Bab19

Romance Completed 45576

Pasar Malam padi hari ini begitu sesak sekali.Al- maklumlah esok hari minggu.Semua orang keluar rumah agaknya.Termasuklah diriku sendiri.Oleh kerana sakit hati dengan Adam.Sudah 2 hari aku off iphoneku.Aku ingat dia balik lah sini pujuk aku.Tetapi hampa yang mengusai hatiku.Ahhh..lantak lah sana!.Kerja dia lebih penting dari aku agaknya.Okey aku sedih saat ini.Rasa macam nak meraung je kat tengah2 orang ramai ni.

" Hai! nak beli makanan pun sempat berangan ke?" Satu suara garau menegurku dari arah kiri.Pantas aku menoleh ke sebelah kiriku.

Lelaki itu tersenyum manis kepadaku.

" Mana ada berangan." Sangkalku.Nak pula aku mengaku depan dia yang aku ni tengah berangankan suami aku sendiri.Buat malu je.

" Lagi tadi saya perhatikan awak" Balasnya dengan senyum manisnya.Alahai Harith iqbal,awat manis sangat muka hang ni.

Aku garu dahi dengan hujung jari telunjukku.Sambil membetulkan hujung tudung.

" Dah lawa dah dania" balasnya lagi.Entah sejak bila kami jalan beriringan di celah orang ramai.

"Er..." Sejak bila pula aku gagap ni.Come on Dania Arissa.

" Nak beli apa2 lagi ke?saya boleh temankan." Harith iqbal masih tidak mengalah.Ada saja nak di bualkan.Aku sudah hilang kata2.

"Ada,nak beli nasi kerabu" balasku pantas.

" Jom depan tu ada jual,tengok macam sedap."Aku buat muka hairan.Dia senyum lagi sambil menjawab.

" Tadi saya dah lalu situ jom saya temankan awak." Terus kami berjalan menuju kearah gerai nasi kerabu tersebut.

Aku memang suka nasi kerabu.Sekali rasa jadi ketagih pula.Sedap Bak hang!

" Dik,nasi kerabu sa..." Belum sempat aku menghabiskan ayatku tiba2 ada suara menyampuk dari belakang.

" Nasi kerabu dua dik!" Suara itu memintas.Pantas kepala aku menoleh ke belakang.Adam mengukir senyuman memikatnya sambil mengenyitkan sebelah mata kepadaku.Harith turut memandang kearah Adam.Berubah terus riak wajahnya.

" A_abang?bila sampai?" soalku gagap.

"Baru je,dah habis beli belum?" Soal adam selepas membayar nasi kerabu tersebut.Oleh kerana aku lambat sangat menjawab Adam terus bertegur sapa dengan Harith.

" Thanks bro temankan bini aku" Huluran tangan Adam di sambut oleh Harith.

" Kebetulan je tadi,terserempak" Balas Harith berbasi basi.

" Oleh kerana kau dah sampai,aku balik dulu lah" Kata Harith ingin meminta diri.

" Ha,elok lah tu,baik2 jalan." Kata Adam seakan memperli.Aku yang mendengar hanya menjeling kearahnya.Langkah terus ku atur.

" Sayang!" Panggil Adam terus mengejarku.

Kekiri kekanan aku mengelak orang ramai yang sesak di pasar malam tersebut sehinggalah aku keluar dari kelompok itu.Adam masih setia mengejarku.

" Lajunya jalan! nak kejar buah hati ke?" Kata2 Adam terus membuatkan langkahku terhenti.Pantas tubuhku berpusing kearahnya.

" Jangan cakap dengan saya!" Kataku dingin.Adam pamer senyum kacak mendengar permintaanku.Aku gigit bibir menahan geram.

" Merajuk lagi ke?" Tiba2 pingangku terus di raih dengan sebelah tangannya.Adam tahu isterinya merajuk sebab tu membahasakan dirinya saya.

"Eh,apa abang ni! orang tengok lah!" Kataku sambil sebelah tangan menolak tangannya dari memelukku.

" Suka hati abang lah,dia orang nak peluk2 pergi kawin sana" Jawapan Adam macam orang lain tu sama perangai macam dia je.Aku cubit tangannya.Terus pelukkannya terlepas.

" Sakit lah sayang.." Adam merengek manja.

" Hati saya lagi sakit lah" kataku terus ingin beredar.

" Nak pergi mana?kereta belah sini lah" Terus saja langkahku berpusing kearah keretanya tanpa banyak bunyi.Tak nak aku balik jalan kaki.

~~~~~

Aku hanya memerhatikan adam dengan hujung mataku yang asyik bermesra berbual di telefon.Sekejap ketawa sekejap tersenyum.Sakit hati aku semakin membara bara pula melihat dia bergitu.Terus saja selimut aku tarik berselubung menutup seluruh tubuh.Mata di pejam rapat.

Tiba2 ada tangan memeluk pingangku dari belakang.Terasa hangat pelukkannya.Kepalaku di cium lembut dan perlahan penuh kasih sayang.Aku memejam rapat mataku.Aku masih menanti dan ingin lagi tetapi hanya dengkuran tidur saja yang kedengaran.

" Cis! dia dah tidur?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience