BAB 8

Romance Series 69733

Zaraa terjaga dari tidurnya yang sangat lena dengan berbantalkan lengan sasa suaminya. kepalanya terasa sedikit berat kerana lewat tidur. nafsu suaminya yang membuak-buak semalam minta dipenuhi membuatkannya tidak sanggup untuk menolal permintaan itu. perlahan-lahan kepalanya yang tersembam di dada bidang suami diangkat sedikit . raut wajah nyenyak milik suaminya yang tidur kepulasan seperti bayi. sangat comel. tapi bayi yang satu ini sangat seksi sekali dimatanya.

hembusan nafas panas suami yang menampar lembut mukanya menghangatkan perasaannya. jarak wajah mereka terlalu rapat. hanya kurang seinci wajahnya dari wajah suami. tangan berotot kemas Syed Assad yang melingkar kemas dipinggangnya dielus-elus. tiba-tiba Zaraa teringat malam pertama mereka semalam. rasa segan dan malu menerpa hatinya.terus sahaja cepat dia menyembunyikan wajahnya dibalik dada bidang suami. merah mukanya kalau ditengok di cermin kala ini.

Syed Assad tersenyum dalam diam. geli hatinya memerhati perbuatan isterinya yang dalam diam menunjukkan minat untuk lama memerhati wajahnya. ternyata bukan dia sahaja yang berperasaan bahagia begitu. malah hampir sahaja dia kucup bibir isterinya kalau diturutkan nafsunya.

sebenarnya sudah lama dia memerhati perbuatan isterinya yang tampak malu-malu merenung manja padanya. sudah lama dia terjaga sebelum isterinya terbangun kerana tangannya yang gatal mengeratkan pelukan ke tubuh isterinya. mulai dari detik ini, dia sudah berazam untuk berubah. dia mahu bersolat subuh dengan isterinya. meskipun malu untuk mengakui betapa dia benar-benar lupa cara-cara untuk menunaikan solat. namun dia sangat yakin isterinya seorang yang sangat memahami keadaannya serta kemahuannya. buktinya semalam isterinya berani membalas cumbuannya. sentiasa memeluk erat tubuhnya serta membelai-belai belakangnya sehingga kekadang terlajak menyentuh ke punggungnya jantannya membuatkan berahinya makin mengganas. Satu pujian yang sangat berprestij perlu diberikan buat isterinya dari segi layanannya di atas ranjang. hebat. mervellous sehingga Syed Assad sentiasa berada diawang-awangan setiap kali mereka bergomol.

Syed Assad yang sekadar membuka sedikit matanya mencelikkan pula matanya luas-luas. tidak puas dia melihat wajah isterinya yang sangat cantik jelita dalam bukaan mata yang begitu kecil. kesuraman dan kedinginan bilik berpenghawa dingin itu menghangatkan lagi perasaannya saat terpandangkan sebuah senyuman di bibir mungil isterinya. alangkah indahnya hidup begini. tiap kali bangun pagi, matanya dijamahkan dengan senyuman bahagia isterinya yang sangat memikat hati lelakinya.

Syed Assad pantas mengucup bibir isterinya. sekejap sahaja. dia tidak mahu kelemasan saat ini. akan dipertimbangkan juga nanti selepas mereka selesai solat subuh. iye ke tu?

"Zaraa..." panggilnya lembut. ada sengihan disudut bibir lelaki itu. matanya redup menyorot memandang wajah mulus si isteri yang sangat cantik berseri-seri.

"hrmmm..." jawab Zaraa penuh prihatin. mata mereka masih bertembung. Zaraa melihat suaminya seakan-akan teragak-agak untuk mengatakan sesuatu.

"kenapa bang?" tanyanya lembut brserta senyuman yang sangat menawan tangannya turut sama bermain bulu dada suaminya yang menambahkan keseksian dada bidang sasa itu.

Syed Assad makin terpukau. dahi isterinya dicium sayang. ya Allah! aku cinta pada isteriku. restulah hubungan kami.

"Zaraa... abang nak minta maaf kat Zaraa pasal hal semalam! kesian isteri abang ni. tergamak abang bertindak kejam pada sayang. maafkan abang ya sayang..." rayu Syed Assad penuh penyesalan. belakang kepala isterinya diusap-usap. belas dia pada isterinya. tentu kepala isterinya itu luka dek perbuatan kejamnya. Syed Assad tahu dia yang bersalah dalam hal ini. dia yang ego semalam. namun dia tahu sebagai seorang manusia dia juga tidak lepas dari berbuat salah. maka itu, dia mahu dibimbing isterinya untuk membawanya kejalan yang benar. jalan yang menempatkan orang-orang yang beriman. tubuh isterinya makin dipeluk erat. sayu hatinya mendengar kata-kata isterinya. betapa jahatnya dia melukai sekeping hati isterinya yang sangat suci.

Zaraa memanjatkan kesyukuran dalam hati. lelaki berwajah bengis itu sudah mulai berubah. walaupun masih ada keraguan di hatinya namun tidak ada salahnya beri suaminya peluang untuk mencintainya. lagipun itulah misi sebenarnya sebelum mengahwini lelaki ini. untuk merubah hidup bebas lelaki sosial itu. Zaraa mengangguk beberapa kali. Syed Assad terharu.

"Zaraa dah maafkan abang sejak semalam lagi! Zaraa tahu abang tak sengaja. Zaraa faham perasaan abang waktu kerana dipaksa berkahwin dengan perempuan yang abang tak cinta. perempuan yang abang benci. maafkan Zaraa seandainya kehadiran Zaraa dalam hidup abang membuatkan hidup abang sengsara dalam tempoh terdekat ni! Zaraa benar-benar minta maaf ye bang!" Syed Assad tidak rela isterinya berkata sedemikian. ia umpama pisau yang menusuk-nusuk kejam isi hatinya. lantas, dia mengunci bibir isterinya dengan bibir nipisnya.

Syed Assad merungkaikan tautan bibir mereka.

"abang tak nak dengar Zaraa cakap macam tu lagi! it hurts me so badly sayang... abang mengaku abang sangat benci bakal isteri abang waktu umi paksa abang untuk berkahwin. abang belum bersedia untuk meninggalkan cara hidup abang yang sudah sebati dalam darah abang. tapi, itu dulu. sebelum abang kenal isteri abang yang sebenar. sekarang abang cuba nak berubah menjadi insan yang lebih baik" ucap Syed Assad kesal. wajahnya dibenamkan di atas kepala isterinya. pelukan makin dieratkan.

"abang... terlebih dahulu Zaraa meminta maaf seandainya abang tersinggung dengan soalan Zaraa ni..."

"whatever it is in your mind, just shoot it Zaraa! abang akan jawab dengan seikhlasnya. abang akan ceritakan semuanya pada Zaraa..." Syed Assad pantas memotong. Zaraa mendongak mencari mata redup suaminya. suara lelaki itu tadi kedengaran begitu ikhlas. dua pasang anak mata yang sama-sama cantik dan lawa bersabung lembut.

"you know why?" Zaraa sekadar menggeleng.

"because I wanna spend my entire life only with you Zaraa... abang betul-betul nak kongsi seluruh sisa hidup abang ni dengan Zaraa. abang nak isteri abang yang cantik ni temani abang dalam susah dan senang. setia dan kasih pada abang sampai bila-bila pun. boleh tak sayang berjanji dengan abang?" pinta Syed Assad penuh mengharap. Zaraa tidak berfikir panjang. pantas dia mengangguk. syurganya dibawah telapak kaki lelaki ini. sudah sewajibnya dia mencintai suaminya.

"oh... I'm so happy! thanks sayang! I love you" dahi isterinya menjadi tempat singgah bibirnya.
Zaraa hanya diam. masih belum mampu untuk membalas kata cinta untuk suami.

"abang... siapa perempuan yang datang jumpa abang semalam?"

Syed Assad tersentak. hatinya mula tidak enak. kenapa isterinya perlu bangkitkan soal itu. ada rahsia besar dalam hidupnya tentang Tasya.

"errr... dia antara teman sosial abang! I'm sorry for last nite! abang pun tak tau kenapa perempuan tu ke sini..." Syed Assad hampir mengetuk kepalanya sendiri. dia sudah bohong pada isterinya.

'maafkan abang sayang.... tapi abang belum punya kekuatan untuk ceritakan keadaan yang sebenar. abang nak dapatkan kepercayaan sayang terlebih dahulu sebelum abang ceritakan hal itu. i'm really sorry'

Syed Assad menggigit bibir.

"teman ranjang abang ke?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience