15 - Sejarah Mengejar

Romance Completed 46144

Hasif keluar dari keretanya. Mengunci pintu. Dan berlari-lari anak menyeberangi jalan selepas melihat ke kiri dan kanan. Matanya meliar sambil berjalan ke destinasi yang dituju. Family Pharmaceutical.

Kepalanya tertoleh 2 kali bila matanya menangkap kelibat seseorang. Direnungnya lama. Untuk kepastian. Assila! Assila bersama seorang lelaki. Bergelak ketawa. Siap tangannya disangkutkan ke lengan si lelaki. Pasti itu suaminya. Hasif senyum sinis. Bila lagi masanya untuk melepaskan marahnya pada Assila? Sekaranglah.

“Assalamualaikum,”Assila tersentak mendengar salam yang diberi dari belakang.

“Waalaikummussalam,”serentak Assila dan suaminya menjawab sambil menoleh ke belakang. Mata Assila membulat. Terkejut melihat Hasif tiba-tiba muncul.

“Hai Sayang,”tegur Hasif dahulu. Wajah Amran berubah. Wajah Assila usah ditanya. Merah bagai tomato.

“I’m sorry but you are…,”mula Amran.

“Oh hai…I’m Hasif. Assila’s ex,”bangga Hasif memperkenalkan diri.

“I’m Amran. Assila’s husband,”giliran Amran pula memperkenalkan diri. Tangan Assila yang bergayut di lengannya diambil dan digenggam erat. Genggamannya berbalas. Sekilas dipandang wajah Assila.

“Hasif sihat? Emak Hasif?”soal Assila berbasa basi. Sekadar menjaga hati. Kalau ikutkan hati, mahu saja Assila tarik Amran pergi. Hasif sengaja! Memanggilnya dengan panggilan lama mereka sedang mereka sudah tiada apa-apa hubungan.

“Makin sihat. Sejak-sejak dah buang duri dalam daging selama ni, hidup makin bahagia pulak,”Hasif ketawa sendiri dengan lawak yang sendiri dicipta. Assila tarik muka dalam sembunyi. Mengata Assila lah tu!

“Emm..nak pergi mana?” berbasa basi Assila bertanya. Amran sudah kejung wajahnya. Tidak pula dapat Assila teka apa yang bermain di hatinya.

“Somewhere...,”tangan Hasif menunjuk kawasan sekitar tempat mereka berdiri. Tidak perlu pun berkongsi dengan Assila tentang hala tujunya.

“Ok lah, I have things to do,” Hasif yang mula menarik diri. “By the way, congratulations on your wedding,”sinis suara Hasif mengucap tahniah pada Amran. Tangan yang dihulur lambat disambut Amran. Nampak pun seperti teragak saja mahu disambut.

Assila sudah mahu menarik nafas lega bila Hasif mula melangkah pergi, tapi terhenti bila Hasif tiba-tiba menoleh kembali.

“Eh Assila, you marry him 4 months after we broke up right?” Hasif sengaja! Sengaja mencipta cerita untuk membangkitkan curiga Amran.

“I just want to refresh my memory...See ya!” senang hati Hasif dapat memberi kata akhir yang membuatkan Amran penasaran. Hasif ketawa jahat di dalam hati. Biar padan dengan muka Assila! Semudah itu saja mahu bergembira di atas kesedihan Hasif? Maaflah, tapi ini Hasif. Bukan dalam kamus hidupnya untuk melupakan apa yang Assila lakukan semudah itu.

Tinggal Assila terkebil-kebil ternganga dengan kenyataan Hasif. Kepala Assila perlahan menoleh memandang Amran. Tapi wajah Amran tidak menunjukkan sebarang reaksi. Makin gundah jadinya hati Assila. Apa yang mahu dikatakan? Urrghh..menyesal pula tidak dihafal ayat dari surah Al-Baqarah yang meminta supaya dilimpahkan sabar . Boleh juga dibaca moga-moga hati Amran sabar menerima usikan Hasif yang tidak bermakna itu.

“Abang,”Assila cuba memanggil. Amran nampak seperti sudah terbang dibawa angin lalu.

“Jom balik,”tiba-tiba Amran mengajak. Dahi Assila berlipat. Pelik! Amran tak marah? Mustahil!

Sabarlah hati, balik rumah nanti kita bincang lagi, pujuk Assila pada hatinya sendiri. Perlu kah Assila takut? Kalau ikutkan logik Assila, sepertinya tidak perlu dihirau pun kata-kata Hasif. Tapi logik akal Assila mungkin tidak sama dengan logik akal Amran. Kalau makan pun, ada kalanya Assila katakan sedap tapi di lidah Hasif rasanya seperti kopi tiada gula.

Assila kerling dari ekor mata. Cuba membaca riak wajah Amran yang sedang memandu memandang hadapan. Assila berkira-kira tindakan yang perlu diambil. Kali pertama melihat Amran bersikap begini sepanjang mereka berkahwin.

Hmmm...mungkin pulang nanti Assila perlu beri senyuman seribu watt pada Amran. Amran suka makan makanan manis. Mungkin manis senyuman Assila boleh menghilangkan tawar di hati Amran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience