Bab32

Romance Completed 45576

" Aku kena TENDANG!"

Itulah kata2 adam yang masih terngiang ngiang di telinga Rafael.

Suasanaa kafe yang agak lengang dari orang ramai langsung menyenangkan Rafael menghambur segala tawanya.Wajahnya sudah kelihatan kemerah merahan akibat terlebih ketawa.Serius ini kali pertama adam melihat Rafael ketawa bagai nak gila sampai serak suaranya.

Suka benar dia bila dengar aku kena tendang.

Macam lah lawak sangat.

Adam mendengus kasar.

Menyesal pula bagitahu kat dia.

" Kau tahu tak? aku tak boleh nak stop gelak lah.Please berhentikan aku ketawa." Katanya dengan sisa tawa yang tidak berkesudahan.

" Kau nak aku tolong macam mana?" Dingin saja suara Adam.

" Bagilah aku sorang dua awek comfirm aku berhenti gelak." Tawanya masih bersisa,tetapi kali ini bunyinya terlebih syaiton.

Dia ingat aku ni bapak ayam ke apa?Tak sudah2 mintak awek sorang dua kat aku.

Adam memandang sinis kearah Rafael.Adam tahu Rafael sekadar bergurau

" Engkau ni cakap tak seiring lah, Kau tak takut ke kalau aku report perangai syaiton kau ni kat Umie kau!" Adam menjungkit sebelah kening sambil tersenyum herot kearah Rafael yang sudah berhenti ketawa bila mendengar bicaranya.

Mocha latte di hirup sopan oleh Adam.

Baru aman sikit telinga ni.

" Kau jangan nak macam2 bro, umie aku tu ada darah tinggi." Rafael bersuara serius.

" Nampaknya aku dah tahu kelemahan kau." Adam tersenyum sinis.

" Kau nak ugut aku ke bro? " Rafael jungkitkan sebelah keningnya.Badannya di sandarkan ke belakang kerusi.

" Tapi aku tak rasa kau boleh ugut aku.Kau nak tahu sebab apa?"

Adam hanya memberi isyarat dengan menaikkan sedikit kepalanya keatas.

Apa?

" Sebab rahsia misteri isteri kau ada dalam poket aku ni." Rafael berkata sambil menepuk poket seluarnya.

Berkerut dahi adam.

" Kau cerita apa ni?" Badan adam sudah menegak.

" Arissa mesti tak cerita dengan kau kan apa jadi semalam?" Rafael senyum jahat.Arissa ni aku dah nasihat kalau berlaku apa2 mencurigakan atau gangguan,bagitahulah dengan Adam, nampaknya tak dengar kata budak ni.

" Kau buat apa kat bini aku?!" Adam sudah berdiri tegak.Berdesing bunyi kerusi terseret kebelakang secara mengejut itu.

Semua mata melihat kearahnya.

" Calm down bro, Orang tengok tu malulah sikit.Nampaknya Arissa ni mamang keras kepala lah." Bersahaja wajah Rafael sambil menghirup coffee lattenya.

" Eh kau ni, cakap belit2 pulak." Adam mendengus kasar lalu punggungnya di henyak semula.

Tahu pun marah!

" Lain kali jangan nak macam2 dengan aku! Busuk2 aku tak payah lah nak heboh kat umie aku.Kita2 je tahu." Rafael sekadar mengingatkan.Bagi dia itu masa lalu dia.Dan sekarang dia adalah Rafael yang baru.Bukan lagi Rafael si pemusnah si gadis! Cis jahat sungguh bunyinya.

" Aku bukan serius pun! Kau sentap kenapa!? lepas tu nak kaitkan dengan Arissa pulak." Adam masih dengan wajah ketatnya.

Kalau bab Arissa jangan nak main2 dengan aku!

" Macam mana pentingnya arissa pada kau,macam tu lah pentingnya umie pada diri aku" Rafael berkata dengan senyuman di bibir.Umie adalah segalanya.Tak kisah lah orang nak cakap aku anak mak ke apa!

" Okay anak mak! sorry!" Bersahaja saja adam menuturkan kata2nya.

" Mula lah tu!" Rafael pandang geram kearah adam.

" Betulkan apa yang aku cakap,engkau tu anak mak!" Adam membela diri.

" Suka hati kau lah nak cakap apa" Rafael buat muka bosan.Smartphone di tangan di belek.Merajuk? Puihhh!

Adam memandang Rafael dengan pelbagai persoalan.Tersenyum dia melihat wajah serius Rafael.

" Eh Raf, tadi kau nak sampaikan apa eh pasal Arissa?" Adam sungguh2 ingin tahu. Saja buat suara mengoda.

Rafael mendongak seketika ke wajah adam lalu terus matanya menghadap Smartphonenya semula.

" Cakap jelah! itu pun nak merajuk!" Muncul terus suara jantan adam yang seakan mendesak.

Rafael mengeluh berat.

"Geli sial nak merajuk bagai dengan kau.Aku gentleman Okay." Jawab Rafael dengan muka belagaknya.

Adam hanya mencebik mendengar jawapan balas Rafael.

" Aku tak faham lah korang ni,laki bini tapi tak boleh nak share masalah.Apa masalah korang sebenarnya?" Rafael marah betul dengan sikap arissa yang terlalu berahsia dengan adam.

" Apa maksud kau? aku tak faham" Adam memandangnya dengan wajah kelat.

" Betul ke arissa tak cerita apa2 pasal semalam time aku nak jemput dia.Yang dia Di EKORI!" Jelas riak terkejut di raut wajah adam selepas mendengar ayat terakhir Rafael.

" Sumpah takde!" Adam menjawab pantas.Wajahnya berubah cemas.

" Aku nampak dengan mata kepala aku, memang ada orang ekori dia.Maybe lelaki yang kau suruh aku siasat dulu.Aku tak nampak sangat muka dia sebab dia pakai mask." Sambung Rafael dengan wajah serius.

" Serius lah" Adam masih mahu kepastian.

" Kau tengok muka aku ni tengah main2 ke? Walaupun dah lama aku tak MAIN." Rafael senyum tayang gigi selepas menutur ayat terakhirnya yang saja di tekankan.

Adam berdencit menahan geram.Sangap punya jantan.Bahaya ni biarkan arissa dengan dia.

" Kau fikir apa bro? ingat aku ni jahat sangat ke sampai bini member pun aku nak rembat.please lah cerita lama okay!" Rafael bersuara dengan biji matanya di julingkan ke atas.

Eh jantan ni biar betul boleh tahu apa yang aku fikir.Monolong hati adam sambil memerhati Rafael di depannya.

Rafael pula tengah memandang Rokok Dunhill Merah yang baru di keluarkan dari kotak lalu di masukkan semula bila teringat larangan merokok di kedai makan.Jika ingin merokok 3 meter jaraknya dari kedai makan.

Ciss! Dia merengus kasar.

Adam senyum herot di hujung bibir melihat gelagat Rafael.Nasib baik dia bukan perokok tegar macam Rafael.Kalau tak mau kena 3 meter jauhnya baru boleh merokok.

" Apahal kau? serabut ahh!" Ujar Rafael dengan muka menyampah memandang Adam yang lagi tadi memerhatikan gelagatnya.

" Alahai, tak dapat rokok dah nak kusut,sepatutnya aku ni yang kena kusut bila dengar cerita kau tadi." Balas Adam dingin.

" Kau nak kusut apa? Setiap hari pick up jelah arissa tu on time.Lagi pun dia dah nak habis study kan tak lama lagi.Dan bini kau pun,kenalah bagi kerjasama.Berkongsi cerita apa yang berlaku.Aku rasa kau kena berterus terang pasal Haziq kat dia bro." Cadang Rafael sambil meneguk caffee latenya.

Adam hanya menganggukkan kepala tanda setuju dengan cadangan Rafael.

" Aku rasa mimpi dia semalam ada kaitan lah" Kata adam sambil memandang tepat ke wajah Rafael yang sedang memandang kearahnya.

" Itu ke punca kau kena tendang?" Soal rafael teruja dengan ketawa kecil.

" Diam lah kau!" Balas Adam geram.

Mulutnya terus menceritakan kejadian pagi tadi.

~~~~~~~

" Lepaskan aku! lepas!!" Jerit arissa bagai terkena histeria.

Habis dada lelaki di depannya itu di tumbuk berkali kali.Tubuhnya yang tengah berbadan dua di lupakan seketika.Pergerakkanya yang Hawkish benar2 di luar jangkaan.Yang penting dia dapat menyelamatkan adam.

" Sayang! Kenapa ni? " Kedengaran sayup2 suara lelaki di pendengarannya itu.

Mata masih terpejam tetapi pergerakan badan dan mulut masih bertindak di luar kawalan.

" Calm down dear!" Suara itu cuba memujuk.

Bila terasa tubuhnya di peluk semakin kuat jeritannya.

" Lepas!!! lepas!!! lepas kan aku!!" Jeritnya di susuli kakinya yang bertindak pantas lalu.

Hiiyakkkk!!!

Satu tendangan padu di tujukan buat manusia bertopeng di hadapannya itu.

Kedebuk!!!

Tergolek Adam di lantai biliknya bagai nangka busuk selepas di tendang arissa.Terasa senak dibahagian perut manakala belakang badanya di usap perlahan.Perit!!

Arissa senyum herot lalu melangkah kearah adam yang seakan di dalam kesakitan.Matanya di gosok2 dengan dahi sedikit berkerut bila mendengar suara adam mengadu sakit.Tetapi bukan dari suara adam yang berada di kerusi yang di ikat itu.Suara itu berada berdekatan dengannya.Ya!Suara itu di sebelah yang baru di tendangnya tadi

" Aduh,sakit sayang!" Adam mengetap rahangnya sambil bingkas bangun sambil tangannya menongkat menampung tubuhnya di sisi katil.

" Abang!?" Arissa menjerit kecil sambil memandang sekeliling dengan mata terkebil kebil.

Aku kat mana ni? bukan tadi dekat kawasan gudang lama ke? Apasal ni ada dalam bilik tidur?

Mata arissa membulat besar melihat adam terbongkok kesakitan di sebelahnya.Pantas dia duduk menegak dan agak resah melihat si suami di hadapannya itu.

" Eh? Abang kenapa? du_ duduk pelan2" Arah arissa sambil memegang lengan adam di sisi katil.

" Sakit sayang, sayang mimpi apa? kenapa abang yang kena tendang? Abang tak curang sayang" Adam bersuara perlahan dengan muka berkerut menahan senak di perut.

" Eh? abang cakap apa ni? sayang tendang abang? bila masa sayang tendang abang?" Soal arissa pelik.

" Iya sayang, sayang menjerit2 abang datang lah dekat lepas tu kena tendang pulak" Jelas adam dengan wajah kelat.

" Sayang mimpi ada orang ikat abang,Orang tu pakai hoodie dan bertopeng,sayang datang lah nak tolong abang,lepas tu orang tu peluk sayang, tu yang sayang menjerit ,lepas tu sayang tendang lah dia." Terang arissa panjang lebar.

" Tapi yang sayang tendang tu abang" Adu adam dengan muka masam.

" Sorry abang sayang tak sengaja" Jawab Arissa sambil mencantumkan kedua telapak tangannya tanda maaf.Jelas riak wajahnya serba salah.

" Takpelah,tu maknanya sayang ni sayang sangat2 kat abang kan" Adam cuba menduga.

" Sampai terbawa bawa ke mimpi" Celah arissa sambil menyenggeh lalu mencium pipi Adam manja.

Adam sudah koyak senyum lebar.

" Dah pergi cepat siap,ada exam kan hari ni,kang lain yang jadi ni nanti." Sambung adam nakal sambil menepuk peha arissa yang putih gebu itu.

Arissa yang faham dengan maksud adam terus saja bingkas bangun ke bilik air.Mandi dan bersiap siap ingin ke kampus.

Kang saja je jadi santapan pagi adam nanti.

~~~~~

" Call dia bro,tak padan kecik! perut berisi main tendang2 pulak dia." Rafael tergelak sambil geleng kepala.

" Dia tak jawab call lah." Kata Adam cemas.

" Relaks,call lagi sekali" arah Rafael tenang.

" Masih tak berjawab," Adam resah.

" Dia tak perasan lah tu,maybe handphonenya di silent." Rafael masih lagi berlagak tenang.Jam di tangan di lihat sekilas.

" Baru jam 3.30ptg,Maybe dia dalam kuliah lagi tu yang tak jawab call.Aku rasa kau kena gerak dulu ke kampus dia.Apa2 nanti whatsApp aku " Rafael bingkas bangun.

" Eh kau blah gitu je?" Adam tercengang.

"Macam biasa lah kau payung.Cau bro!" Jawab Rafael terus berlalu pergi.

Adam hanya tayang wajah bengang lalu cepat2 beredar menuju ke kampus Arissa.

Berkali kali adam call tapi masih lagi tidak berjawab sepanjang perjalanan ke kampus.

Hatinya sudah lain macam.Berbagai bagai perasaan sudah menerpa.

Wajahnya di raup kasar lalu BMW di pecut laju sehingga lampu merah pun di langgarnya.

~~~~

Kepala arissa sekejap kekiri sekejap kekanan mencari kelibat Mira di parking kereta belakang fakulti.

Oleh kerana hari ini kelas habis awal dia terus ke tempat parking.

" Mana minah ni? Tadi hantar whatsApp suruh tunggu kat sini ada hal penting,tapi bayang pun tak nampak." Rungut Arissa geram.Dah lah sorang2 kat sini.

iPhone di lekapkan ke telinga menunggu mira menjawab di sebelah sana tetapi hampa.Tiada ciri2 panggilannya nak di jawab.

iPhone terus dicampak ke dalam bag.Baru dia ingin berpusing kebelakang tiba2 mulutnya di tekup dengan sehelai sapu tangan.Fail di tangan terlepas jatuh di tar.

" Umphh..Umph..." Mulutnya cuba menjerit tetapi tidak berjaya.Pergerakkannya juga di kunci.

'Adam!'

Pandangannya semakin lama semakin berbalam balam lalu terus menjadi gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience