Bab23

Romance Completed 45576

Sekejap saja masa berlalu,kini aku sudah berada di sem 4,tak lama lagi tamatlah pengajian aku di Uitm Shah Alam ini.

Sedang kusyuk aku mencari buku rujukkan di library sambil bernyanyi kecil tiba2 bahuku di cuit lembut dari kiri.Fuhh kus semangat.

" Terkejut aku!" kataku sambil mengurut dada.

" Sorry,saya ingat awak sedar saya kat sini tadi." Lelaki itu membuka bicara.Wajahnya beriak bersalah.

Selama ini jarang sekali dia main cuit2,tapi hari ini berani pula dia.

" Kalau saya sedar,saya tak terkejut haziq" jawabku sinis.

" Okey i'm sorry, Erm_ arissa awak free tak lepas ni?" Soalnya lagi.

" Kenapa ye?" Dahiku berkerut hairan.

" Saya nak belanja awak makan boleh?" Haziq senyum memikat.Okey aku dah rasa awkward.Aku dapat rasakan pandangan haziq agak berbeza kali ini.

" Erm_" Aku masih berfikir mencari idea untuk menolak.

" Please arissa jangan menolak.." Haziq masih berusaha memujuk.

Haziq adalah rakan kuliahku,Selama ini dia memang rajin menegurku tetapi tidak seperti sekarang.Tegurannya sudah berani dengan sentuhan kecil.Ini perubahan yang cukup besar bagi aku.

Aku lepaskan keluhan berat.Ikutkan hati malas pula nak setuju tetapi makan je kan, tak lebih pun kan.

" Okey" Jawapanku membuatkan senyuman haziq semakin mekar di bibir.Gembira benar gaya mamat ni.Hairan pulak aku.

" Thanks awak,pukul 12 saya tunggu awak kat bawah ye" Kata haziq lalu terus beredar dengan hati riang gembira.

~~~~~

Masuk yang ini sudah kali ke-6 Adam tidak menjawab call dariku.Aku merengus kasar.

" Kemana saja suami aku ni,telefon tak berjawab" Rungutku geram.Pantas jari runcingku menghantar text meminta izin untuk lunch bersama rakan kuliah ku A.K.A Haziq.

Selesai menghantar text aku terus beredar mencari kelibat haziq.Dari kejauhan aku dapat menangkap susuk tubuhnya yang sedang bersandar di tembok batu sambil mengukir senyuman kepadaku.

" Sorry,lambat " kataku sambil senyum tipis.

" Takpe, dah kira bersyukur awak nak keluar makan dengan saya ni" Jawab haziq jujur.

" Okey, jom kita pergi makan saya dah lapar ni" kataku sambil memulakan langkah.

Kami terus jalan beriringan menuju ke kafe kampus.

Sedang aku berselera menikmati makanan tiba2 ada suara menegur di tepi meja kami.

" Wow bro,akhirnya dapat juga kau si Arissa ni" Wajah Tommy jelas teruja.Manakala wajah ku sudah berkerut seribu mendengar kata2 tommy.

Haziq sudah tidak senang duduk.Wajahnya seakan resah.

" Hai arissa!" Tommy menegurku pula.

" Hai! Apa maksud you tommy? i tak faham" Soalku ingin tahu.

Haziq sudah meraup wajahnya.Jangan kau cakap apa2 Tommy!

" You tak tahu ke?Haziq suka kan you!" Ahh sudah! Serius aku terkejut saat itu.Wajah Haziq aku pandang meminta kepastian.

" Arissa sebenarnya_ " Haziq gagap seketika.

" Oppss! nampaknya i kena blah,okey cau!" Tommy terus melarikan diri meninggalkan Haziq dan Arissa setelah melihat keadaan yang agak kekok di antara kami berdua.

" Arissa_" Haziq kelihatan sungguh gugup.

" Haziq,betul ke apa yang Tommy cakapkan tu?" Aku bertanya inginkan penjelasan.

" Saya dah lama sukakan awak Arissa,sejak Sem 1 lagi." Jawapan Haziq membuatkan aku tidak senang duduk.Haruskah aku berterus terang yang aku ini isteri orang dan dia wajib lupakan perasaanya itu?

" Haziq sa_ " Belum sempat aku habiskan ayatku iphoneku berbunyi.

" Sorry.." Kataku terus menjawab panggilan selepas melihat nama Adam tertera di skrin telefon.

" Assalamualaikum abang"

Selepas menuturkan ayat itu mata aku melirik kearah Haziq, kelihatan wajahnya berubah riak.

" Okey abang,assalamualaikum"

Setelah aku menamatkan perbualan baru Haziq bersuara semula.

" Siapa call tadi?" Soalnya ingin tahu.

" Er_ Su_ " Haih! aku pulak yang gagap.

" Suami ke?" Haziq serkap jarang.Mataku sudah membulat.Wah! hebatlah dia ni meneka.10 bintang untuk Haziq!

Aku anggukkan kepala.

" Maaf Haziq,saya sudah berkahwin,saya harap awak lupakan perasaan awak pada saya ya" Aku berkata lembut.Mohon Haziq mengerti.

Jelas riak wajah Haziq sudah berubah KECEWA.Tetapi untuk seketika sahaja.

Dengan senyuman di bibir dia menjawab.

"Perasaan itu saya akan simpan dan semat dalam hati saya sampai bila2"

" Eh tak boleh!" Aku bantah

" Kenapa?" Dia menyoalku balik.

" Saya isteri orang!"

" So?"

" Tak baik simpan perasaan pada isteri orang" Kata2ku mengundang tawanya.Dari perlahan menjadi kuat tawanya kemudian meleret leret.Macam lah lawak sangat.Masuk air ke apa mamat ni? Kenapa aku rasa macam takut je saat ini?

" Terpulang lah kat awak,yang penting saya sudah bersuami" Aku berkata lalu terus bangun.Hilang terus selera makanku.

Tiba2 Haziq memegang lenganku.

" Awak tetap akan menjadi milik saya arissa!" Katanya dengan wajah serius.

Pantas aku merentap lenganku dari pegangannya dan terus beredar.Terasa menyesal menerima pelawaannya tadi.Dah lah tak faham bahasa! lepas tu sentuh2 aku pula.

~~~~

Adam menoleh sekilas selepas kelibat Natasha melintasinya.Laju betul minah ni jalan,selalu pantang nampak aku,ada aje yang nak di tegurnya.Hairan bin ajaib ni.Jangan cakap tegur,pandang aku pun tidak ni?pelik2.

Kenapa adam?Kau kecewa ke Natasha tak pandang kau?

Bukan! aku cuma pelik je.Mungkin dia terasa dengan kata2 aku sebulan yang lepas.Baguslah kalau dia dah insaf dan tak mahu kacau aku lagi. Semenjak dua menjak ni pun dia jarang lepak dalam office aku.Hairan kan?

Adam terus berpusing menuju ke bilik meeting.

Selesai Meeting adam memandang wajah Natasha yang sedikit berkerut.Apahal minah ni?Semua staff sudah beredar keluar kini hanya tinggal Adam dan Natasha di dalam bilik meeting.

" You kenapa berkerut dahi? Sakit ke? " Soal Adam sambil memandang wajah natasha yang kelihatan memerah bagai menahan sakit.

"Perut i rasa tak sedap lah" Jawabnya sambil menahan perut.

" Biar betul you ni? nak i hantar pergi klinik ke?"

" Tak payah i okey je ni" Jawab Natasha lemah.Botol air minerel di depannya di teguk perlahan.Nafasnya cuba di stabilkan.

" Kalau you tak sihat you balik je lah rest" Adam memberi cadangan.

" You risaukan i ke Adam?" Soal Natasha dengan senyuman nipis di bibir.Sakitnya seakan hilang seketika.

" Kalau i cakap ya nanti you perasan pulak" Kata2 adam mengundang tawa kecil di bibir Natasha.Natasha tahu Adam bergurau.Adam sekarang sungguh berlainan dengan adam yang di kenalinya dulu.

" You betul2 reject i ke?" Natasha saja ingin menduga Adam.

" You rakan sekerja i Natasha, Tak lebih dari tu,kalau i reject you,habis lah periuk nasi i." Saja Adam berseloroh.

" Nampaknya i sorang je lah yang bertepuk sebelah tangan?" Natasha mengeluh berat.

" Lain kali nak tepuk tangan ajak geng!" Adam ketawa kecil.Sengal kau Adam!

" You semakin berubah sekarang,dulu tak pernah pula you nak berlawak dengan i kan,serius je memanjang" Natasha saja memperli.

" Dulu lain sekarang lain,dulu takda bini sekarang ada bini" Adam sengaja berkata begitu.Bagi dia Natasha adalah masa silamnya.

" Mesti hebat isteri you kan,untung lah you." Natasha cuba menahan getaran suaranya.Sakit di perut beransur hilang.Kini sakit di hati pula yang mencucuk.Wahai hati,kenapa kau harus merasa sakit? kisah aku dan adam sudah tamat.Mohon mengerti wahai hatiku.

" Yup, i bersyukur sangat sebab dapat isteri yang cantik dan muda belia" Adam tergelak kecil.Bangga sekejap dan terus terbayang wajah Arissa di tubir mata.Tak sabar petang ni nak jemput isteri tercinta.

Natasha cebik bibir.

" Okey, Nampaknya i memang dah takda langsung dalam hati you." Natasha cuba belagak tenang.

" I akui i meluat bila dengar you puji isteri you melambung lambung,i jealous sangat but i sedar diri sekarang ni.Cinta tidak boleh di paksa2." Kata2 Natasha membuatkan Adam terkesima seketika.

" I saja rancang semua ni untuk dekat dengan you Adam, bila kita kerja bersama,hari2 jumpa i harap sangat cinta i yang dulu kembali mekar dalam hati you,tapi i silap tentang you.You Seorang yang sangat setia dengan yang satu,mungkin memang tertulis yang kita ni tiada jodoh." Adam masih setia mendengar tanpa reaksi.

"I minta maaf adam,kalau selama ni i ganggu rumah tangga you" Natasha menunduk malu.Pengakuan Natasha sedikit sebanyak melegakan hati adam.

" I mengalah untuk kejar cinta you lagi adam. Lepas ni i akan bawa haluan i sendiri" Natasha mula bagun dari duduknya.

" I maafkan you tasha,i harap lepas ni you jumpa dengan kebahagiaan you yang sebenar " Natsha senyum nipis kearah adam.

" i hope so" Lalu dia terus beredar.

Adam hanya mengiringi langkah Natasha dengan senyuman lega di bibir.

" Aku pasti kau akan bahagia Natasha,cuma lambat atau cepat saja".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience