"kalau bukan abang yang hamilkan Tasya, siapa lagi bang?" syed Assad tidak menjawab sebaliknya dia hanya tersenyum. matanya tidak lepas-lepas memandang wajah Zaraa. sememangnya di bawah rembulan yang penuh pada malam itu, isterinya kelihatan sangat cantik sekali. sukar ditafsirkan keindahan itu.
"abang tak tahu tapi yang pasti bukan abang yang hamilkan budak tu! sumpah! demi Allah!" syed Assad siap berikrar dengan tangan.
"trust me sayang! berapa kali abang kena ulang yang abang tak pernah tidur dengan perempuan lain!" akui syed Assad lagi. kedengaran Zaraa menarik nafas berat.
"Zaraa keliru!" syed Assad tersengih. memang sudah diagak isterinya bereaksi sedemikian. comel pula dia nampak isterinya buat wajah begitu. macam nak gigit-gigit aje pipi tu.
"sayang tak akan keliru sekiranya sayang dengar cakap abang! can you just trust me please? sayang cuma percayakan abang dan everything will setting down! believe me!"
"entahlah bang!"
"sayang... look at me please!" sebelah tangan syed Assad mengangkat dagu isterinya. mata mereka berpandangan lagi. sebelah tangannya menyulam jemari isterinya penuh erat. mata bundar yang menawan itu dikucup sayang. berani dia buat begitu di tempat awam kerana tidak ada sesiapa di situ. lagipun mereka dah berkahwin.
"kenapa sayang tak nak percaya kat abang?" soal syed Assad tidak puas hati.
"I don't know! its just... its just!...Zaraa pun tak pasti!" keluh Zaraa.
"then what? no! sayang kena percaya kat abang juga! wajib!" Zaraa menggeleng berkali-kali.
"you can't force me! i need a time! please"
"abang tak benarkan! sayang kena percayakan abang muai saat ini juga! sayang tahu kan hukum mengingkari arahan suami?" syed Assad mencuba menggunakan dalil syariah pula.
Zaraa terdiam. geram. suaminya menggunakan dalil semata-mata untuk mendapatkan kepercayaannya. tapi siapalah dia hendak mengingkari arahan suami. perintah Allah.
"sayang... abang tak berniat nak kecilkan hati sayang tapi abang kena buat begitu juga supaya sayang sentiasa ada kepercayaan untuk abang!" dahi isterinya dikucup.
"mungkin inilah balasan bagi abang atas kejahatan lampau abang..." beritahu syed Assad penuh kesal. Zaraa kerut dahi. gagal memahami suaminya yang tiba-tiba merundung. dia lantas memegang tangan suami yang menongkat dagu. diraih jemari kasar yang berbulu lebat itu.
"so tell me then!" syed Assad lihat wajah Zaraa.
"wanna share with me?" Zaraa jungkit kening.
"hrrmmm" syed Assad mengangguk.
Zaraa tersenyum simpul. dia akan cuba memahami suaminya. mungkin dia yang tersalah faham. atau Tasya yang mereka cerita. tengok sajalah nanti...
"abang tak nak cerita kat Zaraa ke tentang kisah lampau abang tu? mana tau Zaraa boleh percayakan abang lepas ni! hrmm..." Zaraa memancing perhatian suaminya. seperti yang dikatakan oleh suaminya petang tadi, malam ini dia akan menceritakan segalanya. nah! sekaranglah masanya.
"apa yang sayang nak tahu pasal abang? tell me darling" lembut suara syed Assad menyentuh gegendang telinga Zaraa. terlalu lembut sehingga menusuk ke tulang sumsum Zaraa.
"kisah silam abang dan segala-gala tentang abang!" syed Assad mencuit hidung mancung isterinya. dia tersenyum lawa. semestinya syed Assad waktu malam-malam begini dia sudah berada di kelab malam dan dikelilingi oleh perempuan-perempuan seksi yang cuba menghimpitnya. namun malam ini syed Assad malah lebih tergoda dengan isterinya yang berbaju kurung kedah dan bertudung putih. cantik dan manis sekali dimata lelakinya.
"baiklah... malam ini dengan bersaksikan bintang dan bulan mengambang penuh, abang dengan seikhlas hati berkongsi rahsia hidup abang yang hanya abang dan Allah yang tahu. di kepekatan malam ini juga Zaraa isteri abang yang sangat abang cinta bersaksikan dengan ombak pantai akan mendengar luahan hati dari seorang suami yang sangat menyayanginya..." syed Assad memeluk pinggang isterinya dan mencium ubun-ubun kepala isteri tercinta. Zaraa tidak lagi menolaknya tetapi Zaraa hanya diam namun hatinya cukup terharu dengan ungkapan itu.
"dulu... masa abang kat sekolah rendah, abang seorang kanak-kanak yang terlalu degil, abang seorang yang samseng. abang suka buat kacau kat sekolah. hari-hari abang bertumbuk dengan pelajar lain. abang tahu apa yang abang buat tu salah tapi abang tetap nak buat juga. umi dan abah sangat marah kat abang. empat kali abang bertukar sekolah kerana masalah disiplin. member-member abang juga ikut abang pindah. sebab itulah pengaruh abang sangat kuat kat sekolah. pernah sekali kami belasah seorang budak sampai budak tu hampr-hampir meninggal. bila abang ingatkan balik, betapa bodohnya abang waktu tu. kerana kejadian tu kami semua dipanggil pihak polis. umi dan abah sangat marah kat abang. kak ngah dan along pukul abang sampai abang menangis. memanglah abang ni samseng tapi kak ngah dan along lagi garang dari abang tau." syed Assad berhenti seketika. belakang kepala isterinya diusap-usap.
"mungkin kerana sudah tidak tahan dengan perangai jahat abang, umi dan abah hantar abang belajar diluar negara kat London dan tinggal dengan pak ngah dekat situ! abang benar-benar menyesal bila teringatkan balik kejahatan abang dulu! kalaulah abang boleh putarkan masa tentu abang tidak akan terasa bersalah begini!" Syed Assad menunduk. malu bila kisah silamya yang sangat jahil terbongkar di depan isterinya. itu belum lagi masuk pada fasa kejahilan yang melampau di usia remaja. semoga isterinya dapat menerimanya dengan ikhlas hati selepas mendengar cerita selanjutnya. Zaraa mengetap bibir. mencari kekuatan supaya tidak emosi.
"abang umur apa masa tu?" sampuk Zaraa.
"abang baru masuk darjah enam waktu umi paksa abang sekolah kat london! bayangkan masa tu abang masih lagi kecil dan tak tahu nak berdikari, sampai aje dekat sana pakngah suka membuatkan hidup abang menderita. baju-baju abang semuanya kena cuci sendiri. manalah abang tahu nak cuci kain segala sebab selama ini ada mak mah yang tolong basuhkan pakaian abang. dekat london hidup abang makin tertekan. tapi abang bernasib baik kerana abang selalu cemerlang dalam pelajaran walaupun disiplin abang terlalu teruk. tiap malam abang akan curi-curi keluar bersama kawan-kawan untuk ke parti atau ke kelab malam. kalau sayang nak tahu banyak gadis-gadis yang cuba menggoda abang sampai berbogel tanpa pakaian di depan abang. Alhamdulillah walaupun abang sangat liar tapi abang tak pernah terfikir untuk melakukan zina. abang bersyukur sangat-sangat kerana Allah tak duga hati abang dengan benda terkutuk tu!" syed Assad mengucup dahi Zaraa. lama bibirnya mendarat disitu.
"sayanglah wanita pertama yang abang cium!" terus syed Assad mengucup bibir isterinya.
"abang ni tak senonoh betul!!" Zaraa menepuk lengan syed Assad. geram pastinya dengan tindakan mencuri cium suaminya tadi.
"sayang patut berbangga kerana abang hanya tertarik pada sayang! tentu banyak yang cemburu kat sayang bila dengar abang dah berkahwin! bukan main marah seorang perempuan ni bil abang hantar kad kahwin pada dia sebelum kita kahwin. abang hantar je tapi abang tak tengok pun isi dalam gambar tu. kalau abang tengok tentu abang dah jatuh cinta awal-awal. bolehlah abang kelentong yang abang sebenarnya sudah jatuh cinta pada bakal isteri abang waktu tu tapi sebaliknya abang... abang katakan abang dipaksa kahwin dengan sayang. maafkan abang ye! abang terlalu tertekan masa tu sebab tu abang tak mampu kawal perasaan abang!" pelukan makin dieratkan. tubuh ramping isterinya dipeluk seeratnya bagaikan tidak mahu melepaskan. dia tidak mahu isterinya itu berduka apabila dia membocorkan semua rahsia sebelum perkahwinan mereka. kalaulah dia tahu dia akan jatuh cinta pada Zaraa... tentu dia tidak akan mengatakan sedemikian.
"jahat tak abang?" soal Syed Assad mengejut.
Share this novel