Bab24

Romance Completed 45576

Jam di tangan, aku kerling seketika,sudah pukul 5 petang,mana pula si Adam ni? batang hidung pun tak nampak. Janji suka di capati betul lah.

Aku mendengus marah.Sejak dua menjak ni aku cepat betul naik angin.Nak kata period tak juga.Dah lewat 2 minggu ni.

" Hai sorang je ke?" Haziq menegurku.Dah nampak aku sorang lagi mau tanya.

" Erm." balasku pendek.Jelas di situ aku tidak menyenangi kedatangnnya.

" Tunggu suami ke? lambat betul suami awak jemput ye,dah lah panas petang ni,kalau saya awal2 saya dah tunggu awak." Haziq saja ingin menduga mood Arissa.Biar bertambah panas hatinya menunggu sang suami yang tidak berkunjung tiba.

" Takpa,saya sanggup tunggu dia,maybe jalan jem kan manalah tahu" Jawabku dengan senyuman bagi menutup emosi yang ingin meletops sebentar tadi.

" Itu yang saya suka dengan awak,seorang yang penyabar" Haziq senyum manis.Sesekali matanya merenung tajam ke tubuh Arissa.

Kau tak kenal aku luar dalam lagi dah cakap aku ni penyabar.Hebat kau Haziq.Aku senyum sinis melihatnya.

Dari kejauhan sebuah kereta BMW menghampiri kami.Aku mengukir senyum.Gembira sungguh!

Tetapi tidak bagi haziq.Kedengaran dia mendengus kasar.

" Ingat Arissa! awak tetap akan jadi milik saya!" Katanya dengan wajah serius lalu terus beredar.

Aku terkaku seketika.Apa maksud dia?

Pin! Pin!

Bunyi hon kereta menyentakkanku.Pantas aku memboloskan diri kedalam perut kereta BMW Adam.

" Sorry sayang, abang lambat, jalan jem! " Kata Adam terus mencium pipiku.

" Takpe,sayang faham" Kataku perlahan.

" Jom pergi makan,mesti sayang dah laparkan." Adam berkata sambil memecut keretanya.

Tapi fikiran aku masih memikirkan kata2 haziq sebentar tadi.Apa kena dengan haziq tu?Gila ke apa? Tak faham2 lagi ke yang aku ni sudah berSUAMI!

Hidangan Ikan siakap stim,kailan ikan masin,tomyam seefood, Udang goreng butter dan kerabu mangga sudah terhidang didepan mata.

Entah sejak bila aku sudah berada di kedai makan pun aku tak sedar.Tulah padahnya asyik mengelamun.

Selalunya aku lah orang pertama yang akan serang dulu makanan tersebut,tetapi tidak kali ini.Adam memandangku hairan.

" Sayang ada masalah ke? " Soalan adam mematikan lamunanku.

" Er_" Lidah aku kelu.

" Hairan, Selalu tak macam ni pun.Kenapa lepas lunch dengan_er siapa nama budak lelaki tu,lupa pulak,terus lain je ni?Why?" Adam merenungku.

Aku melepaskan keluhan berat.

" Berat sungguh masalahnya tu.Kuat betul bunyi keluhnya." Kata adam lagi lalu terus membaca doa makan dan terus menyuap makanan ke dalam mulutnya.Sejujurnya dia yang lapar sebab tak keluar lunch tadi,biskut kering saja yang di bedalnya sewaktu di office.

" Haziq cakap dia suka sayang" Selepas mendengar kata2ku serta merta Adam tersedak.Pantas gelas air kosong di sebelahnya di capai.Belakang tubuhnya aku urut perlahan.

" Makan tu pelan2 lah,gelojoh betul!" Kasihan pula bila melihat wajah adam berubah merah.Sakit kan tersedak.

" Salah sayang lah,ada ke cakap ada orang suka sayang,nasib tak tersembur nasi tadi." Adam menjeling kearahku.

" Amboi,tak boleh ke ada orang nak suka? ingat abang sorang je ke ada peminat? sayang pun ada lah!" Bidasku lalu terus menyuap kerabu mangga.Erm sedapnya.Sepinggan kerabu mangga aku hadap seorang.

" Memang tak boleh pun , sebab sayang hak abang sorang!" Adam berkata tegas.Matanya terpaku melihat Arissa menyuap kerabu mangga ke dalam mulut sehingga habis.

" Eh?Sayang habiskan sorang kerabu mangga tu?" Adam terkejut melihatku.

" Sedap lah bang,Oder kan lagi boleh tak? Tapi tak nak kongsi tau!." Kataku dengan nada manja.

" Makanlah nasi tu,nanti sakit perut macam mana?" Kata2 adam membuatkan aku terasa hati.Entah kenapa hati aku jadi sayu tiba2,jarang aku nak mengada macam ni.Air mataku sudah bergenang di tubir mata.

" Okey..okey...jangan lah menangis,abang oder lagi dua pinggan okey." Selepas mendengar kata2 adam serta merta air mata yang bergenang di tubir mata hilang bagai di sedut.

Kali ni kesemua lauk terpaksa adam habiskan semua kerana Arissa hanya menginginkan kerabu mangga sahaja.Menyesal pula oder banyak2,Selalu Arissa ni pantang nampak makanan laut,Mesti di lahapnya,tetapi tidak kali ini.Perubahan hormon barangkali.Perempuan kan anginnya berubah ubah.Mengada! hehe

~~~~

Tangan Alesya yang berada di gengaman tangan Farid,natasha tarik perlahan.Kini giliran dia pula menjaga Aleysa sehingga hujung minggu.

" You tak nak masuk dulu ke tasha? Lepaskan waktu magrib dulu" Farid memberi cadangan.

" I magrib kat rumah je,Alesya salam papa cepat!" Kata Natasha dingin dan ingin segera beredar.

Selepas si anak bersalam,tubuh kecil itu terus masuk kedalam kereta.

Baru Natasha ingin menutup pintu kereta tangannya di tarik lembut.

" Are you okey? Kenapa pucat je muka you ni?" Soal Farid risau.

" Bukan masalah you! So jangan nak menyebuk!" Natasha berkata tegas lalu terus beredar dengan keretanya.Farid hanya mampu melihat sehingga bayang kereta hilang dari pandangan mata.

" Kerasnya hati kau Natasha" Farid berbicara perlahan.

" Tapi aku tak akan berputus asa,ini Farid Iskandar lah, you will still be mine" Katanya sambil tersenyum sinis di hujung bibir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience