25 - Janji Pencipta

Romance Completed 46144

Dunia, dipenuhi dengan hiasan. Semua dan segala yang ada akan kembali padanya. Itu yang terlintas di fikiran Assila kala berita kematian Puan Embon sampai ke telinganya.

Sudah hampir setahun peristiwa hitam yang meretakkan rumah tangga Assila dan Hasif berlalu. 2 minggu lalu, Assila dikejutkan dengan mesej dari Hasif. Rusuh seketika hati Assila. Takut mahu membuka mesej dari Hasif. Ada kah sihir yang dihantar melalui mesej?

Merapu! Assila berpasangka yang bukan-bukan. Untuk lebih berhati-hati, Assila keluar mencari Amran yang sedang duduk bersantai membaca suratkhabar di ruang tamu. Sementara menunggu makan malam, memang tabiat Amran membelek bahan-bahan bacaan yang tercapai dek tangan.

“Abang,” Amran berkalih memandang Assila yang terkedek-kedek berjalan mengusung perutnya yang sudah memboyot. Assila segera menghulur tangannya kepada Amran meminta dibantu untuk duduk di sebelah suaminya. Amran senyum jahat.

“Dah macam penguin berjalan abang tengok,” tangan Assila singgah menampar bahu Amran. Suami apa begini! Mengutuk isteri yang penat mengelek anaknya ke sana ke mari. Tapi tak mengapa. Assila sudah lali diusik Amran. Kerana dia tahu dalam usikan itu terselit rasa gembira dan bangga menunggu zuriatnya melihat dunia.

Tanpa berlengah Assila menghulur telefonnya kepada Amran. Mulutnya sedikit memuncung memberi arahan pada Amran untuk melihat apa yang ditunjuknya. Amran mengambil telefon dari pegangan Assila.

“Mesej Hasif?” Amran sudah membuka mesej dari Hasif seiring dengan soalannya. Matanya bergerak ke kiri ke kanan membaca isi mesejnya. Assila cuba membaca reaksi Amran.

“Sila baca sendiri. Dia just nak minta maaf,” Amran unjuk kembali telefon Assila. Lambat-lambat Assila mengambil semula telefonnya. Matanya tidak lepas dari melirik wajah Amran. Bimbang yang Amran snegaja mahu menduga. Setelah betul-betul pasti yang Amran tidak bereaksi negatif, baru Assila membaca mesej dari Hasif.

Assila,

Pertamanya, saya minta maaf. Maaf atas semua kesalahan yang saya lakukan pada awak. Saya jahil! Saya terlalu mudah dihasut syaitan.

Maafkan saya Assila. Mungkin maaf saya tak mampu menyamai apa yang awak rasa sepanjang awak disalah anggap emak saya. Tapi ini saja yang mampu saya lakukan.

Assila,

InsyaAllah, saya akan menjadi tetamu Allah dalam masa 2 hari lagi. Saya akan doakan kebahagiaan awak bersama Amran.

Dan di sini juga saya ingin meminta maaf bagi pihak emak saya. Kami khilaf Assila. Mungkin kami terlalu mengikut nafsu dalam membuat keputusan. Dan akhirnya membawa kepada penderitaan awak.

Saya pinta awak buka sedikit ruang di hati awak untuk memafkan kami. Supaya dapat kami pergi dengan tenang.

Sampaikan salam dan maaf saya untuk Amran juga. Sehingga bertemu lagi Assila.

Hasif.

Menitik air mata Assila membaca isi mesej Hasif. Bersyukur kerana Hasif dan Puan Embon dapat mencari diri mereka yang hilang dalam dendam. Assila tidak pernah menyimpan dendam pada Hasif dan Puan Embon atas apa yang terlah mereka lakukan. Malah, Assila siap berdoa lagi. Berdoa supaya dua beranak itu mampu menemui cahaya keinsafan. Dan yang paling pentingnya, mereka mampu memaafkan diri mereka sendiri.

“Sedih lah tu teringat pakwe lama?” Assila angguk sambil menyeka air matanya. Lantas kedua pipinya ditarik Amran.

“Sakitlah!” marah-marah manja. Mana berani marahkan suami! Syurga isteri letaknya pada suami.

“Geram abang tengok pipi tembun ni!” Assila tarik muka. Pura-pura marah. Tangan Amran diraih masuk ke pangkuannya.

“Abang tak apa ke Hasif hantar mesej pada Sila?” Amran senyum lembut. Menenangkan jiwa Assila yang melihat.

“Tak,” Amran jawab pendek sebelum menyambung lagi, “Abang faham. Kita maafkan dia and doakan semoga kunjungan Hasif dan emaknya mendapat keredhaan Allah. Lepaskan apa yang pernah mereka buat pada kita dulu. Terutamanya Sila. Maafkan emak dia. Ya?” Assila angguk senang. Memang sudah lama dia memaafkan emak Hasif. Hidupnya bersama Amran yang bahagia membuatkan apa saja parut dan luka sembuh tanpa kesan.

“Kadang-kadang abang fikir, kalau lah semua ni tak jadi, mungkin jodoh abang dengan Sila pun tak bertemu kan? Hubungan kita pun mungkin tak sekukuh sekarang ni. Admit it or not, we should be thankful to them,”

Ya, sedikit sebanyak, mereka perlu berterima kasih pada Hasif dan Puan Embon. Jika dulu Puan Embon tidak berusaha menolak Assila dari Hasif, pasti Assila kini tidak bergelar isteri kepada Amran. Dan jika Hasif tidak menguji rumahtangga mereka dengan ilmu permisah, mungkin hubungan Assila dan Amran tidak sekukuh seperti sekarang.

Hasif dan Puan Embon juga adalah penyumbang terbesar dalam kehidupan Assila yang kini berwarna warni bersama Amran di sisi. Semoga Puan Embon tennag menghadap Ilahi. Indah benar pengakhiran Puan Embon. Dijemput Pencipta semasa menjadi tetamu di rumah-Nya. Hanya doa dan Al-Fatihah dapat Assila titipkan ketika Hasif menyampaikan berita tersebut kepadanya.

Benarlah, dalam setiap cubaan itu, ada hikmahnya. Allah menitipkan kelebihan di setiap kekurangan, menitipkan kekuatan di setiap kelemahan, menitipkan sukacita di setiap dukacita, menitipkan harapan di setiap keraguan. Allah berjanji semua itu akan indah pada waktunya.

O mankind, indeed the promise of Allah is truth, so let not the worldly life delude you and be not deceived about Allah by the Deceiver. (Surah Al-Fatir, verse 5)

~END : 1531~

Small note for readers :

Hi guys! If you read this, that means you read it till the end. Thank you very much for your attention.

If it’s not too much to ask, do read my other work ( I have 5 more in Novelplus) and please leave a comment for me. Feedback will help me proving myself better.

Again, thank you. (^_^) And don’t lose the chance to get all the benefits you can from Ramadhan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience