Bab 7

Romance Completed 45576

Pertemuan nenek dan nenda bermula selepas kami terserempak di Hospital besar melaka,ketika itu aku menghantaar nenek chek up....kebetulan Encik Adam,ibu dan nenda yang sedang bercuti di melaka pergi ke hospital gara2 tekanan darah nenda naik....time itu la kami bertemu empat mata dan bertegur sapa...siapa tahu..mereka merupakan kawan lama yang sudah berpuluh tahun tidak berjumpa dan masih mengenali....kuat deria ingatan mereka...time tu la aku terpandang lelaki bernama encik adam ni...tapi muka dia sombong sangat time tu..pandang aku pun tak nak...seminggu kemudian aku di pinang oleh mereka...tak sampai sebulan kami di nikahkan...yang aku pelik Encik Adam ni setuju la pulak,padahal kami tak kenal pun antara satu sama lain...pelik kan..pilihan orang tua..siapa aku untuk membantah nenek...aku terpaksa bersetuju yang penting nenek happy...tak sempat nak sambung belajar...huhuhu...sedihhh...

~~~~~

Malam tu selepas kenduri Ibu berleter dengan Encik Adam...

"Kenapa sejak nikah Adam tak datang rumah ibu?melawat ibu dengan nenda?"

"Maaf ibu,Adam busy sikit..."

"Jangan bagi alasan Adam....Adam tahu tak siapa yang datang melawat ibu 2 hari lepas?

"Siapa???"

"Natasha...

"Haa??kenapa dia nak ke sana pulak??...

"Mana ibu tahu,kamu masih berhubung dengan dia ke Adam?kamu jangan macam2 ye,kamu da ada Arissa!!"...

"Apa ibu ni...mana ada..."

"Jangan ingat nenda tak tahu..."nenda menyampuk..aku di hujung tingkap hanya memandang saja tanpa dengar butir bicara mereka..

Adam resah....nenda memang tegas....dari dulu nenda tidak suka dengan natasha...ibu masih boleh bertolak ansur..tapi nenda memang tidak boleh di buat main..

"Adam da ada kehidupan Adam nenda,tolong percaya Adam..."

"Okey,nenda percaya,ingat ye,Arissa tinggal sebatang kara sekarang,jangan luka kan Hati dia faham!!"Bila nenda sudah waarning...Adam hanya mampu telan liur...

~~~~~
7 Hari tujuh malam aku berkampung di kampung....rumah nenek sangat cantik dan kelihatan moden walaupun masih di terapkan rumah kampung...seronok pulak aku duduk di sana....Adam juga bercuti menemaniku...ibu dan nenek sudah kembali ke KL...kini tinggal aku berdua bersama Adam di malam hari...seminggu ni juga aku kurang bercakap dengannya...kepalaku masih teringatkan nenek...

"Arissa nak ikut saya balik ke esok?"
aku memandangnya kosong...sejak nenek meninggal,Adam bahasakan dirinya saya awak,mula2 aku kekok..lama2 okey pula aku layan panggilan itu.....

"Kalau saya tinggal di sini,awak izinkan ke?"

"Tak boleh..nanti saya risau tinggalkan awak sendirian..."

"Saya da besar pandai jaga diri.."

"please Arissa,dengar cakap saya,nanti kenduri 40 hari kita balik sini semula ye..."

Aku mengeluh.Terpaksa akur...nenek pesan suruh taat kepada suami...

~~~~~~

Hari2 ku tiada keceriaan....Adam pula semakin busy...sejak pulang kenduri 40 hari nenek ,Adam selalu pulang lewat dari kerja...aku malas nak tanya banyak...banyak kerja barang kali...

"Esok kita pergi rumah ibu ye..."

"Okey..."aku jawab pendek...

"Arissa okey ke??"

"Okey..."

"Kalau ada apa2 masalah,bagi tahu saya ye...."

"Erm..."mataku masih di kaca tv...Adam sudah hilang ke toilet...tetiba handfonenya berdering....entah kenapa aku tergerak hati ingin melihat nama si pemanggil...

"Natasha"...ada apa dia call malam2 ni...terus aku tekan button jawab..

"Hello assalammualaikum..."sapaku...

"Er...waaalaikumsalam...er..Arissa ke tu?Adam ada?

"Adam kat toilet,ada ape ye call dia malam2..."
tegak je aku soal...

"Oh..takpa la..nanti i call back.."Talian terus di matikan....

"Hai...off gitu je..."bebelku...

Adam sudah ke ruang tamu...

"Cakap dengan siapa?"

"Natasha call..call la balik..."jawab aku jujur..

"Awak jawab ke tadi...??"Terkejut je bunyi

"Aah...bising sangat..macam urgent je..ingatkan siapa..natasha rupanya..."
Adam terus beredar ke biliknya dengan handfonenya...Aku hanya memandang sepi...

~~~~~
Sesampai aku di rumah ibu kelihatan ada kereta tetamu di luar rumah...aku ingatkan siapa,Natasha rupanya...Kami bertegur sapa...kelihatan wanita itu membawa seorang kanak2 berusia 3 Tahun..comel sangat...

"Anak siapa ni?"soalku kepadanya..

"Anak i,Alesya namanya..."Aku teruja...

"Really??So cute"...ucapku...spontan aku mencium pipi gebu kanak2 itu...Adam hanya memerhati...

Natasha senyum happy...

"Saya tak sangka awak da kawin..."

"yup...but i da bercerai..."

"Oh,sorry..."

"Its okey..."balasnya

Aku yang sedang leka bersama nenda dan ibu masih perasan tingkah Adam yang melayan Natasha bersembang....Kawan yang sangat akrab....aku tak tahu kenapa hati aku tetiba sakit melihat mereka berdua....sebelom ni aku biasa2 je...tapi hari ni hati aku lain macam...cemburu ke aku??

"Arissa okey??"Nenda soalku

"Oh..okey...."

"Jeles ke tengok Adam dengan Natasha??"nenda mendugaku...

"Tidak lah..."Aku berseloroh..

"Mereka kawan lama,dulu pasangan kekasih..."
nenda memulakan cerita...

"Haa??"Aku terkejut..serius terkejut...patut lah....

"Adam tak cerita ke??"nenda soalku.
Aku geleng kepala...

"Sebenarnya nenda tak berkenan pun dengan Natasha tu,dulu pun ibu bapanya yang tak boleh terima Adam....benci dengan kami barangkali.."nenda senyum...

"Cinta mereka putus sebab tiada restu ibu bapa Natasha"...nenda sambung cerita...

"Nenda minta maaf ye Arissa..."

"Kenapa nenda minta maaf,nenda takda salah apa pun..."

"Nenda desak Arissa kawin dengan Adam....tanpa kerelaan Arissa..."

"Arissa yang rela nenda...lagi pun pilihan nenek pasti tak mengecewakan Arissa kan...pilihan orang tua Inn Shaa Allah terbaik.."Aku senyum kelat...

"Nenda buat semua ni sebab nak Adam tu move on dengan Natasha....4 Tahun dia membawa diri ke new york selepas Natasha berkahwin lain....bila kita terjumpa di melaka dulu baru sebulan lebih adam balik Malaysia...mungkin Jodoh kamu berdua..pertama kali nenda jumpa kamu,nenda berkenan betul....kebetulan pula kamu cucu kamsiah(nama nenek ku) kawan baik nenda..."Sedih pula aku terkenang kan nenek...

"Maaf kan nenda eh,kalau Arissa fikir nenda ambil kesempatan dengan Arissa..."

"Takpa nenda,nenda tak salah,jangan minta maaf..Arisaa ikhlas terima Adam.."Nenda senyum tawar...dalam hati nenda risau kalau Adam berpaling arah kepada natasha..tengok saja tu..asyik betul berborak dengan natasha..yang natasha ni pun satu..sejak bercerai selalu aja nak datang kesini...kang nak di halau tak sopan pula dengan tetamu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience