22 - Beg Tangan Bonia

Romance Completed 46143

Petang esoknya Assila pulang rumahnya lagi. Hari ini gerak hatinya kuat mengatakan ‘barang ‘ yang dicari sudah dijumpai tempatnya ditanam. Masuk hari ini sudah 4 hari Amran outstation. Entahkan betul outstation pun tidak Assila periksa. Walau pejabat Amran berdepan dengan pejabatnya, Assila tidak tergerak pun mahu pergi menyibukkan diri tentang kerja suaminya.

Kereta diparkir di luar sahaja. Berkeriuk bunyi pagar rumahnya bila kuncinya diselak. Assila kuatkan hati. Kalau diikut perasaan, mahu saja Assila lari menangis pulang ke rumah Puan Habsah. Tidak kuat dirasakan mahu menghadapi semua ini sendirian. Ditambah pula melihat syurga cintanya bersama Amran yang sudah 4 hari ditinggalkan. Sampai hati suaminya! Meninggalkan Assila terkontang kanting berseorangan begini.

Cepat-cepat Assila membetulkan fikirannya sendiri yang sudah mula mahu berprasangka pada suaminya sendiri. Amran pasti ada sebab sendiri yang menyebabkan dia terpaksa membawa diri jauh dari Assila.

Assila berdoa meminta dikuatkan semangatnya. Agar diberi kesabaran menghadapi ujian-ujian yang diberi. Dengan lafaz bismillah, Assila berjalan menuju ke bahagian belakang rumahnya. Bahagian luar pagar belakang rumahnya ada tertanam pokok pisang. Memang sudah berada di situ dari mula mereka berpindah masuk. Di situ! Gerak hati Assila kuat mengatakan pencariannya akan berakhir di situ.

Selepas setengah jam, Assila ketemu apa yang dicari. Kantung kecil sebesar separuh tapak tangannya itu dipandang lama. Terasa meremang bulu romanya bila menimbang-nimbang kantung tersebut di dalam tangannya. Kedengaran bunyi seperti dua benda kecil berlaga hasil dari kocakan tangannya. Perlahan tangannya merungkai ikatan kantung tersebut. Mahu melihat isi kandungannya.

“ Assila!” Assila terus berpaling ke belakang bila mendengar namanya dipanggil. Siapa pula yang datang memanggil tanpa salam ni? Sudahlah Assila sedang menguatkan semangat diri. Habis terbang semangatnya dikejutkan terjahan namanya.

Kus semangat! Terkejut Assila melihat emak Hasif yang berdiri gah di belakangnya. Tidak lah gah mana memandangkan tubuhnya sedikit gempal dan pendek berbanding Assila yang lebih tinggi darinya.

“Eh, mak cik,” tak dapat Assila sembunyikan nada pelik dan terkejutnya bila menegur emak Hasif. Bagaimana boleh sampai ke sini? Kebetulan atau memang tujuannya untuk mencari Assila?

“Apa kau dah gunakan dekat anak aku sampai dia tak boleh lupa kau ha? Kenapa kau nak ikat-ikat dia lagi? Lepaskan anak aku!” Assila terkebelakang mendengar tohmahan emak Hasif. Terasa seperti tembakan peluru singgah menghentam batang tubuhnya.

“Mak cik cakap apa ni? Saya tak faham,” soalan Assila tak berjaya pun memadamkan api kemarahan emak Hasif. Malah makin marak bila emak Hasif menghayun beg tangannya yang besar ke arah Assila. Dunia Assia gelap seketika saat beg tangan tersebut singgah di tepi kepalanya. Sempat lagi Assila terpegun dengan kekuatan emak Hasif membedalnya hanya dengan beg tangan buatan kulitnya.

Bukan beg sebarangan tu. Beg kulit jenama BONIA! Assila tak tahu hendak rasa marah atau bangga. Marah kerana dipukul tanpa sebab atau bangga dipukul dengan beg tangan yang harganya mencecah ribuan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience