Bab 25

Romance Completed 45576

Pin...Pin..Pin...Hon kereta yang membingitkan telinga di awal pagi betul2 menguji tahap kesabarannya.

Selepas dia melangkah keluar baru suasana kembali aman dan sunyi.Lelaki yang sedang bersandar di keretanya sambil berpeluk tubuh di pandang penuh benci.

" Apahal pagi2 datang rumah orang lepas tu memekak2 ni!?" Natasha merengus geram.

Farid pamer senyuman mengoda.

" Weekend kan.Jom keluar, hari tu i dah TERjanji dengan Alesya nak bawa dia pergi genting" Farid sengaja menggunakan nama anaknya.Sengaja perkataan TER di tekan.

Huh? Ingat aku percaya?

" Hari ni turn i jaga Alesya so you jangan nak menyebuk! I nak bawa Alesya jalan2 tempat lain!" Selepas menghabiskan kata2nya natasha terus melangkah ke pintu masuk.

" i nak ikut!" Jerit Farid tidak mengalah.

Natasha hanya mengendahkan kata2 farid lalu terus berjalan masuk ke dalam rumah.

Gedegangggg!!

Pintu di hempas kuat.

Farid hanya mengelengkan kepalanya bagai tidak percaya.

Gila perempuan ni, tapi takpe,aku tetap akan curi hati kau Natasha.Wait and see.

~~~~~

Tubuhku yang masih bermalasan di atas katil dan masih berselubung tiba2 di peluk erat oleh tangan sasa Adam.Entah kenapa aku terasa macam nak muntah saat ini.

Serta merta tubuhku menegak dan terus berlari ke toilet.Adam yang terkejut terus mengekoriku dari belakang.

" Are you okey sayang?" Soal Adam sambil
tangan kanannya mengurut belakang badanku.

Aku angguk kepala tanda okey.Selepas berkumur terus aku menarik lengan adam.Adam yang hanya berseluar dan tidak berbaju itu kaget seketika bila kepalaku di bawa ke celah ketiaknya.

Hidungku menghidu sepuasnya bau aroma tubuh adam yang terbit dari celah ketiaknya.

Mata adam membulat besar.

"Is this true?" Adam berkata seakan dengar tak dengar.Tangannya cuba di tarik dan tubuhnya cuba di jauhkan dari kepala si isteri.

" Abang! " Arissa menjerit geram bila Adam cuba mengelak darinya.

" Ini pelik,selama ni tak pernah pun macam ni?" Adam memandangku.Tetapi aku masih berkeras dan mahu menyelitkan kepala di celah ketiaknya.Hidungku menyedut sedalam dalamnya aroma terapi tersebut bagi mengelakkan aku termuntah lagi.

Adam ketawa kegelian bila hujung hidungku menyentuhi kulitnya.

" Okey dah!" kataku puas hati lalu terus menuju ke atas katil.Tubuh di rebahkan dengan senang hati.Aku koyak senyum.Nikmatnya!

Adam garu kepalanya yang tidak gatal lalu menghampiriku dan terus melabuh pungung di sebelahku.

Dahiku di sentuh lembut oleh tangannya.

" Tak demam" katanya perlahan.Aku yang mendengar hanya tersenyum kecil sambil memejamkan mata.Serius aku malas gila pagi ini.Nasib baik hari minggu.

" Sayang.." Adam memanggilku manja.

" Erm.." Jawabku

" Tak nak bangun ke?" Soalnya lagi.

" Hari ni sayang mohon cuti boleh tak? Nak baring je tak nak buat apa2.Boleh tak?" Aku bangkit dari pembaringan lalu bersila di sebelahnya.

Dahi adam berkerut.Lalu pecah tawanya.

" Apa abang ni? tak lawak lah sayang serius ni." Aku sudah memuncung.

" Boleh takda hal,tapi abang belum habis siasat ni pasal sayang" Aku cuba menghadam kata2 adam dengan wajah pelik.Tak habis siasat aku? Nak siasat apa?

" Tak faham lah,nak siasat ape?"

"Nak siasat siapa budak yang makan lunch dengan sayang tu, sebab lepas jumpa dia sayang terus berubah 360° ni" Adam berkata sambil mengusap dagunya.

" Hebat penangan dia lepas cakap dia suka kat sayang" Adam seakan memperliku.

" Biarlah dia nak suka ke apa,yang penting sayang tak suka dia! Erm...sayang suka yang sorang ni je..." Kataku dengan lirikan mata yang mengoda kearah adam.Tubuhku saja di rapatkan kearah adam.Dengan pantas kepalaku menyelit di celah lengannya untuk menghidu aroma terapiku.Sekali lagi Adam tergelak dengan tindakkan ku lalu di tolak kepalaku kedepan.

" Tak senonoh!" Katanya terus bingkas bangun.

" Abang!" Jeritku tidak puas hati.

" Kata nak mohon cuti nak baring je kan, abang nak masuk gym kejap.Sayang rest dulu ya, kalau lapar turun bawah,abang dah siapkan breakfast tadi, Telur separuh masak dengan roti bakar." Kata adam terus hilang di balik pintu biliknya.

Aku merengus kasar.Tak puas lagi nak hidu bau aroma terapi.Badan aku rebahkan dengan kasar ke atas tilam.Mataku tajam merenung syiling.Tiba2 kata2 haziq menghantui mindaku.

" Awak akan jadi milik saya Arissa!"

Aku meraup wajahku dengan kedua dua tangan.Haziq yang aku kenal seorang yang bercakap bila perlu saja.Tak di nafikan dia memang rajin menegurku sejak awal lagi.Tapi bagi aku dia juga seperti kawan2 yang lain.Tak lebih dari itu.Soal perasaanya aku tak boleh nak halang,itu pilihan dia,so aku tak perlu nak runsing memikirkannya.Selagi adam bersama aku, aku akan rasa selamat dan di sayangi.

Tubuh yang tadi malas kini kembali cergas.Terus aku bagun menuju ke toilet membersihkan diri.Aku hanya meyarungkan t-shirt putih longgar dan berseluar pendek.Selesai semua terus aku menuju ke dapur.
~~~~

Sedang aku leka mengacau udang sambal petai di dalam kuali.Terasa ada tangan kasar meramas ramas punggungku lembut lalu naik meraba ke pingang pula.

" Sayang goda abang ke? Erm ?" Suara maskulin adam jelas di cuping telingaku.Mengeliat kegelian aku bila adam semakin galak dengan tindakkannya.

" Siapa goda siapa sekarang ni?"Aku memperlinya.

" Sayang lah,nak goda abang dengan udang sambal petai tu kan? Tadi kata nak cuti dari buat apa2."

" Dah ubah fikiran,petang ni kita keluar nak?" Selepas mematikan api dapur tubuhku terus berpusing menghadapnya.

" Boleh, Tapi kena ada upah!" Senyuman nakal terukir di hujung bibir adam.

" Apa dia?" Soalku ingin tahu.Sejujurnya aku buat2 tak tahu.Takkan lah aku tak faham dengan senyuman gatal adam tu kan.

" Ngap sayang!" Jawab adam terus mendukungku seperti guni tergantung di bahunya dengan kepala kebawah terjuntai ke kiri dan kekanan mengikut gerak langkah kakinya.

" Abang!!!" Jeritku geram.

" Shut up! " Kata adam sambil menepuk pungungku kuat.

" Sakitlah!" jeritku geram sambil mencubit belakang badannya dengan kuat.

" Calm down sayang, karang jatuh tergolek kita kat tangga ni, sia2 je apa pun tak dapat" Adam bersuara sambil mengusap pungungku pula.

Aku terus terdiam melayan tindakkan adam lalu hilang di bawa ke bilik beradu kami.

~~~~

Alesya kelihatan teruja bila mula meluncur. Terasa bahagia sekali melihat senyuman di bibir merah itu.

" Papa!" Jerit Alesya membuatkan senyuman natasha mati? Pantas kepala natasha menoleh kearah lelaki yang semakin menghampiri kami berdua.

" Are you following me?" Soal Natasha bengang dengan sikap farid.Masa untuk berduaan dengan Alesya musnah sekelip mata.

" No! kebetulan je ni" Jawab Farid tipu.

" I tak bodoh lah!" Bidas natasha geram.

" i know." Jawab farid dengan riak bersahaja.

Natasha gigit bibir.Terus dia meluncur mendekati Alesya.Boleh sakit otak kalau melayan si farid ni.

Entah apa silapnya tubuh natasha tidak seimbang dan hampir terjatuh tetapi sempat tubuhnya di sambut oleh Farid.

Mereka berbalas pandangan seketika. Terasa masa bagai terhenti.Kedua dua mata memanah tepat ke dalam anak mata masing2 yang berada dalam keadaan berpeluk itu. Terasa mengalir arus elektrik dengan sentuhan tersebut.

Pap..pap...pap...

Kedengaran bunyi orang menepuk tangan semakin menghampiri.Terus tubuh kami berdiri tegak pada kedudukan asal.

" Wow, macam berlakon dalam filem romantik lah you all berdua ni" Adam bersuara memecah kebisingan di kawasan ice skating tersebut.

Natasha gigit bibir.Farid tayang wajah kelat dengan kehadiran Adam.Kacau daun!

"Y_ you buat apa sini?" Soal natasha sedikit gugup.Segan pula adam melihat aksi mereka tadi.Semua salah farid! Menyebuk!

" Meluncur lah,layan wife i ni" Kata adam terus menarik tangan dan tubuh arissaa yang bersembunyi di belakang badannya.

" Hai! " Sapaku mesra.Tangan kananku masih setia dalam gengaman tangan adam.

Natasha senyum nipis sambil membalas." Hai!"

Manakala Farid sudah terpegun melihat isteri adam ketika itu.

" Bro! agak2 lah pandang,isteri aku kot" Adam bersuara setelah melihat mata farid tidak sudah2 merenung isterinya.

" Sorry bro, Err cantik wife kau" Farid puji ikhlas.Tetapi kali ini mata Natasha pula memandangnya tajam.

" Tapi lagi cantik sayang aku ni..." Sambung farid sambil mengerling manja ke arah Natasha yang sedang merenungnya dari tepi.

" Please lah eh!" Natasha memusingkan bebola matanya keatas selepas mendengar kata2 farid.Gila ke apa jantan ni?

" Nampaknya tak lama lagi dapat lah i merasa nasi minyak you all ni ya" kata adam sambil tersengeh.Aku turut tersenyum.Perihal Natasha adam sudah menceritakan segalanya.Semoga Natasha peroleh kebahagiaan.

" Aaminn, doakan aku bro" Kata farid dengan senyum manisnya.Natasha sudah masam mencuka.

" You silap lah adam,siapa yang nak kawin dengan lelaki macam farid ni? Annoying!" Natasha pamer riak menyampah.

" Biasanya kalau benci2 lama2 jadi cinta tau,hati2 natasha dengan kata2 you tu" Adam memberi nasihat.

"You're right bro!" Farid tayang senyum memikat.Natasha menjeling tajam kearahnya.

"Memang tak lah" jawab Natasha sambil mata beralih ke arah Alesya yang sudah mendekatinya.

"Salam Uncle adam dengan Auntie arissa sayang" Kata Natasha kepada Alesya.Tangan si kecil terus bersalaman.

" Makin cantik anak you all ni" Kata2 adam membuatkan aku hairan,lelaki itu ayah kepada anak ini ke? Maksudnya? lelaki itu Exhusband Natasha lah kan? Seriously? Bekas suami ingin memikat semula si bekas isteri. Kenapa aku rasa macam sweet je dia orang ni. Farid pun boleh tahan handsomenya. Aku tersengeh sendiri.

" Sayang? are you okey? " tiba2 adam menegurku. Mungkin risau melihat aku berdiam diri sejak tadi.

" Eh..okey,sayang okey je." Jawabku sedikit gugup.Masak aku kalau adam perasan aku merenung si farid tadi.

" Lama sangat dah borak,jom sambung main ice skating." Kata adam terus menarik tanganku supaya meluncur sama.

" Ada masa kita sembang lagi ya!" Jerit farid pula.Adam hanya membuat tumbs up tanda setuju.

" Kita nak pergi mana lepas ni?" Farid mula menyoal natasha tetapi malangnya selepas tubuhnya berpusing,natasha sudah jauh kehadapan bersama Alesya meninggalkannya sendirian.

" Dia tinggalkan aku macam tu je??" Farid bicara sendirian dengan keluhan berat. Pantas kakinya meluncur mengejar bayang Natasha.Kisah kita belum habis lagi sayang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience