13 - Take You For Granted

Romance Completed 46143

Assila termenung melihat cincin di kedua belah tangannya. Cincin nikah di tangan kanan. Yang tunang di tangan kiri. Senyum nipis terukir di bibir. Teringat betapa seksanya Amran mengajak dia membeli barang hantaran.

"Petang ni jom keluar beli barang hantaran,"Assila juling mata ke langit mendengar ajakan Amran di dalam talian. Telefon yang tadinya dipegang tangan kiri dipindahkan pula ke tangan kanan.

"Hantaran awak, pergi beli sendiri lah. Saya beli nanti nanti,"Amran mengeluh keras. Assila memang degil! Diajak berpuluh kali, ada saja alasan yang keluar.

"Saya ajak awak ni, maknanya saya lah yang belikan semua. Yours and mine. I'll pay for everything,"jelas Amran untuk kali yang keseratus minggu ini. Entah apa lah agaknya yang memberatkan punggung Assila setiap kali disebut isu membeli barang perkahwinan mereka.

"Dah awak ingat saya lahap duit awak ke?"Amran terkejut. Tiba-tiba saja Assila sentap? Talian sunyi seketika. Amran cuba cari ayat yang betul. Apa saja yang keluar dari mulutnya seolah-olah seperti bola api yang memanaskan Assila.

"Is this the time of the month?"mulut Assila terlopong. Lelaki tipikal!Semua lelaki suka mengaitkan mood perempuan dengan kitaran bulanan.

"Kalau perempuan moody,semuanya sebab PMS ke?" Assila cuba mempertahankan kaum wanita. Amran perlu diajar. Dia ingat Assila surrender jika dibangkitkan isu period? Silap banyak!

"I didn't mean it like that...it's an honest question. Just answer it if you're not having your period,"kali ini Assila malu sendiri. Lupa Amran mempunyai 3 adik perempuan. Pasti isu ini bukan isu yang besar bagi dirinya.

"Saya baru lepas solat Asar. Does that answer enough?"Assila jawab jengkel.

"Good. Then,I'll be waiting for you downstair in 10. Be there,"arahnya laju. Tidak mahu memujuk Assila lagi. Biar diberi arahan sahaja.

"Amran!"jerit Assila.

"Yes honey,"Amran masih jawab lembut. Seperti tiada masalah. Hati Assila menggerutu. Honey? Semalam sayang, hari ni honey. Agak-agak esok baby ke? Yuckss! Cepat-cepat Assila kembali pada topik asal.

"Saya...saya...,"Assila cuba cari alasan,tapi yang keluar cuma sepatah perkataan.

"Saya apa?"

"Sayabencishopping,"suara Assila laju. Dalam satu nafas Assila memberitahu tentang hakikat yang dia sangat bencikan shopping. Sebab itulah dia sering mengelat bila diajak membeli barang perkahwinan.

"I can't get you. Talk slowly please,"

"Saya tak suka shopping! Sebab tu saya taknak pergi dengan awak. Got it?"Amran diam lama. Cuba mencari kesinambungan di antara tidak suka bershopping dengan tidak mahu keluar dengannya. Macam tak ada kaitan saja. Tapi kenapa pada Assila itu adalah alasan?

“Saya ajak awak beli barang hantaran. Necessities. Kita pergi,beli, and then balik. Ok?”

“Urghh…ok.ok. Kejap lagi saya turun,” akhirnya setuju juga Assila dalam bebalnya. Amran angguk. Cepat-cepat berhenti . Sedar Assila tidak nampak pun perlakuannya tika itu. Apa yang susah sangat? Tengok,beli dan balik.Kan?

________________________________________________________

Amran duduk di seat kecil yang tersedia. Memerhati Assila yang juga duduk jauh sedikit darinya.

“What do you really want? I mean, REALLY REALLY WANT. Pick one, I’ll pay and then we can go home. Please Assila..,”Amran merayu. Penat dengan tingkah Assila yang membuat muka pada semua barang yang ditunjukkan padanya. Hantaran untuk lelaki sudah habis dibeli, tapi untuk sebelah perempuan satu pun masih tidak kelihatan.

Cadangan asal cuma mahu membeli handbag, kasut, telefon bimbit dan satu kamera untuk Assila. Masuk ke kedai handbag pun sudah mengambil masa hampir sejam. Belum lagi kasut dan yang lainnya. Oh Assila…keluh Amran di dalam hati. Cerewet benar memilih. Patutlah dia tidak suka bershopping.

Amran perhatikan Assila tidak suka memilih barangan. Dia memandang semua benda sebelah mata sahaja. Berjalan pun separuh hati. Dia lebih suka pergi ke arah peralatan tulis, ataupun bedding. Persis kanak-kanak lagaknya. Bila ke bahagian bantal dan cadar, Assila akan memasukkan tangan di celah-celah bantal yang bersusunan. Meletakkan pipinya di atas bantal-bantal.

Bila ke bahagian alat tulis, dia akan mencuba pen-pen yang ada. Ambil 4 batang pen, sebatang liquid paper dan yang paling tak boleh diterima dek akal, sebatang pen berdakwat gold.

“What do you need that for?”soal Amran pelik. Ini bukan zaman sekolah. Buat nota pendek dengan pen berawrna warni.Assila jeling tajam. Amran angkat tangan. Surrender. Assila boleh beli apa saja dia mahu. Dan seperti anak kecil, Amran mengikut dari belakang. Memerhati setiap perlakuan Assila.

Pulang dari pemburuan barang hantaran, tangan Assila kosong. Pen yang dibeli semua disumbat ke dalam handbagnya sahaja. Sampai di hadapan rumah, Amran parking rapat ke depan pagar.

“Saya dah cakap saya tak suka shopping,”sela Assila memecahkan kesunyian antara mereka. Amran kerling Assila sepintas lalu. Pandangannya kembali memandang pintu rumah yang sudah terbuka. Pasti ibu, tingkah hati Assila. Menjenguk mengapa mereka masih tidak keluar dari kereta.

“Saya tak expect awak seteruk ni bila bershopping,”balas Amran. Assila diam. Sedikit rasa bersalah terbit. Terasa seperti dia membuang masa Amran.

“Sorry, wasting your time je hari ni,”suara Assila mengecil di hujung. Ada juga rasa takut.

“No need to say sorry. At least saya boleh spend masa dengan my fiancée,kan?”Amran hadiahkan satu senyuman manis pada Assila. Dahi Assila berkerut. Dia tak marah langsung ke? Rasa ragu-ragu muncul.

“Then, bila awak nak beli barang awak?” Assila diam bila ditanya. Sebab dia sendiri tidak tahu jawapan yang hendak diberi. Assila lepas nafas kuat. Serasa mahu dikeluarkan semua rasa yang terbeban dengan helaan nafas yang diambil.

“Assila…,”Amran cuba memujuk. Memujuk tanpa punca. Merajukkah Assila? Kalau ya, apa sebabnya?

“Saya tak suka keluar shopping…,”sendu suara Assila kedengaran. Amran kalut. Di panjangkan leher melihat wajah Assila. Assila menangis? Tapi tiada air mata yang keluar.

“Baju raya saya pun selama ni Kak Lia dengan ibu je yang belikan. Saya tak suka berjalan lama-lama. Nak pilih yang berkenan di hati. Shopping is not my forte,”panjang keluhan Assila dengan suara manjanya. Amran cair seperti lilin. Alahai…cutenya tunang aku!

“Okay…takpe,takpe..nanti saya mintak Kak Lia belikan. Bila dia balik nanti, saya akan bawa dia pergi mana je dia nak pergi, asalkan dia tolong saya pilih yang mana ok. Awak jangan risau,”penyelesaian Assila menceriakan wajahnya sendiri. Lucu benar tingkahnya di mata Amran. Dia sendiri yang membuat masalah dan dia sendiri yang menyelesaikannya. Itupun dalam tempoh beberapa minit.

Tangan Assila yang tergawang-gawang sambil berbicara menangkap mata Amran. Terlihat cincin pertunangan mereka di jari manis Assila. Matanya kembali menatap wajah Assila yang masih ligat dengan ideanya sendiri untuk membeli barang hantaran.

“Amran?”tangan Assila tergawang-gawang di hadapan Amran. Tadi beria melayan Assila. Sekarang berangan pula?

“Lambat lagi ke kita nak nikah?”soal Amran tiba-tiba. Assila angkat kening.

“Kenapa?”soal Assila kembali. Takkan sendiri tidak ingat dengan tarikh nikah?

“Awak cute sangat!! Saya rasa macam nak cuddle you forever,”

“Hek?”Assila kebelakang. Terkejut dengan luahan Amran yang seperti tidak bertempat. Cepat Assila buka pintu kereta dan keluar. Amran ketawa galak. Tahu takut! Selalu Assila seperti batu. Tidak bergerak diusik macam mana sekalipun.

“Taknak ajak saya masuk ke?” Amran jenguk kepala keluar dari tingkap. Tetap mahu bertanya walau tahu apa jawapan yang bakal keluar dari mulut Assila.

“Tak boleh! Lepas ni pun kita kurangkan berjumpa. Tak jumpa terus sampai nikah lagi better,”

“Hah?”kali ini Amran yang terkejut. Hukuman apakah ini? Salah pun tidak dibuat, hukuman yang jatuh berat umpama batu.

“Kenapa?”nada suara Amran berubah risau. Mana boleh tak jumpa Assila. Mahu sakit hatinya. Kalau dia sakit, bimbang pula tarikh pernikahan ditunda lebih jauh.

“Awak tu! Tak boleh control diri langsung. Cakap merapu-rapu. Memang patutla ibu kata tunang-tunang ni banyak dugaan. So, kita tak payah jumpa dah lepas ni. There’s no need. If anything,just call,”

“Call je?”kecewa suara Amran bertanya. Assila sudah mengorak langkah masuk ke dalam pagar.

“Call sahaja. Important matter. Kalau setakat nak bergayut cakap benda tak berfaedah, tak payah call,”arah Assila lagi. Makin ligat membuat sekatan. Seronok pula melihat muka Amran seperti budak termakan cuka.

“Kalau saya rindu?”tanya Amran. Assila terdiam. Tanpa dipinta, ingatannya pamit pada Hasif. Hasif yang menelefonnya setiap malam sebelum tidur. Perkara wajib katanya. Untuk melepas rindu.

“Jangan macam tu…,”suara Assila kendur sedikit memujuk. “Tak sampai sebulan je lagi kita dah nikah,”berdetup jantung Assila bila tarikh keramat itu disebut. Bimbang dengan kehidupan selepas bergelar isteri kepada Amran.

Amran senyum meleret. Gembira mengingatkan waktu yang akan mendatang.

“Thank you Assila,”ucapnya dalam senyuman. Assila angkat kening tanda mahu tahu untuk apa ucapan itu diberi.

“For accepting me. I’ll never take you for granted,”redup mata Amran merenung dalam ke mata Assila. Fahamkah Assila dengan hatinya? Sayangnya pada Assila tak dapat diungkapkan dengan apa cara sekalipun. Mampukah Assila faham?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience