Bab 9

Romance Completed 45576

Pagi2 buta aku pelik tengok dia masuk ke dalam bilikku....aku yang nak masuk U..tapi dia beriya kemaskan baju aku ni kenapa?bukan aku duduk hostel pun..aku berulang alik dari rumah je kot...

"Awak buat apa ni?"

"Kemas baju awak.."jawabnya

"Awak nak halau saya ke?"aku gugup...semalam bukan da setuju ke aku masuk U...ni apa citer??

"Saya nak awak pindah masuk bilik saya"ujarnya tanpa menolehku...terus aku duduk bersimpuh di hadapannya....

"Awak serius??"

"Serius lah,dah cepat tolong angkut baju2 awak ni pergi bilik saya,bilik ni boleh jadi bilik belajar awak nanti.."laju saja aku angkut pakaianku ke biliknya...Dia hanya mampu geleng kepala dan ketawa melihat gelagatku..

Selangkah aku masuk ke dalam biliknya betul2 membuatkan aku teruja...mana taknya...da nak setahun kawin baru dapat masuk dalam biliknya...aku ni orangnya dengar kata...kalau orang tak izinkan aku follow je la kan..tak kan nak melebih lebih pulak...aku sedar diri lah...

"Fuyoo...cantiknya..."kalah bilik pompuan weh...cantik sangat susun atur perabut dalam bilik tu...katil saiz king berdepan dengan tv besar...patut pun hidup duduk terperap dalam bilik je dulu...view dari balkoni dia jangan cakap la..cantik giler..siap ada buai tu kat situ dengan meja ngopi...tu la sombong tak nak ajak aku awal2 duduk dalam bilik ni..kan boring ngopi sorang2...

"Arissa,awak tak abis lagi ke membelek bilik saya ni.Awak jangan risau la...saya tak simpan perempuan pun dalam bilik ni..."Laju Aku memandang ke arahnya yang tengah baring kat atas katil....sepantas kilat aku duduk bersila di sebelahnya yang sedang baring...

"Awak cakap apa tadi?"

"Cakap apa?Saya suruh awak Kemas baju awak tu cepat..."Dia tersengeh.Aku mencebik.

"Siapa saya dalam hati awak??"Tetiba aku tanya soalan macam tu da kenapa?Dia memandangku..sepi....beku...

"Hihihi..abaikan la...okey saya kemas sekarang..."aku terus ingin berlalu..orang kata..kalau kita tanya dia tak jawab tu maknanya kita ni bukan siapa2 pun pada dia...ni orang kata la...bukan aku kata...aku sedar diri...Tiba2 tangan aku di gengam kemas.Dia yang baring sudah duduk tegak menghadapku...

"Awak isteri saya Arissa....hanya awak saja dalam hati ni...."dia tunjuk dadanya...aku mula senyum....

"Puas hati tak??"Soalnya..

"Tak!"

"Dah tu..nak macam mana lagi?cium juga karang..dah pergi cepat kemas baju tu..susun cantik2..."Dia sambung baring...ciss..ye..ye aku tunggu dia kiss...dengan lemah longlai terus saja aku kemaskan semua baju dan masukkan ke dalam almari...

~~~~~

Sejak menjadi mahasiswi ni,aku lebih matang dalam membuat keputusan...Adam juga memberi sokongan padu di belakangku....Sekarang Adam semakin kuat cemburu....geli hati kadang2...tiba2 whatsapp masuk...pantas aku melihatnya...

"Hari ni sayang balik sendiri ye...abang ada metting tergempar ni.."Tersengeh aku membaca whatsapp darinnya..."abang"..."Sayang"..hihihi..Puncanya semasa sambutan birthday diriku la 2 hari lalu di kampus...cemburu punya pasal,Dia suruh aku panggil dia abang...mula2 tu geli geleman la..lama2 suka pulak...hihihi

"okey"..aku balas pendek jek..malas nak lebih2..kang meleret yang bukan2...Dia tu bukan betul,nanti abis semua kerja ke laut..

"Hai arissa,tunggu encik abang jemput ke??"tiba2 ada suara menegur ku...aku menoleh...

"Eh,haziq...tadi tengah tunggu,sekarang nak balik da ni.."aku mula bangun..

"Eh,awak balik naik apa ni?kalau awak tak kisah saya boleh hantarkan.."

"No thanks Haziq,tak manis pula nanti orang pandang...bye saya balik dulu"..jawabku sopan...haziq senyum kelat..

Petang tu aku singgah sebentar di Sogo...nak beli barang sikit...tiba2 mataku terpandang kelibat Adam dan Natasha di sebuah restoren...berkerut dahiku...

"Kata ada metting...apesal duduk berdua dengan natasha tu??"hatiku jadi tak sedap...comeon Arissa...kalau kau rasa tak puas hati kau boleh tegur dia orang kot...persoalan kau pasti terjawab...tapi aku kaku berdiri di situ...tak jadi beli barang aku terus beredar pulang...salah aku juga,aku datang sini pun tak minta izin dia...kan da nampak benda tak best....

~~~~~

kepulangan Adam aku sambut macam biasa...letih je tengok muka dia..

"Abang da makan belum?"Soalku

"Dah,abang mandi dulu eh..."ujarnye sambil menciun dahiku...sejuk hatiku seketika...

Malam tu busy betul dia dalam bilik bacaan..aku masuk pun dia tak perasan....

"Abang metting apa petang tadi?"

"Projek baru,tiba2 nak cepat..tu kelam kabut.."

"Oh...lama abang metting,metting katne?"Soalku sambil urut bahunya...

"Mula2 kat office..lepas tu pergi site,and then singgah makan kat Sogo...sorry,sebab sayang makan sorang2 kat rumah..."

"Oh...ist okey.....erm..apa khabar eh Natasha..lama tak dengar cerita die lepas kes ex.husband dia nak rebut anak dia tu.."

Dia pandang aku pelik..

"Tiba2 teringat Natasha ni da kenapa?"

"Saja tanya..."aku jawab mendatar..

"Dia okey..fine...dia menang kes anak dia tu..kalau sayang nak tahu,natasha tu partner projek abang kali ni.."

"Oh Really?"

"Yup!...seronok kerjasama,sebab satu kepala.."Aku gigit bibir..rasa sakit pulak hati ni dengar dia cakap macam tu..

"Erm bagus la...okey la,sayang masuk tido dulu,esok ada kelas awal...good night!"terus aku beredar masuk bilik..Dia hanya mengangguk dengan senyuman...aku??muka aku jangan cakap la....aku sangat cemburu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience