Bab22

Romance Completed 45576

Adam hanya memerhati lenggok isterinya yang sedang menyediakan sarapan pagi.Sudah masuk seminggu perang dingin antara kami dan hanya bercakap bila perlu saja.

Terasa macam hidup dengan orang asing saja saat ni.Selesai mencedok nasi goreng ke dalam pinggan dan di hidang kepada Adam,arissa terus bersuara.

" Sayang nak minta izin balik lewat sikit hari ni,sebab ada study group." Sesudu nasi goreng di sua kedalam mulut.

" Erm." Pendek Adam menjawab.

" Thank you." Ceria saja aku membalas.Senyuman saja aku leretkan.Menunjukkan bahawa hati aku gembira dapat balik lewat.

" Dengan siapa je tu? " Adam tak boleh tahan melihat senyuman gembira Arissa bila di beri keizinan.Perasaan ingin tahu membuak buak dengan siapa isterinya akan meluangkan masa sehingga di katakan balik lewat itu.

" Haziq,Ikram,tommy,Shasa,Mira,fina dan Haikal." kataku bersahaja.Kelihatan dahi Adam berkerut seribu.

" Maksudnya berpasangan?" Adam mula menyoal.Wah,selalu sepatah saja dia bersuara,tapi hari ini aku berjaya buat dia bercakap panjang lebar.Hebat kau Arissa! kalau bab kelentong kau lah juara.

Aku hanya jungkit bahu.Suapan nasi goreng di teruskan.Aku berharap sangat lah dia tak bagi aku pergi,sebab memang takda pun study group tu.Aku saja mereka cerita.Sebab nak dengar suara dia semata.

Sebenarnya aku dah tak marahkan Adam,cuma aku malu tak tahu nak mula macam mana.Selama ni adam yang mulakan dulu untuk memujuk.Nampaknya untuk kali ni aku terpaksa mengalah demi Adam yang aku cintai.Salah aku juga sebab tidak mempercayai suami sendiri.

Tapi kalau dia cakap tak izinkan,aku janji aku akan pujuk dia terus lepas ni.Please say no adam!

" Abang tak izinkan!" Terkejut terus aku.Sampai terpelanting sudu di tanganku jatuh ke lantai bila dia tiba2 bersuara tegas.Yes! Ini lah Adam aku!

Aku senyum manis kepadanya.Tetapi jelingan yang aku dapat.Hampeh betul!

Adam sudah bagun ingin beredar,pantas aku memanggilnya.

" Abang.." Saja aku lunakkan suaraku.Adam menoleh sekilas.

" Erm,ada apa lagi? kan abang dah cakap abang tak izinkan" nada adam sedikit tegas.

" Sebenarnya,sayang nak minta maaf,Sorry." Kataku dengan wajah di comelkan.

" Penatlah bergaduh lama2." Rungutku lagi.

" Huh! Tahu pun ! " Adam ukir senyuman sinis di hujung bibir.Tangan kanan adam aku raih lalu aku kucup.

" Ampunkan sayang eh" Rayuku.Sungguh aku terlalu kebudak budakkan.Cemburu buta tak bertempat.

" Okey abang akan maafkan,tapi dengan satu syarat" Terukir senyuman nakal di hujung bibir adam.

" Apa dia?" Tanyaku pendek.

" Abang rasa 5 minit cukup ni kalau kita ehem2" Kata adam sambil tersengeh.Mataku sudah membulat besar bagai tidak percaya.Biar betul laki aku ni?Dah lah pagi ni aku ada kuliah pukul 9,dia pun dah nak masuk kerja.

"Hahaha,abang gurau jelah"

Cup!!

Bibirku di cium sekilas oleh adam.Terkebil kebil aku seketika dan akhirnya terukir senyuman manis di hujung bibirku.

" Dah lewat ni, jom gerak abang hantarkan" Katanya terus meninggalkanku.

" Eh,kejap2 sayang kemas dulu meja ni" Kataku terus tergesa2 mengemas pinggan kotor ke sinki lalu terus keluar mendapatkan adam yang sudah berada di dalam kereta.

~~~

Natasha merengus marah.Keluar2 rumah sudah terpacak wajah jantan tak guna ni di hadapan pintu rumahnya.

Tetapi dia hanya mengendahkan dan terus berjalan meninggalkan farid di situ.

" Natasha! i nak you fikir masak2 pasal cadangan i tu" Farid setia mengekori langkah Natasha sehingga wanita itu berdiri di sebelah keretanya.

" You ni tak faham bahasa ke? Dah kira untung i tak buat report polis pasal you rogol i tau,Tolong berambus! jangan ganggu i lagi!" Natasha semakin naik angin.Tak faham bahasa betul jantan ni.

" I still love you tasha,please give me one more chance" Farid tidak mahu mengalah.Kesilapan terbesar yang dia buat adalah menceraikan tasha sedangkan dia mencintai lagi bekas isterinya itu.Semua kerana amarah mengusai dirinya.

" Please fikir demi Alesya," Natasha merengus kasar bila farid mula melibatkan anaknya pula.

" Dulu you curang dengan i you tak fikir pula pasal Alesya?Kenapa baru sekarang?!" Jerit Natasha bengang.

" Dulu i curang sebab i fikir you masih cintakan Adam, ego i tercabar bila tengok you berbual mesra dengan adam,i cemburu! i tahu dulu i silap,i terlalu ikutkan perasaan." Nada farid berubah kendur,seakan bersedih dengan khilafnya.

" For your information yes! i cintakan adam! dan you boleh berambus!" Rasa bagai pasir melekat di tekak selepas menuturkan ayat tersebut.Pintu kereta di hempas kuat oleh natasha.Pantas enjin di hidupkan,kereta Suzuki swiff berdesup membelah angin.

Air mata Natasha jatuh membasahi pipi.Dia tidak pasti kenapa dia bersedih dan terasa perit di hatinya.Dia dapat melihat wajah kecewa Farid selepas dia memberitahu yang dia cintakan Adam.Sebenarnya dia sendiri confius dengan perasaanya sendiri saat ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience