06 - Mary Me Please

Romance Completed 46144

Tinggalkan aku….Lupakan ku..kembali lah kau kepada dirinya…kerna ku tahu cinta ini hanya pelarian bagimu…

Assila menangis. Menangis mendengar lagu Pelarian. Menangis mendengar lagu Tetap Dalam Jiwa. Assila menangis bila mendengar DJ Lin dengan suara memujuknya.

Telefon yang sering berbunyi memaparkan nama Hasif makin mengundang tekanan emosi pada Assila. Hasif tak faham! Masih membutakan diri dari menerima hakikat. Assila rasa maruahnya diperkotak-katikkan. Apa pilihan Assila bila emak Hasif memberi kata putus. Assila tiada pilihan. Masih teringat kata-kata emak Hasif di dalam telefon tempoh hari. Dan Assila masih ingat keputusan yang diambilnya ketika otaknya masih tidak waras terkena serangan emak Hasif.

_______________________________

“Sampai bila-bila mak cik tak akan terima kamu sebagai menantu di rumah mak cik. Tak akan sesekali!”ultimatum dari emak Hasif bagai batu besar yang jatuh dari langit. Menyesakkan nafas.

“Kalau sudah tertulis jodoh saya memang dengan Hasif?”soal Assila. Sudah tidak mahu berlapik kata dengan emak Hasif. Waktu dan tika itu Assila sudah pun membuat keputusan mahu menghentikan semua cerita antaranya dan Hasif. Sengaja dia mahu bermain kata dengan emak Hasif. Mahu melihat setinggi mana emak Hasif menongkat langit.

“Mak cik tak benarkan. Mak cik tak restu.Tak mungkin Hasif akan lawan cakap emak dia sendiri. Kahwin tanpa restu,boleh bahagia ke?”angkuh emak Hasif memulang kata. Assila beristighfar di dalam hati.

“Mak cik jangan cakap macam tu. Takdir Allah, sesiapa pun tak mampu lawan,”

“Kamu rasa takdir kamu ke untuk jadi isteri Hasif?” masih angkuh. Assila geleng kepala.

“Saya kata ‘kalau’. Tak bermakna saya ‘akan’ jadi isteri Hasif.Lagipun sekarang bila dah tahu macam mana penerimaan mak cik terhadap saya, mana mungkin saya nak lagi dengan anak mak cik tu.Bagi free pun saya tak mahu. Saya lagi rela jadi anak dara tua dari kahwin dengan Hasif,”hah,ambik kau,Assila melepas rasa. Hilang hormat pada yang tua. Emak Hasif kelihatan kecil saja di mata Assila. Mahu saja dipicit-picit ibarat semut kecil.

“Eh,kurang ajar kamu ni ya! Memang patut pun kalau tak ada sesiapa nak bermenantukan kamu ni!”

“Dah kalau mak cik yang start dulu tunjuk betapa kurangnya ajaran mak cik tu, saya ikut jela. Yang muda mencontohi yang tua, tak gitu? Lagi satu, kalau pun saya sampai ke tua tak ber mentuakan sesiapa, bukan sebab kata-kata mak cik ya. Jangan nak perasan mulut mak cik tu masin sangat. Apa yang jadi semua takdir Allah”Assila tekan geram butang memutuskan talian. Berdesah nafasnya menahan marah.

Akal Assila mula ligat berpusing mencari cara meredakan kemarahannya yang meledak. Telefon dan marahkan Hasif? Memang tidak lah. Biar Hasif yang mencari. Biar Hasif yang penasaran. Bercerita pada Puan Habsah? Oh,tidak…tidak mungkin. Bercerita masalah cinta begini pada emak bermakna Assila perlu bersedia menadah telinga mendengar leteran emak. Assila tidak mahu. Walau Assila tahu Puan Habsah akan menyokong sebarang keputusan Assila, tetap dia tidak mahu berkongsi cerita dengan Puan Habsah. Assila malu!

Telefon yang dicampak di atas katil direnung lama. Perlahan tangannya mampir. Saat telefon sudah berada di tangannya, Assila mengurut dada. Betulkah apa yang mahu dilakukannya tika ini? Gilakah Assila?

Walau hatinya berbolak balik,tetap, Assila meneruskan niatnya. Jarinya sedikit gigil menekan application whatsapp. Dia diam seketika melihat senarai contact. Nama Amran ditekan. Pantas tangannya menaip di kotak pesanan.

“Bismillahirrahmanirahim….,”Mata dipejam rapat. Assila tekan butang send. Assila buka mata. Menunggu satu tick bertukar menjadi dua tick. Nampak sahaja tick sudah menjadi dua, Assila cepat-cepat menekan butang home. Tidak mahu Amran tahu dia sedang online ketika itu.

Itu semua terjadi sebelum Assila memberi kata putus pada Hasif, juga selepas emak Hasif menghubunginya. Sudah seminggu berlalu. Amran masih belum memberi jawapan. Tapi dua tick di chat box Amrana sudah bertukar biru.Assila seperti mahu gila. Sudahlah hilang tempat berkasih, Amran pula tidak menghiraukannya. Pada Amran sudah diletakkan sepenuh harapan untuk membantunya menyembuhkan luka yang ditinggalkan Hasif. Mengapa Amran masih sepi tanpa jawapan. Susah benarkah mahu menjawab soalan yang satu itu?

Amran, awak nak kahwin dengan saya tak?

Assila hembus nafas panjang.Okay.Mungkin susah untuk Amran menjawab. Assila yang gila,masakan Amran mahu ikut gila. Lelaki mana yang mahukan perempuan seperti Assila. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba mengajaknya berkahwin. Assila ketawa sendiri. Pasti. Memang Assila sudah gila!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience