buat nada menghalau yang mesra sikit. nanti dia kata aku melawan dia,tak pasal-pasal benjol lagi sebelah kepala aku. .

"kau halau aku????"

"mana ada aku halau, aku mempersilakan.."

pap!

report setebal 10muka surat itu selamat mencium bahu aku.

"halau lah tu! aku pergi kalau aku nak pergi. aku datang kalau aku nak datang. kau tak ada hak nak suruh aku blah." matanya tajam merenung kewajah Munirah. dah macam nak telan orang.

sebab aku dah biasa,aku heran apa.

"macam hantu kau eh, datang dan pergi." mengajuk semula kata-kata Falah sebentar tadi.

makin masam muka Falah. tapi sekejap je. lepas tu bibir dia senyum sinis balik.

"kau nak tengok sesuatu tak?"

"tengok apa?" musykil aku.

falah menunduk kebawah. kebetulan waktu itu tiada orang lalu lalang. makin musykil pula jadinya aku. apalagi aksi Falah semacam seram. dia teleng kekiri dan kekanan sebelum kembali menunduk kebawah.

aku perasan pandangannya menghala ke celah kakinya. dia mengangkat muka dan menyuruh aku tengok kebawah meja.

aku? rasa seram. banyak kali aku menggeleng tak mahu.

"tengoklah! mesti kau suka.." tangan aku ditariknya supaya mendekat dengan dia.

apa dia nak buat ni? dia..dia.. pervert ke? aku tak sanggup nak tengok.
geli! ei.. dia ingat aku ni kemaruk lelaki sangat ke.

aku tarik-tarik tangan aku dari genggaman dia.

"tengoklah sini." nada suaranya jadi lembut. aku makin menjadi takutnya.

"pervert! miang! aku tak layan lah benda bodoh macam tu." mata aku tutup rapat-rapat. dalam hati mengharap ada orang yang akan laku disitu.

pap! kepala aku menjadi sasaran report 10muka surat itu lagi.

"kepala otak kau. aku nak tunjuk benda lain lah lembap. "

panas betul hati dia dengan kata-kata Muya. nasib tak ada orang, tak pasal-pasal heboh satu universiti.

Munirah mengusap kepalanya dengan tangan. sakit.

dia muncungkan mulutnya.

manalah aku tahu. aksi dia macam pervert. eeww.

"otak kuning." telaah Falah.

dia menjegilkan matanya.

"mana ada! aksi kau tu yang macam pervert."

"pape jela. yang penting kau kena tengok ni." dia menarik kolar baju Muya agar mendekat dengannya.

Muya hanya menjeling sekejap ke tangan Falah.

sekali jeling,dia jeling kali kedua. kalini matanya tidak lepas dari apa yang dilihat.

"kau kenal budak ni?"

aku angguk.

"aku pun kenal. aku saje je cari gambar ni simpan dalam fon, dalam laptop. yela.. mana tahu kau BI-A-DAP dengan aku.."

memang aku kenal sangat budak dalam gambar tu. gambar aku!! masa kecik, masa gemok,masa tak lawa macam sekarang,masa aku menangis dekat padang dulu. dia tangkap gambar aku yang sedang berada didalam kesakitan.

muka aku hodoh nak mampus bila nangis.

"am..ampunkam patik tuanku. bukan niat patik mempersilakan tuanku pergi sebentar tadi." aku menyusun kata. moga lembut hati monster depan ni.

"oh begitu? tapi kenapa beta merasa terhina tadi? beta merasa seperti tuan hamba sangat BI-A-DAP terhadap beta." perkataan biadap ditekan.

"apa yang tuanku maksudkan. tak kan lah patik mahu berbuat begitu. sekali lagi patik mohon ampun. patik akan selalu menjaga tutur kata selepas ini."

falah menyilangkan kakinya.

"bukan mudah beta mahu percaya."

aku mempersembahkan tarian chicken dance didepannya. ya. itu yang dia mahu. dia mahu aku memalukan diri aku. nasib sahaja tak ada orang.

sesekali dia mengangguk. maknanya dia sudah mengampunkan aku.

"baiklah. beta ampunkan tuan hamba. lepasni tuan hamba kena bertutur baik depan beta. beta pergi dulu."

aku mencebik geram. aku lihat sahaja Falah berlalu pergi sambil melambung-lambung telefon pintarnya keudara.

aku kalah lagi dengan dia! ada saja rancangan dia yang membuatkan aku tak mampu melawan.

hilang saja Falah dari pandangan, Abang Syafiq datang menghampiri. tergopoh-gopoh dia membuka pintu kelab sambil meminta maaf kerana lewat.

"sorry abang lewat. kena jumpa lecturer kejap tadi." sengihan Syafiq saja dah buat hati aku sejuk. haihhh. rambut belah tepi dia kiut sangat.

"takpe. Muya tak tunggu lama pun." okay aku tipu. lama gila aku tunggu. tapi sebab rambut belah tepi dia comel,aku halal jela susah payah aku menunggu tadi.

Syafiq gelak kecil. nak gugur jantung aku. alolo...

aku masuk kedalam dan meletakkan beg didalam loker. beberapa orang ahli lain juga sudah sampai.

selesai menukar baju,aku pergi ke dewan. aku bantu beberapa orang student yang sedang membentang tilam gelanggang.

dari jauh aku lihat abang Syafiq sedang berbual dengan seseorang.

hensem gila bak hang!!! haihhh. kalaulah dia tu pakwe aku. ahahaha... berangan lebihlah kau, Muya. manalah si Syafiq tu nak pandang aku yang bese-bese ni.

syok-syok aku pandang Syafiq, tiba-tiba aku tersedar. dia tengah pandang aku balik ke ni? dia pandang aku ke? aku toleh belakang beberapakali untuk memastikan memang tiada orang lain dekat belakang.

sah diorang berdua pandang aku.

"Muya,sini kejap."

sah! sah! sah! dia pandang aku. dia perasan ke aku pandang dia dari tadi eh. aduhhhh....

aku berjalan teragak-agak mendekati mereka berdua.

"ada apa?" tanya aku. aduhaiii. segannya.

Syafiq ketawa kecil. perasan aku gabra kot.

"ni Amir. ketua hostel kitorg. dia nak tanya Muya."

"ohh. tanya apa?" aku cover ayu. hahaha!

"Muya rapat dengan Falah ke?" tanya lelaki berambut pacak depan Syafiq.

hensem tapi bukan taste aku.

sebaik je dengan nama Falah, aku dah jadi tak berminat untuk meneruskan cover ayu aku.

"hmm. kenapa dengan dia?" jawab aku acuh tak acuh. dalam bilik nama dia, lepak dengan member nama dia, sampai kat kelab pun nama dia. apa dia hebat sangat ke dah semua nak berebutkan dia. cehhhhhhhhhhhhh!!!!

"tak. Amir ingat nak dia join kelab tae kwan do kita." ujar Syafiq pulak.

ha?! join kelab ni? no!!!!!!!!!

"kenapa nak invite dia pulak. takyah la. dia tu tak boleh bagi commitment pun."

memang dia tu tak boleh bagi commitment pun. masa sekolah dulu pun benda gini banyak kali terjadi. tak datang latihan lah apa lah. tapi dia tak dimarah sebab dia selalu je succeed dalam apa je dia buat. cikgu semua bangga dengan dia. puih! tah apa guna-guna dia pakai tah. ni sampai Syafiq aku pun dia guna-guna. ei!!!

"dia ada talent dalam self-defense. tu Syafiq pun berminat jugak dengan idea nak ajak dia join kelab ni. daripada dia gi join kelab lain. Aden pun okay dengan idea tu."

dah memang lah dia ada talent dalam self-defense ni. memang dari kecik keje dia self-defense orang je a.k.a pembuli.

aku dah rasa kecewa lepas dengar persetujuan syafiq apalagi Aden juga setuju. Kalau Aden dah setuju maknanya semua orang pun setuju. huuuu.

memang hidup aku ni tak boleh bebas ke dari si Falah ni. eish!

"tengoklah macam mana. nanti Muya tanyakan. Muya tak janji." okay aku tipu lagi. aku tanya tapi aku tanya ayam-ayam je kat dia nanti.

"thank you,Muya. you're the best."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience