Bab 15

Romance Completed 45576

Selepas menjawab panggilan,Adam terus menghampiriku.Tubuhku di peluk dari belakang.

"I love you sayang" Bicaranya romantis

"Love you too" Jawabku sambil mengacau mee goreng di dalam kuali.

"Kita balik KL hari ni ya?" Kata2nya membuatkan aku berhenti mengacau mee.

"Kenapa awal sangat?sayang baru je sampai sini semalam,lagi pun lama lagi cuti sem sayang,abang tak boleh cuti ke sampai hujung minggu ni?abang kan bos" Kataku tak setuju dengan cadangannya.Kalau nak balik,balik lah sendiri sana!

"Abang ada kerja sayang tak boleh cuti,kita balik KL hari ni ya?" Adam cuba memujuk isterinya.Tanganku lincah menceduk mee goreng ke dalam bekas.

"Kalau macam tu,abang jelah balik,sayang tinggal sini sampai hujung minggu." kataku dengan senyuman manis.Kini tubuhku sudah mengadap kearahnya.Tangannya masih memeluk pinggangku.

"Tak boleh!" Jawabnya tegas

"Ala..." Aku sudah buat muka.

"Nanti abang rindu macam mana?"

"Kita video call lah,apa susah!"

"Nanti abang nak peluk siapa?"

"Peluk lah bantal" Kataku sambil tergelak.

"Tak nak! Abang nak sayang juga!" Adam sudah mula mengada-ngada.

"Ala bukan lama pun,empat hari je kan" Kataku terus membawa bekas mee goreng ke meja makan.Adam mengekori dari belakang.

"Abang risau lah sayang sorang2 dekat sini" Nadanya penuh kerisauan.

"Sayang pandai jaga diri lah,abang jangan lah risau, empat hari je kan.Please...boleh lah" Pujukku sambil merangkul lehernya dengan senyuman mengoda.

"Lagipun ada cik gayah kan kat sebelah rumah tu,boleh lah...." Sambungku lagi sambil melagakan hidungku dengan hidungnya.

Adam mengeluh kecil.Kalau tak di turuti merajuk pula nanti.Erm empat hari je adam nak sampai ke hujung minggu.

"Erm boleh lah.." Jawab adam mendatar.Tak gembira langsung!

"Yes! Thanks abang!" Terus aku mencium pipinya.

"Jangan lah goda abang,kita nak sarapan kan.." Mata adam sudah mengecil melihatku.Eh kelaki memang macam ni ke?

"Mengada lah abang!" Aku pukul lengannya manja.Terus aku berlalu ke meja makan.Terus kami makan sarapan bersama.

~~~

Petang tu Adam sudah bersiap siap hendak pulang ke Kuala Lumpur.

"Jaga diri baik2 sayang,kalau ada apa2 call abang okey" Adam memberi pesanan.Aku senyum memandangnya.

"Dengar tak apa yang abang cakap ni? senyum2 je dah kenapa?" Soalnya serius.

"Dengar! Alah,senyum pun tak boleh ke?" Pantas aku menjawab.

"Abang pun jaga diri,jangan nak mengatal!" Sambungku lagi memberi amaran.

Pecah ketawa Adam mendengar amaranku.

"Tak payah nak gelak sangat! Siap lah kalau sayang dapat tahu!" Nadaku seakan marah.

"Tapi biasanya orang yang mengatal dengan abang,nak buat macam mana?" Saja Adam memprovok arissa.

"Dah tu,jangan lah melayan! itu pun tak tahu ke?" Perliku geram.Aku sangat cemburu ni!

"Okey...abang tak layan, tulah kita ajak dia balik tak mahu ikut" Adam memperliku.

"Dah2 pergi gerak cepat,hari dah nak gelap" kataku seperti menghalau.

"Halau abang ke ni?" soal Adam macam tak percaya.

"Bukan halau,suruh gerak cepat supaya tak sampai sana lewat malam,cuba positif" Kataku sambil buat muka.Suka sangat buruk sangka dengan aku.

"Okey2,take care sayang" katanya terus mencium dahiku lembut kemudian bibirku pula.

Cepat2 aku tolak tubuhnya.

"Apa abang ni?cik gayah nampak lah nanti! buat malu je" bebelku.

"Biarlah dia,nanti dia nak dia buat lah dengan suami dia" Jawab Adam sambil tergelak.Pantas tanganku memukul bahunya.

"Tak senonoh!" kataku sambil ketawa.

Adam terus masuk ke dalam keretanya.

"Bye sayang!" Jerit adam dari dalam kereta dan keretanya terus meluncur laju meninggalkan aku sendirian di halaman rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience