09 - Hanya Assila

Romance Completed 46144

Amran senyum seorang melihat skrin telefon. Kalau tertangkap dek emak sedang tersengih dengan telefon di tangan,pasti terus di cop angau!

Ah,biarlah apa kata dunia..yang penting hati Amran gembira. Dari mana datangnya gembira? Pastilah dari Nurul Assila binti Hamid! Gadis genit yang menarik-narik hati Amran dengan cemikannya. Gadis brutal yang menjerkah Amran tanpa tahu erti takut. Gadis paranoid yang menunjal otak Amran sehingga Amran jadi bingung. Bingung dengan personaliti Assila.

Sewaktu awal ketemu Assila, first impression Amran, Assila seorang yang strict dan tidak boleh dibawa bergurau. Kosong benar wajahnya tatkala diperkenalkan kepada Amran. Tiada reaksi. Senyum kecil sahaja bila dijadikan bahan gurauan oleh ketuanya Encik Hamid,semasa pembentangan kali pertama projek kerjasama antara syarikat mereka.

Jika ditanya, di mana daya penarik Assila, Amran akan berkata, NONE. Assila tiada daya penarik yang boleh dijelaskan secara terang dan nyata. Tapi Amran yang terjumpa beberapa perkara yang membuat hati Amran rasa dijentik. Setiap kali bersua muka, ada saja tingkah Assila yang fresh. Membuat Amran cuba menangkap apa sebenarnya yang selalu bermain di dalam akal Assila.

Wajah Assila boleh dikategorikan sebagai ‘resting-bitch face’. Bahasa mudahnya, wajah tiada perasaan. Bahasa kasarnya, muka sombong alias ‘poyo’.

Amran capai stylusnya dan mula membuat catitan. Apa yang membuat Assila menjadi magnet untuk Amran?

Pertama sekali, of course lah, setia. Assila setia. Yang itu Amran pasti. Saat Amran menawarkan hatinya pada Assila, terus Assila menolak. Tolak sekuat-kuatnya. Hampir membuat hati Amran yang sudah jatuh pada Assila kembali tegak berdiri. Tapi Amran secara berseloroh mengatakan,

“ Entah-entah saya sengaja nak usik awak, nak bagi awak perasan. Cepat je awak menolak tanpa usul periksa. Saya baru cakap sepatah.”

Amran akui,itu egonya. Tidak mahu nampak rendah di mata wanita. Bidasan Assila kemudiannya yang membuatkan hati Amran jauh tersungkur dalam perangkap cinta Assila.

“ Dah, ada saya peduli Encik Amran tipu ke cakap betul-betul? Saya tolak sebab itu jawapan pada confession Encik Amran. Tipu atau tak, itu urusan Encik Amran dengan hati Encik Amran sendiri,”siap dengan jari telunjuknya di tunjuk-tunjuk ke arah dada Amran. Kononnya mahu ditunjuk hati. Amran yang mendengar terasa jengkel. Betulkah ini perempuan yang disukainya 5 minit yang lalu? Mungkin matanya tersilap menilai?

“Ee…geramnya! Kalau boleh sentuh, teringin nak cucuk-cucuk hati tu sampai berlubang. Korek bawa keluar,nak tengok dalam hati tu ada apa. Kot kot lah ada pasir dengan batu je. Benda macam ini pun boleh dibuat mainan. Sedar tak yang diri tu dah tua bangka. Macam mana kalau saya pun ada hati dengan Encik Amran? Tak ke dah melukakan hati orang tu namanya?,”omelan kecil Assila kala itu membuatkan Amran terus ketawa. Okay. Sekarang Amran pasti! Memang hatinya sudah terpaut pada Assila. Assila cute! Comel dengan cara tersendiri. Bila melihat wajahnya, memang tidak tersangka ada gelagat-gelagat bersahaja yang bersembunyi di balik keseriusannya.

Tiba-tiba timbul rasa cemburu pada insan yang berjaya menawan hati Assila. Insan yang menambat Assila dengan setia. Amran mahukan setia itu. Amran mahukan kasih Assila.

Tapi Assila susah mahu ditelah. Kalau Amran ke kiri, reaksi yang sepatutnya diberi oleh pihak setentang adalah pergi ke kanan. Tapi Assila bukan tipikal. Berkemungkinan dia cuma akan berdiri tegak tanpa reaksi. Menunggu pihak satu lagi berlalu pergi,barulah dia sendiri akan bergerak ke arah yang disukainya. Sukar memahami apa yang bermain di benak fikiran Assila.

Selalu Amran perhatikan mata Assila meliar memerhatikan perkara sekeliling. Bila tertangkap dek Amran yang dia sedang ‘mengkaji’, Assila akan kembali dengan resting bitch face nya dan bereaksi seperti tiada apa yang sedang dia lakukan.

Nurul Assila seorang yang pendiam,bila dengan orang yang tak dikenali. Nampak sombong bila tidak diselami. Jauh disudut hati Amran, dia tahu yang Assila sebenarnya baik. Dengan orang yang dikenali lama, mulutnya seperti murai tercabut ekor. Dengan yang di sayang, bebelannya tidak habis satu mukasurat jika ditaip. Bila tersentuh, dia akan diam. Bila niat baiknya disalah anggap, hatinya keras. Bila disuruh-suruh,dia menurut.

Assila membuat hati lelakinya bangun mahu menjaga Assila. Mahu meletakkan Assila dalam satu botol kaca yang boleh dia tatap setiap masa. Boleh Amran lindung dari sebarang musibah baik dari segi fizikal ataupun emosi. Amran jadi protective dengan Assila. Umpamanya Assila seperti dilahirkan khas untuk Amran manja dan bahagiakan.

Amran mula memasang angan. Cepatlah hati Assila cair. Tak sabar rasanya mahu menjadikan Assila isterinya yang sah. Menjadi teman bergaduh dalam suka dan duka. Hanya Assila saja yang dikehendaki. Tapi mahukah Assila pada dirinya? Amran mengeluh. Sejak kenal Assila mengeluh sudah jadi kerja part-time Amran. Apalah agaknya kerja part-time yang muncul pula selepas ini agaknya. Assila benar-benar mengubah hidup Amran. Ke arah yang baik atau yang buruk,itu Amran masih tak pasti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience