Bab27

Romance Completed 45576

" Terus terang saja doktor apa penyakit saya" Kataku serius.Doktor suri masih tetap dengan senyuman.

" Sebenarnya Puan_" Doktor Seri berjeda seketika.

" Puan sakit terkena buatan orang!" Ah sudah! Dia ni doktor ke bomoh?

" Bu_buatan orang?" soalku gagap.

" Iya, Puan terkena buatan orang sampai mengandung! Tahniah puan!" Terserlah gigi putih bersih doktor suri apabila dia tersenyum lebar.

Aku terkebil kebil seketika untuk mencerna kata2 yang keluar dari mulut doktor suri.

" Ma_ maksud doktor?" Soalku seakan hilang arah.

" Puan mengandung!" Nada doktor suri cukup teruja.

"Sa_ saya mengandung? Be_ betul ke doktor?" Aku sudah mula teruja.

" Betul! Kandungan puan sudah masuk 5 minggu, sebab tu saya cakap puan hanya tinggal 8 bulan saja lagi untuk childbirth" Doktor suri bersuara gembira.

" Betul ya doktor? ya Allah alhamdulillah." Spontan tanganku mengengam kedua tangan doktor suri yang berada di atas mejanya.

" Iya ! Tahniah Puan!" Sahut doktor suri sambil membalas gengaman tanganku.Dia ketawa keriangan.Macam dia pula yang mengandung sebab terlebih teruja.

" Saya ingat saya ada barah otak atau kenser usus tahap 4 lah tadi bila doktor cakap saya hanya ada 8 bulan saja lagi." Kataku sambil buat2 ketawa.

" Puan takut ke tadi?" tawanya meletus selepas mendengar kata2ku.Kalah pontianak.

" Gila tak takut, lutut saya dah longlai tau tadi" Kataku sambil buat muka kelat.

" Nampaknya puan pun terpedaya juga lah ni?" Soalnya masih ketawa geli hati.Tak kelakar okey!

Maksud dia puan pun terpedaya juga tu,maknanya da ramai dia kenakan orang macam aku lah ni? Ini Doktor ke kaki prank? Perangai masuk air.

Arissa hidup bukannya kena serius sepanjang hari. Sekurang kurangnya doktor ni cuba hiburkan hati kau.Haha.Hare!

" Maafkan saya ye puan kalau gurauan saya ni kasar" Setelah tawanya reda dia bersuara lagi.

" Saya memang macam ni, stress kerja sebab tu saya gurau2 macam ni,tak sangka pula puan dah fikir macam2 tadi, saya minta maaf ye" Katanya sambil membuat wajah bersalah.

" Takpe, saya tak amik hati pun, doktor ni dah kahwin ke belum?" Balasku lembut.

" Saya bujang lagi puan,sebab tu perangai macam ni..hahaha" Katanya sambil tergelak lagi.

" Semoga bertemu jodohnya tak lama lagi, Okey doktor terima kasih ya dengan perkhabaran gembira ni, Inn Shaa Allah kita jumpa lagi" Kataku sambil berpamitan. Doktor Suri menghampiriku lalu tubuhku di peluk lembut.

" Jaga diri dan baby baik2 ye puan,Jumpa lagi!" Katanya ramah. Baru aku nampak sisi seorang doktor pada dirinya saat ini.

" Thank you doktor,nice too meet you" Kataku mengundang senyuman manis di bibir doktor muda itu. Dan aku terus melangkah keluar dari bilik doktor itu dengan perasaan gembira yang sukar aku ungkapkan.

~~~~

" Hoi! Tersenyum senyum,kau ni sakit apa? apesal lama sangat kat dalam tu? Doktornya handsome sangat ke?" Soal mira entah bila masa sudah terpacak di depanku.

" Aah,lama gila,nasib kelas petang ni cancel!" Sampuk fina dengan muka gembira.

" Er_ aku" Kata2ku tersekat seketika,macam mana ni? tak kan nak cakap aku ni mengandung.Dia orang mana tahu aku dah kahwin.

" Er apa kau ni?" Mira menepuk bahuku.

" Er mak engkau kawin lari!" Spontan aku terus termelatah.Eh? sejak bila aku melatah ni?

Fina sudah ketawa terbahak bahak.Mira pula tayang wajah bengang.

" Kau perli aku ke apa ni?" Mira sedikit terasa dengan latah aku sebentar tadi.Cepat2 otak aku memproses apa yang aku cakapkan tadi.Oh my god!

' Mak engkau kahwin lari?'

" Sorry mira,aku tak bermaksud macam tu" Tuturku serba salah.Iya mira pernah bercerita kisah kecilnya dahulu.Saat hidupnya susah,ibunya meninggalkan ayahnya dan dirinya demi mengejar lelaki kaya,tetapi lihat lah sekarang,ayahnya sudah bergelar Dato' .Jika dulu hidupnya susah tidak bermakna susah selamanya jika rajin dan kuat berusaha pasti akan berjaya yang penting jangan tinggal solat dan sentiasa ingat kepada yang Maha Esa.

" Takpe aku tak ambil hati pun.Kau melatah je kan tadi.Ha ni aku nak tahu,kau ni sakit apa?" Soalnya lagi.

" Aku sakit perut sebab tu kepala aku ikut sekali sakit" Aku tipu.

" Oh, kau nak aku hantar balik tak ni? lagi pun lepas ni dah takde kelas" Prihatin sungguh kawan aku yang seorang ni.

" Takpelah aku balik sendiri"

" Betul ni? tak menyesal?" Mira masih mahu mendugaku.

" Betul lah,terima kasih tau bawa aku pergi klinik"

" Small matter je tu. Okey bye!" Jawab mira terus masuk ke dalam perut keretanya di ikuti fina.

" Bye arissa! take care! " Jerit fina sambil melambai tangan kepadaku.

~~~~~

Kini kakiku sudah berdiri di hadapan bangunan pejabat Adam yang tersergam indah.Aku mengukir senyuman manis lalu terus melangkah masuk.Bag kertas di tangan aku perkemaskan lagi pegangannya.

Hadiah istimewa untuk Adam.

Aku tersenyum lagi bila mengingati apa yang aku buat dan beli sebentar tadi.

Pergi farmasi beli pregnancy test tool.Lepas tu pergi tandas awam buat urin test akhirnya muncul double line.Ini yang buat aku bertambah teruja.

Selepas tu pergi ke butik anakku beli sepasang kasut baby yang comel dan sekeping kad kecil yang bertulis 'you will be a father'.

Kini kakiku sudah melangkah masuk ke dalam lif dan menekan butang ke tingkat 15.

Ting!

Di tingkat 12 pintu lif terbuka lagi. Masuk seorang lelaki yang agak hebat auranya menyentap pandangan mataku.Jika tadi ramai staff yang keluar turun naik lif tetapi tidak pula ketika ini.Hanya kami berdua yang berada di perut lif.

Dengan lirikkan mataku jelas dia juga mahu ke tingkat 15 kerana dia tidak menekan apa2 button.

Aku mengerlingnya sekilas,bila matanya memandang kearahku segera aku menunduk.

" Kau Arissa kan?" Suaranya memecah kesunyian. Lagaknya masih seperti tadi,bersandar di dinding lif dan kedua tangan masih di dalam kocek seluarnya.Kalau aku belum berkahwin mungkin aku akan tertarik dengan penampilannya.But Adam tetap number one hokey!

Aku tersentak bila namaku di sebutnya.Macam mana dia tahu nama aku? Aku memandangnya dengan riak terkejut.

" Tak perlu nak terkejut sangat, Kau isteri Adam kan?" Suara maskulin lelaki tersebut memecah gegendang telingaku lagi.

" Macam mana awak tahu_" Kata2ku di pitasnya.

" Nak mati ke siapa yang tak kenal isteri adam? Bersepah gambar kau dalam IG dia, aku follower dia aku tahu lah" Kata lelaki itu bersahaja.

" IG ?" Soalku pelik.

" Kau hidup zaman apa? IG pun tak tahu ke? Instagram lah" Lelaki itu tersenyum sinis kepadaku.

" Oh, saya takde IG, saya ada FB je" Jawabku jujur.Nampak gayanya lepas ni aku kena install IG ni.

" Kau ni kelakar lah" Katanya dengan wajah serius.

Dahi aku berkerut merenung wajahnya.Cakap kelakar tapi tak gelak pun? annoying betul. Perli aku lah tu. Salah ke aku takde Instagram? salah ke? salah ke? monolog hatiku geram.

Ting!

Pintu lif terbuka,Oleh kerana terlalu geram terus aku melangkah laju keluar dari perut lif.

Eh? apasal lain macam je aras ni? Pantas aku menoleh kebelakang.Lelaki tadi tersenyum sinis kepadaku.

" Puan! Puan nak ke tingkat 15 kan? Masuk lah,sekarang baru di tingkat 14" Kata wanita berbaju kurung biru itu dengan senyuman di bibir.

Alamak! mana nak letak muka ni? Rasa macam da lama sangat aku dalam lif tadi,apasal baru sampai tingkat 14? Azab betul satu lif dengan lelaki annoying tu.

Aku hanya menebalkan muka lalu terus masuk ke dalam lif tanpa memandang wajah lelaki yang masih bersandar dengan lagaknya.Cittt! Ingat kau handsome sangat ke?

Suasana sunyi sepi sehinggalah kami sampai di tingkat 15.

Ting!

Kali ini kakiku melangkah dengan confident dengan senyuman mekar di bibir.Bag kertas comel masih setia di dalam peganganku.

" Adam saya sampai ni,ada suprise untuk awak" Hatiku berbisik.Tak sabar ingin bertemu suami tercinta untuk berkongsi kegembiraan.Kita bakal jadi Daddy dan Mummy sayang! Aku senyum sendirian.

Setibanya di depan pintu office adam aku di tegur lembut oleh PAnya.

" Puan Arissa nak jumpa tuan Adam ke? Tapi tuan Adam ada tetamu sekarang ni" katanya seakan serba salah.Aku memandangnya pelik.

" Tetamu? siapa? " Soalku

" Cik Natasha.."

" Natasha?" Dahiku berkerut seribu. Come on Arissa, Natasha dah move on lah dengan adam,apa kata kau masuk then share berita gembira ni dengan dia sekali.

Yes! Good idea!

" Takpe,saya masuk saja" kataku kepada PA adam lalu terus melangkah kearah pintu dan membukanya.

" Please adam, i buntu, i tak tahu nak buat apa, i...i pregnant adam!" Kata Natasha sambil memegang lengan adam.Adam pula jelas kelihatan terkejut mendengar pengakuan Natasha itu.

Bukk!

Bag kertas di dalam peganganku terlepas jatuh.Aku salah dengar ke?

Kepala adam dan Natasha menoleh serentak kearahku yang masih berdiri di muka pintu.Senyuman dan wajah gembiraku serta merta melayang di tiup angin apabila terdengar kata2 natasha sebentar tadi.

' I pregnant adam !'

" A_ apa semua ni?" Suaraku bagai tersekat di kerongkong.

" Sayang!" Adam menerpa kearahku.Tetapi pantas aku lari meninggalkannya.Air mata aku jatuh membasahi pipi.

Sepatutnya aku yang berada di situ dan bercakap macam tu kat adam,tapi..... Kenapa natasha pula yang berada di situ.Natasha mengandungkan anak siapa?anak adam ke? Kepala aku masih cuba menghadam apa yang berlaku sebentar tadi.

" Sayang!" Jeritan adam semakin bergema.Pantas aku memboloskan diri ke dalam lif.

" Cepat pintu lif tertutup" Kataku sambil menekan laju2 button turun. Adam semakin menghampiri dan akhirnya pintu lif tertutup rapat.

" Oh Shitt! Damn it!!" Adam menendang pintu lif yang baru tertutup itu.Wajahnya di raup kasar.Terus dia berlari ke arah tangga.Ya! dia harus mengejar Arissa, semua ini salah faham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience