Bab26

Romance Completed 45576

Cuaca yang agak panas dari terik mentari membuatkan kepala aku sedikit berpusing.Segera langkahku di lajukan.Jeritan yang memanggil namaku dari belakang aku abaikan.

" Apa lagi yang dia nak ni?" Rungutku.

" Arissa! Tunggu!" Haziq menarik lenganku.

" Apa awak ni haziq! jangan lah sentuh2 saya! haram tahu tak?!" Aku mula naik angin.Nafas dan tanganku di lepas kasar.

" Okay sorry.Kenapa awak macam nak lari dari saya je ni?" Haziq tidak puas hati.

" Suka hati saya lah! awak ni tak faham bahasa ke apa? saya ni isteri orang." Dadaku sudah berombak kencang.

" Tolong lah jangan kacau saya lagi kalau tiada keperluan." Kataku sedikit kendur.Boleh naik darah tinggi aku ni kalau marah2.

" Dah lah bye!" Kataku terus pergi tanpa menunggu jawapan balas dari Haziq.

Peningku kembali menyerang.Dari jauh wajah Mira dan Fina berbalam balam.

" Arissa!!" Jeritan Mira bagai sayup2 di pendengaranku.

" Apahal kau ni? sakit ke?" Fina menyoalku sambil memaut lenganku.

" Pening sikit je ni" Kataku terus duduk di bangku batu.

" Jom lah pergi klinik,aku hantar kan" Sambung Mira pula.

" Yelah,wajah kau pucat sangat ni" Fina mencelah dengan wajah risau.

" Aku okey lah,kau orang jangan risau lah" Aku cuba menolak.

" Degil betul kau ni kan.Kalau pengsan sapa nak angkat kau?" Mira naik geram melihat kedegilanku.

Aku memandang wajah mira dan fina silih berganti.Daripada aku pengsan sorang2 kat sini baik aku pergi klinik chek apa masalah yang menimpa aku ni.

" Okey,aku pergi klinik.Puas hati kau orang?" Soalku sambil menjeling.

" Macam tu lah,dah jom!" Mira menarik tanganku lembut di ikuti fina.

~~~~

" Puan sorang je ke? suami puan tak ikut sama? " Soal doktor Suri yang baru melabuhkan punggung di kerusi. Macam mana aku boleh tahu nama dia? Sebab aku tengok name tagnya yang tersemat di jubah putih doktor tersebut.

" Saya sorang je doktor, kenapa doktor? ada masalah ke dengan kesihatan saya?" Aku cuba belagak tenang.Kenapa nak kena ada suami? Teruk sangat ke sakit aku ni? Hatiku bermonolog gusar. Jari2 ku bertaut di antara satu sama lain. Air liur di teguk beberapa kali.

" Oh,saya ingat puan dengan suami puan,sebenarnya...."

" Sebenarnya apa doktor?" Laju aku mencelah.Kalau ada arwah nenek ni mau dia luku kepala aku sebab menyampuk cakap orang.

" Sebenarnya,Puan hanya tinggal 8 bulan je lagi...." Kata2 doktor Suri tergantung seketika.Aku teguk liur. 8 bulan? jangka hayat aku nak hidup tinggal 8 bulan je ke? Ya Allah,terasa sendi sendiku longgar dan lemah.

" Puan kena banyak bersabar ye, kena banyakkan berehat,makan makanan berkhasiat,banyakkan minum susu...bla..bla..bla.." Terang doktor Suri tetapi hanya angin lalu saja di pendengranku.

" Terus terang saja doktor apa penyakit saya" Kataku lemah.Doktor Suri mengukir senyuman manis kearahku.Doktor ni,aku tengah macam ni pun nak senyum2,aku lempang kang saja je sampai planet Pulto.

~~~~

Pregnancy test tool terlepas dari tangan apabila double line jelas menunjukkan di situ.Tubuhnya melorot ke lantai marmar di bilik air rumahnya.Jadi selama ini sakit yang di alaminya itu adalah sebab dia mengandung?

Air matanya merembas laju.Why me???? Tangisannya di lepaskan.Giginya di ketap geram.Ini semua sebab jantan tak guna tu! Tapi,tatapi apa yang harus aku buat ni? aku kena gugurkan ke? Aku tak salah, aku kena rogol,aku tak rela! Jadi kalau aku gugurkan aku tak dosa kan?kan? Natasha kebingungan.Rambutnya di tarik tarik mengunakan tangannya.

Jangan Natasha! Kau perlu bagi tahu farid,Dia ayah kepada kandungan kau tu,dia perlu bertanggungjawab!

Kalau dia tak nak bertanggungjawab macam mana?

Dia wajib bertanggungjawab! Dia cintakan kau Natasha,kau tak nampak ke dalam mata dia? Selama ini pun dia mengejar cinta kau kan.

Tatapi,aku..aku tak cintakan dia.

Kau tipu! kau cintakan dia! mengaku sajalah. kenapa kau ego sangat Natasha? Ke kau takut cinta kau akan di khianati lagi buat kali kedua?

Diam! Diam! Arghhhhh!!!!

Natasha menjerit bagai orang hilang pedoman.Selepas puas menjerit bagai terkena hesteria mindanya terus terfikir adam.Ya Adam! Adam boleh tolong aku.

~~~~

Suasana kafe yang agak lengang itu memudahkan perbincangan di antara Adam dan Rafael.Gambar2 di tangan di belek satu persatu.

" Apa lagi yang kau dapat siasat pasal budak ni?" Adam bersuara memecah keheningan.

" Dia bekas pesakit mental" pendek saja jawapan Rafael.

Wajah adam sedikit terkejut.

" Kau ni biar betul Raf" Adam segera membuang perasaan gusar di dalam hatinya.Tiba2 dia terus teringatkan arissa.Jika Haziq ni mental,bermakna Arissa berada di zon bahaya.

" 7 Tahun lepas dia pernah masuk hospital gila,selepas 3 tahun dia di sahkan normal dan kembali sihat sebab tu dia di bebaskan dan menyambung semula pengajiannya." Sambung Rafael lagi.

" Kau rasa aku perlu risau ke?" Adam menyoal Rafael serius.

" Yes! sebab kau cakap dia sukakan Arissa kan?"

" Maksud kau?"

" Jika dia Obses akan sesuatu, dia pasti akan dapatkan walau bagaimana sekalipun caranya."

" Tapi Arissa tak pernah mengadu apa2 pun pasal mamat ni "

" Mungkin dia sembunyikan dari kau,manalah tahu kan,perempuan kan complicated." Rafael menyandarkan belakang tubuhnya ke kerusi.

Adam mengeluh berat.Mukanya di raup perlahan.

" Tepat pilihan kau bro sebab siasat pasal mamat ni.Sekurang kurangnya kau boleh berjaga jaga lepas tahu semua ni."

" Tulah,aku risaukan arissa je sekarang ni.Kau rasa apa yang aku perlu buat?" Adam kelihatan buntu.

" Kita tanya dulu dekat arissa,mamat ni ada kacau dia ke tidak,lepas tu baru kita bertindak."
Adam hanya mengangguk lemah.

" Bro,aku tak pernah tengok kau risau macam ni, kau betul2 cintakan dia lah." Rafael senyum meleret.

" Bini aku Raf mestilah aku cintakan dia" Adam menjawab sambil senyum tipis.

" Aku baru seminggu balik Malaysia kau dah bagi aku job macam ni,kau Kejam bro." Rafael Senyum sinis.

" Kata kawan baik " Adam sengeh.

Rafael memusingkan bebola matanya.

" Kau oder lah apa2 aku belanja." Adam bersuara lagi.

" Tak cukup bro, bagi lah aku perempuan 2,3 orang" Kata Rafael dengan ketawa jahat.

" Serius lah weh,takkan tak berubah lagi kot perangai setan kau ni? Tolonglah jangan bawa balik malaysia." Adam senyum sinis.

Pecah ketawa Rafael selepas mendengar kata2 adam.

" Mulut sial kau pun tak berubah lagi bro" Rafael pula memulang paku buah keras.

Pecah ketawa mereka serentak.Hilang seketika masalah yang membelenggu di fikiran saat ini.

Tiba2 Iphone Adam berbunyi.Serta merta ketawa mereka berdua reda.

" Hello adam,i need you now" Suara Natasha menyerang bagai peluru pepandu.Apahal minah ni?

" Hei! Calm down,apahal ni? Bukan you Mc ke hari ni?" Rafael yang mendengar menjungkit kening kearah adam.

" Yes! but i perlukan seseorang untuk nasihatkan i sekarang ni.Boleh kita jumpa?" Natasha kelihatan terdesak.Apa yang tak kena dengan dia ni?

" Boleh, i kat luar sekarang ni,kejap lagi on the way balik office,You boleh datang office i tak?lagi pun i ada benda nak suprise kan you ni" Adam menjeling sekilas ke arah Rafael.

No! Rafael membuat simbol X dengan tangannya yang bersilang.Adam senyum sinis.

" What ever adam,yang penting i need you now! okay jumpa kat office you kejap lagi." Talian terus di matikan.

" Bro aku malas lah nak jumpa minah tu" Rafael berkata terus terang.

" What do you mean? Siapa minah?" Adam sengaja putar belit.

" Ex kau lah! ingat aku bodoh ke?" Rafael ketap gigi geram.

" Apasal kau tak nak jumpa dia?Mana tau korang berjodoh,dia janda meletops tau!" Adam buat muka gatal.

" Seriously? " Rafael buat2 teruja.

" Wait and see. Mesti kau meleleh tengok dia." Adam berdiri dari duduknya.

" Jadi selama ni kau meleleh lah tengok dia? " Perli Rafael dengan senyuman sinis di hujung bibir.Tubuhnya juga ikut bangun.

" Aku meleleh dengan bini aku je." Jawab adam sambil menjeling kearah Rafael.Mulut dia ni ada saja nak membidas aku.

Rafael senyum kemenangan.Adam..adam...

Mereka pun melangkah menuju ke tempat parking kereta.

Rafael melangkah kearah kereta Ford Mustangnya.

" Follow aku bro!" Kata adam terus masuk ke dalam BMWnya dan memecut laju.

Rafael hanya menganggukkan kepala lalu terus memecut keretanya mengikut belakang kereta adam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience