BAB 24

Romance Series 69733

"hai bang! how are you today sweetheart!" sapa Zaraa penuh manja selepas membuka pintu. dia perasan pada sepasang mata suaminya yang membuntang terperanjat. Zaraa ketawa kecil dalam hati. entah kenapa hilang sudah rasa malunya. tiba-tiba permainan ini dirasakan sangat menarik. dia mengambil white coat ditangan suaminya. tangan suaminya dicapai lalu dikucup penuh hormat.

"abang... abang tak sihat ke ni sayang? hrmmm?" soal Zaraa manja menggeletis. dia meraba dahi suaminya yang tampak tak bermaya. selebih itu dia tidak percaya dia mempunyai watak sebegini. berani dan gedik betul! tangannya dilambai-lambaikan didepan mata suaminya yang begitu terkejut dengan dirinya.

"I miss you dear! kenapa lambat pulang?" rengek Zaraa manja sambil memeluk leher suaminya penuh mesra. sebuah ciuman dihadiahkan kepipi kasar suaminya yang tampak seksi habis. Syed Assad tidak berkutik. mimpikah dia sekarang? alangkah bahagianya dia petang ini! kepulangannya kali ini disambut oleh isterinya dengan penuh kasih dan mesra. tidak seperti beberapa hari lepas. hari-hari yang menyebalkan. mungkin masalah isterinya sudah selesai kot! hatinya berteka-teki.

"abang..." panggil Zaraa sungguh lembut. naik meremang bulu roma syed Assad mendengar suara isterinya itu. terlalu membuaikan perasaan lelakinya sampaikan tubuh sasanya mulai melonglai dek terkena panahan asmara yang sangat mendebarkan jantungnya. pelik pulak dia dengan perangai isterinya kali ini yang tidak pernah dia jangkakan. permainan apakah yang sedang dimainkan oleh isterinya sehingga seberani ini isterinya bertindak. bukannya dia tidak tahu isterinya seorang yang sangat pemalu orangnya. namun, syed Assad tidak mengesyaki apa-apa. mungkin isterinya sudah sedar pada sikapnya. syed Assad memeluk tubuh isterinya erat. dahi isterinya dikucup sayang dan penuh rindu. lantas dia mencempung isterinya yang tampil begitu seksi itu masuk kedalam. tubuh seksi itu diletakkan di sofa. lalu dengan penuh manja dia menindih tubuh itu. kehangatan tubuh isterinya berpadanan dengan kehendak nafsunya pada malam itu. bibir mekar isterinya dikucup dan dihisap dua ulas bibir manis itu sepuas hatinya. lama dia mengelus-elus bibir itu dengan bibirnya. beberapa hari sebelum ini, layanan isterinya tidak sehebat sewaktu pada awal-awal perkahwinan mereka. dia tidak dapat menebak apakah yang membelenggu isterinya sehingga nampak kaku setiap kali mereka melakukan jimak. dia rindukan belaian mesra isterinya yang dulu yang tidak pernah menghampakan batinnya. dia mahukan isterinya melayan haknya dengan penuh ikhlas malam ini biarpun setiap hari mereka melakukan hubungan intim yang sangat kerap.

Zaraa melepaskan tautan bibir mereka. dia masih belum ada mood untuk melangkau kearah itu. dia cukup faham dengan kemahuan seks suaminya. apabila tubuhnya sudah ditindih, tentu baju kerja suaminya akan dibuka dan meminta dirinya melayaninya biarpun baru sahaja pulang dari hospital. malah suaminya langsung tidak mempedulikan tempat untuk melaksanakan hajat, tidak kisahlah disofa, diatas meja belajar atau diatas lantai sekalipun. mereka tetap seperti berada diatas ranjang. mainan suaminya malah tambah meletup dan mengasyikkan. malah dia sendiri akan merasakan kelainan pada perhubungan mereka. terasa lebih menarik dan puas.

"why?" tanya syed Assad agak hampa. ternyata isterinya masih dingin padanya. kali ini dia juga mahukan isterinya berkata dan berterus-terang padanya. dia tidak mahu hidup mereka selamanya begitu. dia benar-benar rindukan kemesraan isterinya yang dulu. adakah dia berbuat silap tanpa sengaja? adakah isterinya terluka tanpa sepengetahuannya? sayang.... jangan buat begini pada abang sayang...

"abang! Zaraa nak bincang sesuatu dengan abang malam ni, boleh?" pandangan mata mereka bertemu. dua-dua mata menyimpan derita dan sengsara.

"sayang nak bincang apa?" tanya syed Assad sedikit menekan suaranya. mungkin terasa dengan layanan isterinya yang pudar dan tidak sehangat dulu.

"Zaraa nak bincang soal kita!" beritahu Zaraa jujur. dia tidak sanggup lagi menanggung keresahan selama beberapa hari ini. selain itu dia tidak dapat menipu hatinya tidak begitu mengikhlaskan dirinya sewaktu melakukan hubungan seks dengan suaminya yang setiap hari memaksanya. sampaikan dalam sehari, paling kurang pun dua kali dia harus melayani nafsu suaminya. adakalanya, sanggup suaminya pulang pada waktu tengah hari semata-mata minta dia melayani nafsu seksnya. lepas tu suaminya akan terus pulang semula ke hospital dengan terburu-buru kerana terlalu lama menangguh menghamburkan airmaninya.

"what kind of problem do you have in mind sayang?" soal syed Assad begitu tawar. mungkin malam ini adalah malam yang paling sesuai untuk mereka berbicara masalah mereka itu.

"I wanna talk about me, you and Tasya!" jawab Zaraa berani. dia sudah sengsara hidup begitu. dia mahu mencintai suaminya tetapi sukar baginya sekiranya masalah itu tidak diselesaikan dengan segera.

"why are you talking this nonsense Zaraa? I don't wanna talk about her! she is non of my bloody business! look! I don't wanna hear her name anymore in our disucssion! she is nothing to us!" tegas syed Assad. dia melepaskan pelukan dan duduk disisi isterinya yang berbaring. nafsunya semakin berkurangan. tidak faham untuk apa nama perempuan pengacau itu dimasukkan ke dalam perbincangan mereka.

"why abang? abang takut rahsia abang terbongkar?hrmm?" soal Zaraa seolah-olah menyindir suaminya. dia tahu tidak sepatutnya dia bercakap begitu. dia tiada hak untuk berbicara tentang masalah Tasya dan suaminya. tetapi dia isteri lelaki itu. dia juga punya hak dalam rumahtangga mereka.

"apa yang sayang merepek ni hah? rahsia apa yang abang sembunyikan? tell me dear!" syed Assad melepaskan keluhan berat. bingung dengan pertanyaan isterinya. entah rahsia apa yang disimpannya. tidak ada! kosong! sampai hati isterinya menuduh dirinya. dia benar-benar kecewa dengan isterinya kali ini.

"takkan Tasya tak beritahu abang! dia kan bekas kekasih abang!" sindir Zaraa. dia terpaksa menyakitkan hati suaminya jika itu mampu membuatkan suaminya menagih jawapan darinya.

"huhh!!! siapa cakap dia bekas kekasih abang??" soal syed Assad penuh geram. isterinya sudah pandai menyindirnya. sakit betul hatinya. sudahlah cintanya baru beberapa minggu berputik untuk isterinya, dia dituduh pulak sebegitu. apa motif isterinya menyakitkan hatinya? sungguh dia bingung.

"siapalah yang nak mengaku kalau terkena pada batang hidung sendiri kan! tapi Zaraa tak sebodoh itu untuk abang permainkan!" balas Zaraa menahan rasa kecewa. suaminya terlalu susah untuk menyatakan kebenaran. kalau ya katakan ya! kalau tidak katakan tidak. barulah dia tidak tertanya-tanya.

"apa maksud Zaraa?" soal syed Assad kasar. dia sudah tidak membahasakan isterinya sayang. bermakna hatinya benar-benar terlalu sakit dengan kata-kata isteri yang dicintainya. pedih hati lelakinya.

"abang tanyalah dekat bekas kekasih abang tu sendiri! abangkan selalu call dia tiap-tiap malam! takkan perempuan tu tak beritahu abang langsung!" balas Zaraa sinis dan penuh sindiran. sakit hatinya apabila tiap malam suaminya menerima panggilan daripada perempuan itu. adakalanya suaminya akan segera keluar meninggalkannya biarpun hari sudah masuk waktu dinihari. entah kemana suaminya menghilang. ke kelab atau ke rumah perempuan itu. tetapi tidak pulak suaminya pulang dengan bau arak. mungkin kerumah kawan dia. entahlah... suaminya sahaja yang tahu.

"jangan tuduh abang sembarangan! abang tak suka kena tuduh!!!" bidas syed Assad lalu meraup-raup mukanya yang kelihatan sangat bermasalah. dahlah dia penat melayan ragam pesakitnya di hospital, balik rumah isterinya berleter pulak. lagi sakit hatinya bila isteri yang dicintai menuduh sembarangan tanpa sebarang asas. apakah??

"Zaraa tak tuduh abang! tapi ini kenyataan bang! abang pergi mana malam tu? balik rumah pun dah nak masuk subuh!! kalau pun nak berseronok dengan perempuan tu, beritahulah Zaraa dahulu. Zaraa pun dah penat nak tunggu abang pulang sampai waktu pagi!" luah Zaraa penuh dengan sengsara. suaminya perlu tahu akan itu. dia bukannya malaikat yang tidak pernah berkecil hati. dia juga manusia yang mempunyai perasaan yang senang untuk dilukai.

"Astaghfirullahalazim! apa yang sayang cakap ni? tak pernah langsung terlintas difikiran abang untuk curang pada sayang! abang mengaku abang bukanlah lelaki yang baik, tapi perlu ke Zaraa tuduh abang sampai macam tu sekali! abang benar-benar kecewa dengan Zaraa! sakit hati abang ni Zaraa! sakit sangat!" tutur syed Assad penuh kekecewaan. sampai hati isterinya berkata begitu. tidak adakah sedikit pun kepercayaan isterinya untuk dirinya. Ya Allah! sakitanya hati aku! kuatkanlah aku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience