04 - Yang Itu & Yang Ini

Romance Completed 46144

Petangnya Assila pulang awal sedikit dari biasa. Kali ini bukan untuk mengelak dari Amran. Assila ada agenda sendiri. Hari ini dia dan Hasif sudah berjanji mahu bertemu. Wajah Assila sudah mula menyerupai madu. Baik rupa juga rasa. Manis sahaja.

Dari pejabat, jarak ke medan selera yang dijanjikan untuk bertemu cuma beberapa minit sahaja. Jadi Assila ambil keputusan untuk berjalan. Memandangkan dia memang keluar awal, Assila ambil masa berjalan penuh gemalai ke sana.

Menyusuri kedai-kedai di kaki jalan,matanya liar melihat barang-barang yang dijual. Lantas pandangan Assila tertangkap dengan bunga biru dan purple yang menghiasai satu sudut di hadapan kedai bunga. Kakinya membelok ke arah kedai tersebut.

Keluar dari kedai bunga, tangan Assila sudah memegang sejambak bunga berwarna biru dan purple. Assila senyum lebar. Suka melihat bunga tersebut yang menaikkan lagi mood gembiranya. Nanti mahu diberi pada Hasif. Sesuai dengan namanya,forget-me-not,biar Hasif tak pernah lekang dari mengingatinya.

Tapi lelaki suka bunga ke? Assila ragu seketika. Hasif suka bunga tak? Ah,lantak lah Hasif. Assila tak peduli. Yang penting dirinya suka pada bunga tersebut. Kalaupun Hasif tak mahu, dia akan bawa pulang bunga tersebut.

Sampai di Medan Lepak, Assila mencari kelibat Hasif. Mungkin dia sudah sampai lebih awal. Tapi jam Assila sudah menunjukkan waktu yang tepat.

Waktu berlalu. 5 minit. 10 minit. Assila sudah hampir teleng kepala melihat jam di tangan. Di mana Hasif? Telefon sudah beberapa kali ditekan. Cuba menghubungi Hasif. Tapi taliannya sepi. Dijawab suara operator sahaja.

Assila tarik nafas panjang. Bersabar! Itu yang penting. Kalau hilang kewarasan Assila, mahu 2 atau 3 hari baru Hasif dapat memujuk. Assila fikir kemungkinan kemungkinan yang membuatkan Hasif lambat. Worst case scenario, Hasif tidak datang. Itupun tanpa memberitahu Assila.

Jam menginjak ke 6.30 petang, Assila sudah bangkit dari bangku. Bunga di tangan direnung lama. Kalau ikutkan geram di hati, mahu saja dibaling dan dipijak bunga forget-me-not tersebut. Belum sempat diberi pada yang tersayang, Hasif sudah awal-awal melupakan Assila. Terus Assila hempaskan bunga tersebut di atas bangku dan berlalu pergi.

Belum pun sampai 5 meter, Assila berhenti. Sejenak berfikir. Apa salah bunga forget-me-not tu? Dompet Assila yang mengeluarkan duit. Jadi siapa yang rugi di belakang hari? Sudahlah Hasif lupa pada janji mereka. Takkan Assila pun mahu merugikan duitnya sendiri. Jangan jadi bodoh. Assila patah belakang. Niat mahu mengambil semula bunga biru dan purple tadi.

Tapi Assila lambat. Amran terlebih dahulu sudah mengangkat bunga yang ditinggalkan Assila. Eh,bila Amran sampai? Assila garu kepala yang tidak gatal. Mengekor dia kah? Assila geleng kepala. Tak mungkin! Amran tidak mungkin buat perkara sebegitu.

Pura-pura tiada perkara yang berlaku di antara mereka, Assila meluru ke arah Amran.

“Itu bunga saya. Bagi balik!”tangan Assila dihulur,meminta kembali hak nya. Amran buat muka blurr memandang Assila.

“Bunga ni tak ada tuan. Saya baru je kutip kat sini,”bersahaja jawapan Amran. Mata Assila menajam.

“Awak stalk saya ya?”tuduh Assila tanpa berlapik kata. Amran ketawa senang.

“Cik Assila oii…tahulah saya ni sukakan awak..tapi tak adalah sampai tahap nak stalk awak 24 jam,”muka Assila terasa panas. Malu! Terasa seperti perasan sendiri.

“Pagi tadi saya jumpa awak,petang ni saya jumpa awak…tak ke dah macam stalking tu namanya?”

“Tak. Itu namanya J.O.D.O.H. Jodoh. Kita ada jodoh. Faham Cik Assila?”

“Tak! Tak faham. Tak nak faham. Tak kan pernah faham!”Assila membentak geram. Amran tiba-tiba hulur bunga tadi pada Assila.

“Nah,saya bagi awak. Forget-me-not ya Cik Assila,”satu kenyitan nakal dihadiahkan bersama dengan bunga tersebut. Assila terpaksa menyambut bunga tersebut bila Amran pura-pura mahu melepaskannya jatuh ke tanah. Lantas Amran berlalu pergi. Berdengung telinga Assila dengan ketawanya yang masih kedengaran.

Assila menggerutu dalam hati. Geram! Kalau Assila menulis diari, pasti cerita mengenai Amran saja sudah memenuhkan 2 mukasurat. Hari-hari ada saja cerita baru mengenai Amran. Amran sini,Amran sana.

Sepatutnya Hasif sini dan Hasif sana. Mengapa hidup Assila seperti terbalik. Bercinta dengan yang itu, tapi hidup dicorakkan oleh yang ini. Lama-lama Assila boleh jadi gila!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience