Bab 12

Romance Completed 45576

Permandangan yang indah dari menara Taming sari begitu mengasyikkan sekali.Masalah yang membelenggu fikiranku hilang seketika.

Aku mengeluh berat.Aku memandang sekelilingku.Kelihatan tidak lah ramai orang kerana hari itu adalah waktu orang bekerja.

Tetapi aku perasan macam ada orang yang memerhatikanku dari tadi.Tapi siapa ya?aku memandang tempat duduk yang sederet di belah kanan dan kiri lagi sekali.Semuanya tidak aku kenali.

Seusai turun dari menara,aku terus melangkah meninggalkan kawasan tersebut,tiba2 ada suara menegurku.

"Dania kan?" Seorang lelaki menegurku.

"Iya saya" jawabku sambil merenung wajah pemilik suara yang menegurku itu.

"Hai saya Harith,Kenal lagi tak Harith iqbal classmate form5 dulu?" Terangnya bersungguh dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.

"Harith?" Aku berfikir sejenak. " Oh....ingat2 yang suka kacau kawan sebelah saya tu kan?" Aku sudah teruja.Teringat terus dengan si mona minah kepoh rakan sekelasku.

Harith terus mengaru kepalanya yang tidak gatal bila gadis di depannya itu menyebut tentang kawan sebelahnya.

"Er...saya ada salah cakap ke?" Aku bertanya kerana hairan dengan tingkahnya.Dah kenapa mamat ni?

"Tiada apalah,sekurang kurangnya awak masih kenal saya lagi" katanya dengan senyuman.

"Sebenarnya dari atas menara lagi saya perhatikan awak" Katanya jujur.

Patut lah aku rasa macam ada orang perhatikan aku je tadi.kerja dia rupanya.

"Oh yeke?sorry lah saya tak perasan,kenapa tak tegur je " Kataku cuba beramah mesra.

Dia ketawa kecil.

"Apa kata saya belanja awak lunch,kalau awak tak keberatan lah,kita boleh sembang lama sikit" Harith ikhlas mempelawa.Sudah lama dia menyukai gadis di depannya itu sejak dari bangku sekokah lagi.Tetapi kawan yang duduk di sebelahnya pula yang perasan dan syok sendiri.

"Erm,okey juga tu,saya pun dah lapar ni" Kataku dengan senang hati.Kami pun melangkah mencari kedai2 makan yang berdekatan dengan kawasan tersebut.

~~~~

Adam duduk di buaian yang terdapat di anjung rumah kampung isterinya sambil bersilang tangan di dada.Wajahnya jelas tegang.

Matanya tajam merenung Kereta Toyota vios hitam yang masuk ke kawasan halaman rumah tersebut.

Aku sudah gelabah bila terpandang kereta BMW milik Adam sudah tersadai di halaman rumah.

"Alamak,kenapa dia ada kat sini ni?" Rungut hatiku.

"Eh kereta siapa tu arissa?"Soal Harith ingin tahu.

"Err...."Aku gagap terus.

Harith memandangku.

"Jom lah keluar dari kereta dulu,nanti saya kenalkan kat awak." Kataku terus keluar dari kereta dengan gementar di hati.

"Assalammualaikum a…abang,dah lama ke sampai?" tegurku sambil mencapai tangannya dan di salam cium.

Adam masih merenungku tajam tanpa bicara.

"Er..kenalkan ni harith kawan sekolah sa...sayang,Harith ini suami saya Adam" Nadaku sudah tungang langgang dek kerana renungan mata Adam yang tajam.

Harith terkesima.Dania Arissa sudah berkahwin?Melepas aku! bisik hatinya.

Adam bangun lalu berjabat tangan dengan kelaki bernama Harith.

"Terima kasih kerana hantar isteri saya pulang" Bicaranya sinis dengan wajah tanpa secalit senyuman.

Aku teguk liur.

Harith senyum tawar.

"Oh,kebetulan saja tadi kami terserempak,tu yang saya tumpangkan" Jawab harith berbasi basi.

" Baguslah,Hari pun dah nak magrib ni" Adam bernada sinis dan lebih kepada menghalau.Jahat kau Adam!

Aku bagai tidak percaya.Muka harith sudah merona merah dek kerana kata2 Adam yang agak melampau.Cakap lah sopan sikit.Kesian orang tu malu dia.

"Harith terima kasih ya" Aku bersura bagi meredakan suasana yang agak krik krik ketika itu.

"Sama2 saya beredar dulu.Assalammualaikum" tuturnya sopan.

Selepas menjawab salam harith dan kereta toyotanya hilang dari pandangan mata, aku terus masuk ke dalam rumah.

Adam hanya mengekor ku dari belakang dengan wajah tegangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience