Bab17

Romance Completed 45576

Adam mengeluh berat,nasib baik client penting,kalau tidak jangan harap aku nak melayan kerenahnya.

Dah habis meeting di ajak dinner,dah dinner di ajak pergi karaoke pula tu.Nama pun client dari china di ajaknya aku karaoke dah kenapa?

Natasha datang menghampiriku.

"You nyanyi lah" Saja Natasha bernada lembut memujuk si pujaan hati.Tubuhnya sudah duduk meyendeng ke tubuh Adam.

"You lah nyanyi,i tak minat!"Balas adam menyampah.

Bila di lihat dari mata kasar Natasha yang beriya nak berkaraoke,Si client2 tu sebuk melayan perempuan2 di sisinya.

"Apa you ni,jom lah,kita hiburkan client kita tu" Natasha tidak berputus asa memujuk Adam.

" I rasa mereka dah terhibur dah tu,you tengok lah tu,erm i nak balik!"Adam mula bingkas bangun.

"Adam sabar lah baru pukul berapa"Natasha menarik lengan adam.

"You jelah tunggu dia orang,i nak balik."Adam sudah melepaskan gengaman tangan Natasha di legannya.

"Okey2,tunggu i kejap,i bagi tahu dia orang kita nak balik" Natasha merengus kasar.Selesai semua dia berjalan di sisi Adam.

" Kalau i tahu lagi tadi i dah blah,buat semak lah kepala datang sini,lain kali kalau ada client macam ni you handle sendiri,tak kuasa i nak layan!"Adam sudah membebel.

Natasha cebik bibir.Itu pun nak marah!Tiba2..

"Ouchhh,Adam!" Jerit natasha sambil memaut lengan Adam.Tubuhnya yang hampir terjatuh pantas di tangkap oleh tangan sasa adam.

"Kenapa ni?"Adam panik

" Kaki i,you tengok tu..aduhh,tak guna punya kasut tumit." Natasha sudah memaki hamun.

"Kaki you terseliuh ni tasha" Adam sedikit cemas bila melihat buku lali tasha sudah mula membengkak.

"Kita pergi klinik ye" Terus saja adam mencempung tubuh kurus tasha di bawa ke keretanya.Pipi Natasha sudah membahang dan tersipu sipu.Wajah adam di perhati sewaktu mendukungnya.Oh Adam.Rasa macam nak cium je bibir you tu.

"Lain kali jalan tu hati2"Adam mula membebel.

" Benda dah nak jadi kan" Natasha berkata perlahan.Oh God,aku bersyukur sangat.Sekurang kurangnya Adam yang bersama aku sekarang ni.Terus kepalanya di rapatkan ke dada bidang Adam.

~~~~

Selepas selesai di klinik Adam terus menghantar Natasha pulang ke rumah.

Handbrek kereta di tarik.Mata adam merenung Natasha yang sudah terlena di sebelahnya.

"Natasha bagun,kita dah sampai rumah you ni" Lembut saja Adam mengejutnya.Natasha perlahan lahan membuka kelopak mataya dan pura2 mengeliat.

" Dah sampai ke?cepatnya.." katanya perlahan.Baru nak berlama lama dengan Adam.

" Kalau nak lama you pindah kedah lah,baru jauh perjalanan." Adam memperlinya.Natasha cebik bibir.

" Mesti you tak sanggup nak hantar kan kalau rumah i kat kedah" natasha saja ingin menduga adam.

" Memang tak lah i nak hantar,baik i balik melaka jumpa wife i"Balas Adam bersahaja.

" Wife you takde kat kL ke?" Natasha sudah senyum gembira.Okey ini masanya aku kena goda Adam.

" Dah lah,banyak cakap lah you ni,dah lah pergi masuk sana!" adam sudah mula meluat.

"Macam mana nak masuk,kaki i sakit" Natasha sudah buat muka sedih untuk meraih simpati adam.

Adam merengus kasar lalu terus keluar dan menuju ke pintu sebelah Natasha.Tubuh natasha di cempung lalu di bawa masuk kedalam rumahnya.Mampos kalau Arissa tahu.

~~~

" Anak you takda ke?" Adam bertanya bila melihat rumah itu sunyi sepi.

" Giliran ayah dia" Jawab Natasha pendek.Adam mengangguk faham.

" You nak balik ke?" Soal Natasha setelah tubuhnya di letak ke atas katil.Tangan Natasha pantas menyentuh lengan sasa Adam.

Mata adam merenung tajam kearah tangan Natasha yang melekat di lengannya.Terus mata tajamnya melirik kearah mata Natasha.Dengan Isyarat mata saja pantas Natasha melepaskan tangannya dari menyentuh Adam.

" i nak balik,pandai2 you lah mengesot" Adam bersuara serius.

" Adam! sampai hati you tau!" Natasha saja bernada manja plus mengada!

"Dah tu?nak suruh i tidur sini ke?gila!" Adam terus ingin berlalu.

" Boleh je kalau you nak tidur sini teman i"Kata2 Natasha membuatkan bulu romanya meremang tiba2.

Ada hantu ke?Omg,bukan hantu tapi setannnnn!

Pantas Adam menoleh kearah Natasha.

"Lain kali cakap tu guna akal! Jangan tunjuk sangat bodoh tu.Dulu sekolah Agama ke tak?" Saja Adam memperlinya.

Natasha terkulat kulat menahan malu bila di perli begitu.Ahh Adam ni tiba2 nak jadi alim pulak.Grrrr!

" Dah i nak balik,nanti i call staff i si sarah tu datang sini teman you" Adam bersuara lagi.Kali ni lebih kepada prihatin.Natasha senyum kelat.Nak senyum gembira tak boleh sebab bukan Adam yang teman dia malam ni.

" Thanks Adam" Natasha bersuara perlahan.Moodnya sudah melantun jauh.Kalau aku tahu Adam nak dukung aku sampai ke dalam rumah,aku dah siap2 call pejabat Agama tadi suruh serbu.Huhh!

"Okey bye!" Adam terus berlalu pergi.Baik aku blah sebelum perkara lebih buruk terjadi.Mana aku nak letak muka nanti.Tak memasal aku bergaduh dengan arissa.Arghhhh aku tak call Arissa lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience