17 - Mula Satu Kisah

Romance Completed 46143

“Hah! Termenung!” Assila jeling Kak Mira yang berlenggang lalu di tepi mejanya seolah-olah bukan dia yang menerjah Assila tanpa salam.

“ Problems in heaven?” Kak Mira cuba menebak. Melihat muka Assila yang kusam masam tidak bermaya membuatkan orang sekeliling ikut sama hilang mood ceria. Perlu diselesaikan secepat mungkin! Lagi seminggu melihat muka Assila yang tonyot, boleh mati selera makan semua orang di pejabat ini.

Tuan Haji yang melalui tepi meja Assila pun tidak ditegur. Kali pertama terjadi! Sebelumnya kalau Tuan Haji yang lalu, Assila lah kepala mengusiknya. Ada saja yang hendak ditegur, hendak dipuji dan dikutuk.

“Mana heaven nya....mati pun tak lagi!” mata Kak Mira terjegil memandang Assila. Wahh...ringannya mulut Assila hari ini. Bercakap seolah-olah sudah penat hidup. Pasti! Sudah pasti memang ada yang tidak kena dengan rumah tangga Assila.

“Ada problem tu...cerita-cerita la. Akak ni memang lah mulut banyak, tapi rahsia orang akak ikat kuat-kuat kat perut tau,” laju Kak Mira menjual diri sebagai bekas penyimpan rahsia. Assila lepas nafas kasar. Penat! Penat dengan angin Amran yang berubah mengikut cuaca.

Assila sekarang kerjanya sudah menjadi peramal kaji cuaca. Tapi bukan meramal cuaca hujan, ribut atau panas. Cuaca yang perlu diramal Assila namanya ‘Angin Amran’. Ada ketikanya, Amran OK. Tapi sekelip mata saja, Amran jadi KO.

Assila mengkaji , mengkaji dan mengkaji hinggakan tidur malamnya terganggu. Amran di sebelah tidurnya mati! Langsung tidak terganggu dek Assila yang pulas memusing ke sana ke mari.

Tempoh hari, selepas ‘Hari Bersejarah’ yang mana Hasif datang membuat penyataan maut itu, Amran masih okay. Masih seperti biasa. Malah selepas pulang petang itu, sempat lagi diajak Assila ke Port Dickson mengikutnya melawat tapak projek. Katanya honeymoon untuk kali yang entah keberapa lah agaknya. Itu bukan kali pertama diusungnya Assila ke sana ke mari di hujung minggu.

Tapi entah kenapa sejak minggu lepas, Assila rasakan sikap Amran ada perubahan. Amran seperti tidak mahu memandang Assila seperti selalu. Kebiasaannya, bila memandang Assila, matanya keluar cahaya-cahaya cinta. Diumpamakan seperti itu saja. Bukannya realiti.

Sekarang? Pandangannya singgah ke wajah Assila tidak pun sampai 2 saat. Assila jadi bingung sendiri. Sudah bosankah Amran dengannya? Bukankah dulu beria benar dia mengejar cinta Assila. Takkanlah habis madu sepah dibuang?

Assila geleng kepala seorang. Tak mungkin! Dia yakin Amran bukan begitu peribadinya. Jadi, apa yang silap dalam perhitungan Assila? Bahagian mana yang Amran rasakan tidak kena pada dirinya sehingga membawa kepada rasa marah mahu memandang wajah Assila.

“Termenung lagi!” sergahan Kak Mira kali ini membuat Assila mendengus kasar. Diberi jelingan maut pada Kak Mira. Bukannya mahu takut, malah makin galak pula Kak Mira ketawa. Seronok agaknya menyakat orang . Hobi baru di waktu bekerja.

“Assila,”terkejut Assila dibuatnya bila mendengar suara baru yang muncul dari belakangnya. Pantas dia menoleh mahu marah pada si penegur.

Assila telan liur sendiri bila melihat wajah yang menegurnya tadi. Kak Hanim dari HR. Assila gigit lidah. Apa pula yang agaknya tak kena sehingga dipanggil oleh HR ni? Setahu dia, tak pernah pula dia lewat masuk kerja ataupun banyak mengambil cuti. Paling akhir diambil cuti pun semasa dia kahwin dahulu.

“Oh...Kak Hanim...,”balasan Assila disulam sedikit agakan. Gugup juga ditegur HR tiba-tiba.

“Jom teman akak minum kat pantry,” ajakan Kak Hanim menimbulkan kerutan tanda tanya di dahi Assila. Sekejap kepala Assila berputar memandang Kak Mira. Melihat reaksi Kak Mira pula. Hmm...bukan mimpi di siang hari. Kerana wajah Kak Mira juga mencerminkan reaksi yang sama seperti Assila.

Perlahan Assila bangun dari duduknya yang bersila di atas kerusi. Kedudukan favourite ketika di pejabat. Selalu di marah rakan sepejabat kerana kerusinya beroda. Bimbang dia tersungkur semasa hendak menurunkan kaki kata mereka. Alah, marah-marah sayang. Tidak pernah Assila mahu mengambil hati.

“Jom..jom,”Assila sudah bergerak menuju ke arah pantry diikuti Kak Hanim. Dalam hati sudah merusuh. Tidak tahu apa yang mahu disampaikan Kak Hanim. Dulu semasa Tina dari HR datang mencari Assila, itu untuk mengkhabarkan berita Assila perlu mengikuti kursus di hujung minggu. Kali ini, dicari Kak Hanim kerana sebab yang sama jugakah?

Assila berdoa dalam hati. Janganlah dihantar berkursus. Tak sanggup rasanya mahu pulang meminta izin pada Amran yang hobinya kini, menyinga tidak tentu masa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience