14 - Isteri Tercinta Amran

Romance Completed 46144

“Assalamualaikum,”Assila menoleh ke arah pintu. Tali telekung ditarik dari belakang kepala. Pintu terkuak dari luar. Wajah suaminya terjengul di balik pintu.

Suami. Terasa janggal lidah menyebut. Rasa seperti baru semalam bermanja dengan ibu,hari ini sudah perlu memanjakan orang lain pula?

"Solat maghrib?"Assila kerling jam di atas meja tepi katil. Patutlah dia tanya..sudah hampir waktu isyak.

Amran mampir duduk di birai katil. Tepi Assila yang masih bersimpuh di atas sejadah. Assila diam memandang Amran. Apa yang dia mahu?

Telekung dicabut dan mula dilipat. Seketika tangannya menyauk rambut. Mengirai setiap helaian sambil mengurut belakang leher. Panas dan penat! Kenduri kahwin benar benar mengeringkan tenaga. Nasib baik seumur hidup kahwin sekali saja.

"Penat?"soal Amran bila melihat Assila yang beria-ria mengurut bahu dan leher. Hendak disentuh,tangan terasa sejuk pula. Kaku.

"A'ah,"pendek jawapan Assila. Mematikan idea Amran.

"Maghrib kat mana tadi?"Assila teringat yang Amran hilang sebentar sedari tadi. Sewaktu dicari Amran untuk diberi kain pelikat, bayang Amran hilang. Batang hidung pun tidak nampak.

"Ikut Abang Ajis pergi masjid. Takut Assila tak selesa,"pergerakan tangan Assila terhenti. Risaukan dia tidak selesa? Kenapa?

"Allah..tak selesa apanya..Nanti nak tidur pun kena masuk bilik ni jugak. Ke nak tidur luar,"sinis Assila menyoal. Siap dengan kerlingan maut diberi pada Amran. Amran senyum separuh hati. Berani isteri aku ni,bisiknya dalam hati. Tak pulak rasa malu berdua dengan aku dalam bilik ni.

"Come,sit here,"ajak Assila tiba-tiba. Mengajak Amran bersila di hadapannya di atas lantai. Amran ikutkan walau dalam hati tertanya-tanya.

"So,let's start,"Assila tepuk tangannya sekali serentak dengan kata-katanya. Dicapai kedua-dua tangan Amran. Dipegang erat.

"What should we call each other?"soal Assila. Berterus terang.

"Hubby and wifey,"laju Amran menjawab. Assila jungkit kening sebelah. Really?

"Try again,"Assila mencuba untuk kali kedua. Amran senyum. Itu tandanya Assila tidak suka dengan jawapannya tadi.

"Abang and Sila,"kali ini Assila angguk. Setuju. Tangan Amran sudah mula melurut jari jemari Assila. Cincin mereka dipusing-pusingkan di jari manis Assila. Obses benar dengan cincin tersebut.

"Sebelum kita start life kita as wife and husband,let's lay some rules for us to limit ourself,"Amran diam. Undang-undang apa pulak.

"Sila start dulu, abang follow,ok?"Amran angguk tanda okay.

"First,respect each other,"

"Lah,itu basic things. Abang ingatkan dahsyat sangat,"seloroh Amran. Memperlekehkan Assila. Assila tepuk tangan Amran kuat. Kemudian dia menyambung lagi.

"Respect each other. Trust each other. And stay loyal to each other,"

"Itu je?"Assila angguk. Tiga ayat yang membawa beban yang sangat berat untuk dipenuhi.

"Abang main-main ni. Sila serius tau tak?"geram pula Assila melihat Amran yang menganggapnya bermain. Sedikit pun tidak nampak serius.

Tiab-tiba Amran tarik tangan Assila kuat. Mendorong tubuhnya sehingga masuk ke pelukan Amran. Assila keras kaku. Tidak tahu bagaimana mahu bereaksi. Amran punya hak. Dia tidak boleh menidakkan.

"Abang dengar..,"Amran titip kata-kata di tepi telinganya.

"Respect each other,trust each other and stay loyal to each other. Kan?" Assila angguk.

"My wife will get my upmost respect and trust. I trust you with all my heart. And, tak pernah terlintas pulak nak cheat on you. So that means, I'll stay loyal. Cuma abang nak ingatkan. Apa yang jadi kedepan kadang-kadang tak termasuk dalam plan kita. Jadi,sebelum kita tempuh hidup bersama, abang minta maaf andai ada waktunya abang buat silap. Kita manusia. Takkan lari dari kesilapan," mata Amran merenung dalam ke mata Assila saat dituturkan setiap patah perkataan.

"Rule abang cuma satu saja. Andai ada waktunya rumah tangga kita diberi ujian, Sila kena sabar hadapi semua tu. Bersama abang. Kita hadapi apa saja masalah bersama-sama.Okay? Together. That's the key to marriage. Confront everything together. Apa key to marriage?" Amran menyoal seperti cikgu menyoal anak murid. Dan ajaibnya, Assila menurut seperti yang disuruh.

"Together"sahutnya perlahan. Amran cuit hidung Assila.

"Pandai isteri abang,"pujian Amran membuat Assila ketawa. Pelukannya dieratkan lagi. Amran bersandar di katil,membawa bersama Assila ke dalam pelukannya.

"Allah takkan bagi kita ujian yang?"

"Tak mampu kita galas,"sambung Assila dihujungnya.

"Sila minta maaf kalau sepanjang kita tunang, abang rasa Sila ni cerewet,banyak songeh,banyak perangai. Sila ada perangai buruk jugak. Abang kena terima,"jari jemari Assila memintal hujung baju Amran.

"Abang tau..Tapi tu lah kan. Perangai buruk tu jugak yang buat abang jatuh hati. Dah namanya jodoh...,"Amran berlelucon. Terhenti bila lengannya dicubit Assila.

"Get ready lah abang...Sila ni kalau dah kenal lama,perangai memang tak semenggah. Abang taktau lagi..,"amaran Assila sedikitpun tak memberi bekas pada Amran. Diusap belakang Assila lembut.

Assila...Assila...Amran sembunyi senyum. Bila sudah sah hubungan mereka,perubahannya ketara yang amat. Lembut bercakap. Manja. Boleh mengusik lagi. Lain benar dari sebelumnya. Serius tak bertempat, garang, banyak perangai.

Sekarang, balinglah bom walau 10 biji pun, Amran tetap tak akan berinjak dari sisi Assila. Assila isterinya. Walau tak semenggah mana pun sikapnya, tetap itu isterinya. Isteri tercinta Amran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience