07 - Something

Romance Completed 46143

Pulang dari kerja, Assila mundar-mandir di dalam bilik. Tidak mahu duduk. Punggung terasa panas sepanjang hari memikirkan Amran. Panggilan Hasif sudah semakin kurang. Tapi bukan Hasif yang menjadi isu utama dalam fikiran Assila.Amran!

Assila garu kepala yang tidak gatal. Bagaimana kalau soalan tempoh hari Assila tarik balik? Bolehkah? Oh…idea! Assila petik jari. Mungkin Assila boleh berpura-pura mesej itu silap dihantar? Lagipun Amran sendiri tahu yang Assila sudah berpunya sebelum ini. Jadi dia akan menganggap yang Assila cuma bergurau. Tapi nama Amran juga disebut dalam mesej tersebut.

Lantas Assila memunggah beg sandang nya yang dipenuhi dengan segala harta karun peribadinya. Di korek keluar semua barang sehingga ketemu dengan telefonnya. Baru menekan butang ON, sudah naik satu notification. Whatssapp dari Amran! Assila terjerit kecil.

Dalam gigilan tangannya menekan notification tersebut.

‘100% yes!’

Oh! Assila mengeluh. Ayat yang diatur sedari tadi hilang bagai belon-belon yang dicucuk jarum. Gamakkah Assila meranapkan impian Amran. Assila menarik-narik rambut. Geram! Mengapa membuat keputusan semasa di dalam amarah? Sekarang sudah menerima padahnya.

Sudahnya Assila berbaring di atas katil. Merenung mesej Amran. Untuk kali ke seribunya, Assila mengeluh untuk minggu ini. Aduh Assila…..mengapa bermain perasaan?

____________________________________________

“Akak…kita ada benda nak confess ni,”malamnya Assila menelefon Kak Lia yang berada di Kajang. Kakak yang satu-satunya. Walau Kak Lia sering duduk jauh dari keluarga, Assila tetap rapat dengannya. Pastilah! Mereka berdua sahaja perempuan dari 6 beradik. Otak pun sama-sama gila. Dengan dia sahaja yang Assila boleh meluah kata dengan jujur.

“Kau buat apa pulak kali ni Sila oii….,”suara Kak Lia tenggelam timbul dek kerana bercakap sambil makan. Memang tak senonoh! Sama seperti Assila.

“Urghh…tak senonoh betulla bercakap sambil makan!”Assila cuba berlagak baik. Sedang mulutnya sudah mengukir senyum.

“Jangan nak poyo kat sini! Macamlah dia tu senonoh sangat,”tempelak Kak Lia kembali. Assila ketawa besar.

“Tak kisahlah apa pun. Ni nak dengar ke tak ni?”

“Cerita jela. Akak dengar sambil makan,”kak Lia masih meneruskan kunyahannya. Dari jauh sayup-sayup terdengar suara Abang Ajis, suami Kak Lia menegurnya supaya makan perlahan-lahan. Takut tersedak. Sedikit pun tidak dihiraukan Kak Lia. Boleh Assila bayangkan wajah Abang Ajis yang tergeleng-geleng melihat tingkah isterinya.

“Okay. Long story short, I ask someone to marry me,”hening. Tiada bunyi dari talian. Bunyi kunyahan Kak Lia juga sudah terhenti. Tiba-tiba kunyahannya bermula semula.

“Okay…nothing surprise there…Hasif kan?”soal Kak Lia seperti itu bukan masalah yang besar. Assila faham. Ayatnya tadi tidak memberi sebarang kejutan pun pada pendengar.

“No,it’s not him,”perlahan suara Assila memberitahu.

“Uhukk…uhuk….Assila kau…,”suara Kak Lia terputus dek tersedak makanan. Terdengar suara Abang Ajis memarahinya dari jauh. Assila senyum. Padan muka Kak Lia! Gelojoh sangat.

“Ehem…ehem!..Testing testing…,”uji Kak Lia membetulkan sedikit suaranya.

“Hasif?”soalan Kak Lia mematikan mood Assila. Kanta mata yang melihat dunia dengan warna warni kini bertukar menjadi hitam putih.

“We broke up,”ulas Assila. Sepi menggamit suasana.

“What?” bisikan Kak Lia di balik talian kedengaran tidak percaya. Assila faham. Semua orang yang tahu tentang Assila dan Hasif menyangka mereka akan bertemu di atas pelamin. Assila dan Hasif. Sudah hampir 4 tahun bersama. Assila geleng kepala perlahan. Itulah,kata orang jangan couple lama-lama,nanti cepat bosan.

Tapi bosan bukan isunya dalam hubungan mereka. Tidak pernah timbul isu bosan di antara Hasif dan Assila. Walau Assila akui, ada kalanya perangai kebudak-budakan Hasif menduga kesabaran, Assila tetap tidak bosan. Semuanya dianggap sebagai cabaran yang perlu dihadapi dengan sikap positif. Berusaha sudah sedaya mungkin, tapi kalau memang bukan takdir Allah untuknya, tak akan terjadi juga perkara yang dirancang rapi.

“Akak balik hujung minggu ni. Kita sembang lagi,”Assila terpinga-pinga seketika. Baru teringatkan Kak Lia yang berada di hujung talian.

“Huh?”keluar dari mulut Assila tanpa ditahan. Mengapa Kak Lia hendak pulang ke kampung. Hanya kerana cerita Assila?

“Hujung minggu ni akak balik dengan Abang Ajis. Tunggula. Kita sembang berhadap muka. Senang sikit,”balas Kak Lia selamba.

“Takkan sebab ni je nak balik?”

“Dah jangan nak perasan minah. Abang Ajis kau ada nak jumpa kawan lama dia. Kebetulan je timing kena dengan time problem ni keluar,”Oo….baru Assila faham. Sangkanya Kak Lia sanggup pulang hanya untuk adik tersayang. Jauh benar panggang dari api.

“Alah…Sabtu ni kena pergi Langkawi. Ada kursus,”Assila merengek perlahan. Kakinya bergerak menuju ke meja yang menempatkan kalender. Kalender diselak sehingga ke bulan Mei. Sabtu…Sabtu…matanya meliar mencari duduknya tanggal hari tersebut.

“Eh,silap. Itu Sabtu depan.Hihi…sorry…,”pinta Assila perlahan sedikit bersalah.

“Akak yang tak kerja ni pun tahu tengok kalender tau. Kau ni Sila kerja ke tak? Sampai tarikh pun taktau,”tempelak Kak Lia keras. Assila ketawa mengekek. Panggilan mereka berakhir dengan tawa mereka berdua. Sempat dikirimkan salam pada Abang Ajis dan anak saudaranya yang seorang. Juga berjanji untuk hari Sabtu sebagai hari hang out bersama Kak Lia tanpa gangguan suami dan juga anaknya.

Lupa seketika pada masalah yang melanda. Assila masih tersenyum selepas panggilan diputuskan. Sekejapan cuma, otaknya kembali berputar mengingatkannya kembali pada mesej Amran. Matanya sekilas melihat skrin telefon. 1 notification. Dari Amran. Pasti dihantar semasa Assila ligat bergayut dengan Kak Lia. Jari ditekan di skrin telefon.

‘Dah baca mesej,tapi kenapa tak reply? You start this first. Don’t avoid me.’

Assila cemik bibir lama membaca mesej Amran. Don’t avoid me? Hek eleh…mengarah pulak, kalau nak tarik balik mesej aku pun,apa kau nak cakap?,Assila mengomel dalam hati. Dalam hati berani, tetapi Assila tahu tidak mungkin dia boleh menarik kata-katanya semudah itu. Permukaan air sudahpun di sentuh. Masakan Assila boleh menghentikan riak yang sudah terhasil. Assila tunjal dahinya sendiri. Itulah, bila buat keputusan bukan semasa baran. Jadikan pengajaran untuk masa hadapan.

Telefon Assila bergetar di dalam pegangannya. Satu lagi mesej dari Amran.

‘Assila…Assila….you really are something... (*_*)

I’ll find you later.’

Something? What something? Something good or something bad? Assila penasaran sendiri. Pandai Amran menimbulkan tanda tanya. Membuatkan tidur Assila dipenuhi dengan Amran. He’s really something else….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience