00 - Prolog

Romance Completed 46143

CIncin dan subang milik Assila ditimbang-timbang perlahan atas tapak tangannya. Kalau dia meneruskan niatnya, adakah cinta Assila akan menjadi miliknya?

Senyuman terukir di bibirnya. Teringat saat Assila meminta dia menyimpan cincin dan subang itu semasa mereka beramai-ramai camping di pantai. Bimbang barang kemasnya mungkin terlucut, Assila meminta dia menyimpan barangan tersebut untuk sementara.

Hati Assila yang didamba menjadi mimpinya saban hari. Sampai terigau-igau. Kalau cara yang nyata dan berhemah tidak memberi kesan, bolehkah digunakan cara yang tidak sepatutnya untuk mendapatkan Assila?

Tekad! Hatinya tekad mahu menggunakan apa saja cara yang membolehkan Assila mencari jalan untuk ke pangkuannya.

Sabarlah duhai hati.... sabar itu kan akan membuahkan hasil. Walau mungkin di awalnya pahit, tapi penghujungnya pasti indah. Indah diserikan cinta-cinta Assila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience