Bab35

Romance Completed 45576

Klatak!

Pintu bilik di buka perlahan.Kelihatan seorang lelaki melangkah masuk sambil membawa dulang berisi makanan dan minuman.

Bila melihat lelaki tersebut terus aku duduk dibirai katil.Wajahnya aku renung tajam.

" Eat!" Tommy bersuara tegas.Jika sebelum ini sewaktu di kampus, aku suka dengan perwatakkannya yang baik dan sopan tetapi tidak sekarang.Tegas dan beku.Dua personaliti yang berbeza.

Dulang makan di letak di meja kecil di tepi katil.Kelihatan plate yang berisi nasi putih, sayur kailan ikan masin,ayam masak lemak dan sambal belacan! serta segelas fress oren dan segelas air apa aku tak tahu.Warnanya gelap tidak menyelerakan.Aku telan liur melihat lauk di plate.

" Eat!" Ulangnya sambil memandangku.

" I tak nak you mati kebulur kat sini, Because i want to live with you later" Sambungnya.

" But,i don't want! " Jawabku jujur sambil memalingkan wajah.

" Jangan degil arissa, sekurang kurangnya you makan untuk diri you.Dan_" Kata2nya tidak di habiskan.

" Dan?" Soalku sambil memandangnya semula.

" Dan i nak you minum air tu!" Bibirnya memuncung ke arah gelas yang berisi air berwarna gelap itu.

" Eeuuwwww,air apa tu? tak nak lah!" Bantahku dengan membuat memek muka jijik.

" Air itu akan membuktikan yang you betul2 mengandung atau pun tidak." Tommy berkata sambil melabuh punggung di kerusi.

" I akan makan nasi, tapi i tak akan minum air itu. Sorry! dan buat pengetahuan you, i memang betul2 mengandung!" Balasku sambil tubuh merapat ke tepi meja kecil.

Wajah Tommy tidak beriak selepas mendengar bicara arissa.

" You tak bubuh racun kan?" Aku menduganya.Dan aku sangat berharap makanan ini tidak beracun, kerana perut aku kosong sejak siang tadi lagi dan hanya memakan roti bakar sahaja sewaktu breakfast.

" Makanlah, i belum kejam lagi sampai nak bubuh racun dalam makanan you." Jawabnya dingin.

" Err, halal ke ayam ni?" Soalku sambil mengangkat seketul ayam masak lemak di dalam plate.

Tommy meraup wajahnya dengan sebelah tangan.Macam hilang sabar saja gayanya.Aku tanya saja.

" Don't worry, honestly i am a muslim." Jawapan darinya membuatkan aku terngadah.Mataku yang membulat besar membuatkan tommy tersenyum sinis.

Pinggan aku letak semula di dalam dulang.

" I terus rasa kenyang bila dengar jawapan you tadi.Sejak bila you tukar agama?" Entah kenapa aku teruja.Ya, sebab bertambah lagi seorang umat nabi muhammad mesti lah aku gembira kan.

" Makan arissa, lepas tu minum air herba tu, tentang i, itu semua tak penting." Tommy mendesakku.

" Penting ! sebab i tahu you baik, dan you akan lepaskan i, right?" Kataku bersemangat.

" Then?" soalnya.

" Then..i.bebas dan hidup normal,esok boleh jawab paper exam,dan dapat jumpa adam semula!" Keterujaanku tanpa sedar mengundang amarahnya.

Secara drastik tubuh lelaki itu bagun dari duduknya sehingga kerusi terjatuh kebelakang.Wajahnya berona merah.Aku yang sedang duduk di birai katil terkejut dengan tingkahnya itu.Aku salah cakap ke tadi?

" Kalau you nak tahu i bukan lah baik sangat." Katanya sambil mengetap rahangnya.

" Dan i akan lebih jahat bila you sebut nama adam!" Jerkahnya dengan wajah tegang.

" Ta_tapi, dia suami i !" Terketar ketar aku menjawab.Tommy melangkah menghampiriku.

" You minun air ni arissa!" Gelas air herba yang di katakan tommy di sua ke bibirku.

" I tak nak!" Balasku tegas.Muka di palingkan.

" You jangan degil arissa! macam yang i cakap tadi, i bukannya baik sangat! i nak kandungan you tu gugur! minum air ni arissa!" Desaknya sambil mencengkam rahangku supaya bibir yang aku kemam itu terbuka luas.

"Uummppp...Uummpp...ummtaanaa..
ummtanakk!!" Jeritku dengan bibir di kemam rapat sambil meronta ronta dengan linangan air mata.Tidak ku sangka tommy sekejam ini.Sanggup dia hendak mengugurkan kandungan aku!

Gelas di tangan Tommy aku tepis kasar dengan wajah bengis.Separuh isinya tertumpah ke lantai.

" I tak nak sakiti you arissa, tapi you yang paksa i buat macam ni!" Marahnya sambil menampar pipi kananku.Terteleng kepala aku kekiri.

" Kau gila!" Jeritku dengan makian.

Pang!

Sekali lagi pipi kiriku pula di tampar.Terteleng kepalaku ke kanan.Air mata yang merembas keluar aku seka.

" Minum ni!" Desaknya sambil menuang air herba bila bibirku terbuka kejap.Pantas aku menepis nepis dan ludahkan semula bila ada yang terlepas masuk ke dalam mulut.Habis mukaku lencun.

" I akan pastikan zuriat adam mampus dulu, selepas itu baru i bunuh dia! " Tommy ketawa jahat.Kepala arissa di tarik kehadapan dan Sekali lagi bibir gelas di sua kebibir arissa supaya isinya di telan habis.

Pranggg!

Gelas jatuh berkecai di lantai bila tiba2 ada satu tendangan hinggap di tangan tommy.

" Tak guna! berani kau sentuh arissa aku!" Suara garau itu membuatkan aku kembali bernafas secara normal.Mataku bergenang melihat susuk tubuh yang sedang bergelut dengan tommy saat ini.

Adam!

Habis muka,badan,perut tommy di tumbuk dan di tendang oleh adam.Mukanya yang separuh pecah akibat di belasah adam telah mengeluarkan cecair merah.

" Jantan sial!" Maki adam sambil melepaskan tumbukkan padu di bawah rahang tommy.Tersembur darah pekat dari mulutnya.Selepas itu buku lima adam tepat di tala ke wajah putih bersih tommy.

Prakk!

kedegaran bunyi tulang hidung patah.Tubuhnya yang lemah dan tidak berdaya terus terjelepuk di atas lantai.Pantas adam berlari mendapatkanku.

" Sayang! sayang okay tak ni? dia cederakan sayang ke? baby okay kan?" Adam risau melihatku.Wajahku di raba sehingga ke perutku.Air mataku mengalir deras.

" Sa_sayang okay" Jawabku terketar lalu tubuhku di bawa kedalam pelukkan adam.

" Sorry sayang abang lambat" Lirih suara adam.

" Jangan menangis sayang, abang ada." Pujuknya lagi.

Sungguh dia rasa bersalah atas apa yang berlaku kepada arissa.Semua berpunca daripadanya.Jika bukan kerana dia,arissa dan baby tidak akan berada dalam bahaya seperti ini.Dan dia tidak akan memaafkan dirinya sendiri andai sesuatu yang buruk berlaku kepada arissa dan bakal cahaya matanya.

Dan sekarang dia bersyukur kerana arissa berada dalam dakapannya.

" Abang" perlahan suaraku sambil mengukir senyuman kepada adam.Tiba2 anak mataku tertangkap susuk tubuh yang bersusah payah untuk duduk di belakang adam sambil memegang sepucuk pistol dan menghalakan kepada kami.Adam yang membelakangkannya tersenyum melihatku.

" Pergi mampus lelaki tak guna!" Tommy bersuara sambil melepaskan satu das tembakkan.

Bang!

Pantas tanganku menolak tubuh adam ketepi dan puluru yang laju terus membenamkan dirinya ke tubuhku dan hampir mengenai dada.

Mata Tommy terus membulat besar.Bukan itu yang dia mahukan.Sepatutnya peluru itu menembusi tubuh adam dan bukan arissa!

" Sayang!" jerit adam lantang bila melihat tubuh arissa rebah di hadapan matanya.Pantas dia menerpa ke arah tubuh genit itu lalu di raih ke ribanya.Kepala arissa di pangku.Baru dia ingin berpaling kearah belakang tiba2 bunyi tembakkan melalui di deria pendengarannya.

Psup! psup!

Dua tembakkan tepat di lepaskan Rafael ke tubuh Tommy bila dia melihat lelaki itu cuba melepaskan tembakkan buat kali yang kedua dan tembakkannya tepat mengenai dadanya.Tubuh lelaki itu terus pengsan rebah ke lantai.

" Adam! Arissa!" Rafael berlari menghampiri adam.Silap dia kerana terlambat jika tidak arissa tidak akan terkena tembakkan si bedebah itu.Nadi arissa terus di kesan.Masih berdenyut lemah.

" Kita kena segera bawa arissa ke hospital sekarang!" Arah Rafael.

Adam sudah mengalirkan air mata jantannya.

" Sayang bertahan!" Adam terus mencempung tubuh arissa untuk di bawa pergi.

" Jika berlaku apa2 kepada arissa,aku nak lelaki itu mati!" Pesan adam kepada Rafael.Dia tahu yang peluru Rafael hanya lah ubat pelali. Tommy tak guna itu hanya sekadar pengsan.

Rafael hanya telan liur mendengar kata2 dari adam.Kepalanya terpaksa di angguk perlahan.Adam versi ini sangat mengerunkan dirinya.

~~~~

Rintisan hujan yang membasahi bumi seperti mengerti perasaan hati yang di landa adam saat ini.Pandangan matanya melebar ke luar jendela bagunan Andorra women & children hospital.

Tiada lagi air mata yang dapat di keluarkan.Jika orang cakap dia lelaki cenggeng dia terima dengan rela hati asalkan arissa dan zuriatnya selamat.

Tapi kini air matanya kering dan kontang.Sinar hidupnya bagai terbang meninggalkannya bila berlaku perkara sebegini kepada arissa dan zuriatnya.

Dia lebih rela di tembak jika begini jadinya.

Bahunya di sentuh perlahan dari belakang.

" Sabar bro!" Rafael bersuara lemah.

" Kau kena kuat!" Sambungnya lagi memberi semangat.

" Aku tak kuat" Lemah Adam menyahut.

" Hujan tak akan turun selamanya,dan pasti ada sinar mentari yang akan muncul di kemudian hari, Sabar...dan percayalah." Rafael bermadah.

Adam hanya kaku dan diam seribu bahasa.Hujan yang merintis semakin lebat mencurah curah membasahi bumi.

Jika sebelum ini dia dapat melihat senyuman dan gelak tawa arissa tapi tidak kini.Warna warni kehidupan dia hilang di bawa angin lalu.

Masih adakah sinar di masa depannya kelak?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience