Bab30

Romance Completed 45576

Burung yang berterbangan di pandang sepi dari dalam cermin kafe madu3.Bila sebut madu tiga semua perempuan takut.Sensitif barang kali bila ada bunyi tang 'Madu'.Seram!

Tak tahu lah kenapa kafe ni di bagi nama madu3.Mungkin tuan pemiliknya mempunyai tiga isteri agaknya.

Berbalik kepada cerita asal.

Sehari semalam Natasha berfikir tetang masalah yang di hadapinya.Perkara ini perlu di selesaikan segera. Tangan kirinya mengusap perlahan perut yang berlapik dengan baju blausnya.

Matanya membuang pandang keluar cermin semula.Fikirannya melayang teringat kejadian yang berlaku petang semalam sewaktu di office Adam.

~~~~

Langkah adam yang tergesa gesa mengejar Arissa di pandang serba salah.Dia juga terkejut dengan kedatangan Arissa secara tiba2 itu.Tiada niat langsung untuk meretakkan atau mengucar ngacirkan hubungan mereka berdua.

Ye aku tahu aku salah.Benar kata orang,Tiada gelaran sahabat atau kawan baik dia antara si suami atau si isteri orang kalau berlainan jantina.

Kenapa perlu meluah masalah dengan suami orang? Sedangkan aku punya keluarga? dan aku juga punya rakan dan sahabat perempuan yang lain? Kenapa harus suami orang yang aku cari? and see? apa yang aku sudah buat? mereka salah faham dan bergaduh?

Cukup2 lah dosa yang sedia ada dan jangan di tambah dosa meruntuhkan rumah tangga orang pula.

Nafas di hembus perlahan.

Selepas Adam meluru keluar demi mengejar isteri tercintanya,Mata Natasha terpandang bag kertas yang berada di atas lantai berdekatan pintu pejabat.

Dia bagun lalu mencapai bag kertas tersebut.Matanya membutang besar bila melihat isi di dalamnya.

Arissa pregnant?

Dan ini suprise untuk Adam?

Ya Allah! apa yang aku dah buat ni?

Aku musnahkan hari indah mereka?

Air matanya mengalir lagi, serba salah.Bag kertas di letakkan di atas meja kerja adam.Handbag di capai dan kakinya terus melangkah keluar dari bilik tersebut.

Aku mesti selesaikan masalah aku sendiri.Dan adam tak sepatutnya menghadapi kesukaran sebegini.

Bodohnya kau Natasha!

Maafkan aku Arissa,aku akan perbetulkan semua kesilapan aku ini.

~~~~

Ptik! ptik! Ptik!

Bunyi orang memetik jari mematikan lamunannya.

Natasha tersentak!

" Farid.." Bibirnya menyebut perlahan.

" Lama i berdiri kat sini, you menungkan apa?" Ujar farid sambil melabuh punggung di depan Natasha.

" Kita perlu selesaikan masalah kita segera!" Natasha berkata serius.

Farid sudah mengerutkan dahinya.

" Masalah apa ni? i ingat you rindukan i" Ujar Farid sambil tangannya mencapai gelas air fress oren Natasha lalu menyedutnya.

Natasha tayang wajah geram!

Dia ni tak malu ke? suka hati saja minum air aku!

Annoying!

" Why? angry? " Saja Farid ingin menduga wanita di depannya itu.Wajah Natasha yang merah padam di pandang suka.

" You kena belajar tentang adab farid." Kata Natasha dingin.

" Okey sorry, nak manja pun tak boleh!" Farid menjeling manja.

" Kita kahwin!" Kata2 Natasha yang mengejut itu membuatkan Farid terbatuk serta merta.

" Come on farid, bukan ini ke yang you nak?" Natasha tersenyum sinis melihat farid di hadapannya itu yang sudah memerah muka menahan batuk.

Selepas batuknya reda farid mula bersuara.

" You ada sorokkan sesuatu ke tasha? Kenapa tiba2 nak ajak i kahwin? pelik!" Farid mengecilkan matanya melihat wajah Natasha yang sudah berubah riak.

" Terus terang kat i tasha." Farid dapat menangkap sesuatu.

Natasha menunduk,dia hilang kata2,matanya mula bergenang dengan air mata.

" Are you pregnant natasha?" Farid serkap jarang.Natasha tak akan mudah menyerah jika bukan sebab itu.Dia kenal sangat dengan Natasha.

Kepala Natasha di angguk perlahan.Air matanya jatuh ke pipi.

Farid meraup wajahnya kasar.Apa aku dah buat ni?!

Baru sekarang kau nak fikir farid?

Masa kau shoot a hole dia kau tak fikir pulak?

Sedap kau je lah kau fikir?

" Sorry Natasha, i tak sangka pula boleh jadi macam ni. I akan bertanggungjawab ke atas you!" Farid berkata serius.

" Esok kita nikah!" Natasha mengangkat wajah melihat lelaki di depannya itu.Biar betul farid ni?Gumamnya.

Air matanya yang masih bersisa di oles lembut dengan ibu jari Farid.

" I yang mulakan dan i yang akan tamatkannya tasha." Farid berkata penuh ikhlas di dada.

Natasha teguk liur.Terasa beban di bahunya hilang serta merta.

" Boleh ke esok nikahnya?" Natasha ragu2.

" Boleh aje kalau you okay, dah jangan sedih2" Pujuk Farid lembut dan natasha hanya anggukkan kepala dengan senyuman tipis di bibir merahnya.

~~~~~

Majlis Doa selamat berjalan dengan lancar di kediaman Ibu dan Nenda.Selepas dikhabarkan berita gembira tentang kehamilanku tiga hari lalu Ibu dan Nendalah orang yang paling seronok dan teruja sekali.Terus nak buat majlis kesyukuran.

Sedang elok aku tengah melayan tetamu di meja buffets, muncul lelaki bernama Rafael di depanku.Aku tahu nama dia pun dari adam.

" Adam mana?" Soalnya sambil mata meliar ke sekeliling.Aku perhatikan mamat bajet hensem ni atas bawah.Bersongkok,berbaju melayu dan berkain pelikat?Biar betul mamat ni.

" Kau apahal pandang aku macam tu? Pelik ke tengok aku pakai kain pelikat?" Soalnya dingin.

" Aah pelik sikit, Jarang lelaki macho nak pakai kain pelikat , Erm adam ada kat belakang pergi lah cari sendirik" Jawabku sekadar memerli.

Rafael Asy'ar ! Nama macam tak kena dengan orangnya.
" Eh kau ni nak sindir aku ke apa ni? Nak cakap aku tak macho lah ni? Mesti Adam yang ajar kan?" Songkok di kepalanya di perbetulkan.Jika tadi molek terletak di kepala,kini jambulnya terserlah di hadapan dan songkoknya sudah kebelakang.

Baru aku nak menjawab tiba2 bahuku di peluk dari belakang.

" Aah aku ajar,tapi dengan kau jelah, orang lain tak!" Adam mencelah dari belakangku.

" Bagus lah! laki bini sama naik!" Rafael mencebik bibir.

" Kau apesal datang lambat? tak tahu baca yassin ke apa?" Adam memperli lagi.

" Lorong rumah umie aku ada yassin lah tadi,kau tak nampak ke aku pakai ni?" Adam ketawa berdekah melihat Rafael.Gila! siapa tak kenal dengan Datin Mawar umie kepada Rafael. Degil2 Rafael dengan umie dia memang tak boleh lawan, takut jadi anak derhaka.

Aku di sebelah adam hanya tersengeh saja.Kalau ye pun tak kan sampai berkain pelikat.Kalau terabur kat sini buat naya jek jadi free show.

" Sayang ni lah Rafael, dari MRSM sampai ke landon memang suka pakai kain pelikat kalau pergi masjid atau surau Lawak kan!" Adam sudah tergelak.

Aku yang mendengar sudah melopong.Cerdik pandai mereka mereka ni.Ingat perangai macam setan tak pernah pergi masjid,jejak juga kaki, alhamdulillah.

Laju saja kepala adam di luku oleh Rafael.

" Sakitlah!" Balas adam sambil mengusap kepalanya yang kesakitan.

" Balasan sebab Rose latah! tiga hari tiga malam aku termimpikan dia korek hidung ,Buruk betul perangai!" Rafael mendengus kasar.Tertiber teringat pasal Rose latah. Tiga hari tak jumpa Adam time ni lah untuk dia balas dendam.

Pecah ketawa adam,Semua mata memandang kearahnya.Pantas aku senggol lengannya.

" Slow lah sikit ketawa,malu lah orang tengok" Bisikku perlahan.

Adam memandang padaku dengan sisa tawanya.Terus terbayang imej kak rose latah di ruang matanya. Sungguh pun begitu kerjanya tetap tip top!

" Aku dah kebulur ni! aku nak makan! kau tepi!" Rafael berkata sambil menolak adam yang masih tergelak itu supaya ketepi lantas tangannya terus menceduk segala lauk ke dalam pinggannya.

Tawa adam masih lagi bersisa bila berdebat dengan Rafael pasal Rose latah.Entah aku pun tak kenal siapa Rose latah tu.

Aku hanya melihat dua sahabat itu dengan gelenggan kepala. Perangai macam Haram kalau dah berjumpa!

" Arissa !" Tiba2 namaku di panggil pantas aku menoleh kebelakang.

" Natasha?" Soalku pelik sambil mata memandang kearah adam di bawah canopy.Bila melihat Adam menganggukkan kepala kepadaku bermakna adam lah yang memberitahunya tentang keberadaan kami di rumah ibu dan nenda.

" I nak minta maaf dengan you arissa! i harap you dapat maafkan kesalahan i selama ini." Nadanya kedengaran rasa sangat bersalah.

" Saya dah lama maafkan awak tasha" Jawabku dengan senyuman nipis di bibir.

" Terima kasih Arissa!" Tubuhku terus di peluk erat oleh Natasha.Aku hanya mampu mengusap belakang tubuhnya bila kedengaran esakkan kecil.

"Dah lah tu,jangan lah sedih2...malu orang tengok" Kataku cuba memujuk.Padahal aku juga turut mahu menangis.

Natasha tergelak kecil.Kemudian bibirnya mengulum senyum nipis kepadaku.

" i dah nikah dengan farid" Katanya menunduk.

" When? congratulations!" Balasku teruja.

" Two days ago. I harap pasal i pregnant you dengan Adam saja yang tahu.i'm shy" Natasha menunduk wajah.

" Jangan risau lah.Yang lepas biar lepas.Jom makan!" Aku menariknya menuju ke meja Buffets yang ada pelbagai jenis makanan.

Farid sudah lama joint sekaki dengan Adam dan Rafael sejak kami buat drama air mata tadi.

Kami juga duduk di meja yang sama bersama mereka dengan makanan yang penuh di pinggan.

" Hai Natasha, muka you berseri seri lah i tengok." Rafael mula menegur sapa.

Natasha hanya senyum tipis.

" Eleh! tahu lah pengantin baru!" Sambung Rafael lagi.

Natasha menjeling tajam kearah Farid.

" Why?"Soal farid dengan wajah menyengeh.

" Erm......nampaknya i sorang jelah forever alone!" Rafael mengeluh seakan akan tiada harapan untuk bertemu calon sesuai.

" Kau selayaknya hidup sorang je bro.Takut bini kau mati cepat je nanti nak layan kerenah kau yang mereng ni" Sampuk Adam tidak berlapik.

Semua melopong mendengar kata2 Adam termasuk aku.Mulut!

" Damn you!" kata Rafael dengan serentak Mulut adam di cepuk laju mengunakan tangannya.

" Sakitlah! aku suruh ngurat Rose latah tak nak! jual mahal!" Adam sudah bantai gelak sambil menepis nepis tangan Rafael yang masih ingin memukulnya.

Natasha juga bantai gelak di ikuti aku dan farid.Antara kita orang Natasha saja yang kenal Rose latah selain Adam dan Rafael.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience