05 - Finished!

Romance Completed 46143

Telefon berdering di tepi kepala bantal Assila pandang sepi. Tawar. Assila rasa seperti dunia tiada warna. Semua terpadam dek panggilan telefon yang datang setengah jam sebelumnya. Sampai hati Emak Hasif. Sampai lagi hati Hasif. Mudah benar Hasif menyerah.

Sangka Assila, cinta mereka utuh bagaikan menara KLCC. Tapi rupanya usang bak jambatan lidi. Lebih tepatnya, Hasif yang tidak bertulang belakang! Assila mula membayangkan Hasif seperti sotong tidak bertulang. Lembik longlai gemalai.

Usai solat isyak, Assila capai telefon. Di buka rekod panggilan masuk. 10 missed call dari Hasif. 10 saja? Assila mencemik. Murah benar hubungan mereka di mata Hasif. Assila mula menyoal diri sendiri. Apa yang ada pada Hasif sehingga Assila tergila? Apa yang ada pada Hasif sampaikan Assila buta? Tapi jawapan yang keluar tetap sama. Tanya sama hati. Hati Assila yang mahu begitu. Bukannya Assila yang memberi kata putus, tapi hati Assila yang memberi keputusan. Walau logik akal berkata begitu, tapi hati tetap mahu begini.

Apa yang Assila tahu, hatinya sangat degil. Jika hati mahu begitu, Assila tidak mampu melawan. Kalau Assila melawan kata hati yang mahukan Hasif, Assila hilang selera makan. Mandi rasa tidak basah. Tidur rasa tidak nyenyak. Dalam erti kata lain, Assila jadi angau. Berjalan pun seperti langau terbang. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan.

Bila melihat Hasif bersama wanita lain, hati Assila sakit. Andai Hasif merajuk, Assila tak keruan. Itu kan cinta. Ya,Assila pasti. Itu namanya cinta. Cuma Assila tidak pasti, adakah Hasif sama sepertinya? Apakah Hasif merasakan sakit di hati bila perkara sebaliknya berlaku.

Assila tarik nafas panjang. Tekad! Perkara ini perlu di selesaikan segera. Assila tutup pintu hati kemas-kemas. Biar jeritan hatinya tersimpan kedap di balik pintu tersebut. Seksa bagaimanapun, Assila tidak suka dibaling-baling seperti ini. Seperti bola. Sekejap Hasif menendangnya ke situ. Kemudian emak Hasif pula yang menjadi barisan penghalang memulangkan Assila balik ke tempat asalnya. Walau Hasif cuba menggelecek dan membawanya ke pintu gol, tetap tidak Berjaya. Penjaga gol pula menunggu giliran untuk menghentikan Hasif dari menjaringkan gol.

Assila sedar, mungkin bukan tertulis takdirnya untuk masuk ke pintu gol bersama Hasif. Dan sekarang, Assila mengambil langkah pertama untuk menerima hakikat yang satu itu. Telefon ditekapkan ke telinga selepas mendail nombor Hasif.

“Assalamualaikum Hasif,” Assila membuka kata.

“Assila! Kenapa tak angkat call tadi? Hasif risau tahu tak?” Assila berdehem kuat.

“Jawab salam dulu,”tegur Assila selamba.

“Waalaikummussalam..Now answer me,”Hasif mengarah.

“Ewah ewah cik abang…mengarah nampak,”Hasif mengeluh mendengar jawapan Assila. Masih mahu bermain-main sedangkan dia serius.

“Don’t play around Assila...kenapa tak angkat call tadi?”

“Why? Kenapa nak tahu sangat?”Assila tempelak padu. Hasif terdiam. Rasa gentar hadir dalam jiwa melihatkan sikap Assila yang seperti tidak menetu.

“Sayang..you’re scaring me…,”Assila ketawa. Dia menakutkan Hasif? Hasif masih tak habis-habis dengan kerja part-time pelawaknya.

“I’m scaring you? Are you scared? Huh? YES,YOU SHOULD BE SCARED!”suara Assila meninggi di hujung kata. Hasif tersentak. Ke mana hilangnya Assila yang di sayang-sayang? Mengapa lain benar dia malam ini?

“Sayang…,”cuba memujuk,Hasif memanggil lembut. Assila sentap!

“Do.Not.Call.Me.Sayang.You don’t have the right. When we call someone ‘sayang’,that means we care about that person.We don’t betray their trust.We’ll protect them from anything. Itu maknanya sayang.Sayang awak ni,Hasif,sayang plastik! Kena panas sikit je,lebur! Cair! Saya nak sayang yang solid. Tahan dek panas.Tak lekang dek hujan. And you,Mohd Hasif…cannot give me that. Solid love.You cannot give me that,”ceramah panjang Assila masuk ke dalam minda Hasif. Menghentikan sebarang pergerakan.

“Kenapa ni sayang…apa yang jadi ni? Hasif tak faham. Kenapa tiba-tiba sayang melenting macam ni? Tell me. What happen?"

“Your mom called me!”

“Then? Memang Hasif yang bagi nombor sayang dekat mak. Mak nak sembang dengan sayang. What’s wrong with that? Takkan itu pun nak marah?”panas Assila naik ke kepala. Mengapa Hasif buta? Tidakkah Hasif faham kehendak hati ibunya sendiri. Sedangkan Assila yang orang luar ini pun boleh membaca gerak tingkah emak Hasif,masakan Hasif yang berkepit di bawah ketiak emaknya tidak sedar?Oh Hasif….Assila mengucap panjang dalam hati.

“ Do me a favor Hasif?” pinta Assila. Suaranya perlahan. Sudah kehabisan tenaga mahu bertelagah dengan Hasif. Penat mahu membuat Hasif faham dengan tingkah emaknya sendiri.

“ Anything,”laju Hasif bersetuju.

“ Do whatever your mom wish for and leave me alone. We’re finish,”terus Assila menekan butang merah. Memutuskan talian. Air mata mula bertakung di mata. Tak pernah Assila bayang akan terjadi perkara ini. Saat menerima Hasif,Assila menerimanya untuk seumur hidup. Tidak sedikit pun terlintas akan berakhir seperti ini. Assila yang mahukan perpisahan,bukannya Hasif. Assila yang memberi kata putus,bukannya Hasif. Tapi kenapa sekarang Assila rasa seperti mahu terbang pergi jauh dari sini? Kenapa sakit di dalam dadanya terasa seperti tidak mampu untuk pulih semula?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience