Bab 8

Romance Completed 45576

Hari minggu runtin harianku macam biasa...selepas sarapan aku akan berkemas dari hujung ke hujung...depan ke belakang....selepas itu aku akan bersenam di dalam gym...pejam celik pejam celik da setengah tahun usia perkahwinan kami...hari ni Adam turut bersenam bersamaku...dia juga memberi tunjuk ajar peralatan yang aku tak pandai guna...

"Arissa,meh sini timbang berat.."Aku terus menuju ke arahnya...

"48kg..."dia memandangku...

"tinggi 158"...

"Nice.."

"Apa yang nice...??..berat saya da naik 3 kg ??"

"okey la ni..tak la gemuk sangat or kering sangat.."balasnya..

"Yeke?"soalku...

"Bukan ke lelaki tak suka dengan perempuan terlebih berat badan.."sindirku...Dia ketawe kuat...

"Macam awak ni sebelah tangan je saya boleh angkat..."Aku senyum sinis...kereknye...meluat pulak aku...

"Jangan risau la...berapa pun berat awak saya okey jek..."Sekali lagi dia ketawa kuat...Aku tak tahu kenapa aku rasa gerammm....

"Encik Adam!!"jeritku
Dia menoleh ke arahku serius...

"Kenapa panggil macam tu..?"

"Saya rasa geram!"balasku
Dia menghampiriku...spontan dia memelukku....Ahh sudah...peluh2 busuk macam ni pun nak main peluk2...

"Jangan panggil encik2 lagi faham!!"
Aku angguk...tetiba aku rasa sayu.....

~~~~~~~

Seumur hidup dengan dia aku tak pernah kuar rumah sendirian...tapi tadi aku da minta izin untuk ke rumah ibu...padahal aku nak buat suprise kat dia..aku masakkan udang galah sambal petai untuk lunch dia di office...isteri mithali kan aku...hihihi

Macam dalam drama2...setibanya aku di office dia....kelihatan Natasha sedang menangis di bahunya...aku kaku,beku di balik cermin office....

"Cik nak jumpa tuan Adam ke??"tegur setiausahanya mungkin...mungkin juga dia tak kenal aku ni sebagai isteri tuan Adam...aku masih diam...

"Maaf..tuan Adam ada tetamu..cik boleh tunggu di kerusi rehat tu dulu ye..."

"It's okey...nanti awak bagi kat dia makanan lunch ni ye...cakap kat tuan Adam..wife dia bagi.."Aku terus beredar...tercengang cengang setiausahanya itu...terkejut barangkali dengar aku ni wife tuan dia...

~~~~~

"Arissa!!!"
Terkejut aku...terus saja aku keluar menuju ke ruang tamu...

"Ye saya...."

"Siapa bagi keizinan awak datang office saya??"

"Saya nak buat suprise je tadi...tapi.."

"Tapi apa??"...

"Tapi awak ada tetamu..."

"Bukan itu soalnya Arissa,awak tahu tak,bahaya awak keluar sendirian..awak minta izin untuk pergi rumah ibu kan..."

"Saya da besar awak..jangan anggap saya macam budak kecik....."

"Lain kali kalau nak datang jumpa saya bagi tahu..saya boleh suruh driver ibu hantarkan..."aku senyum sumbing....

"Awak jangan salah faham dengan apa yang awak nampak tadi kat office..."

"okey..."balasku pendek..

"Natasha share masalah dengan saya,bekas suaminya nak rampas hak penjagaan anaknya.Dia sedih...."Dia menerangkan...aku hanya kaku...ye share dengan awak Adam...bahu awak pun dia nak share...esok2...mungkin dia akan share awak dengan saya kan!!...hatiku menjerit...

Dia menghampiriku...

"Sedap udang sambal petai awak tadi.."

"Erm..."jawabku..

"Natasha pun puji sedap..."Aku rasa macam nak tercekik bila dia cakap macam tu..bermakna dia makan bersama natasha??call aku pun tidak, ucap thanks lepas makan....sedihnya duhai hatiku...sampai hati kau Adam...

"Sakit pulak perut saya,nanti kita sembang lagi ye..awak pergi mandi dulu..."aku terus kebilik....alasan saja sakit perut tu..padahal tubir mata aku da panas....menitis air mata aku....siapa aku di dalam Hatimu Adam.....please jangan bagi harapan kosong dalam hati ini....hati aku betul2 sakit....tangan aku mencengkam di dada..terasa sakit sangat sekeping hati itu..

~~~~

Selepas solat magrib aku terus keluar dari bilik...selepas makan Malam aku menghulurkan sekeping sampul surat kepadanya...

"Apa ni?"Soalnya..

"Surat kemasukan Universiti"

"Haa??Bila applay ni??tak minta izin pun.."

"Nak minta izin la ni..boleh tak saya nak sambung belajar..."

"Kenapa tak bincang dengan saya dulu Arissa??"

"Sorry...saya pun tak sangka boleh dapat secepat ni.."

"Awak nak tinggal kan saya ke??"Aku sengeh....

"Apa awak ni...melainkan awak yang nak tinggalkan saya.."ujarku mendatar..

"Uitm Shah Alam je...Sib baik dekat..kalau kat Sabah memang saya tak izinkan.."

"Bermakna,awak izinkan la ni eh?"
Dia menjelingku tajam...bagi aku tu jelingan manja jek...terus aku mencium pipinya...yehhhh...

"Sini.."dia menunjukkan bibirnya...aku jelir lidah...
Terus saja dia menarikku ke dalam pelukkannya...Aku senang bila dia layanku sebegitu...sakit di hati terus hilang...lembut kan hati wanita ni...Ciss

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience