03 - Kenapa Dia Hadir

Romance Completed 46143

Langkah kaki Assila makin laju. Ditoleh ke kiri dan ke kanan. Bimbang hari ini terserempak dengan Amran lagi.

“Assila,”suara Amran tiba-tiba muncul dari sebelah kiri Assila tatkala dia masih menoleh ke kanan.

“Amran!”Assila jerit geram.

“What?” bodoh-bodoh Amran bertanya. Seperti tidak tahu mengapa Assila marah.

“ Terkejut tahu tak?!” mata Assila terjegil memarahi Amran. Sedikitpun Amran tidak terkesan.

“ Dah awak pandang ke sana ke sini. Bila berjalan tu, pandanglah depan,” Assila mendengus geram mendengar teguran Amran. Sebab Amran lah dia jadi tak keruan begitu. Berjalan masuk ke pejabat seperti dikejar hantu. Amran lah hantu itu!

“ Apa-apa je lah. Lalu sikit. Saya dah lambat nak masuk office,” Assila bergerak ke kiri mahu melepasi Amran. Tapi Amran lagi pantas. Dia cepat-cepat menghadang perjalanan Assila.

“ Awal lagi ni. Awak masuk office belum pukul 8 macam ni nak buat apa. Berkawan dengan hantu dalam gelap ke?”usikan Amran menerbitkan riak muka menyampah di wajah Assila. Assila sentap. Tidak faham mengapa Amran suka mengganggu hidupnya. Rimas dengan masalah Hasif, makin berat pula ditimpa perangai Amran.

“ Banyak kerja,” Assila jawab kasar. Berdoa dalam hati supaya Amran cepat-cepat beredar.

“ Kerja sampai bila-bila pun tak akan habis. Jangan jadi hamba kerja,”lembut Amran memancing Assila untuk meneruskan perbualan. Ada saja akalnya untuk memanjangkan perbualan.

“ Bukan saja kerja…jangan jadi hamba perasaan juga,” bersahaja Assila menyambung. Amran senyum tipis. Faham sindiran Assila. Halus tajam menikam ke hatinya. Assila senyum sinis. Puas rasanya dapat menembak Amran kembali.

“ Perli saya?” teka Amran.Assila angkat bahu. “ Siapa yang makan cili, dia lah yang rasa pedasnya.”

Sejalur cahaya mentari pagi singgah tepat di wajah Amran. Amran bergerak ke tepi. Mengelak dari panahan tepat ke matanya. Assila ambil kesempatan. Segara diambil langkah besar melepasi batang tubuh Amran. Sempat ditoleh kebelakang memandang Amran sambil tersenyum. Senyuman kemenangan.

“Aduh!” Amran tiba-tiba berbunyi. Senyum Assila mati. Kenapa? Apa yang tak kena?

“Kenapa?” tanya Assila. Cuba mencari di mana sumber yang membuatkan Amran mengaduh. Amran lekap tapak tangan ke dada.

“ Senyum awak. Tajam terus menikam hati,” muka Assila memerah. Amran memang sahih gila! Gila dengan perasaan sendiri.

“ Awak ni gila! Tension betul!” Amran senyum. Kali ini membawa kepada ketawa. Panjang pula tu. Terus Assila berpusing. Menonong berjalan laju menuju ke pintu masuk pejabat. Lagi lama bersama Amran, makin bernanah hatinya. Sakit melihat kegembiraan Amran.

Amran tiba-tiba berlari-lari anak sedikit mengejar Assila. “Assila!” panggilnya sedikit kuat. Assila terus berjalan. Tak mahu hiraukan Amran yang suka menyakat.

“Tolong inform Encik Hamid pasal proposal project Fair Condo tu,”kali ini Assila berhenti. Pusing ke belakang. Pandang tepat ke mata Amran.

“ Ulang sekali lagi,” pinta Assila tegas.

“Inform pada Encik Hamid, around 3 pm I’ll come to finalize proposal project Fair Condo,” nada Amran juga tegas memberitahu. Hilang nada-nada mengusik sedari tadi.

“ Ok. I’ll inform him,”

“ Thank you,” ucap Amran. Assila mengangguk, “Welcome.”

“By the way Assila…hari ni you nampak cute,”Amran masih sempat memuji. Assila pejam mata,tarik nafas panjang. Tali handbag di genggam kejap. Belum sempat membalas, Amran sudah beredar pergi. Assila pandang langit, pandang kaki dan akhirnya memandang ke kejauhan. Jam di tangan ditilik seketika. 8.10 pagi.

Hari Assila baru bermula, tapi Assila rasa seperti sudah lari 2 kilometer tanpa henti. Hebat penangan Amran. Bila Amran ada, darah Assila naik, jantung Assila pun mengamuk. Assila berfikir sejenak. Amran ini hadir hanya untuk meningkatkan metabolisma saja kah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience