Bab36

Romance Completed 45576

Orang ramai yang memenuhi perkarangan kampus di waktu konvo adalah perkara biasa.Dengan canopy yang menjual pelbagai cenderamata sebagai kenangan dan bermacam macam lagi.

Mulut kepoh Rafael sentiasa memeriahkan suasana walau dimana jua dia berada. Serius cakap, Jika suatu majlis itu suram , akan kembali meriah bila si Rafael ini muncul. Buktinya sekarang. Ayra Aufiya sentiasa ceria je bila ada kewujudan lelaki bernama Rafael. Sudah berejam pun masih tidak mendengar tangisannya.Dan Rafael sudah menepati janjinya untuk menjadi bodyguard Ayra Aufiya sehingga dewasa. Fuhh senang hidup mak bapak Ayra.

" Cepatlah posing, aku ambilkan gambar" Rafael menawarkan dirinya sendiri sambil memegang smartphonenya.

Ayra Aufiya yang berada di dalam dukunganku di peluk kejap.Dari kejauhan lelaki pujaan hati melangkah penuh bergaya dengan teddy bear memakai topi konvo dan mixed lilies bouquet with coklat ferrero rocher.

" Congratulations dear and this is for you" Satu kucupan singgah di pipiku.Ayra Aufiya sudah bertukar tangan dengan mama.Bouquet dan teddy bear aku ambil dan peluk ke dada.

" Terima kasih abang." Kataku lembut.Pipinya menjadi sasaran aku.

Klik!

" Wow..sweet couple" Rafael senyum lebar.Berjaya juga dia ambil gambar pasangan sejoli itu.

" Kau nampak segak arissa bila pakai jubah konvo tu" Rafael bersuara sambil tergelak kecil.Perli ke apa tu? Bersusah payah aku nak sampai tahap ini tahu.

" Aku puji bukan perli" Rafael bersuara lagi seperti dapat membaca isi hatiku. Bibirnya tersenyum herot.

" Aku tak cakap apa pun." Jawab arissa sambil buat muka tak berperasaan lalu menyelit di sebelah adam.

" Mari2 bergambar ramai2." Nenda mencelah dan bersuara akhirnya.

Semua berkumpul di sekeliling aku. Lalu gambar di tangkap.

Klik! Klik! Klik!

Sudah macam fhotographer aku tengok si Rafael ini.Aku senyum lebar melihat gelagatnya.Adam disisiku juga tersenyum manis sambil merenungku.

" Kenapa senyum lebar tengok si Rafael tu?" Bisik adam di telingaku.

" Saja, dia baik dan sentiasa ada bila kita dalam kesusahan kan? susah nak jumpa sahabat sejati macam dia." Kata2ku membuatkan adam mengangguk kepala.

" RAFAEL tiada dua dan tiga tapi kalau zuriat kita maybe ada lagi dua atau tiga coming soon." Adam tergelak selepas menutur kata.

Serta merta perutku di usap perlahan.Ya coming soon.Ayra Aufiya dah bakal dapat adik ni.Bisik hati aku dengan mengulum senyum.

" Senyum lagi" Adam memelukku dari tepi.Kelihatan semua orang sudah membuat hal masing2.Ayra pula berada dalam dakapan bodyguardnya.Mama dan nenda sudah menuju ke kafe untuk membeli minuman.

" Sayang ada rahsia ni." Aku berkata sambil membuat muka comel di sisinya.

" Apa dia?" Adam sedia menanti kata2 dariku.

" Nanti malam kat rumah sayang bagi tahu ya" Saja aku ingin melihat reaksinya.

" Wow. Bau something special je. Dapat ehem2 ke?" Adam sudah ukir senyuman nakal.

" Maybe. Depends." Aku senyum mengoda.

" Okay. Abang tak sabar dah ni..dah boleh balik kan sekarang?" Sambil matanya melirik ke arah dadaku.Pecah ketawaku melihat wajah miang adam.

" Pervert!" Terus aku melangkah pergi meninggalkannya. Berlari adam mengejarku dari belakang.

" Woi! anak kau ni!" Jerit Rafael selepas melihat adam dan arissa buat drama hindustan.

" Jagakan!" Sahut Adam terus berlalu pergi.

" Aku ni bodyguard bukan baby sitter!" jerit Rafael tidak puas hati.Tiba2 hidungnya terhidu bau sesuatu yang harum semerbak.

Ayra di dukung keatas lalu hidungnya menghidu bahagian belakang seluar si kecil.

" Eeuww. Busuknya!" Berubah wajah Rafael selepas menghidu bauan itu.

" Baby girl kot, takkan aku yang kena tukar lampin dia. Serius lah kan." Rafael membebel sendirian.

" Hai! Macam ada masalah je" Tiba2 suara awek menegur dari belakang.Dukungan Ayra di perbetulkan.Budak kecil yang berumur setahun lebih itu hanya tersengeh comel. Dah berak pun sengeh2 lagi budak kecik ni.

" Hai!" Rafael senyum simpul melihat tuan empunya suara.

" Masalah negara" Sambungnya lagi.

" Kenapa? mana arissa?" Soal mira sambil mata meliar ke sekeliling. Baru niat nak bergambar bersama arissa hilang pula minah ni. Tapi takpe sebab ada Rafael si kacak.

" Dating!" Jawab Rafael sepatah.

" Oh, tadi muka you berkerut kenapa?" Mira saja masuk jarum. Bila lagi nak berbual panjang dengan jejaka kacak di hadapannya itu.

" Ayra buang air besar. You boleh tolong cucikan tak?" Orang dah sebuk bertanya aku jawab lah kan. Terus berubah riak wajah mira selepas mendengar permintaan Rafael. Rafael hampir menghamburkan tawanya melihat wajah gadis itu berubah kelat.

" Er...i...i tak pandai lah" Jawabnya gagap. Memang tidak lah kan nak cuci najis baby.

" Okay." Rafael sudah mahu beredar.

" You nak kemana?" Soal mira sambil menarik lengan Rafael.

" Nak cari mak budak ni lah, dah you taknak tolong cucikan." Rafael berkata sambil mengagah si kecil.

" Er..." Mira mati kata.

" Anyway, congratulations! " Sempat Rafael mengucapkan tahniah lalu terus beredar dari situ.Jelas riak kecewa di wajah mira. Dia nak berbual lama dengan Rafael tapi pada waktu yang sama dia tak mahu mengotorkan tangannya.

~~~~

Dua tahun sudah berlalu semenjak kejadian hitam dahulu.Akhirnya kini apa yang di impikan airssa sudah tercapai. Kehidupan barunya yang bergelar ibu sungguh membuatkan dirinya bertambah matang dan penyayang.

Arissa berdiri tegak di hadapan tasik luas di kawasan kampus dengan senyuman kejayaan.Penat melarikan diri dari adam sampai ke sini jadinya.

" Gotcha!" Tubuh arissa di peluk adam dari belakang.

" Hei, apa ni peluk2 orang tengok lah bang." Arissa berkata sambil memukul lembut lengan si suami. Perlahan lahan adam melepaskan pelukkannya.

" Nak peluk pun tak boleh." Adam seakan berjauh hati bila mendengar nada bicaranya di susuli wajahnya yang di masamkan.

Mengadanya!

" Okay2..." Arissa memaut lengan adam semula dengan gaya manja.Tubuh adam di tarik perlahan mendekati bangku batu.Lalu punggung masing2 di labuh di situ.

" Sayang nak cakap sesuatu ni.Pasal rahsia yang sayang cakapkan tadi." Arissa senyum manis. Wajah adam yang masam berubah manis serta merta mendengar isterinya ingin meluah rahsia apa dia sendiri pun tak pasti.

" Ayra bakal dapat adik! suprise tak?" Kataku dengan muka teruja. Adam sudah melopong bagai tidak percaya. Senyuman lebar terlakar dibibirnya.

" Betul ke ni sayang? Alhamdulillah!" Adam terus memeluk arissa di sebelahnya.

Arissa mengangguk perlahan kepalanya.Kegembiraan yang di rasainya itu membuatkan air matanya mengalir di pipi. Tetapi pantas di seka.Tidak mahu adam melihatnya.

" Keluarga kita semakin bertambah , dan sayang harap kasih sayang antara kita juga semakin bertambah ya." Aku berkata sambil di peluk erat oleh adam.

"Ya sayang, Cinta kita adalah cinta suci kerana Allah dan semoga bertambah kasih dan sayang darinya jua." Adam menuturkan kata2 yang indah sekali. Jika bukan kerana cinta dari illahi. Sudah tentu cinta kami tidak menjadi cinta suci bukan.

Sedang asyik berkasih sayang di hadapan tasik kampus. Muncul kereta Ford Mustang dan berhenti di bahu jalan. Turun lelaki kacak dengan si baby girl di dalam dukungannya sambil melangkah kearah pasangan sejoli di hadapan tasik.

" Dah habis buat drama?" Soal Rafael sinis dari arah belakang pasangan sejoli.

" Anak korang berak! Sila cuci sendiri. Aku bodyguard je tau, bukan bibik!" Rafael berkata dengan wajah bersahajanya yang cukup menikam kalbu.

Arissa dan adam menoleh ke sisi kanan masing2 bila mendengar suara yang sangat di kenalinya. Puft! Hampir terhambur tawa mereka berdua melihat wajah Rafael berona merah akibat tersalah memaki hamun orang.

" Blah lah! Kacau je orang nak dating!" Si kekasih sudah berdiri dengan wajah tegang. "Datang2 nak suruh cuci berak anak orang dah kenapa!? Gila?" Mengamuk habis si kekasih. Yang si awek di sisi sudah menahan dan menarik lengan si kekasih supaya bersabar dan bertenang. Suka lah tu kena usap2 dengan si awek.

" Sorry bro..sorry. Aku salah orang." Kata Rafael sambil sebelah tangan mengaru kepala yang tidak gatal dan sebelah lagi tangan sedang mendukung Ayra yang tidak sudah2 tersenyum comel kearahnya.

" Kalau aku dapat mak bapak kau siap dia orang!" Rafael membebel sambil merenung wajah si comel di dukungannya.

Baru tubuhnya ingin berpaling dan melangkah ke keretanya tiba2 ekor matanya dapat menangkap susuk tubuh dua orang manusia sedang ketawa berdekah sambil menekan perut sehingga hilang suaranya akibat terlebih ketawa.

" Damn it" Rafael memaki dengan wajah merahnya bagai lahar gunung berapi menuju ke arah adam dan arissa.

" Dah puas gelak?" Soal Rafael sambil mengetap gigi.

" Raf cutenya muka kau" Arissa berkata dengan sisa tawanya.

" Cute kepala tengkorak kau!" Rafael membidas geram. Mata adam sudah membulat besar memandang Rafael.

" Tak payah nak acah2 marahkan aku sebab tengkorakkan bini kau. Ni ambil ayra sebelum dia melalak. Cucikan berak dia ni. Habis bau taik dia dalam kereta aku" Rafael bersuara serius.

Adam cebik bibir. Ayra di sambut dalam dukungan Rafael. Arissa masih sakan ketawa. Dah kena maki pun boleh ketawa lagi.Sebab makian Rafael tak terkesan langsung pada dirinya.

" Dah aku nak blah!" Rafael bersuara lagi.

" Nak pergi mana?" Soal arissa dan Adam serentak.

" Pergi cerita lain lah. Cerita korang kan dah nak habis ni. Bukan best sangat pun cerita korang ni." Rafael bersuara sinis.

" Eh, dah nak habis ke?" Arissa menyoal sambil memandang adam.Adam hanya menjungkit bahu. Selepas itu mata mereka beralih kepada si Ayra pula. Si kecil itu hanya ketawa comel sambil menghisap ibu jarinya.

" Ba..ba..bai" Tutur si kecil ayra selepas ibu jari di lepaskan dari mulut sambil tangan melambai lambai ke arah Rafael yang sedang berdiri di muka pintu kereta Ford Mustangnya sambil membalas lambaiannya semula.

~~~~~~~ TAMAT~~~~~~

p/s :-

* Akibat kejadian 2 tahun lepas, Arissa yang di tembak di bahagian dada mengalami keadaan yang kritikal. Di mana peluru hampir mengenai jantungnya. Akibat daripada itu, dia koma selama 3 hari tetapi baby masih dalam keadaan selamat sehingga dia sedarkan diri.

* Akibat keadaan kesihatan yang tidak mengizikan.Pengajiannya di tunda seketika sehingga Ayra di lahirkan. Dan kini dia sudah mendapat segulung ijazah sarjana muda.

* Tommy pula di penjarakan atas kesalahan cubaan membunuh dan di hukum penjara 7 tahun.

* Manakala Natasha dan Farid pula sudah bahagia bersama cahaya matanya iman hanani dan mereka sekeluarga telah berhijrah ke negara Norway kerana mendapat pekerjaan yang lebih bagus di sana untuk meneruskan kehidupannya di masa akan datang.

~Sekian saja CINTA SUCI melabuh tirainya, adios and Sayonara guys~

Share this novel

ctctct
2021-04-24 07:27:25 

sungguh menarik cerita ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience