Bab34

Romance Completed 45576

" A_awak siapa?" Soalku dengan dahi berkerut.

Kelihatan seorang lelaki memakai hooded jacket memandangku dengan senyuman sinis di bibir.

Yang aku dapat melihat hanya senyuman sinis di bibir merahnya sahaja kerana separuh wajahnya terselindung di sebalik hooded jacket yang di pakainya.

Soalanya tadi aku abaikan.Perasaan takut semakin menguasai diriku bila kaki lelaki itu sudah mula melangkah kehadapan dan menghampiri.

" Kenapa? takut? I ulang sekali lagi,why are you screaming dear?" Katanya tanpa mengendahkan pertanyaanku.Langkahnya yang semakin mendekat membuatkan aku mengesot kebelakang sehingga ke hujung kepala katil.

" Er..takde apa,sa_saya takut dan terkejut je tadi, tu yang menjerit" Jawabku gugup, sesungguhnya memang aku takut saat ini.

Tapi, apasal dia panggil aku dear? sejak bila aku jadi dear dia?

" Good! Paling pantang kalau i tanya orang tak jawab" Terangnya sambil mengambil kerusi lalu duduk di hujung katil menghadapku.

Wajahnya di tundukkan seketika. Kedengaran nafas lembut di lepas perlahan.Aku hanya kaku dan perhatikan setiap pergerakkannya.Andai kata dia cuba buat benda tak elok dengan ku sekurang kurangnya aku sudah bersedia untuk mempertahankan diri.

" You tak cam i ke arissa?" Soalnya tiba2.

Berkerut seribu dahiku mendengar bicaranya yang tiba2 itu.Wajahnya di angkat dan perlahan lahan hooded jacket di lorotkan kebelakang.

Dan serta merta mataku membulat besar serta telapak tangan kananku di takup ke mulut akibat terlampau terkejut melihat wajah sebenar lelaki itu.

" I cuma nak you tahu, i buat semua ni bersebab!" Katanya tegas tanpa secalit senyuman.Anak matanya tajam menikam anak mataku.

" A_apa sebabnya? Kenapa you buat semua ni?" Soalku ingin tahu.Jika tadi aku sangat takut, sekarang ketakutan itu semakin beransur hilang,tak semua tapi separuh.At least aku kenal dia.

" Sebab_" Dia berjeda seketika.Berkira kira ingin merangka ayat yang sesuai barangkali.

" Sebab utama adalah dendam, but now i think i love you" Jawapan dia membuatkan riak wajahku berganda terkejut berbanding tadi.

" Tapi i sudah berkahwin. I isteri orang." Balasku tak setuju dengan pengakuannya.

"Ya i know it. But I'm serious arissa, do not blame me." Kata2 dia seakan bohong di pendengaranku.

" I don't believe you. You're lying right?" Soalku dengan wajah tidak percaya.

" Dan i tak faham,you berdendam dengan siapa? dengan i ke? tapi sebelum ni kita okay je kan." Sambungku lagi.Sejujurnya macam2 soalan yang berlegar di kepala otak aku sekarang ini.

" I berdendam dengan adam! sebab dia abang i masuk penjara!" Nadanya kedengaran keras.Buku limanya sudah di gengam kuat.Aku yang melihat sudah kecut perut.Tak kan dia nak tumbuk aku kot.Baru je tadi cakap sayang kat aku.

Eh? jap..jap.

Adam? dia dendam dengan adam?

" Adam?" Soalku hairan.

Tanpa aku sedar,pertanyaanku itu membuatkan diriku menerima pandangan membunuh darinya.

" Bawa bertenang, benda boleh bincangkan." Kedengaran sumbang bicaraku di halwa telinga.Secara tak langsung aku tergelak kecil demi menutup kekalutan di dalam diri.

" Kalau pasal you i boleh pertimbangkan, tapi kalau adam, no! full stop!" Katanya tegas lalu terus berdiri tegak dan berpaling membelakangkanku.

" But why? apa salah adam?" Soalku tidak puas hati.

" Macam i cakap tadi,sebab dia abang i masuk penjara" Katanya tanpa berpaling.Kedua belah tangan kemas di dalam kocek seluar.

" Adam buat apa? may i know?" Aku bertanya kerana perasaan ingin tahu ku sudah membuak buak.Adam bukannya jahat melainkan abang dia yang sememangnya jahat.

" Dia khianati abang i " Jawabnya mendatar.

Aku hanya mampu mengerutkan dahi mendengar jawapannya.

" Tapi apa kaitan dengan i? kenapa i yang kena pulak?" Ni yang aku tak puas hati ni.

" Sebab you isteri dia, dan i nak musnahkan kebahagiaan dia tapi tak sangka pula i jatuh sayang kat you" Jawabnya bersahaja.

Terus tubuh lelaki itu berpaling menghadapku.

" Macam yang i cakap tadi, tak kira apa pun, dia tetap punca abang i meringkuk dalam penjara dan sekarang i akan rampas you dari dia" Terangnya dengan senyuman herot di hujung bibir.

" Tapi i tak nak hidup dengan you pun." Jawabku tanpa riak.Terus aku berdiri di sisi katil.Rasa bersemut pula kaki duduk lama sangat kat atas katil.

" Terpulang,i akan buat adam ceraikan you walau bagaimana cara sekalipun." Jawapan lelaki itu membuatkan darahku menyirap naik ke kepala.

" Nonsense!" Bantahku.

" Kenapa? you ingat i tak boleh nak paksa adam ceraikan you?"

" Tak boleh! Se_sebab" Aku berjeda.

" Sebab apa?" Sampuknya.

" Sebab i pregnant!" Aku gigit bibir mendengar jawapan sendiri.

" You ingat i bodoh ke?" Sinis saja bicaranya.

" You tipu kan?" sambungnya dengan wajah tak beriak.Beku!

" Betul lah! Adam akan datang selamatkan i dan baby i !" Jeritku geram kerana dia tidak percaya kata2ku.Rasa macam nak tunjal2 saja dahi dia tu.

Tawa jantannya pecah selepas mendengar amukkan aku.Dia ingat aku buat lawak ke apa? Gila!

Macam orang tak berakal.Dah terang2 aku tak nak dia nak paksa laki aku ceraikan aku pulak dah kenapa?Aku tengah pregnant kot.

" You duduk dalam bilik ni diam2, nanti i hantar makanan." Selepas menutur kata dia terus mahu beredar.Pantas aku berlari mengejarnya dari belakang,niat hati nak ikut sama keluar dari bilik mewah ini.

" Stop arissa, i tak nak sakiti you, lebih baik you dengar cakap i,duduk diam2 dalam bilik ni" Katanya dengan langkah terhenti sambil meluruskan tangan kirinya dan menaikan telapak tangannya tanda stop tanpa berpaling kepadaku.Serta merta langkahku terhenti.Nasib sempat brek,kalau tidak mahu tercium telapak tangan dia tu.

" Lepaskan i tommy! esok i ada exam!" Bantahku dengan rahang di ketap geram.

" Huh, Seriously? Exam lebih penting ke?" Soalnya sinis.

Aku angguk kepala laju.

" Jangan risau,nanti you hidup dengan i sepuluh ribu kali pun i tetap izinkan you kalau nak ambil exam lagi" Katanya terus hilang di balik pintu.

klatak!

pintu di kunci.

Aku terus menerpa ke pintu.

" Woi! lepas lah!" Jeritku geram sambil menendang nendang dan menumbuk muka pintu.

Dang! Dang!

" Aduh! " Rungutku sebal sambil terduduk di lantai lalu mengusap hujung jari kaki yang berasa sakit.

" Lelaki bodoh! kau ingat aku hidup ni nak sangat ke jawab exam beribu kali?! kalau boleh ini lah exam yang terakhir aku nak jawab,sebab tu exam esok penting bagi aku!" Rungutku sendirian.Sekali lagi pintu bilik di tendangku kasar.

Dang!!

~~~~

" Serius lah Rafael kau bagi aku pistol ni?" Bisik adam sambil mata mengerling dua orang lelaki bertubuh sasa di hadapannya yang sedang kusyuk dengan senjata masing2.

" Yang kau kalut sangat ni kenapa? ni pistol mainan bukan betul pun, Nampak je sama kan dengan yang betul, cuma peluru je di ubah suai sikit,siapa yang kena ni akan pengsan je tak mati pun." Terang Rafael panjang lebar.

" Aku mana pandai guna pistol" Sambungnya lagi.

" His kau ni kusut betul lah! dulu kecik2 tak main tembak2 ke?" Balas Rafael sinis.Membulat biji mata adam memandang Rafael.

" Kau nak selamatka arissa ke tidak?" Sambung Rafael sambil menyenggeh kearah adam bila melihat adam sudah mahu marah mendengar kata2nya tadi.

Adam angguk kepala.

" Dah tu,kan member aku dah ajar tadi,selaraskan tangan then shoot it" Terang Rafael lagi sambil menunjukkan gaya menembak.

" Okay aku faham" Jawab adam mendatar.Ikutkan hati nak saja terjah Heaven Villa tu sendiri.

" Percaya kat kita orang bro!" Rafael berkata sambil menepuk bahu adam lembut.

Aku memandang Rafael dengan senyuman nipis di bibir dan terus teringat kata2nya tadi siapa dalang di sebalik semua ini.

~~~

Selepas keluar dari masjid putrajaya Rafael bersandar di kereta Ford mustangnya dengan keluhan berat selepas melihat smartphonenya.

" Kita tukar plan!" Rafael bersuara tiba2 membuatkan wajah adam berubah riak.

" Eh apahal? aku nak selamatkan arissa!" Bantah adam tak setuju.Tiba2 tukar plan dah kenapa?Bini aku kot kena culik,mana boleh tunggu2.

" Kau kenal Thomson Juan?" Soal Rafael dengan kening sebelah terangkat.

" Thomson? oh,lelaki tu aku dah sumbat dia dalam penjara." Jawab adam dengan wajah hairan.

" Heaven Villa milik keluarga dia, Tommy Juan namanya,so kau rasa apa motif dia culik arissa?" Soalan Rafael membuatkan adam terkejut.

" Motif dia? Oh shit! sebab aku!" Adam berkata dengan wajah bengang.

" Yup! sebab kau!" Jawab Rafael dengan sinis.

" Tak guna!" Cermin kereta Ford Mustang Rafael di tumbuk kuat tanpa di duga.

Bukk!

" Woii! cermin kereta aku tu!" jerit Rafael marah.

Adam hanya buat tak tahu.Hatinya berdongkol geram saat ini.Tapi dia tak kenal Tommy,macam mana arissa boleh terbabit sama? Tak guna! tak guna! tak guna!

Kini kakinya pula menendang Roda aloi BC Forged 20 inci milik Rafael bertalu talu.

Merah mata Rafael melihat gelagat adam menyakiti buah hatinya yang kedua itu.Iyalah,yang pertama umie yang kedua sudah tentu kereta kesayangannya ini.

" Serius bro, aku rasa macam nak bunuh kau saat ni" Rafael sudah kepal penumbuk.

" Calar rims aku mati kau aku kerjakan" sambungnya lagi.

Adam masih dengan wajah resahnya yang kelihatan kusut.Rambutnya yang kemas di serabutkan seserabut kepalanya.Rafael yang melihat keadaannya saat itu terus tak jadi nak marah.

" Chill bro, macam aku cakap tadi,kita tukar plan" Rafael cuba memujuk rakan baiknya itu.

Dari kejauhan Kelihatan cantik sekali Jambatan Sri Saujana yang sudah di teranggi dengan lampu2 neon di waktu malam.

" Apa plan kau?" Soal adam mendatar.

" Kejap lagi member aku sampai.Rumah Tommy tu di kawal ketat bro.Sebelum polis sampai kita settlekan dia dulu,aku bagi chance kat kau lumat jantan tu." Rafael berkata sambil ketawa jahat.

Adam hanya menjeling tajam kearahnya.

" Tapi cuma satu ni jelah, kau kena guna pistol" Sambung Rafael sambil menghidupkan api di hujung putung rokoknya.

Laju terus kepala adam memandangnya.

" Apahal ada pistol bagai ni?" Adam menyoal dengan nada tak puas hati.

" Baru jantan kalau pandai guna senjata,tak gitu?" Sinis saja sindiran Rafael.Hujung bibirnya terukir senyuman menjengkelkan di pandangan mata adam.

" Jangan risau aku ada." Sambung Rafael lagi sambil menghembus asap rokok.Berkepul kepul asap naik ke udara.

Dari kejauhan kelihatan sebuah kereta Evo 10 Mevic Turbo sedang menghala kearah mereka di susuli sebuah motosikal super sport di belakangnya dengan penuh bergaya dan semakin menghampiri.

" Member aku dah sampai" Rafael berdiri tegak menanti rakannya.

" Serius lah bro,sejak bila kau ada member yang bergaya macam ni" Adam berkata sambil mandang pemilik kereta dan motorsikal tersebut.

" Sejak dulu lagi,kau je yang tak tahu sisi gelap aku" Jawab Rafael bersahaja.Potong rokok di buang lalu di henyak mengunakan tapak kasutnya.

" Tak sangka anak mak macam ni ada sisi gelapnya" Sindir adam bersahaja.

" Baru anak jantan" Balas Rafael pedas.Tak sudah2 anak jantan.Aku pun kira anak jantan lah juga kan sebab dah berjaya buntingkan isteri sendiri.

" Hello bro!" Sapa si pemilik Evo 10 kepada Rafael.

" Hola2" Si penungang motor berkuasa tinggi menyapa dengan senyuman.

" Hi guys!" Rafael memeluk kedua rakannya dengan mesra.

" Kenalkan ni adam kawan aku,adam ni Raid dan si jejaka rempit ni Alvin" Rafael memperkenalkan antara satu sama lain.

" Hai bro!" Sapa adam mesra dan bersalaman sesama mereka.

Selepas suai kenal, Rafael terus memulakan tugasnya sebagai ketua.

" Kita dah suntuk ni, kau bawa tak barang yang aku cakap tu?" Soal Rafael kepada Raid.

" Ada dalam bonet kereta" Jawabnya lalu terus ke bonet kereta di ikuti Alvin dan Adam.

" Kau handsome bro" Tegur Alvin tiba2 kepada adam.

" Thank you. But i'm straight" Jawab adam serius.

Pecah tawa Alvin mendengar jawapan dari adam.

Adam hanya memusingkan bebola matanya.Malas nak layan.

" Jangan serius sangat bro, tahu lah ada masalah ,jangan risau kita orang bagi settle nanti." Alvin saja mahu menceriakan suasana.

" Jangan kacau dia vin, saja je kau kena penumbuk dia nanti" Sampuk Rafael yang sudah masak dengan perangai Alvin yang gila2 dan nakal.Dengan jantan pun nak try ke?

Mata Adam membulat besar melihat isi di bonet Evo 10 milik Raid.

" Kau pengedar senjata api ke apa?" Soal Adam dengan wajah hairan.

" Aku belum nak masuk penjara lagi bro" Jawab Raid bersahaja.

" Jangan banyak cakap,kau ambil ni" Rafael melambung sepucuk pistol kearah adam.Kelam kabut adam menyambutnya.

" Macam ni bro gunakannya." Alvin menunjukkan cara mengunakan senjata tersebut.Adam macam biasa hanya terpegun melihat gaya Alvin yang kelihatan Pro itu.

" Serius lah Rafael kau bagi aku pistol ni?"Bisik adam sambil mata mengerling dua orang lelaki bertubuh sasa di hadapannya yang sedang kusyuk dengan senjata masing2.

Rafael hanya mengangguk lalu menerangkan panjang lebar tentang pistol di tangan adam itu.

Selepas itu sebuah komputer riba di bawa Raid kepada Rafael.Dengan pantas Rafael mengodam kamera litar di Heaven Villa saat ini.Ya,Rafael tidak menipu,Villa tersebut di kawal ketat.

Selepas menuturkan kata dua dan mengikut plan yang dirancang,mereka berempat sudah bersedia untuk ke kawasan musuh.

Adam menyedut udara free kedalam rongga hidungnya berharap segala ketenangan bisa mempermudahkan urusan untuk menyelamatkan arissa.

Wajah Rafael di sebelah dipandang sekilas kemudian ke arah dua lelaki bertubuh sasa yang merangkap rakan baik Rafael.

Kalau di lihat dari segi fizikal mereka bukan calang2 orang ni.

" Percaya kat kita orang bro!" Rafael bersuara sambil menepuk lembut bahu Adam.

" Chill lah,ni misi kecil je nak di bandingkan dengan misi2 sebelum ni yang kita orang hadapi,lagi dasyat bro." Sampuk Alvin dengan lagaknya di sulami senyuman membunuh.

Adam hanya mengangguk akur lalu bersiap sedia.

" Plan B, Move!" Rafael memberi arahan.

Heaven Villa di ceroboh masuk.

~~~~~~~~~

Note:

Hi guys! Thanks a lot kepada yang sudi support Ni.Su dan sudi membaca cerita super mengarut saya ni.Sorry sebab lama tak update coz banyak komitmen yang perlu di dahulukan.Please komen dan vote reward jika cerita ini layak dan sokongan anda semua amat saya hargai.Love you all ^_*.

Selamat Tahun Baru cina 2019!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience