16 - Tarian Bahagia

Romance Completed 46143

Emak Hasif mengerling memandang Hasif yang baliknya terus menonong masuk ke bilik. Sedikit pun tidak di sapa emak kesayangannya ini. Apa pula yang tak kena.

Selepas habis dihidang nasi untuk makan malam, baru bili Hasif dituju. Pintu biliknya sedikit terbuka. Menampakkan Hasif yang sedang merenung sekeping gambar. Berang seketika emak Hasfi. Gambar Assila la tu!

Sudah penat dipujuk anaknya untuk melupakan Assila. Mengapa hari ini angin lama menerjah kembali. Ingatkan sudah habis gambar dan barangan Assila dibuang, masih ada rupanya yang tersimpan.

“Sif,” cepat-cepat Hasif menyeluk gambar Assila masuk ke dalam laci almari. Tidak mahu emak nampak. Kalau emak tahu, nanti pasti gambar yang itu pun dirampas dan dibuang.

“Ya mak,” sengaja Hasif ceriakan suara. Tidak mahu emak mengesan gundah di hati. Kalau gundah hati Hasif, gundah juga lah hati emak. Hasif tidak mahu begitu. Dia kasihkan emak. Emak yang sentiasa ada di setiap jatuh dan duduknya dari kecil sehinggalah dewasa.

“Kenapa ingat cerita lama Sif? Dia dah jadi isteri orang!” aduh! Emak nampak pula! Hasif alih pandangan ke dinding. Tidak tahumahu menjawab bagaimana. Emak mana faham. Cinta yang dipupuk bertahun lamanya. Ingat semudah itu saja dia boleh lupa?

Memang benci juga wujud kerana Assila cmapak Hasif ke tepi tanpa sebab yang nyata. Tapi tetap tidak boleh melawan cinta yang sudah berdiri teguh lama.

“ Jawablah mak tanya ni!” tubuh Hasif bergerak ke belakang di tolak emak. Masih, Hasif membisu. Seminit, dua minit....baru Hasif membuka mulut.

“Tadi Sif terserempak dengan Assila..Tu saja. Sif teringat dia, Sif tengok la balik gambar tu. Tengok saja, tak ada apa-apa makna pun,” bibir emak Hasif terjuih. Meluat melihat Hasif cuba mengelak. Penat dengan anaknya yang seorang ini! Ilmu apa lah agaknya yang dipakai Assila sehingga Hasif boleh tergila. Perempuan itu pun sudah bahagia dengan suaminya, tinggal Hasif yang jauh ke belakang.

“Bagi mak gambar tu,” Hasif tolak laci rapat. Tidak mahu gambar Assila dirampas. Mata emak Hasif yang mulanya mencerlung melihat tindakan Hasif tiba-tia berubah sayu. Sekelip mata, air matanya bergenang.

“Kenapa buat mak macam ni Sif? Lupakanlah dia...dia dah berumah tangga dah. Sampai bila Sif nak macam ni? Sif tak sayang emak ke?” Hasif telan liur. Siapa yang tidak sayang emak? Perlahan tangan Hasif membuka laci almarinya.

Hasif kasihan melihat emaknya. Dari dulu memujuk dan membantunya cuba melupakan Assila. Tapi begini yan Hasif balas. Sampai menitik air mata emak risukan keadaan Hasif yang gilakan bayang. Setitik air mata emak yang menitis, terasa seperti hatinya tersusuk duri.

Gambar Assila akhirnya bertukar tangan. Penuh redha, Hasig menyerahkan gambar terakhir Assila yang berada dalam simpanannya. Untuk emak, Hasif sanggup! Hasif akan cuba!

“Mak jangan sedih. Sif minta maaf kalau Sif buat mak risau,” dalam pelukan Hasif, senyuman kemenangan muncul di bibir emaknya. Ikutkan hati, mahu saja gambar Assila dikoyak!. Tapi bimbang pula Hasif nampak bencinya yang disimpan rapi selama ini pada Assila.

Emak Hasif mula merancang di dalam hati. Apa lagi yang perlu dilakukan untuk menyahkan Assila dari fikiran anaknya? Andai Hasif nampak keburukan Assila, mungkinkah Hasif akan sedar sendiri yang cintanya jatuh pada orang yang salah? Rasa geram terbit di hatinya bila mengenangkan Assila yang menari bahagia di atas duka Hasif. Jagalah Assila! Tarian bahagianya takkan sampai ke mana. Nanti dia akan dapat balasannya kerana menjampi Hasif begini!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience