Bab31

Romance Completed 45576

Tinggal lagi beberapa minggu saja lagi aku akan tamatkan pengajian di UITM ini.Dan sekarang adalah saat2 penentunya untuk masa depan aku.

'EXAM'

Tak suka tapi terpaksa.Mira selalu memerliku, tak suka exam tapi setiap sem dapat anugerah dekan. Citt!

Aku hanya senyum senget.Mungkin rezekiku.

Rahsia tentang kehamilanku masih tersimpul rapi.Lambat laun pasti mereka akan tahu jika bentuk tubuhku ketara sekali perubahannya,jika tidak,Alhamdulillah lah.Takdelah aku nak kena sesi bersoal jawab dengan minah dua ekor tu.

Hari ini aku lambat sikit keluar sebab singgah surau kampus untuk menunaikan solat asar dahulu,jika di tangguh takut terlewat pula dengan jalan Jem di waktu petang orang2 sebuk berpusu pusu hendak pulang ke rumah.

Bag di seluk lalu mencari iPhone pemberian Adam di hari Ulang Tahunku sewaktu di kampus ini dahulu.Selang dua hari kemudian Oppo Smartphoneku seakan merajuk lalu membenamkan dirinya ke dalam lubang najis!

" Aduh! time2 macam nilah dia nak kong!!" Rungutku sambil memerhati skrin telefon bimbitku yang sudah gelap.

" Harap2 lah Adam dah tunggu kat depan" Ngomelku sambil meneruskan langkah.

Entah kenapa aku rasakan diri ini bagai di ekori.Bila aku toleh kebelakang kelihatan tiada orang.

Gulp!

Terus aku lajukan langkah.Area Surau petang2 begini memang lengang dari orang ramai,sebab masing2 dah balik ke hostel.

Mata aku melilau memandang kekiri dan kekanan.Haih! Apahal macam aku sorang je penghuni dalam kampus ni?

Akhirnya sampai juga aku di bahu jalan.Ada lah dua tiga orang pelajar sedang asyik dengan aktivitinya.

Naluri aku kuat mengatakan masih ada orang yang mengekori dari belakang.Dan semakin tepat bila aku terpandang figura manusia memakai hooded jacket jauh beberapa meter di belakangku.

Pantas aku berjalan menuju kearah bas top bila bayang kereta BMW tidak kelihatan dan hanya kereta Ford Mustang yang tersadai elok di bahu jalan.Cantik seh kereta ni!

Sedang aku kalut melangkah tiba2 bahu aku di sentuh dari belakang.

Terhinjut bahuku keatas akibat terkejut yang bukan calang2 punya terkejut.

" Allahu akhbar!" Kataku sambil mengurut dada bila kepala di toleh kebelakang hanya wajah berkerut Rafael memenuhi ruang mataku.

" Apahal ni? macam kena kejar hantu je?" Rafael berkata sambil mata memandang sekeliling.

" Awak ni buat saya terkejut jelah!" Marahku dengan wajah masam.

" Eh, aku pulak yang kena? Aku panggil kau bagai nak rak tadi apehal tak dengar? dah pekak ke sejak mengandung ni?" Bila mulut dia dah bercakap memang menyakitkan hati!

Eh? dia ada panggil nama aku ke? apesal aku tak dengar?

Aku geleng kepala.

" Kenapa awak ada kat sini? Mana adam?" Aku memandangnya hairan.

" Kau tak baca whatsApp adam ke?" Soal Rafael geram.Nasib baik lah aku ada area dekat2 sini,kalau jauh tak hingin aku nak tolong pick up bini Adam ni.

" Alamak, bateri phone saya kong lah" Jawabku sambil menepuk dahi.

" Kau ni takde powerbank ke? Tolong lah eh jangan slow sangat.Bahaya kalau telefon kau tak aktif kalau jadi apa2 perkara tak baik.Sapa susah? Adam juga yang susah,lepas tu aku kena tempiasnya sebab dia minta tolong kat aku." Aku hanya melopong mendengar bebelan dari Rafael seperti Pakcik bawang.

" Dah abis?" Soalku sinis.

" Belum! apahal kau macam kalut sangat je tadi?" Rafael bertanya sambil kami melangkah ke Ford Mustangnya.

Haih! kereta dia rupanya.Ingat kan kereta siapa lah tadi terpacak kat sini.

" Er_" Aku memandangnya sambil berdiri di sebelah pintu penumpang.

" Masuk dulu,kita cerita kat dalam kereta" Rafael berkata tiba2 sambil matanya memandang bagunan fakulti di belakangku.Bila aku menoleh tiada siapa yang kelihatan.

" Dah masuk cepat!" Arahnya tegas.Aku hanya mencebik bibir lalu terus memboloskan diri kedalam perut kereta.

Kereta Ford Mustangnya terus laju meluncur di atas jalan raya.

" Kenapa tadi?" Soal Rafael memulakan bicara.

" Entahlah,rasa macam di ekori je tadi, Perasaan saya je kot" Aku menjawab sekadar menyedapkan hati sendiri.

" Ingat pesan aku, telefon tu kena sentiasa aktif and full batery. Lepas ni kalau ada apa2 call adam atau aku,ni nombor aku!" Kata Rafael sambil menyerahkan sekeping card.

Aku hanya menyambut sambil merenung card tersebut dengan wajah tak berperasaan.

" Save nombor aku tu, mana tahu berguna kelak." Rafael bersuara serius.Aku menjeling kearahnya.

" Ingat pesan aku, kau tu mengandung, jaga diri baik2. Lagi satu, kau ni ada musuh ke kat kampus?" Rafael saja memancing.

" Eh! mana ada!" Kataku dengan wajah masam.

" Kalau takde bagus lah! kalau rasa ada orang yang menganggu kau bagi tahu adam, jangan sorok" Nasihat Rafael lagi.

" Erm" Jawabku pendek dan malas.

Terus teringat tentang Haziq yang sering memaksaku menerima cinta dia.Dan semalam lelaki itu memaksaku menerima coklat cudbury berpapan papan darinya.Citt! dia ingat aku ni hantu cudbury agaknya.

Dan akhirnya coklat tersebut aku sedekah kan kepada mira dan fina.Suka betul minah dua orang tu.Alhamdulillah hari ni sihat walafiat budak dua orang tu hidup normal.

Kereta yang di pandu Rafael sesekali memotong seperti pelumba pro je di atas jalan raya.

Aku sedikit terpegun dan teruja.Kalau naik kereta dengan adam fuhh romantiknya lahai, keretanya bergerak macam nak tolong tekan kan pedal minyak je.

" Apahal kau ni? muka teruja sangat?" Soal Rafael pelik sambil mengerling arissa di sebelahnya.Kalau awek lain mau kecut perutnya.Minah ni perut ada isi pun relaks jek.

" Pertama kali naik kereta orang bawa laju." Aku berkata jujur.

Rafael sudah bantai gelak.

" Adam bawa kereta macam siput ke?"

" Tak! tapi macam kura2" Aku sengeh tayang gigi.

Rafael yang mendengar jawapanku hanya mendengus kasar.

" Lebih kurang lah tu,siput dengan kura2.Dua2 lambat!" Balas Rafael.

" Tapi kura2 baik hati, tak macam arnab,sombong!" Bidasku.

Aikk??

Berkerut dahi Rafael.

" Kau cerita apa ni?" Soal Rafael blur.

Aku blur ke bini adam yang blur?

Aku tergelak kecil.

" Apa2 jelah!" Balas Rafael malas nak layanku.

Kereta terus di pecut laju.Seronok betul aku macam anak kecil.

" Dah sampai! Naik atas,masuk rumah terus kunci pintu, ke nak aku hantar sampai atas?" Soal Rafael prihatin.Kalau ada awek atau bini mesti cared abis ni.

Aku geleng kepala.

" Sampai sini pun dah cukup.Terima kasih ya" Kataku terus keluar dari kereta.

" Betul ni?" Soal Rafael lagi.

" Betul! dah balik2.." Kataku seakan menghalau.

" Okay take care,aku blah dulu!" Kereta terus di pecut laju.

Aku terus melangkah menuju ke rumah sambil mengeleng kepala menerima layanan baik dari Rafael.Haihh siapa lah yang beruntung jadi teman hidup kau si jejaka annoying hahah.Tak sabar aku nak tahu.

~~~~

Krekkkk

Bunyi pintu di buka kedengaran sangat menyeramkan.Aku cepat2 berselubung di bawah comforter.Dah lah hujan lebat menggila di luar waktu ini.Lagi2 jam sudah mencecah angka 12 malam.

Adam cakap dia balik lewat.Baru je lepas mesej bersama dia.Sekarang siapa pula yang membuka pintu bilik utamanya???

Terkebil kebil mataku sambil tubuh mengerekot di bawah comforter.Peluh halus sudah merembas keluar.

Terkumat kamit mulutku membaca doa.

Tiba2 comforterku di rentap kuat.

" Arghhhhhhhhhh!!" jeritku nyaring.

Pantas mulutku di tekup dengan tangan sasa itu.Lampu yang malap membataskan penglihatanku.Pelik! tadi lampu elok je terang ni dah malap?

" Umphhh..Umphhh..." Aku meronta minta di lepas.

" Shuhhhhhh....." Suara itu memujukku.

Tubuhku sudah di tindihnya.

Bau ni? Yes! bau ni aku kenal!

Adam??

" Adammm!!!!" Jeritku bila tangan itu sudah melepaskan tutupan di mulutku.

Kedengaran tawa adam pecah.

Peluh di dahiku aku kesat kasar.Nafas yang turun naik aku cuba stabilkan.

" Sorry sayang!" Katanya sambil tersengih.Lampu kembali terang.

" Tadi cakap lambat lagi nak balik! Sayang takut tahu tak!" Wajahku yang masam sudah mula sebek mahu menangis.

Cepat2 adam menghampiriku dan memelukku.

" Sorry..." Pujuknya.

" Tak lawak okay" Kataku sambil menumbuk numbuk dadanya.

" Sorry dear,abang gurau je,tak sangka pulak sayang takut" Wajahku di cium bertalu talu.Tanganku yang sedang menumbuknya di tangkap lembut.

"Pergi lah sana!" Aku menolaknya kuat.Tergolek dia ke lantai.Purff!

Hampir tergelak aku, tapi aku tahan.

" Adoii, sakit sayang" Katanya terus bangun sambil mengosok punggung.

" Padan muka!" Jawabku terus berselubung di bawah comforter.

Adam mengetap rahangnya lalu terus menceroboh masuk ke dalam comforter.

Menjerit aku bila tangan sasa itu mula merayap di seluruh tubuhku.

" Jangan lah! abang tu dah lah busuk, pergi lah mandi!" Jeritku geram sambil menepis tangan gatal adam yang sudah meraba sampai ke dadaku.

" Sikit je.." Rayunya dengan muka kasihan.Habis bibirku di pagut dan di lumatnya.

Jika tadi aku menolak tapi tidak sekarang.Walaupun di balik comforter aku masih dapat melihat senyuman nakal Adam yang sedang merenung wajahku penuh kasih dan sayang.

i love you Adam!

~~~~

Aku berlari tanpa menoleh kebelakang.Yang pastinya aku hanya ingin sampai di samping susuk tubuh yang aku sayangi itu.

" Akhirnya kau sampai juga arissa! " Suara itu muncul di belakangku. Pantas aku menoleh kebelakang.Kelihatan seorang lelaki memakai jaket berkerudung di kepala bersama mask menutup wajahnya.

" Ka_kau si_siapa?" Soalku gagap.Peluh di dahi aku lap dengan lengan baju.

" Kau tak kenal aku Arissa? Aku lelaki yang mencintai kau separuh mati" Jawab lelaki bertopeng itu.

" Bukan! Lelaki yang cintai aku Adam! Kau lepaskan adam!" Jeritku sekuat hati.

Adam di hujung sebelah kiriku tertunduk lesu di atas kerusi sambil di ikat seluruh tubuhnya.Tiada pergerakkan langsung,hanya nafasnya saja kedengaran lemah.

" Kau buta Arissa! Buta mata dan buta hati!" Jerit lelaki bertopeng itu marah.

" Aku tak buta! tapi kau yang gila! aku tak kenal kau! lepaskan suami aku! lepaskan suami aku!" Jeritku kuat.

Tanganku di rentap kuat lalu di tarik melekat di tubuh lelaki bertopeng.

Oleh kerana jijik dengan sentuhan itu terus aku meludahnya.

" Puihhh! Kau tak layak sentuh aku! lepaskan aku! lepas kan aku!" Jeritku lagi sambil meronta kuat.

Aku di renung tajam dengan sepasang mata itu.

Tangannya bertindak kasar mengesat air ludahku di wajahnya lalu di jilat di sebalik topeng wajahnya.

Aku yang melihat bagai mahu termuntah.

Slurpppp!

" Sedap sayang" Katanya sinis.

" Lepaskan aku! lepas!!!" Sekali lagi aku menjerit kuat bagai mahu tercabut anak tekak di buatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience