Bab33

Romance Completed 45576

Peluh kian merintik di segenap kulit tubuhnya.Sudah dekat setengah jam dia ke hulu ke hilir mencari Arissa dan bertanya dengan pelajar2 di sekitar kampus tetapi semua tidak nampak kelibat arissa.

Berkali kali juga nombor telefon arissa di hubungi tetapi kecewa mengusai diri,panggilan tetap tidak berjawab.

" Err...nak tanya encik cari siapa ya?" Tegur satu suara dari belakang adam.Pantas adam berpaling,kelihatan seorang gadis tersenyum kepadanya.

" Encik cari siapa?lagi tadi saya tengok encik kehulu kehilir." Gadis itu bertanya sopan.

" Awak kenal arissa? saya cari dia tapi tak jumpa,sepatutnya kelas dia dah habis kan."Adam bertanya dengan wajah gusar.

" Saya kenal arissa tapi Encik ni siapa? " Soal gadis itu ingin tahu.Handsome mamat ni.Bisik hatinya.

" Saya adam,Suami arissa!" Jawab adam senada.

Membulat biji mata si gadis di depannya itu.Handphonenya yang hilang terus di lupakan seketika bila mendengar pengakuan lelaki di depannya itu yang betul2 membuatkan dirinya terkejut bukan kepalang.

Arissa dah kahwin?

Sejak bila?

Pandai arissa simpan rahsia!

Handsome pulak tu suaminya.

" Saya mira kawan arissa, sebenarnya saya pun cari dia tadi,tapi tak jumpa.Exam habis awal tadi lepas tu kelas belah petang di batalkan,Maybe dia dah balik." Terang Mira panjang lebar.Isu arissa sudah berkahwin tolak tepi dahulu.

" Saya call dia tak dapat ni.Awak ada nampak haziq tak?" Serta merta adam menyebut nama lelaki psycho tu.

" Oh haziq classmate arissa tu ye? tadi saya nampak dia kat parking belakang fakulti sana" Mira menunjuk arah dengan jari telunjuknya.

" Terima kasih ya!" Adam terus mengorak langkah ke parking belakang fakulti.

Mira yang memandang hanya mengerutkan dahi.

Apahal tu?

Cemas semacam je.

Erm...malas fikir,sekarang aku nak perah otak nak ingat mana aku letak handphone aku tadi.Kalau tak jumpa melayang lah duit aku.Huwahhhhh!!

~~~~~

" Bro!" Jerit Adam lantang.

Haziq yang baru ingin menyarung helmet di kepala terhenti pergerakkannya.

" Kau haziq kan?!" Adam sudah menghampiri tubuh haziq yang sedang duduk di atas motor 125z nya.

" Iya aku haziq,kenapa?" Soalnya pelik.

" Mana kau sorok arissa?!" Soal adam sambil mencekak kolar baju haziq.

" Eh apahal ni bro? datang2 terus serang" Haziq bengang bila dirinya di buat sebegitu.

" Kau jangan nak wayang eh,kau yang culik arissa aku kan?! Jawab bro! sebelum aku lumat muka kau dengan penumbuk aku ni!" Kata adam berang dengan rahangnya di ketap geram.

" Wow...wo...wo...kau ada bukti ke? main tuduh2 pulak!" Tangan adam di kolar bajunya di tepis kuat.

Wajah adam yang tegang beransur kendur bila telefonnya berdering tiba2.

" Ok aku lepas kan kau sekarang,kalau aku tahu kau terlibat nahas kau aku kerjakan sampai lumat!" Nadanya yang dingin terus mendengus kuat lalu panggilan di telefon di jawab pantas.

" Hello!" Jawab adam dingin Sambil matanya menjeling tajam ke arah lelaki yang bernama haziq itu.

Setelah beberapa minit perbualannya terus di matikan bila dia menerima arahan dari si pemanggil.

Baru kaki adam ingin melangkah pergi,tiba2 dirinya di tegur.

" Kau suami arissa ke?" Soal haziq ingin tahu.

" Ye aku suami dia, apahal?" Jawab adam kasar seperti thugs.

" Patutlah arissa sayang betul kat kau,sebab kau pun sayang gila kat dia" Haziq menjawab dengan senyuman tipis di bibir.

" Memang lah dah aku ni suami dia,last aku nak tanya, kau ada nampak arissa ke tidak?" Soalan adam membuatkan dahi haziq berkerut.

" Nampak dia masa last exam lah tadi, lepas tu dia terus tergesa gesa keluar." Haziq jawab jujur.

" Aku telefon dia tak berjawab ni,bukan kau yang sorok dia ke?" Sekali lagi adam menuduh.

Haziq merengus kasar.

" Jangan main tuduh2, memang aku suka arissa tapi takde lah sampai nak sorok bagai" Terang haziq sambil buat muka bengang.

" Eh kau ni, suka2 hati je nak suka kat bini aku! Eiii!! ada kang aku cepuk budak ni" Adam mengetap giginya sambil mengepal penumbuk.

" Sorry2..." Jawab haziq cuak lalu terus menyarung helmet di kepalanya.

" Baik kau blah sebelum lunyai aku kerjakan!" Keras nada Adam dengan mimik muka bengisnya.Haziq yang ketakutan cepat2 beredar membawa diri.

Adam terus melangkah ke arah kereta BMWnya lalu di pecut laju di atas jalan raya.

Kena saman, kena samanlah!

~~~~~~

Kereta Ford Mustang Rafael berhenti mengejut di hadapan kereta BMW Adam.Lagak nya persis pemandu profesional citt!

" Apahal lambat sangat? harap kereta je cantik!" Jerkah adam dingin.

" Chill bro! " Rafael senyum sumbing sambil menghayati pemandangan dari Jambatan Seri Saujana Putrajaya di waktu petang.Kalau malam comfirm cantik.Lagi cantik kalau datang bawa awek.Ahaks!

" Kau ingat kita nak shooting filem ke datang sini? aku takde masa lah nak layan kerenah kau! kepala aku tengah kusut ni arissa hilang!" Adam merengus kasar.

" Sebab tu lah aku suruh kau datang sini, tenang2 kan diri." Jawab Rafael bersahaja bersulam senyuman.

" Darn it! Kalau nak suruh aku tenang kan diri, baik suruh aku pergi masjid,solat!" Jawab adam geram.

Rafael buat muka terkejut.

" His kau ni!"

" Cepat lah! ape benda yang kau nak cakap tadi? Kau tahu tak dah nak senja ni! aku kena cari arissa!" Amuk adam geram.

" Adam panas baran, Adam kaki gaduh, Adam egois, Adam tak penyabar! itu lah diri kau! tak pernah berubah!" Rafael berkata sambil menyandar tubuh di keretanya dengan senyuman sinis.

" Takde masa lah aku nak kaji diri sendiri" Jawab adam meluat.

" Kalau kau nak membebel, aku nak blah! nak report polis!" Sambung adam dan ingin beredar.

" Bro belum 24jam lagi arissa tu hilang, chill lah!"
Rafael masih belagak tenang.

Memang lah tenang,sebab bukan bini dia yang hilang.

" Chill kepala hotak kau lah! kalau tunggu 24 jam kalau jadi apa2 kat arissa macam mana?" Adam mendengus kasar.Tubuhnya turut di sandar di kereta Ford Mustang Rafael.

" Doa yang baik sudah lah,mulut tu jangan cakap yang bukan2.Mari tengok ni bro!" Rafael menunjukkan sesuatu melalui smartphonenya.

Pantas adam memandang apa yang tetera di smartphone Rafael.Jelas kedudukan dan keberadaan arissa saat ini.

" Arissa kat putrajaya? Macam mana kau tahu?" Soal adam teruja.Bibirnya menguntum senyum.

" Aku hacked the phone arissa" kata Rafael dengan muka acah2 good je.

" Jom lah pergi cari arissa sekarang!" Adam terus ingin segera ke destinasi tersebut.

Lagi mahu santai2 kat sini, terus jelah ke tempat tu kan senang.

Pulak tu tak cakap awal2 yang dia tu hacker!

" Maghrib dulu bro,dah alang2 kat putrajaya ni, jangan risau lah,Haven Villa ni dekat je dari sini,lepas tu kita terus pergi sana" Cadang Rafael bersahaja.

Langkah adam terhenti.

" Better solat dulu bro,minta pertunjuk dan pertolongan dari Allah yang maha Esa" Sambung Rafael sambil menepuk bahu adam perlahan.

Adam terpana seketika lalu terus mengangguk setuju.Wajah Rafael di tenung dalam.

Seriuslah jantan ni macam bidadara dari kayangan je sifatnya.Suci murni!

" Jangan tenung aku lama2 bro, aku bukan kunyit kalau kau nak teruja atau suka" Rafael berkata serentak memboloskan dirinya ke dalam perut kereta Ford Mustangnya.

" Eh, bodohlah kau ni!" Jawab adam dengan wajah geramnya sambil menunjuk jari tengah kepada Rafael lalu terus masuk kedalam kereta BMWnya.

Rafael di dalam kereta sudah ketawa berdekah dekah melihat gelagat adam yang kelihatan geram terhadapnya.

Mereka berdua terus bergerak ke masjid putrajaya bagi menunaikan solat maghrib sebagai seorang hamba yang kerdil dan serba kekurangan.

Allahuakhbar!

~~~~~

Mataku di buka perlahan lahan sambil tangan kiri memegang kepala yang terasa sangat berat sekali.

Haruman chanel Grand Extrait memenuhi rongga hidungku.

Fuhh! bukan calang2 bau haruman wangian ni.

Aku kat mana ni?

Mataku memandang sekeliling.

Membulat besar biji mataku dan hampir terjojol!

Aku berada dalam istana ke?

Awat mewah sangat perabut dalam bilik ni?

Putera Raja mana yang culik aku ni?

Kenapa tak jemput aku elok2 je pakai karpet merah kan senang!

Nak lagi havoc sediakan pancaragam sekali dengan retis jemputan macam Dato siti Nurhaliza pun cukuplah.

Mataku masih meratah setiap inci sudut.

Kena belanja habis mata aku kali ini.

Belanja melihat isi bilik yang gah!

Kepala yang sedikit berat beransur hilang bila melihat pemandangan mewah yang sangat luar biasa itu.

"Aku bukan bermimpi kan Author?" Soal Arissa bingung.

" Tolong Author! jangan cakap aku dalam mimpi lagi!" Jerit arissa kuat.

Author hanya senyum sinis dan malas nak menjawab!

Baru tubuh genit arissa ingin turun dari katil mewah bersaiz King tersebut, tiba2 pintu bilik tersebut di buka dari luar.

Terhenti terus pergerakkannya yang berada di hujung katil.

Gulp!

Air liur di teguk perlahan.

Hati berdebar debar bagai kenderang mahu perang.

Eh, apa aku melalut ni?hihi

Gulp! sekali lagi air liur di teguk.

Muncul satu susuk tubuh.

" Hai dear, kenapa you menjerit ni?" Sapa si pemilik suara yang berdiri gah di hadapan pintu bilik tersebut dan menjadi tanda tanyaku.

Siapa tu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience