Bab28

Romance Completed 45576

Selepas pintu lif tertutup, aku terus menekup wajahku dengan kedua belah tangan lalu ku hambur segala tangisanku.

"Sampainya hati awak adam" Kataku dengan esakkan dan juraian air mata.

Tiba2 ada suara lelaki menegur.

" Perempuan ni memang suka menangis eh?"

" Oh mak aku cantik!" Termelatah dan terhinjut terus tubuhku akibat terlampau terkejut bila tiba2 ada suara menerjah di gegendang telingaku dari arah kiri.

Terkejut beruk aku.Kalau ada kamera yang merakam mesti hodoh gila rupa aku time ni.

" Kus semangat" Gumamku sambil mengosok dada dengan sebelah tangan.Kalau ada sakit jantung mau K.O aku sekarang ni. Yang peliknya kenapa sekarang aku melatah? Sebelum ni okay je takde melatah.

" Kau melatah?" Lelaki itu bertanya dengan senyuman sinis di bibir.

Aku menoleh kearah lelaki itu.Soalannya aku abaikan .Kini tubuhku sudah di rapatkan ke dinding lif di sebelah kanan.Ini lelaki tadi , kenapa aku tak nampak dia masa masuk dalam lif ni tadi?

"A_ awak ni siapa sebenarnya? Macam mana boleh ada dalam lif ni lagi? Aku cuba beranikan diri bertanya soalan yang aku rasa masuk akal.

Lelaki itu memandang ke arahku dengan senyuman herot di hujung bibir persis si perogol bersiri.

" A_awak jangan nak apa2 kan saya ya" Aku sudah gugup.Lelaki itu masih dengan lagak yang angkuh cuma berbeza gaya saja.Tangannya bersilang di dada memeluk tubuh dan bersandar di penjuru dinding lif sebelah kiri.

" Betul ke kau tak nampak aku tadi?" Soalnya sambil memandangku.

" Betul lah,takkan saya nak tipu pula,awak ni manusia ke hantu tiba2 je muncul?" Suaraku sudah kedengaran gugup.Kesedihanku terus hilang serta merta.

Lelaki itu terus meletuskan tawanya tanpa rasa malu atau segan.Mataku hanya memandang tepat kearahnya.Seronok betul hantu ni ketawa.

" Kalau aku ni bukan manusia aku dah cekik kau lah!" Katanya di selangi tawanya yang masih bersisa.

" Maksudnya awak ni manusia lah ye?" Kataku sambil melepaskan nafas lega.

" Ada ke hantu mukanya handsome macam aku ni?" Nadanya berbaur riak.Cittt perasan handsome betul lah mamat ni.

Aku hanya memusingkan bebola mata selepas mendengar kata2nya itu.Lelaki itu pula hanya tergelak kecil selepas melihat reaksi dariku.

" Kenapa saya rasa lif ni macam tak bergerak je bila ada awak eh?" Selepas aku menuturkan soalan itu serta merta lampu merah di pintu lif menyala dengan tiba2.

" Mulut kau ni masin lah! kan dah stuck!" Lelaki itu merengus kasar.

" Apa lah malangnya nasib aku ni lepas jumpa kau!" Sambungnya lagi.

" Apa maksud awak ?" Soalku mula ketakutan.

" Kau tak nampak ke lampu tu menyala? kita stuck! Lif ni dah tak berfungsi." Terangnya membuatkan mataku membulat besar.

" T_ tak! tak boleh macam ni,saya kena keluar.To..tolong! tolong!" Jeritku lantang.

" Kau ni boleh diam tak?!" Suaranya kedengaran keras.

" Tak boleh!" Jawabku pantas.

" TOLONG!!!!!" Jeritku sekuat hati.

Tiba2 ada tangan menekup mulutku.

" Diam lah perempuan! Aku tak faham lah macam mana adam boleh kahwin dengan kau!"

" Umpphhh...umpphhh" Aku memukul tangannya supaya melepaskan tekupannya di mulutku.

Lelaki itu mendengus kasar lalu terus melepaskan tangannya dari mulutku lalu menjauh dari tubuhku.Peluh2 sudah merintik di dahiku dan di bahagian yang lain.Panasnya, Sampai bila harus terperangkap di dalam ni?

" Adam! awak kat mana? datang lah selamatkan saya" Bisik hatiku sayu.

Nafasku yang tercunggap di stabilkan semula.

" Saya tak akan maafkan awak sebab awak berani sentuh saya! Awak tahu tak haram!? " Kataku penuh amarah.

" Kau yang melebih sangat ni kenapa? aku tutup mulut kau je pun bukannya rogol!" Bersahaja saja mukanya menutur kata.

" Awak ni menjengkelkan tahu tak! " Aku bersuara geram.

"So what?!" Sekali lagi kata2nya membarakan lagi api kemarahan aku.

" Useless man!" Kataku dan Serentak itu pintu lif terbuka luas.Semua mata di luar lif memandang kearah kami berdua di dalam lif.

" Puan tak apa2 ke?" Soal staff perempuan di situ lalu menghampiriku.

" Saya okay" Terus saja aku melangkah keluar dengan wajah sebal.Semua orang memandangku pelik.

Mesti mereka fikir yang bukan2! Ahh lantak lah sana!

Kakiku terus melangkah tanpa menoleh kebelakang lagi.Hari ini secara rasminya adalah hari terakhir aku jejakkan kaki di sini.Huh! memang malang nasib aku hari ini. Dah lah terserempak dengan lelaki tak guna, lepas tu Suprise yang tak menjadi untuk suami TERCINTA! and last terperangkap dalam lif dengan lelaki tak guna tu lagi sekali.Fuhh sungguh tragis!

" Selamat tinggal adam" Bisikku di dalam hati sambil meneruskan langkah.

" Nak kemana ni?" Tiba2 tanganku di tarik lembut dari belakang dan tubuhku terus berpusing kearah si pemilik tangan itu.

Erkkk??

" Adam??" Mulutku menyoal perlahan.Terkebil kebil mataku memandang wajahnya.

Kemudian mataku meliar ke sekeliling. Aikk??? Aku kat tingkat 15 ke lagi tadi?

Kini aku betul2 sudah berdiri berhampiran dengan office adam.Aku terkaku dan terkelu seketika.Bibir bawah aku gigit perlahan.Macam mana boleh tak perasan ni? Adoiii!!!

" Come!" Kata adam dengan wajah serius dan Terus saja tanganku di tariknya supaya mengikutinya masuk ke dalam office.Kelam kabut aku memperbetulkan langkahku yang hampir berterabur itu.

Pintu office di kunci dari dalam.Baru aku perasan Office adam sudah berubah wajah.Jika dulu ada cermin boleh memandang ke luar dan melihat segelintir meja staffnya dan PAnya tetapi tidak sekarang,semuanya sudah penuh berdinding.

Aku hanya menunduk menekur lantai sambil bermain dengan hujung jari.

Kata2 dari mulut Natasha terus saja berlegar di ruang fikiranku.

' I pregnant Adam! '

" Jelaskan kat abang sekarang.." Katanya lembut.Tubuhku sudah di tarik rapat ke dalam pelukkan.

"Jelaskan apa?" Kataku dengan nada malas.Sepatutnya aku yang minta dia jelaskan kat aku pasal Natasha tadi.

" Ini apa?" Soalnya sambil menayang bag kertas comel di tangan kirinya.Aku merengus kasar.

" Dah tengok kan? tak kan tak tahu" Kataku dengan mata menjeling sambil berpeluk tubuh walaupun tubuh kami semakin bersatu.

Pelukkan di pinggangku semakin di tarik rapat melekat ke tubuhnya dan dengan serentak kedua tanganku melekap ke dada bidangnya.Haruman perfumenya menerjah di rongga hidungku.Mataku terpejam seketika melayan haruman yang wangi dan mengasyikkan itu.Ahh Nafsu!

Tiba2 terasa bibirku di kucup lembut.Aku tersentak!

Pantas tubuh adam aku tolak ke depan.

" Why sayang?" Soal adam lembut sambil kedua tangannya mengusap belakang tubuhku lembut.

" Please sayang, terangkan apa makna barang2 dalam bag kertas comel ni,Abang nak dengar sendiri dari mulut sayang." Sambung adam lagi sambil tangannya turun meramas punggungku pula.Mataku terpejam lagi menikmati sentuhan darinya.

Sekali lagi bibirku di kucup lembut dan semakin lama semakin rakus.

" Abang stop!" Pintaku tiba2 sambil menyedut nafas.

" Kita kat office kan" Sambungku lagi.

" So jelaskan kat abang sekarang kalau tak nak kena henjut dengan abang kat dalam office ni!" Adam berkata tegas dengan senyuman nakal di hujung bibir.Pantas lengannya aku cubit sekuat hati.

" Aduh! Sakit lah sayang! " Kata adam sambil mengosok lengannya.

" Padan muka!" Kataku geram.

Bag kertas di tangannya aku ambil lalu di seluk dalamnya.

Pregnancy test aku tunjuk di depannya.

" Ini Pregnancy test, tahu tak apa maksud double line ni? ini bermaksud sayang positif dan di sahkan mengandung.Okay sekian!" Kataku dengan jelingan maut.

Adam mengeluh berat.

" Please sayang, bukan macam tu yang abang nak.Abang nak tengok sekali wajah teruja dan senyuman gembira sayang waktu berita gembira ni di sampaikan." Adam sedikit kecewa.Tapi apa boleh buat. Keterujaan aku musnah di sebabkan Natasha terlebih dahulu mengkhabarkan perihal dirinya yang juga sedang mengandung.

Persoalannya sekarang kandungan itu anak siapa? Arghhhh aku takut!

" Sayang " Adam memanggilku lembut.

" Erm!" Aku menyahut kasar.

" Sayang salah faham sebenarnya tadi."

" So?"

" Please sayang, jangan salah faham dan jangan tinggalkan abang macam tadi.Ia menyakitkan."

" So jelaskan apa yang berlaku tadi" Kataku dengan wajah serius.

Adam hanya menganggukkan kepalanya dan terus menceritakan hal sebenar.

~~~~~

Adam dan Rafael jalan beriringan menuju ke Office adam di tingkat 15.Sepanjang jalan semua mata memandang ke arah mereka berdua.

" Aku nak tanya ni,aku ni handsome sangat ke bro?" Rafael bertanya sambil tersenyum riak.

" Not bad lah!" Adam berkata sambil memusingkan bebola matanya keatas.

" Oleh kerana kau dah cakap macam tu,aku akan tawan hati semua gadis yang berada dalam office kau ni.Full stop!" Katanya penuh lagak.

" Please lah Raf, kau kalau nak menyundal jangan kat sini, Habis rosak staff aku nanti." Katanya sambil melabuh punggung di kerusi empuknya.

Rafael ketawa kuat sambil kaki melangkah ke arah mini fridge yang berada di dalam office tersebut.Tubuhnya di bongkokkan untuk mengambil satu tin 100plus.

Tiba2 pintu office di buka kasar dari luar.Tersembul wajah pucat Natasha.

" I need you adam!" Natasha terus bersuara tanpa memberi salam.Kedengaran nafasnya di hembus kasar.Dia terus meluru kearah adam yang terkejut melihatnya.Punggungnya terus di labuhkan di sebelah adam.

" Mati lah i adam , mana i nak sorok muka ni nanti" Natasha bersuara tanpa menyedari ada seorang lagi manusia di dalam office tersebut.

" You ke_" Kata2 Natasha terbantut bila ada suara mencelah tiba2.

" Hello ! I wujud lagi okay kat sini!" Rafael bersuara dengan nada memperli.Tubuhnya sudah berdiri tegak memandang Natasha dan Adam.

Serentak itu kepala Natasha berpusing kearah datangnya suara itu.Adam hanya melirikkan matanya ke arah Rafael dengan senyuman senget di hujung bibir.

Mata Natasha membulat besar akibat terlampau terkejut.

" Ra_Rafael?" Nadanya sedikit teruja bercampur gugup.

" Yes! I'm Raf. Terkejut ke?" Katanya sambil meneguk tin 100plusnya.

" Bila you balik malaysia? long time no see" Natasha cuba belagak biasa demi menutup masalahnya.Nasib baik dia belum terlepas cakap tadi.Kalau tidak sungguh memalukan.Tapi kenapa bila dengan adam tiada rasa malu pula ye? Ahh lupakan! aku cuma nak minta pendapat adam saja. Tak salah kan? Kalau aku salah,tolong jangan salahkan aku sebab aku dah buntu. Salah kan Author! Dia yang tulis semua ni.

" Seminggu yang lepas. Erm you buat apa kat sini? Need to adam for what?" Rafael bertanya lagi tanpa berselindung.Adam dah kahwin kot, need adam kepala otak dia.

" Er..i ada benda sikit nak minta pendapat adam. Just a small problem." Natasha berkata serba salah.

No! This is a big deal! Jerit hatinya.

" Oh,boleh aku tahu apa dia?" Rafael bertanya lagi sambil duduk di single sofa.

" Erm_" Natasha seakan keberatan.Dia menunduk menekur lantai.

" Aku rasa kau keluar dulu lah bro, tasha ada masalah besar ni, kalau tak takdenya dia nak serbu aku macam ni." Adam berkata sambil membuat isyarat mata kearah Rafael.

" Serius lah weh,kau halau aku?" Rafael berkata sambil menunding jari ke dada sendiri.

" Bukan macam tu bro, takkan lah aku nak halau kau." Adam buat2 tergelak.Rafael sudah tayang muka tak faham.

Apa punya blur lah mamat ni,berambus jelah itu pun tak faham ke? Adam semakin geram melihat rakannya itu. Tak kan lah korang baru berjumpa terus Natasha nak share masalah dengan kau.Adoiii lembap punya jantan.

" Eh tadi bukan kau cakap nak pergi toilet ke? kat tingkat 12 ada toilet, lagi satu awek aras situ semua cun2, boleh lah kau usyar sekali dah alang2 kan." Adam berkata lagi sambil mengoyangkan tangannya sebagai isyarat blah! blah!

" Aah lah, mahu jadi batu karang aku punya pundi kencing ni tahan lama2." Rafael berkata lalu terus bangun dengan muka tak puas hati.

Adam akhirnya senyum lega,matanya di kalih ke arah natasha bila kelibat Rafael hilang di balik pintu.

Bila Natasha mengangkat wajah memandang kearah adam, jelas air matanya mula bergenang dan jatuh membasahi pipinya.

" Hei, kenapa you menangis ni? cerita kat i apa masalah you sebenarnya?" Adam bertanya simpati.Nak tolong kesatkan air mata tu memang tak lah kan.

" Farid, dia rogol i adam!" Kata2 natasha betul2 memeranjatkan adam.

" Bi_bila? dan macam mana perkara tu boleh terjadi?" Adam bertanya dengan wajah tidak percaya.

" Sebulan yang lepas, i mabuk dekat club masa tu, dia yang hantar i balik rumah, lepas tu i tak ingat apa2,bagun2 je dia ada sebelah i." Natasha sudah tidak tentu arah.

" Tak guna punya Farid! kata cinta tapi buat kat you macam ni? kalau i dapat dia memang siap lah dia i kerjakan.Tapi, kenapa baru sekarang you cerita kat i?" Adam sudah mengepal penumbuknya.

" Please adam,i buntu..i tak tahu nak buat apa,i.....i pregnant adam!" Natasha berkata sambil memegang lengan adam.Adam pula jelas terkejut mendengar pengakuan Natasha.

Bukkk!

Kedengaran benda jatuh di hadapan pintu officenya.Serentak adam dan Natasha menoleh kearah pintu.

" A_apa semua ni?" Suara Arissa bagai tersekat di kerongkong.

" Sayang!" Kata adam terus bangun menerpa kearah arissa, tetapi pantas arissa berlari dari situ meninggalkannya di belakang.

" Sayang!" Jeritan Adam bergema di ruang pejabatnya sambil berlari mengejar arissa.

Pantas arissa melajukan lariannya masuk ke dalam kotak lif yang sudah terbuka luas.

" Shitt!! Damn it!!" Adam melepaskan geram sambil menendang pintu lif yang sudah tertutup rapat itu.Terus adam berlari menuruni anak tangga demi mengejar isterinya.

Yang lebih menggeramkan hatinya adalah manusia yang sedang berdiri sambil bersandar bersilang tangan memeluk tubuh di dalam kotak lif tersebut.

Tak guna kau Rafael!

Sepatutnya kau tahan pintu lif tu dari tertutup tadi!

Mesti kau nak balas balik kat aku sebab suruh kau keluar dari office aku tadi kan!

Mati kau nanti aku kerjakan!

Jerit hati adam bagai nak gila.

Sepanjang berlari turun tangga, tangan adam tidak henti2 mendail nombor telefon Rafael dan Arissa silih berganti.Tetapi hampa kedua manusia itu langsung tidak menjawab panggilannya.

Tercunggap cunggap Adam menyedut oksigen setibanya si tingkat bawah.Tetapi bayang Arissa dan Rafael tidak kelihatan langsung.Akhirnya dia mengalah lalu berpatah balik naik ke bilik officenya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience