Bab21

Romance Completed 45576

Perjalanan dari melaka ke Kuala Lumpur terasa begitu lama sekali.Ini semua gara2 aku dan Adam diam seribu bahasa sewaktu di dalam kereta tadi.Terasa macam 8jam perjalanan.Penat belakon jadi orang bisu ni.

Aku yang sedang merengangkan otot2 sendiku di luar kereta melopong bila Adam menonong masuk ke dalam rumah tanpa membawa bag bajuku.

" Sampainya hati dia.." Aku mula berjauh hati.

" Okey takpe!" Aku merengus kasar lalu mencapai bag bajuku.

Masuk saja kedalam rumah aku terus menuju ke bilik lamaku dulu.Adam hanya mengerling dengan ekor matanya.

" Hiss budak ni,keras hati betul kau eh" Adam senyum sinis.

Tubuhku aku rebahkan ke atas tilam.Nikmatnya!
Fikiranku terus melayang sewaktu di kampung pagi tadi.

" Good morning sayang!" Adam bersuara lembut sambil memelukku yang sedang menyikat rambut.

Aku diam tidak berkutik.

" Kenapa ni?cuba senyum sikit." pujuknya lembut Aku hanya cebik bibir.

" Marah pasal apa ni sebenarnya?" Dahi adam berkerut seribu.

" Letih lah abang macam ni" Adam seakan ingin mengalah.Dah bosan ke dia dengan aku?

" Kalau pasal Natasha ajak abang tidur rumah dia tu okey abang minta maaf.Abang bergurau je" Adam bersuara perlahan.

" Maksud abang yang dia ajak tidur rumah dia tu abang bergurau?" Baru aku bersuara.

Adam mengosok belakang tengkuknya perlahan.

" Er_ yang itu betul tapi abang tolak." Adam seakan serba salah.

" Apa maksud abang ni?tak faham lah,sekejap bergurau,sekejap betul,mana satu ni?" Aku dah mula rasa tak sedap hati.

" Sebenarnya malam tu abang hantar dia balik,kaki dia terseliuh,tu yang keluar isu tidur rumah ni" Adam gigit hujung bibirnya.Mati aku kalau salah cakap ni.

" Itu sebab abang lambat call sayang malam tu?" Eh Arissa,kau ni sekejap saya,sekejap sayang,mana satu kau ni?

Adam angguk kepala.Aku sudah tayang wajah tak puas hati.

" Bukan salah abang,sayang yang off handphone haritu tak mahu dengar penjelasan abang kan." Adam mempertahankan dirinya.

" Abang hantar dia sampai depan pagar rumah je kan?" Aku bertanya dan berharap sangat Adam menjawab ya!

" Sebenarnya_" Adam mengosok perlahan belakang kepalanya.Dan secara langsung harapan aku musnah untuk mendengar jawapan ya bila melihat reaksi adam saat itu.

" Sebenarnya abang tolong dukung dia sampai atas katil" Laju saja adam menghabiskan ayatnya.Dengan serentak sikat di tanganku jatuh kelantai.

Suasan sunyi sepi.Aku masih diam seribu bahasa.Tak boleh nak mengambarkan perasaan aku saat itu.Cemburu?tidak percaya?atau harus percaya?

" Say something sayang.Abang dah jujur berterus terang dengan sayang,malam tu sumpah tiada apa pun yang berlaku,abang call sarah suruh dia temankan natasha that's all,kalau tak percaya call sarah." Adam mengoncang tubuhku yang kaku.Masih berusaha mahu meraih kepercayaanku.

Melihat tiada respon daripada aku adam seakan berang.Wajahnya berubah merah.Marah mungkin kerana aku tidak mempercayainya.

" kusut lah,berterus terang salah,tak berterus terang salah,nak macam mana lagi?perempuan memang macam ni ke?" Adam merengus kasar.Rambutnya di kusut masaikan.Wah! nampak betul2 stress ni.Tidak pernah aku nampak dia sekusut ini.Apa patut aku buat?Dia suami aku,aku patut mempercayainya bukan?

" Saya nak balik KL sekarang juga" Arissa bersuara lalu terus menuju ke almari baju dan terus mengemaskan apa yang perlu.Adam terpaksa akur dan tiada bantahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience