01 - Kerana Dia Amran

Romance Completed 46143

Assila diam berfikir. Mengapa lelaki ini masih setia menunggu? Mengapa lelaki ini tetap teguh di situ? Ada kalanya Assila jadi takut. Takut jika sebenarnya perlakuannya menunjukkan sebarang tanda yang dia memberi peluang pada lelaki tersebut.

“Honestly saya cakap,saya tak faham kenapa awak still nak tunggu saya. Untuk kesekian kalinya, saya dah ada orang yang saya suka dan tunggu. Awak jangan keep cari and paksa saya macam ni,”di hujung kata,nada suara Assila kedengaran tertekan. Sikap Amran yang setia membuat Assila lemas.

Amran senyum manis. Membuatkan hati Assila yang membengkak surut kembali. Dalam hati Assila mendengus. Kenapa wajah Amran menyenangkan hati yang melihat? Kalaulah mukanya bengis dan tegang, pasti senang dicipta alasan untuk mengelak.

“ Ada saya paksa awak kahwin dengan saya ke? Tak kan? Dah kenapa awak nak rasa dipaksa ni?”muka Assila memerah. Malu diperli Amran secara terus begitu.

“Then awak cuba bagi tahu saya, part mana yang awak rasa awak tak memaksa. Everyday you keep messaging me, sometimes call, and sometimes come to my workplace. That is forcing me! You are forcing your feeling on me!”Assila tekan kuat kali ini. Biar sekali dengan otak Amran ditekan dengan kata-katanya.Geram!

Amran masih ada idea untuk membidas. “Good. That is my intention. Memang saya nak force my feeling on you. Dan berharap supaya satu hari nanti awak akan mengalah pada tekanan saya.”

“ Amran….,”Assila mengeluh sebelum menarik nafas sepanjang mungkin. “ Kan saya dah cakap…saya dah….”

Pantas Amran memintas. “..ada pilihan hati sendiri.Yes! I already knew.”

“ Then?” Assila angkat dua tapak tangan tanda tidak faham dengan Amran. Amran senyum lagi. Murah benar senyumannya di mata Assila. Andai dikumpul senyumannya, pasti berkepuk poket seluar Assila mengumpulnya.

“ I’m striving for my happiness. You’re not engaged nor married. Until the day that you’re tied to another man, I’ll still trying,”luahan Amran mematikan akal Assila untuk membalas. Matanya meligat memandang orang sekeliling yang sedang enak menjamu selera. Selera Assila mati dibunuh sikap agresif Amran. Salahkah dia? Salahkan Amran bila dia berusaha untuk mencapai kebahagiannya? Assila buntu. Memang Amran tidak salah. Salahnya terletak di Assila. Kerana dia yang tidak mahukan Amran. Kerana dia yang tidak mahu memilih Amran. Kerana hati Assila masih terikat pada orang lain.

“Please respect my decision Amran,” Assila cuba merayu. Jika itu saja yang mampu menghentikan Amran dalam peperangan hati ini, Assila sanggup merayu beribu kali sekalipun.

“ I do. I do respect your decision. Sebab tu saya tak minta Papa saya pergi merisik awak terus on the day saya sedar saya sukakan awak. Because I respect you. Kalau saya buat macam tu, awak akan accuse saya invade your privacy without telling you anything.”

Assila bungkam sendiri. “Why me?”soalan yang pernah di tanya dahulu semasa Amran pertama kali meluah rasa. Dan jawapan Amran masih sama seperti dahulu. “Because it’s you , Assila. Because you’re not the others. Saya mahukan Assila, bukan yang lain.”

‘And I don’t want you because you’re not him. Awak bukan dia. Amran bukannya Hasif. Aku mahukan Hasif.Hanya Hasif.’Assila pendam kata hatinya jauh ke dalam. Tidak mahu ada lagi hati yang terluka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience