12 - Kerana Assila

Romance Completed 46143

Hasif merenung lama kad jemputan perkahwinan Assila. Jari telunjuknya mengusap nama Assila yang terukir indah dengan tinta emas berlatarkan warna merah hati. Warna kegemaran Assila.

Pandangan mata Hasif kabur tiba-tiba. Pantas tangannya menekan mata. Tidak mahu menangis! Sudah banyak air matanya mengalir kerana Assila. Assila jahat! Kenapa Assila buat dia begini? Apa yang tidak kena dalam hubungan mereka?

Masih terngiang kata-kata Assila sebelum memberi kata putus pada Hasif. Do whatever your mom wish for. Do whatever my mom wish for? Hasif garu kepala yang tidak gatal. Mengapa Assila meletakkan alasan pada harapan emak?

Berkelip-kelip mata Hasif. Pedih. Kilang matanya penat bekerja semenjak dua menjak ini. Ruang matanya penuh dengan senyum tawa Assila. Aduh,manisnya bila Assila tersenyum. Kontra benar dengan wajahnya yang sering dipamerkan pada orang ramai. Bila Assila tersenyum, Hasif akan ikut tertawa. Bila Assila merajuk, Hasif ikut menangis. Kini, bila hati Hasif menangis, sedikitpun Assila tidak terkesan. Malahan gembira dengan suami baru.

Suami. Hati Hasif makin berdarah mengenangkan perkataan itu. Itu status yang diimpi bila bersama Assila. Jiwa Hasif penasaran. Mencari salah silap dirinya. Ada kala difikir, semua kesalahan berpunca dari Assila. Tapi cepat saja hatinya menafi.

Assila baik hatinya. Walau ada masanya Assila membebel tanpa henti, Hasif suka. Kerana itu tandanya Assila sayang padanya. Hasif gembira mendengar celoteh Assila yang sering marahkan dirinya suka mandi malam. Katanya tidak elok untuk paru-paru. Entah betul atau tidak pun tidak dia ketahui. Apa saja kata Assila umpama hukum bagi Hasif. Baik pada Assila, baik juga pada Hasif.

Oh, Assila……Hasif merintih lagi..Telefon di atas meja dipandang sepi. Tiada lagi deringan dan suara manja Assila keluar dari corong bunyi telefon. Tiada lagi suara Assila menemaninya sebelum mata terlena.

“Sif?”suara emak mengejutkan Hasif. Tidak sedar pintu biliknya tidak tertutup rapat.

“Eh,mak,”balas Hasif perlahan. Senyuman cuba diukir untuk emak yang satu. Emak Hasif berjalan menghampiri Hasif. Bahu anaknya diusap lembut.

“Jangan sedih Hasif. Kalau dah tertulis jodoh kamu bukan dia, apa daya kita ni nak mengubah takdir. Lupakan dia,”nasihat emak lekat sebentar saja sebelum terbang dibawa angin. Mustahil! Assila sudah sebati dalam hati. Bukan mudah hendak dibuang nama Assila!

“Mak faham…susah nak lupa. Sif dah lama kawan dengan Assila. Tapi Sif boleh cuba kan?”masih cuba memujuk. Lama diam,baru Hasif mengangguk. Itupun lemah seperti remote tidak berbateri.

“Sif kena cari cinta baru. Bila tumpuan Sif beralih, baru senang Sif nak lupakan Assila,kan?” berkerut dahi Hasif merenung wajah emak. Cari cinta baru? Bolehkah? Hatinya mahu terbukakah?

“Mak rasa macam tu ke?”bodoh kedengaran soalan Hasif. Tapi itu juga yang terkeluar dari mulutnya. Emak Hasif senyum senang hati. Hasif mahu menerima cadangannya.

“Hati ni boleh dipupuk. Kita kena cuba. Daripada tak cuba langsung kan? Mak taknak Sif sedih macam ni. Hati mak pun ikut sedih. Sif masih ada mak , ada family. Jangan sebab Assila, Sif nak dera diri macam ni. Siapa yang gembira tengok Sif sedih macam ni?” pancingan nama Assila menaikkan semangat Hasif. Betul! Mengapa mesti dia dera diri untuk Assila. HAsif juga perlu tunjuk pada Assila yang dia mampu gembira tanpa Assila di sisi. Assila ingat dia dewi? Assila ingat Hasif akan gila tanpa dia? Assila silap! Hasif boleh hidup tanpa Assila.

"Mak,"

"Hmm?"

"Ingat tak anak kawan mak yang mak kenalkan dengan Sif dekat kenduri rumah Pak Long hari tu?"emak Hasif senyum senang. Dia yang melahirkan Hasif. Tahulah dia apa yang terbaik untuk anaknya. Yang pasti, Assila tiada dalam senarai!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience