02 - Tiada Yang Lain

Romance Completed 46143

“Kamu dengan Hasif apa cerita sekarang ni?”soalan Puan Habsah mematikan gerak tangan Assila yang sedang melipat baju di atas pangkuan. Cepat-cepat Assila berlagak biasa sebelum ibunya menangkap kesan yang diberi oleh soalannya .

“ Cerita sama jela. Emak nak dengar cerita macam mana lagi?” Assila jawab selamba. Seperti tiada masalah. Puan Habsah diam seketika sebelum membuka mulut semula.

“ Umur kamu tu dah sedang elok dah nak bina rumah tangga. Bila lagi Sila? Kalau kamu segan nak cakap dengan Hasif, biar mak je cakapkan.”

“ Eh,jangan! Malulah Sila nanti,”pintas Assila cepat.

“ Dah tu?”

“ Okay..okay…nanti Sila cakap dengan dia. Tapi mak janganlah berharap pulak,” kepala Puan Habsah laju menoleh ke arah Assila.

“ Tak berharap apanya? Dah dengan dia je yang kamu berkawan dari dulu-dulu. Memang dekat dialah mak nak letak harapan pun,” Assila terkedu sendiri. Entah bagaimana mahu di kongsi beban yang sarat di dada tika ini pada Puan Habsah. Assila kenal ibunya. Dia sudah boleh membaca setiap tingkah dan buah fikiran Puan Habsah. Kerana itu jugalah Assila diam membisu bila di sogok-sogok dengan soalan Hasif.

“Hmmm….,”itu sahaja jawapan yang di bentuk bibir Assila untuk mematikan perbincangan mereka.

Habis melipat baju di ruang tamu, Assila beransur masuk ke bilik untuk beradu. Jam di dinding di kerling seketika. Berkira-kira jika mahu menghubungi Hasif. Akhirnya dia mengagahkan diri juga. Talian berbunyi 2 kali sebelum Hasif menyambut panggilannya.

“Assalamualaikum sayang…,” Assila senyum sendiri. Suka bila disogok sayang dari Hasif. Tangannya melekat di dada. Bimbang hatinya meloncat keluar dek penangan sayang Hasif.

“ Waalaikummussalam…dah makan?”laju Assila bertanya. Eh,pastilah! Assila mahu jadi kekasih terbaik untuk Hasif. Bertanya sihat sakitnya. Bertanya kenyang laparnya. Assila mahu ambil berat tentang segala yang berkait dengan Hasif. Biar Hasif hanya nampak Assila saja di ruang matanya.

“ Dah,kenyang dah,”Assila ketawa lembut. Hasif ikut ketawa walaupun tiada yang lucu. Ketawa Assila terasa mudah berjangkit.

“ Hari ni macam mana? Kerja semua okay?” sekali lagi Assila mahu ambil tahu tentang duduknya perasaan Hasif hari itu. Tertekankah? Gembirakah? Marahkah?

“ Semua lancar je hari ni. Kerja pun rasa smooth je. Just…,” suara Hasif terasa menjauh di talian. Assila mula menangkap arah tuju perbualannya dan Hasif. Pasti masalah yang satu itu akan mula bangkit.

“ Mak,” telah Assila tanpa berselindung. Hasif ketawa. Ketawa yang tersekat di tekak. Seperti tidak ikhlas.

“ Emak..,” nada Hasif seperti mengadu di hujungnya. Seperti berharap Assila boleh memberikan jawapan pada semua masalah yang bangkit disebabkan emak.

“Kenapa dengan emak?” Assila sudah bersedia mahu mendengar cerita baru tentang emak Hasif. Bukannya menuduh emak Hasif selalu membuat onar. Tapi memang cerita tentang emak Hasif sudah menjadi kemestian dalam perhubungan mereka. Seingat Assila, di awal perkenalan mereka dahulu, tidaklah begini ketara. Entah kenapa masuk tahun baru ini, emak hasif tiba-tiba seperti sudah bertukar orang. Assila seperti melihat orang lain.

“ I shouldn’t tell you this,” Hasif rasa ragu mahu berkongsi cerita dengan Assila. Tapi hatinya terasa sarat andai tidak diluahkan pada Assila.

“ But you want to share it,right?” tekan Assila. Ditekan ataupun tidak, Assila pasti Hasif tetap akan berkongsi cerita. Assila kenal Hasif sudah lama. Tidak boleh menyimpan beban berseorangan. Apa saja yang berlaku pasti mahu diadukan pada Assila. Assila tahu Hasif suka dipujuk-pujuk,dimanja-manja dengan kata-kata penawar dari Assila. Seolah setiap patah kata Assila itu ubat paling mujarab untuk hati Hasif. Sebab itu jugalah Assila akan bertanya perjalanan harinya saban malam sebelum tidur.

“ Emak bagi gambar dekat Hasif tadi,” terus Assila faham apa yang Hasif maksudkan tanpa dia menamat kata.

“ Still on mission huh?” berlelucon Assila dalam katanya. Sedang dalam hati Assila sedang terbakar dengan api geram. Geram dengan tingkah emak Hasif yang tidak habis-habis menyogok Hasif. Ditunjuk gambar gadis yang ini, dipuji gambar gadis yang itu. Ada saja blind date yang mahu diatur. Ada saja dinner bersama kawan lama yang mahu dipaksa Hasif ikut bersama.

“ Sayang marah mak?” Assila terasa mahu ketawa dengan soalan Hasif. Ada ketikanya Assila rasa Hasif ada bakat untuk jadi pelawak. Bertanya soalan bodoh yang membuat orang mahu ketawa.

“ Patut ke nak marah?” Assila meneka hati Hasif. Mahu melihat apa pula jawapan Hasif.

“ You should,”telus jawapan Hasif membuat Assila terkedu. Hasif sambung lagi.

“ Patut marah, tapi kita kena letak diri kita dalam position mak. Fikir kenapa mak buat semua tu. Semua mak mestilah nak yang baik-baik je untuk anak dia. Sayang sabar ya? Nanti mak akan sedar sendiri yang kita memang meant to be together. Hasif slowly akan make mom accept sayang.”

Assila pegang perutnya kuat. Menahan tawa. Malam ini terasa Hasif seperti berkerja part time sebagai pelawak maharaja lawak mega. Fahamkah Hasif yang hati Assila sudah keras mendengar alasan-alasan Hasif untuk emaknya? Tahukah Hasif yang Assila sayangkannya separuh hati sehinggakan Assila sanggup menahan semua tingkah gila emak Hasif yang mahu memutuskan mereka?

Dan untuk keberapa puluh kalinya, Hasif setia memberi kata-kata janji untuk memastikan mereka ke jinjang pelamin. Memaksa Assila menyatakan lagi rasa kasih pada dia supaya dia boleh tidur nyenyak dan bebas dari rasa bimbang andai Assila beralih hati. Hasif mahu Assila pasti dan tanam di dalam otak yang hanya dia sahaja yang boleh bertakhta di hati Assila. Hanya dia sahaja lelaki untuk Assila. Tiada yang lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience