18 - Asal Puncanya

Romance Completed 46143

Duduk di meja kopi sambil menghirup kopi 3 in 1, Assila curi-curi mengintai Kak Hanim di balik bibir mug yang sedang diteguk.

“Ehem...ehem..,”pantas tangan Assila meletakkan mug ke atas meja bila bunyi deheman Kak Hanim kedengaran. Entah untuk menggaru tekak yang gatal atau memang untuk Assila bunyi itu ditujukan.

"Mesti terkejut kan bila Kak Hanim panggil?" ramah Kak Hanim terasa seperti mencekik leher Assila. Air yang ditelan pun seperti sudah hilang rasa.

"Err...ada lah sikit. Ada apa ya?" Assila terus bertanya. Untuk apa lagi mahu bermain tarik tali. Lebih baik terus ke pintu gol bukan?

"Dulu masa Kak Hanim sekolah, Kak Hanim sekolah dekat Sekolah Berasrama Penuh,"Kak Hanim memula bicara. Assila angguk sedikit walau dalam hati penuh dengan tanda soal. Tapi Assila diam. Bukannya buang duit pun jika dia mendengar ulah Kak Hanim. Dengar sajalah.

"Duduk asrama ni, banyak gangguan tau. Mula-mula duduk tu, takutnya...tak payah cerita. Rasa macam nak lari balik rumah je," punggung Assila mula rasa panas. Sudah bergerak-gerak duduknya di atas kerusi. Tidak suka mendengar cerita-cerita begini. Hendak katakan takut, tidak juga. Assila tidak pernah ada pengalaman begini. Jadi tidak tahu bagaimana mahu bereaksi. Patutkah dia menghentikan perbualan kak Hanim?

"Ada satu minggu tu, every night ada gangguan. Histeria berantai. Budak Dorm tingkat 2 kena rasuk, bila ustaz datang, benda tu lari masuk dalam budak Dorm tingkat 3 pulak. Main-main ustaz kata!"Kak Hanim ketawa sendiri dengan ceritanya. Assila jeling ke kanan ke kiri. Manalah tahu kalau tiba-tiba ada keluar hantu! Siang-siang begini pun hantu ada ke?

"Mula-mula Kak Hanim takut sampai tak boleh tidur. Tapi lama-lama, tidur buat tak tahu je. Tidur lagi penting dari tengok budak yang kena histeria,"yang ini Assila ikut gelak sekali. Sebab dia setuju. Tidur itu memang lebih penting dari segala-galanya. Tapi tak adalah sepenting suaminya Amran! Amran tiada gantinya.

"Then, start dari peristiwa tu, Kak Hanim realize yg Kak Hanim ada satu kelebihan,"cerita Kak Hanim mula menarik perhatian Assila. Macam cerita hantu, tapi ada terselit sedikit suspen. Membuat Assila yang mendengar jadi excited sama.

"Actually..bukan kelebihan la..more to some additon that makes life easy...Kak Hanim boleh...hmm...macam mana nak cakap ya? Boleh sense benda-benda halus ni," mulut Assila melopong. Kak Hanim macam Ghost Busters! Tangkap hantu!

"Kak Hanim tangkap hantu ke?" serkap Assila tanpa menapis mulut. Soalan yang baru Assila sedar kedengaran bodoh bila Kak Hanim ketawa besar.

"Assila ni lawak jugak ek? Hantu semua tu gangguan saja. Mana ada tangkap tangkap hantu ni,"Assila sengih kerang busuk. Baru sedar yang soalannya memang tak masuk dek akal.

"Dulu masa kecik, Kak Hanim selalu sakit. Jenis badan lemah. Maybe sebab tu Kak Hanim sensitif dengan benda benda ni," Assila angguk seperti burung belatuk. Yalah, apa lagi yang boleh dibuat. Memang dia tidak jelas pun apa niat sebenar Kak Hanim memanggilnya. Takkan hanya untuk bercerita kisah zaman sekolah kot?

"Semalam masa Assila pergi toilet, Kak Hanim ada kat pantry ni," baru Kak Hanim masuk ke isi sebenar ceritanya. Assila pasang telinga luas-luas.

"Assila ada mimpi pelik-pelik tak lately ni?" Assila geleng laju. Tidur pun tidak nyenyak. Bagaimana mimpi hendak bertandang?

"Kak Hanim rasa...Assila kena pergi cari ustaz. Atau kalau ada family Assila yang pandai bab bab ni?"

"Kenapa?" laju Assila menyoal kembali. Kenapa perlu dicari ustaz? Apa yang tidak kena?

"Assila jangan takut kalau Kak Hanim cakap ya? Assila kena ingat, setiap apa yang ada di muka bumi ni milik Allah s.w.t. Dan kalau Allah tak berkehendakkan sesuatu, maka ia tak akan terjadi. Semalam Kak Hanim rasa Kak Hanim nampak ada benda ikut Assila," Assila rasa wajahnya kejung tiba-tiba. Serentak bulu romanya tegak naik. Kak Hanim tarik tangan Assila dan dipegang erat.

"Mengucap Assila! Baca ayat kursi," arahan Kak Hanim segera Assila ikuti. Baru rasa luas sedikit paru-parunya menyedut udara. Pegangan erat tangan Kak Hanim membuatkan Assila kembali ke dunia nyata.

"Lately ni ada rasa apa-apa yang pelik tak?"

"Ada," Assila jawab lemah. Ya, memang ada. Amran berperangai pelik. Suaminya seperi menarik diri dari perkahwinan mereka. Melihat Assila pun seperti melihat hantu. Cepat saja mengelak bila bertembung.

Melihat Assila sepert melihat hantu? Cepat Assila mengucap. Itukah sebabnya? Mungkinkah kata-kata Kak Hanim itu betul?

"Kak Hanim tahu mana-mana tempat rawatan? Tak salah kalau kita check kan? Mungkin ada jugak betulnya," walau tidak pasti, mencuba itu tidak salah. Assila mahukan kepastian. Kalaupun perkara ini tidak benar, tak rugi pun jika Assila pergi.

"Pusat Rawatan Ustaz Nan. Nanti Kak Hanim pass no telefon dia. Assila kena call dulu. Sebab ustaz ni tak fix masa rawatan. Ikut bila dia free," Assila angguk tanda faham. Petang ini juga dia akan mencari Ustaz tersebut.

"Assila jangan takut. Ingat..Allah takkan bagi ujian yang tak mampu digalas hamba-Nya," Kak Hanim seperti memberi hint di dalam ayatnya. Apa maksud Kak Hanim? Sepertinya Kak Hanim tahu masalah yang melanda di dalam hidup Assila. Atau memang Kak Hanim dapat menelah. Cuma dia mungkin tidak mahu berlebih-lebihan dalam memberi peringatan. Bimbang dianggap penyibuk.

Assila mula mencongak waktu lapangnya yang boleh digunakan untuk berjumpa dengan Ustaz tersebut. Perlu segera! Kerana jika betul ada sesuatu yang merosakkan rumah tangganya, Assila takkan berdiam diri. Akan dikorek sampai ke hujung dunia, siapa puncanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience