Bab29

Romance Completed 45576

Keriuhan dengan staff2 yang berkerumun di hadapan lif langsung tidak di endahkan oleh adam .Kaki terus melangkah ke arah officenya. Kepalanya masih serabut memikirkan tentang Arissa yang sudah lari entah kemana.

Serabut!

" Tuan Adam!" Suara sarah bergema seketika.Dari kelompok orang ramai sarah cuba menghampiri adam seperti ingin menyampaikan sesuatu tetapi suaranya bagai tersekat di kerongkong bila melihat wajah ketat Adam di hadapannya.

" Ada apa ?!" Soal adam tegas dengan wajah ketat tanpa senyuman.

" Er_" Sarah terkelu seketika selepas melihat wajah ketat tuannya itu.Terus hilang apa yang nak di sampaikannya.

" Aku takde masa lah nak tunggu kau karang ayat. Meeting hari ni cancelkan semuanya!" Suara adam naik seoktaf lalu dia terus beredar masuk ke dalam officenya.

Matanya meliar memandang sekeliling officenya.Bayang natasha tidak kelihatan.

" Mana pulak minah ni pergi? Huh! nanti2 lah aku tolong kau, Masalah aku pun tak selesai lagi ni." Adam segera mencapai kunci keretanya dan iPhonenya.Tiba2 matanya terpandang bag kertas kecil di atas meja kerjanya.

"Ini bag yang arissa bawa tadi."

Tangannya segera di seluk kedalam bag kertas tersebut lalu matanya membutang besar selepas melihat isi di dalamnya.

Bibirnya terus mengukir senyuman.Tak dapat nak di gambarkan dengan kata2 apa yang di rasainya saat ini.Gembira? seronok? nak menangis? dan yang pastinya dia sangat bersyukur.

Alhamdulillah!

Bag kertas comel di tangannya itu di pegang erat lalu dia terus melangkah keluar.

Aku mesti cari Arissa sampai jumpa.

Kenapa saat2 gembira seperti ini perlu ada duka yang melanda?

Sayang jangan lari jauh2 ye, semua yang sayang lihat dan dengar tadi semuanya salah faham.

Adam terus mengatur langkah keluar dari officenya, Di dalam fikirannya hanya ingin mencari Arissa sahaja. Pergerakkan langkahnya yang laju semakin lama semakin perlahan bila matanya menangkap susuk tubuh isterinya yang berjalan sambil menunduk dengan mulut terkumat kamit entah apa yang di bebelkannya itu semakin lama semakin menghampirinya.

Bila tubuh genit itu ingin melintasinya terus saja tangannya mencapai pergelangan tangan isterinya itu.

" Nak kemana ni?" Kata adam sambil menarik tangan isterinya dan tubuh kecil itu terus terpusing menghadap kearahnya.

~~~~

" Ada lagi tak ,nak tanya?" Soal adam sambil memandang tepat ke arah mata Arissa dengan senyuman manis di bibir.

Arissa geleng kepala sambil gigit bibir bawahnya.

" Sekarang dah percaya kat abang?"

" Dah!" Jawab arissa dengan senyuman manis di bibir.

" So? dah boleh lah ni?" Adam berkata sambil menaikkan sebelah keningnnya.

" Tak boleh! " Jawab Arissa sambil menjeling manja.Bukan dia tak tahu maksud adam.Gila!

Tangan Adam semakin mengeratkan lagi pelukkannya di pinggang arissa.

" Siap malam ni! " Kata adam terus mengomol wajah isterinya.Seboleh boleh arissa mengelak.

" Eh baru abang ingat, macam mana sayang boleh ada kat tingkat 15 ni? bukan tadi dah turun ke?" Wajahnya di tarik menjauh sedikit dari wajah isterinya.

" Lif rosak tadi,stuck sekejap,sayang ingat bila lif tu dah ok lifnya dah kebawah rupannya masih kat atas lagi, tu yang tersesat balik ke sini." Arissa berkata sambil tergelak.

" Maksudnya sayang terperangkap dalam lif tu dengan mamat sekor tu eh?" Adam baru teringatkan si Rafael.

" Abang nampak ke mamat tu tadi dalam lif? sayang tak perasan pula dalam tu ada orang"

" Dia kacau sayang tak?" Adam kelihatan risau.

" Dia tu annoying lah" Arissa mencebikkan bibirnya.

" Dia buat apa kat sayang?"

" Ada ke patut dia tutup mulut sayang bila sayang menjerit nak minta tolong.Kurang ajar!" Arisaa sudah kepal penumbuknya.

" Tak guna! RAFAEL!!!!" Jerit Adam sekuat hati.Arissa di depannya sudah menutup telinga dengan kedua belah tangannya.

~~~~~

Asap rokok yang baru di sedutnya itu di hembus kasar sambil badan bersandar di kereta Ford Mustangnya dengan kaki bersilang sambil kepala mendongak memandang bagunan tinggi di hadapannya itu.Tumpang berbangga memiliki teman baik yang sudah berjaya.

Pergerakkan tangannya yang memegang potong rokok terhenti dari menyua ke bibir.

Kelihatan burung2 seakan terkejut lalu terus berterbangan.

" Macam ada orang panggil nama aku je." Katanya sendirian.

" Huh! Perasaan aku je kot" Bibirnya kembali menyedut potong rokok yang masih bersisa.

Smartphone di kocek seluarnya bergetar tiba2.Pantas tangannya menyeluk lalu melihat si gerangan yang mengacaunya itu.

' Adam? '

Terus dia masukkan smartphonenya ke dalam kocek seluar semula.

Sekali lagi smartphonenya bergetar.

" Adoii! apa lagi yang dia nak ni!" Rafael merengus kasar.

Terus saja panggilan di jawab.

Belum sempat dia cakap apa2.

" Woi!! Lahanat !! Kau buat apa kat bini aku tadi dalam lif?? Kau memang nak kena kan dengan aku! Dah lah tadi kau tak tolong aku tahankan pintu lif tu dari tertutup.Kau memang kan, nak balas balik kat aku sebab suruh kau keluar dari office aku tadi kan bla..bla...bla...bla..."

Rafael merenung Smartphonenya sambil mengelengkan kepala.Selepas dua minit berlalu baru dia lekapkan di telinganya semula.

" Apa sial kau bebel! pertama aku dah ampunkan kau sebab halau aku tadi,yang kedua ni aku tak boleh terima, aras 12 ramai awek kepala hotak kau lah! Rose latah tu bukan awek lah sial!" Asap rokok di hembus kasar.Sebelah matanya sempat lagi di kenyitkan kepada awek2 yang lalu lalang di hadapannya ketika itu.

Kedengaran tawa adam pecah bagai mahu bergegar seluruh bagunan.

" Tak payah nak gelak sangat bro, aku tahu kau dah berdamai dengan bini kau kan.Damn you!"

Talian terus di matikan tanpa menunggu kata2 balas dari Adam.Smartphone di masukkan semula ke dalam kocek seluar.

Fikirannya terimbau kejadian sebentar tadi sewaktu di bagunan pejabat Adam.

~~~~

Langkah terus berlalu pergi meninggalkan office adam dengan perasaan geram selepas di halau dengan cara halus tadi.Tak guna adam! Jatuh air muka handsome aku ni depan Natasha.

" Tak kira,aku tetap anggap, kau halau aku adam!"

" Hutang tetap hutang! balas tetap balas!" Kata hatinya dengan bibir mengukir senyuman sinis.

Button lif di tekan turun.

Kata2 adam terngiang ngiang di cuping telinganya.

" Bukan kau nak pergi toilet ke?Kat tingkat 12 ada toilet, awek kat aras tu cun2 tau,boleh lah kau usyar sekali dah alang2 kan"

Rafael koyak senyum.Tubuhnya hilang di balik pintu lif.

" Oleh kerana kau dah bagi aku green light,aku batalkan hasrat untuk balas balik perbuatan kau tadi. Kau di ampunkan Adam!" Rafael senyum teruja.Tak sabar nak tunggu sampai ke aras 12.

Ting!

Kaki terus melangkah keluar.Kelihatan hanya staff lelaki saja yang berlegar di ruang itu dan sepelusuk tempat.

Langkahnya di hentikan bila ada suara lelaki menegur.

" Encik cari siapa?"

Rafael memandang dengan kening sebelah terjungkit.

" Sini bahagian store managment office,encik nak jumpa siapa?" Lelaki itu bertanya lagi.

" Saya nak jumpa staff perempuan,mereka area mana?" Rafael berkata terus terang.Kata adam ramai awek cun2 kat sini batang hidung awek pun aku tak nampak.

Lelaki tu ketawa kecil.

" Staff perempuan tu..." Panjang muncung lelaki itu menghala ke sebelah kanan aku.

Rafael menoleh dan mengecilkan matanya.Kelihatan seorang perempuan gemuk berkaca mata bertudung bawal sedang menghadap komputer dengan jari telunjuk sebelah kiri sedang mengorek hidung?

Membutang mata Rafael.

' Pencemaran mata jenis apakah ini?'

" Tu je staff perempuan kat aras ni encik, kalau nak jumpa kak rose latah tu silakan lah." Kata2 lelaki itu seakan memperli di pendengaranku lalu dia terus beredar.

" Damn hell Adam!" Kata Rafael terus beredar dari situ.

Button lif di tekan naik.Tak sampai berapa saat pintu lif terbuka.

Dia melangkah masuk dan matanya bertembung dengan seraut wajah yang amat di kenalinya.

Bini Adam!

Rafael mengerling kearah wajah putih bersih itu.Kelihatan sungguh gembira sekali ya.Rafael senyum sinis di hujung bibir.

" Kau arissa kan?" Rafael menegur dan dari situlah terbit akal jahatnya.

Adam...adam...apa kau tengah buat dengan Natasha kat office tu?? Tak sabar aku nak tengok drama sebabak kau orang ni..HA.HA.HA!

Jahatkan aku? dengan semyuman sinis di hujung bibir.

Selepas arissa keluar meluru dari perut lif,Rafael terus menuju ke toilet lelaki sambil bersiul gembira.

Selepas membuang hajat dia kembali kearah lif untuk ke tingkat bawah untuk menghisap rokok pula.

Baru dia masuk dan bersandar di dinding lif tiba2 arissa muncul dengan wajah sedih dan terus muluru masuk.

Tak sangka pula drama sebabak dia orang secepat ni.

Mata Rafael bertembung dengan mata helang Adam yang seakan meminta tolong dengannya supaya tahankan pintu lif dari tertutup.

' Sorry bro, aku belum ampunkan kau lagi pasal Rose latah. Pity You!'

Pintu lif terus tertutup rapat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience