10 - Erti Setia

Romance Completed 46144

Hujung minggu Assila berjanji mahu berjumpa dengan Tiqot. Tiqot aka Atiqah,teman sedari sekolah menengah Assila ada waktunya rajin turun ke utara sesekali. Singgah ke rumah tok wan nya yang masih kuat dan sihat walafiat walau usia sudah mencecah 80-an.

"Okay,spill. Aku nak dengar dari A sampai Z pasal kau,Hasif and Amran,"itu ayat pertama yang keluar dari mulut Tiqot bila saja punggung Assila mencecah kerusi di hadapan Tiqot. Assila lebih senang memilih untuk makan di foodcourt dan memastikan mereka memilih seat yang agak jauh dari orang sekeliling. Bukan bimbang rahsianya didengari orang lain,tapi takut orang lain yang akan terganggu dengan perbualan mereka yang ada kalanya octave suara meningkat sehingga menyakitkan telinga pendengar.

"Wei mak cik,tanyala dulu khabar aku. Main terjah je. Salam pun tak bagi. Assalamualaikum,"Assila senyum manis. Penuh dengan perlian. Tiqot mula mencebik. Jengkel dengan Assila yang menunjuk bagus.

"Waalaikummussalam Cik Assila. Jemput duduk. Makanan akan sampai sebentar lagi,"senyuman Assila bertukar menjadi ketawa mengekek. Lucu dengan balasan Tiqot.

"Ok,ok..main jelah. Tu pun nak terasa!"

"Tak kuasa aku nak terasa. Macamlah kita baru kenal semalam. Cepatlah cerita. Aku tak sabar nak dengar live dari mulut ko sendiri ni,"gesaan Tiqot makin menekan.

"Dah,masa aku cakap phone hari tu,aku cakap guna apa? Bukan mulut?" Assila masih dalam mood mahu bergurau. Gurauan mereka terhenti seketika bila air minuman dihantar ke meja. Tiqot terlebih dahulu sudah memesan air kegemaran Assila sebelum Assila tiba.Neslo. Assila membuat gaya kissing pada Tiqot. Tanda terima kasih kerana Tiqot masih mengingati kegemarannya. Tiqot buat muka geli dengan tingkah Assila. Sedang dalam hati tersenyum. Rindu dengan kemesraan ini yang sudah lama tidak dirasai. Yalah, seorang di utara,seorang di selatan. Paling-paling pun setahun 2 kali berjumpa. Mungkin ada juga beberapa kali bersua muka melalui skype.

"Aku tak tau nak start dari mana. Why don't kau tanya,aku jawab?" cadang Assila. Assila sendiri hilang punca bila ditanya tentang hal perasaan. Lucu. Tak alert dengan perasaan sendiri? Assila patut dianugerahkan award manusia paling blurr di abad ini.

"Sekarang kau suka siapa?"Assila terus ketawa mendengar soalan Tiqot. Dahi Tiqot berkerut. Apa yang mencuit hati?

"Sorry kalau terkasar bahasa,tapi soalan kau tu sound a bit silly,"

"Why?"Tiqot pangkas pantas.

"Amran tu baru muncul kot dalam hidup aku. And aku baru clash dengan Hasif a month ago. What do you expect?"Assila geleng kepala. Ada waktunya, Tiqot sedikit menyakitkan hati Assila dengan soalan-soalan ketinggalan zamannya. Tiqot sengih lama. Secara tak langsung mengakui logiknya di situ.

"Kau ingat kan yang aku cerita pasal emak Hasif?"Tiqot angguk perlahan. Sama rasa terkilan dengan Assila. Masih ada cerita begini rupanya. Ingatkah sudah habis zaman 'ibu mentuaku'. Siapa yang menyangka emak Hasif, penggemar tegar filem P.Ramlee, sedikitpun tidak terkesan dengan moral yang disampaikan. Malah seperti dirasuk, dia galak menjiwai watak ibu mentua di dalam cerita P.Ramlee.

" Kalau nak bercakap tentang perasaan,memang susah. Buat istikharah tak?"soal Tiqot. Assila angguk. Straw minuman di goyang-goyang . Mata Assila meliar memandang persekitaran mereka. Assila tiba-tiba tersedak ais batu yang sedang dikulum di dalam mulut.

"Omigod...omigod....Amran...Amran...Kenapa muka dia ni ada kat merata-rata hah? Mana pergi nampak dia je!"suara Assila berubah stress. Tiqot mula memanjangkan leher memandang ke sana sini. Cuba mencari insan yang bernama Amran tersebut.

"Mana?Mana?"Tangan Assila menunjuk ke satu arah sambil wajahnya dipalingkan ke arah lain.Tidak mahu Amran sedar dia ada di situ.

"Sana tu. Pakai shirt purple. 2 lelaki," pencarian Tiqot berakhir bila matanya ketemu batang tubuh yang dicari.

"Omai kau minah.....segak aih...pandai cari hang noh,"pujian Tiqot sedikit pun tidak meninggalkan bekas di hati Assila.

"Aku tak cari okay...dia yang golekkan diri dia datang kat aku. Aku tak suruh pun,"

"Apa kau ingat dia kambing golek nak bergolek golek datang kat kau? Perasan hot la tu?"Kali ini Assila ketawa. Sambil membuat gaya mengipas diri dengan kedua-dua tangan,Assila balas ayat Tiqot,"Of course lah I'm hot,". Tiqot ikut ketawa . Tahu Assila bermain sahaja. Selang beberapa minit, Amran dan kawannya berlalu menuju kearah lif. Baru Assila dapat menarik nafas lega.

Tiqot pandang wajah Assila tajam. Mencari jawapan untuk persoalan dalam hatinya. Siapa pilihan Assila? Hasif atau Amran. Jika benar ini Assila yang Tiqot kenal, rasanya dia sudah tahu pilihan Assila. Walau cinta pada Hasif sepanjang Tembok Besar Cina, tetap ada penghujungnya.

Assila seorang yang sangat logik dalam mengkaji perkara mendatang. Ya, jika ditanya saat ini, Assila pasti masih menyimpan cintanya pada Hasif. Tapi oleh kerana cinta mereka mendapat tentangan hebat dari penyokong terbesar Hasif, Assila tidak mungkin akan berfikir sedikitpun untuk berkahwin dengan Hasif.

"Aku kenal kau. So,aku rasa aku tahu apa decision yang akan kau ambil,"yakin Tiqot meyusun ayat. Assila senyum sumbing.

"Ni pasal tak best sembang dengan kau. Semua benda tak jadi suspen,"sempat Assila berseloroh. Sekaligus memberi kesahihan pada tekaan Tiqot.

"Persoalannya sekarang Assila, boleh ke kau pujuk hati kau untuk bertukar arah. Berani kau cuba terima lelaki lain dalam keadaan hati kau tengah sarat dengan sayang pada yang lain?" Itu soalan berani mati. Tiqot sahaja yang seberani itu untuk mempersoalkan duduk letaknya hati Assila.

"Aku fikir logik Tiqot..There's no sense fighting in the dark. I know for a fact, MOTHER is one thing that you don't want to fight with. It's a lost cause,"

"To hell with your logic la Assila. Kahwin bukannya logik. Ada orang kahwin bertahun tanpa perasaan. The end? Divorce. Ada affair luar. Kau fikir logik. Tapi orang boleh terima ke logik akal kau tu?," dihentam kawan baik sendiri membuka sedikit minda Assila. Ada benarnya di situ. Tiqot menyambung lagi nasihat tidak berbayarnya.

" Logik pada kau, tak bermakna adil pada pihak lain,"

" Tapi at least dia suka aku. We can make something out of that. Orang kan selalu cakap, kahwin dengan orang yang sukakan kita, bukan kita yang gilakan dia," sedikit riang bunyi suara Assila di hujungnya. Seolah baru tersedar hakikat yang ada seseorang menyukainya separuh mati.

" Rasa macam nak tampar kau bagi keluar some sense sikit dalam kepala kau tu,tau tak?" marah Tiqot. Terkeluar habis bahasa kasarnya. Tidak mahu lagi berlapik kata dengan Assila yang sedang menutup minda dari sebarang nasihat. Telefon Assila di tepi gelas minumannya bergegar. Menggegarkan sekali meja yang mereka duduki. Mata Tiqot juga memandang serentak dengan Assila. Assila capai telefon. Melihat mesej yang terpapar.

'Saya nampak awak tadi. Tapi taknak kacau lah. Kesian tengok awak try nak sembunyi dari saya'

Cis! Bibir Assila mencemik. Amran sengaja memancing Assila untuk membalas mesejnya. Pandai,bisik Assila dalam hati. Biar Amran gila seorang menunggu balasan mesej dari Assila. Sejak mesej 'marry me' tempoh hari,sekali pun Assila tidak membalas mesej mahupun bersua muka dengannya. Ya,Assila yang jahat. Dia yang mula melempar mata kail. Bila ikan dah terumpan,Assila biar ikan tesebut menggelupur. Dilepas pun tidak. Dimakan pun tidak.

"You like him,"suara Tiqot menyentakkan Assila.

" Eh kau ni,tiba-tiba je,"

" It's a statement. You,Assila, like him. You like Amran. I can see it,"

" Sekarang dah jadi ahli nujum ke?" usik Assila. Menutup gemuruh yang terbit di dalam hati. Sukakah dia pada Amran? Mungkin ada sedikit. Sebesar cubitan garam.

" Aku cakap je. Tepuk dada tanya selera,"pendek balasan Tiqot mematikan gurauan Assila.

"Macam mana kau plan nak kekalkan marriage kau kalau tak ada perasaan suka?" Assila diam. Dia tahu jawapannya. Tapi tidak mahu bersuara. Takut dijerkah Tiqot sekali lagi tentang logik akal yang ada kalanya tidak betul.

Jawapannya mudah. Setia. Erti setia pada Assila, merangkumi segala-galanya. Setia padanya,bisa membawa Assila kepada banyak perkara lain. Sanggup terluka demi si dia. Sanggup menelan hempedu untuk si dia. Assila akan menyanggupi pelbagai perkara demi setia. Tapi dalam kes Hasif, Assila undur diri. Tahu yang setianya dia pada Hasif tak akan mampu memadam api benci di hati emak Hasif. Doa seorang emak bukan perkara kecil untuk Assila tolak ke tepi. Lagipun, Hasif sendiri pernah berkata yang seorang ibu hanya inginkan yang terbaik untuk anaknya. Bermakna Hasif mengiakan bahawa Assila bukan yang terbaik untuknya.

Setia Assila kalah pada benci emak Hasif dan kebutaan Hasif menilai drama yang berlaku di hadapan matanya. Assila tarik setianya. Dan kini, Assila mencari tempat baru untuk diletakkan setianya. Kali ini, Assila mahu setianya terletak pada lelaki bergelar suami. Setia Assila yang akan Assila hadiahkan pada suaminya saat akad dilafazkan. Adakah pada Amran setianya akan dihadiahkan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience